Kejayaan pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia menundukkan pemain Denmark, Viktor Axelsen lewat malam semalam bagi menjuarai kejohanan badminton All England telah diraikan seluruh rakyat Malaysia termasuklah lagenda moden sukan itu sendiri, Datuk Lee Chong Wei.
Zii Jia melalui 74 minit mendebarkan di atas gelanggang sebelum kemenangan 30-29, 20-22 dan 21-9 di Utilita Arena dekat Birmingham.
Sekaligus, pemain berusia 22 tahun itu telah menjadi pemain perseorangan lelaki ketiga pada abad ini untuk membawa pulang trofi berprestij itu selepas Hafiz Hashim (2003) dan Lee Chong Wei (2010, 2011, 2014 dan 2017).
Dalam muat naik di akaun Facebook rasmi beliau, Chong Wei berseloroh dan berkata betapa gementarnya perasaan sebagai penonton perlawanan badminton berbanding jika berada di dalam gelanggang.
“Lagi nervous tengok daripada main rupanya. Tahniah Lee Zii Jia! Johan All England terbaru!
“Satu persembahan yang mengagumkan dan nampaknya, kamu telah mendapat rentak sendiri. Teruskan prestasi yang bagus ini,” catat beliau.
Tahniah Lee Zii Jia ! The new All England Champ! Awesome performance and looks like you have found your pace! Keep up the good work!
Terdahulu, Zii Jia berjaya menundukkan pemain Jepun, Kento Momota yang juga merupakan pemain pilihan pertama dalam kejohanan tersebut pada peringkat suku akhir.
Tan Sri Muhyiddin Yassing turut tidak terkecuali meraikannya.
Beliau menasihati pemain remaja dari Alor Setar, Kedah itu agar menggunakan kemenangan ini sebagai pemangkin semangat untuk bekerja lebih keras serta mencapai lebih banyak kemenangan; memandangkan usia kariernya sebagai pemain badminton masih panjang.
“Syabas Lee Zii Jia! Kamu adalah hero kebangsaan. Tahniah kepada Persatuan Badminton Malaysia dan para jurulatih di atas kejayaan ini. Saya pasti rakyat Malaysia terutamanya peminat sukan badminton teruja dengan perkhabaran ini.”
*
Sebelum ini, pemain beregu wanita negara turut mencipta kemenangan di kejohanan Terbuka Switzerland, bulan ini.
Ya, tak kiralah ketika korang masih di zaman kanak-kanak ataupun sudah ‘besar panjang’ sekarang, filem Disney tetap akan bertakhta di hati! Gituh..
Siapa sangka, dalam tempoh kurang setahun dari sekarang, kita akan menonton filem pertama Disney yang ditulis oleh seseorang yang berdarah Malaysia.
Pergh bangga!
Filem yang berjudul ‘Raya & The Last Dragon’ ini akan dibintangi oleh Cassandra Steele dan Awkfina (Crazy Rich Asians). Ia diterbitkan oleh Osnat Shurer (Moana) dan yang paling penting, ia ditulis oleh Adele Lim yang berasal dari Malaysia.
Adele yang juga merupakan penulis-bersama untuk filem Crazy Rich Asians tidak dapat menutup keterujaannya apabila Raya & The Last Dragon disahkan bakal menemui penonton di pawagam pada tahun hadapan.
Menurutnya, filem animasi ini diinspirasikan oleh kehidupan masyarakat di Asia Tenggara. Sama seperti filem yang pernah ditulis olehnya sebelum ini, Adele bangga dengan asal-usul dirinya dari Malaysia dan rantau Nusantara.
Lalu, pasti ada elemen dari negara kita yang akan cuba diterapkan olehnya – seperti nama karakter utamanya sendiri iaitu Raya!
Raya & The Last Dragon menceritakan mengenai pahlawan perempuan bernama Raya (Cassandra) yang sedang dalam misi mencari naga terakhir di atas muka bumi bernama Sisu (Awkwafina) demi menyelamatkan dunia miliknya, Kumandra.
Sebelum ini, filem tersebut dijadualkan keluar pada 25 November 2020. Namun atas kekangan wabak pandemik Covid-19, perancangan tersebut perlu ditangguh sehingga ke 12 Mac 2021
Ini juga adalah filem bukan muzikal pertama oleh Walt Disney Animation Studios sejak Moana (2016).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keterujaan skuad negara untuk menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 semakin terasa apabila masing-masing mula menunjukkan taring dalam mempersiapkan diri untuk melayakkan diri ke temasya sukan terbesar dunia itu.
Tambah mengujakan apabila kebanyakan atlet yang mula menyinar terdiri daripada skuad remaja sebagai pelapis kepada masa hadapan industri sukan negara.
Terbaru, sukan tenis negara menyambut riang kemenangan dalam acara individu lelaki di kejohanan Terbuka China J100 menerusi pemain remaja, Imran Daniel Abd Hazli, kelmarin.
Pemain tenis remaja negara, Imran Daniel Abd Hazli mengutip kemenangan individunya yang kesepuluh bagi musim 2023.
Berlangsung di Shanghai, China, pemain harapan berusia 18 tahun itu mengenepikan wakil tuan rumah, Zhang Boxiong 6-1, 3-6, 6-1 sekaligus menjadikan kemenangan ini sebagai yang kesepuluh buatnya pada musim ini.
Tambah istimewa, trofi kemenangan Imran telahpun diserahkan oleh bekas pemain tenis antarabangsa, Roger Federer yang telah turun padang ke Shanghai sebagai tetamu VIP kejohanan.
Catat Imran dalam hantaran di akaun Instagram, “Untuk memenangi kejohanan ini adalah baik tetapi untuk menerima trofi daripada ‘the goat’ Roger Federer adalah satu pencapaian BESAR. Kredit kepada jurulatih saya @hazli_atptour untuk sokongan beliau dan satu lagi minggu berjaya.”
Tahniah Imran! Semoga dirinya akan terus menyinar dalam dunia sukan tenis.
Sebagai info, Imran mula menarik perhatian ramai sejak tahun 2016 lagi apabila dia mula bertanding sebagai atlet cilik profesional pada peringkat antarabangsa.
Pada tahun 2022 pula, Imran telah menyumbang kepada kemenangan pingat gangsa acara berpasukan lelaki tenis di Sukan SEA Vietnam 2022 bersama rakan sepasukannya; Aiman Amdan, Koay Hao Sheng dan Syed Agil Syed Naguib.
Ia merupakan satu penambahbaikan prestasi skuad tenis negara berbanding pada Sukan SEA 2019 di mana Malaysia tidak memenangi sebarang pingat dalam acara tenis.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam media sosial, kita sering membaca rangkai kata yang berikut:
1. Semoga usaha beliau dipermudah oleh-Nya
Persoalannya ialah adakah rangkai kata di atas ini merupakan ayat? Jika ayat, mengapakah saya tidak meletakkan tanda noktah?
Rangkai kata tersebut sebenarnya klausa, bukan ayat. Hal ini dikatakan demikian kerana ayat yang gramatis mestilah mengandungi ayat induk atau klausa bebas. Ayat yang lengkap dan gramatis tidak boleh dikepalai oleh kata hubung. Sila perhatikan rangkai kata yang berikut di bawah ini:
2. Jika kita tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) 3. Agar kamu mencapai kejayaan yang cemerlang 4. Oleh sebab kerajaan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 5. Manakala novel Tirani dikarang oleh Beb Sabariah. 6. Kerana dia disahkan positif COVID-19 7. Supaya beliau dapat berehat 8. Bahawa masalah itu sangat rumit 9. Dengan menggunakan segala peralatan yang ada 10. Sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan
Semua binaan atau rangkai kata (1) hingga (10) di atas ialah klausa tidak bebas atau ayat tergantung. Ayat tersebut dikatakan ayat tergantung kerana ayat yang dihasilkan tiada klausa bebas atau ayat induk. Binaan atau rangkai kata yang gramatis sepatutnya adalah seperti yang berikut:
1(a) Saya berdoa semoga usaha beliau dipermudah oleh-Nya. 2(a) Jika kita tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), kita akan disaman. 3(a) Kamu perlu berusaha dengan gigihnya agar kamu mencapai kejayaan yang cemerlang. 4(a) Oleh sebab kerajaan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak aktiviti rakyat terjejas. 5(a) Novel Leftenan Wira Bangsa dikarang oleh Abdul Latip Talib, manakala novel Tirani dikarang oleh Beb Sabariah. 6(a) Dia akan dibawa ke pusat kuarantin kerana dia disahkan positif COVID-19. 7(a) Jangan ganggu beliau supaya beliau dapat berehat. 8(a) Beliau menyatakan bahawa masalah itu sangat rumit 9(a) Kami akan mengatasi masalah saluran yang tersumbat itu dengan menggunakan segala peralatan yang ada. 10(a) Kakak bekerja di restoran makanan segera itu sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan.
Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah menggunakan ayat yang betul atau gramatis untuk memartabatkan bahasa Melayu di negara kita. Ayat yang gramatis ialah ayat yang lengkap dari segi subjek dan predikat atau menepati peraturan tatabahasa yang baku. Ingatlah bahawa bahasa jiwa bangsa. Hilang bahasa lenyaplah bangsa. Remaja yang berwawasan pula ialah remaja yang sentiasa menjaga bahasa supaya martabat dan kedudukan bahasanya sentiasa terpelihara
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Abdul Ghalib bin Yunus
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!