Momen manis di majlis resepsi perkahwinan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bertukar menjadi detik penuh emosi apabila anak sulung Bella, Ayden Adrean, menyampaikan ucapan yang menyentuh hati para tetamu.
Menerusi ucapan tersebut, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu meluahkan harapannya untuk melihat ibu tersayang kembali tersenyum dan mengecapi kebahagiaan selepas melalui pelbagai fasa sukar dalam kehidupan.
Lebih menyentuh perasaan, Ayden menyampaikan ucapan itu dengan penuh keikhlasan tanpa berpandukan teks, sekali gus membuatkan suasana di dalam dewan bertukar hiba.
Cuma Mahu Lihat Mommy Kembali Tersenyum
Ketika berdiri di pentas utama dengan mengenakan persalinan tradisional, Ayden ditemani adiknya, Ara Adreanna, 6, yang turut tampil anggun dalam busana rona merah hati.
Menerusi ucapannya, Ayden mengakui bahawa dia dan Ara tidak begitu memahami segala perkara yang berlaku, namun menyedari kesedihan yang pernah dilalui ibu mereka.
“Saya dan Ara, kadang-kadang saya tak berapa faham dengan semua benda yang berlaku.
“Saya cuma tahu yang mommy tengah sedih dan sebagai anak lelaki dia, satu-satunya perkara yang saya mahukan adalah untuk melihat mommy tersenyum semula,” katanya ketika berucap pada majlis resepsi yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.
Ads
Mendengar luahan anak sulungnya itu, Bella, yang duduk di meja santapan bersama Syed Saddiq dilihat tidak dapat menahan sebak apabila mengesat air matanya.
Dalam masa sama, Ayden turut menzahirkan penghargaan terhadap kehadiran Syed Saddiq yang disifatkannya membawa perubahan positif dalam kehidupan mereka sekeluarga.
Menurut Ayden, dia mula melihat perubahan pada ibunya apabila Bella kembali tersenyum, ketawa dan menikmati kebahagiaan yang dirinduinya selama ini.
“Kemudian, awak (daddy) hadir dalam hidup dia. Perlahan-lahan, saya mula nampak mommy lebih banyak tersenyum dan lebih banyak mendengar dia ketawa.
Ads
“Saya nampak mommy kembali gembira semula,” ujarnya dalam nada sebak.
Luahan tersebut pastinya menjadi antara momen paling bermakna buat pasangan pengantin itu, apatah lagi apabila Ayden sendiri menyaksikan perubahan yang berlaku dalam kehidupan insan paling disayanginya.
Terharu Syed Saddiq Terima Mereka Seadanya
Bukan sekadar menghargai kebahagiaan yang dibawa Syed Saddiq buat ibunya, Ayden turut meluahkan rasa terima kasih atas kesudian Ahli Parlimen Muar itu menerima dirinya dan Ara dengan penuh kasih sayang.
Malah, Ayden mengakui bahawa layanan yang diberikan membuatkan mereka berasa diterima sebagai sebahagian daripada keluarga baharu itu.
Ads
“Awak terima kami seadanya. Awak tak pernah buat kami rasa yang kami ni cuma sekadar anak mommy saja.
“Awak buat kami rasa yang kami juga adalah sebahagian daripada keluarga awak. Terima kasih kerana memilih mommy. Terima kasih kerana menyayangi dia,” katanya.
Keikhlasan Ayden ketika menyampaikan kata-kata tersebut nyata menyentuh hati tetamu yang hadir, termasuk Bella sendiri yang dilihat mengalirkan air mata mendengar luahan penuh kasih daripada anaknya itu.
Netizen Turut Sebak Tonton Ucapan Ayden
Dalam pada itu, ucapan Ayden turut mencuri perhatian pengguna media sosial apabila video berkenaan dikongsikan semula oleh orang ramai.
Rata-rata netizen mengakui mereka turut menitiskan air mata selepas mendengar luahan jujur kanak-kanak tersebut yang hanya mengharapkan kebahagiaan buat ibunya.
Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebentar tadi, Menteri Kanan (Kluster Keamanan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) yang sepatutnya berakhir pada 4 Februari ini nampaknya akan dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 18 Februari dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.
Melalui perintah ini, sudah tentu rakyat diminta untuk tidak pergi ke mana-mana kawasan rekreasi untuk melakukan sebarang aktiviti seperti riadah dan bersenam.
Jadi apa kata kita bersenam di rumah sahaja dengan aktiviti melompat tali. Baru-baru ini, page Public Health Malaysia ada berkongsi kebaikan melakukan aktiviti ini. Paling menarik ia mampu memberi kesan seawal 5 minit ke atas tubuh badan.
Kelebihan Senaman Lompat Tali
Sumber Gambar : Pexels
1. Pembakar lemak.
Lompatan selama 1 jam dapat bakar sehingga 1300 kalori. Dengan 10 minit buat jump rope, sama macam kita jogging 13km.
2. Koordinasi langkah kaki bertambah baik.
Untuk mereka yang semakin meningkat umur sangat bagus. Jump rope dapat melatih otak membuat beberapa pergerakan dalam 1 masa.
3. Mengurangkan kecederaan kaki dan pergelangan kaki.
Sebabnya kita dah bentuk otot kaki kita bertambah kuat dengan senaman jump rope.
Jadi kaki ini dah siap terima apa-apa gerakan atau hentakan yang berlebihan bila-bila masa.
4. Posture badan bertambah baik.
Sangat sesuai bagi korang yang selalu mengadap komputer yang akan menyebabkan risiko posture menjadi bongkok. Semasa aktiviti lompat tali ini, posture badan automatik berubah menjadi menegak dan mendada.
5. Tulang bertambah padu dan otot semakin kuat.
Lompat tali ini senamannya seperti senaman angkat berat. Kesannya, tulang dan otot kita jadi lebih kuat untuk menampung berat badan.
6. Hilangkan Stress
Enjoy… macam zaman kanak-kanak kita bermain lompat tali ini. Korang boleh buat di mana sahaja. Tak perlu tempat dan ruang besar. Yang penting ada tali jump rope.
Tak perlu lama-lama. 5 minit pun cukup dah. Setiap 1 minit buat lompat tali, pastikan kita rehat 15 saat.
Jangan bagi alasan tak ada tali lompat ini okay…dekat shopee penulis tengok banyak je jual.hehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kami pasti ramai diantara masyarakat kita khususnya yang tinggal di Lembah Klang lebih memilih untuk menggunakan pengangkutan awam bagi melakukan urusan harian. Rapid KL antara yang menjadi pilihan utama kerana prasarana yang disediakan memudahkan pengguna untuk pergi ke serata tempat.
Terbaharu, Rapid Bus dilaporkan sedang melakukan percubaan penggunaan bas elektrik dalam operasi perkhidmatan di beberapa laluan bas terpilih. Percubaan melibatkan empat buah bas elektrik, dan akan berlangsung selama tiga bulan sehingga 13 Jun 2022.
Foto: Rapid KL
Dua laluan percubaan yang terlibat adalah Laluan 400: Damai Perdana ke Hab Lebuh Pudu melalui Bukit Bintang, dan Laluan 650: Taman Desa ke Hab Pasar Seni. Percubaan penggunaan bas elektrik ini adalah selari dengan pelan transformasi Rapid Bus melalui Program Elektrifikasi Bas yang mana bas diesel sedia ada akan digantikan dengan bas elektrik secara berperingkat menjelang tahun 2030.
Foto: Rapid KL
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, inisiatif ini juga selaras dengan Ikrar Kenyataan Polisi Alam Sekitar Prasarana dan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) iaitu sasaran neutral karbon melalui pengurangan pelepasan karbon menjelang tahun 2050.
Pengguna juga dialu-alukan untuk tidak melepaskan peluang bagi mencuba perkhidmatan bas elektrik ini dan memberikan maklum balas tentang bagaimana perkhidmatan ini dapat dipertingkatkan lagi.
Makluman ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat dan rata-ratanya menyokong inisiatif ini untuk penjagaan alam sekitar yang lebih baik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam dunia yang serba pantas hari ini, ramai menganggap usia sebagai penghalang untuk mengejar impian.
Namun, dua warga emas membuktikan sebaliknya apabila berjaya menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-69.
Perjalanan 10 Tahun Seorang Bekas Pegawai Tentera
Bekas Pegawai Tentera Pasukan Elit 10 Briged Para, Mejar (B) Dr Kamarul Jamaluddin, 79, muncul sebagai graduan PhD paling tua pada istiadat tersebut. Beliau menghabiskan masa 10 tahun menamatkan pengajian dalam bidang Kaunseling dan Psikologi—satu tempoh panjang yang penuh cabaran.
Katanya, perjalanan yang bermula pada 2015 bukanlah mudah.
“Perjalanan PhD yang bermula pada 2015 tidak mudah, malah mengambil masa panjang akibat pelbagai tekanan termasuk masalah kewangan dan beban penulisan tesis sehingga menyebabkan saya hampir berputus asa,” katanya kepada pemberita selepas konvokesyen itu.
Bapa kepada empat anak dan 15 cucu ini mengakui bahawa kekuatan sebenar datang daripada mereka di sekelilingnya.
Sokongan keluarga, isteri, penyelia serta bantuan kewangan daripada Jabatan Agama Islam Johordan zakat UTM memberi nafas baharu untuk beliau terus mara hingga ke garisan penamat.
Pelajar Dari Flores Terus Teguh Dengan Misi Ilmu
Turut diraikan ialah Dr Abdul Hakim Arifin, 67, dari Flores, Indonesia, yang menerima PhD dalam bidang Falsafah Arab. Bermula pengajian sejak 2016, beliau juga berdepan cabaran kewangan dan komitmen keluarga. Namun, cintanya terhadap ilmu tidak pernah padam.
“Belajar bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi juga manfaat kepada semua selain menuntut ilmu juga tuntutan agama,” katanya.
Beliau menyatakan hasrat untuk terus berbakti dalam bidang pendidikan, sama ada di Malaysia mahupun Indonesia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan kembar tidak seiras, Puteri Sofea Nabeela Haris dan Puteri Sofea Nabeeha, mencipta kenangan manis apabila kedua-duanya menerima Anugerah Graduan Terbaik UiTM 2026 sempena...