Penyanyi Indonesia, Lesti Kejora tampil menjernihkan keadaan susulan kontroversi melibatkan dakwaan seorang petugas keselamatan menegur anaknya dengan nada kasar ketika Konsert Gema Bumantara, baru-baru ini.

Lesti yang diundang sebagai penyanyi jemputan pada konsert berkenaan menjelaskan bahawa dirinya tidak berada di tempat kejadian. Bagaimanapun, dia dimaklumkan mengenai insiden tersebut apabila ahli keluarganya mahu mendekati Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk bergambar.

Lesti Kejora Mohon Maaf Isu Pengawal Peribadi Tegur Anak, Jelaskan Salah Faham Ketika Konsert Siti Nurhaliza

Menurut Lesti, seorang petugas keselamatan dipercayai melarang anaknya daripada menyentuh pelakon, Izara Aishah, dengan nada yang agak keras ketika mereka menghampiri penyanyi nombor satu negara itu.

“Sejauh yang saya fahami dan dengar, kejadian dimaksudkan bukan melibatkan pasukan saya, sebaliknya salah seorang kerabat (keluarga) yang saya jemput untuk hadir dan memberikan sokongan ketika saya mendapat peluang menjadi penyanyi jemputan pada konsert tersebut.

“Ketika itu, anak saya didukung ahli keluarga saya ketika hendak bergambar bersama Datuk Siti tetapi ketika mereka menghampiri beliau, seorang petugas keselamatan melarang anak saya daripada menyentuh kakak (panggilan Izara) dengan nada agak keras.

“Mungkin disebabkan kurangnya pengetahuan mengenai perkara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Lesti Kejora Mohon Maaf Isu Pengawal Peribadi Tegur Anak, Jelaskan Salah Faham Ketika Konsert Siti Nurhaliza

Akui Keluarga Terkejut, Lesti Mohon Maaf

Isteri kepada pelakon, Rizky Billar itu turut menegaskan bahawa pihaknya tidak berniat untuk bersikap biadab sehingga mencetuskan ketidakselesaan kepada mana-mana pihak.

Ads

Malah, kejadian tersebut turut mengejutkan ahli keluarganya yang berada di lokasi ketika insiden berkenaan berlaku.

Sehubungan itu, Lesti mengambil kesempatan untuk memohon maaf sekiranya perkara tersebut menyinggung perasaan pihak terlibat.

“Ahli keluarga saya terkejut dengan kata-kata berkenaan. Secara peribadi, saya ingin memohon maaf sekiranya kejadian itu menimbulkan rasa kurang selesa kepada mana-mana pihak,” ujarnya.

Dalam masa sama, Lesti turut merakamkan penghargaan kepada Izara atas layanan baik serta keikhlasan aktres itu yang memberikan perhatian kepada anaknya sepanjang konsert berlangsung.

Lesti Kejora Mohon Maaf Isu Pengawal Peribadi Tegur Anak, Jelaskan Salah Faham Ketika Konsert Siti Nurhaliza

Anggap Peluang Sepentas Dengan Siti Nurhaliza Sebagai Kenangan Bermakna

Di sebalik kontroversi yang tercetus, Lesti turut meluahkan rasa syukur dan terhormat kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada konsert milik idolanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ads

Mengimbas perjalanan seninya bersama penyanyi terkenal itu, Lesti mendedahkan bahawa dia pernah menjadi juri, selain berpeluang menonton konsert Siti bersama bapanya suatu ketika dahulu.

Lebih bermakna, penyanyi Indonesia itu turut berpeluang menjalin kerjasama dengan Siti menerusi lagu dan video muzik Kumbang Bunga.

Lesti juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada Siti atas peluang serta kepercayaan yang diberikan kepadanya, sambil menyifatkan pengalaman tersebut sebagai satu kenangan berharga dalam perjalanan kerjaya seninya.

Lesti Kejora Mohon Maaf Isu Pengawal Peribadi Tegur Anak, Jelaskan Salah Faham Ketika Konsert Siti Nurhaliza

Terima Insiden Sebagai Pengajaran

Pada masa sama, Lesti memilih untuk menerima perkara yang berlaku dengan hati terbuka dan menjadikannya sebagai ruang untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.

Dia juga berharap agar hubungan baik antara dirinya, Izara, Siti Nurhaliza, keluarga serta seluruh pasukan masing-masing terus terpelihara meskipun isu tersebut mengundang pelbagai reaksi.

Ads

“Saya menerima perkara ini dengan hati terbuka sebagai pengajaran untuk terus memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Saya berharap hubungan baik dan silaturahim dengan kak Izara, Datuk Siti, keluarga serta seluruh pasukan sentiasa terpelihara. Semoga kita semua dapat terus saling menyokong, menghormati dan berkongsi kebahagiaan menerusi muzik.

“Sekali lagi, terima kasih dan saya memohon maaf. Semoga Allah sentiasa memelihara hubungan baik antara kita semua,” katanya.

Lesti Kejora Mohon Maaf Isu Pengawal Peribadi Tegur Anak, Jelaskan Salah Faham Ketika Konsert Siti Nurhaliza

Terdahulu, isu berkenaan mula mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen Malaysia dan Indonesia selepas Izara menerusi hantaran di Threads menegur sikap pasukan Lesti yang didakwa kurang mesra serta memilih individu tertentu untuk bertegur sapa ketika konsert berlangsung.

Insiden yang dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu itu turut mendapat perhatian selepas Izara didakwa menegur sikap pasukan penyanyi berkenaan yang dianggap kurang mesra sepanjang acara tersebut.

Lesti Kejora Mohon Maaf Isu Pengawal Peribadi Tegur Anak, Jelaskan Salah Faham Ketika Konsert Siti Nurhaliza

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads