Baru-baru ini, jenama kasut ikonik dari Amerika Syarikat, Sam Edelman, memperluaskan kehadirannya di Malaysia menerusi pembukaan butik di Suria KLCC, Kuala Lumpur. Langkah ini sekaligus menandakan perkembangan terbaru jenama itu sejak memasuki pasaran tempatan pada September 2025 dengan terus memperkenalkan pilihan kasut yang menggabungkan estetika klasik dan sentuhan moden.
Antara yang menjadi tumpuan ialah beberapa rekaan eksklusif yang ditawarkan untuk tempoh terhad di butik Suria KLCC. Koleksi ini merangkumi ‘Hazel’, kasut stiletto yang menampilkan siluet feminin dengan potongan hadapan rendah dan lapisan dalaman berkusyen, memberikan keseimbangan antara penampilan elegan dengan keselesaan.
Bagi penggemar kasut yang lebih klasik, ‘Loraine’ dan ‘Loraine Weave’ mengetengahkan gaya loafer dengan perincian horsebit berwarna emas. Kedua-duanya hadir dengan karakter tersendiri, sama ada menerusi kemasan kulit licin atau tekstur anyaman. Sementara itu, ‘Michaela Mesh’ menawarkan kelainan menerusi rekaan Mary Jane bercorak ‘leopard’ yang dipadankan dengan kemasan kulit coklat.
Selain pilihan eksklusif tersebut, Sam Edelman turut memperkenalkan koleksi Musim Luruh-Musim Sejuk 2026 bertemakan “She’s a Lady”. Koleksi ini menggabungkan tiga pendekatan gaya, iaitu Maximalist, Modern Boho dan Sharp Tailoring, yang diterjemahkan melalui variasi siluet, tekstur serta perincian pada setiap rekaan.
Ads
Antara pilihan dalam koleksi berkenaan ialah ‘Emma Dazzle Ballet Flat’ yang dihiasi perincian kristal, sesuai untuk mereka yang menyukai sentuhan berkilau pada kasut harian. ‘Finch Feather’ pula tampil dengan elemen bulu yang memberikan karakter lebih menonjol, manakala ‘Presley Kitten Heel Sandal’ membawa siluet bertumit rendah. ‘Sutton Mary Jane’ melengkapkan rangkaian ini menerusi material baldu berwarna ‘Avocado’.
Untuk gaya yang lebih versatil, beberapa rekaan signature jenama ini turut merangkumi ‘Alie Ballet Flat’ dan ‘Michaela Flat’ yang mudah dipadankan dengan pelbagai persalinan. ‘Hazel Pointed Toe Pump’ dan ‘Bianka Sling’ pula menawarkan pilihan dengan bentuk yang lebih kemas, manakala Bay Slide Sandal sesuai untuk penampilan santai.
Ads
Ads
Dari segi harga, rekaan eksklusif yang ditawarkan di Suria KLCC berada dalam lingkungan RM759 hingga RM819. Sementara itu, harga bagi beberapa pilihan daripada koleksi “She’s a Lady” bermula RM669 hingga RM819, bergantung pada rekaan. Perbezaan siluet dan perincian memberikan pilihan kepada peminat kasut untuk menyesuaikan gaya mengikut cita rasa masing-masing.
Pembukaan butik baru ini menambah pilihan buat peminat fesyen yang ingin mengenali rangkaian Sam Edelman dengan lebih dekat. Daripada kasut rata dan loafer hingga kasut tumit tinggi serta sandal, koleksi yang ditawarkan memperlihatkan kepelbagaian rekaan yang boleh melengkapi gaya kasual mahupun penampilan lebih formal.
Untuk info, butik Sam Edelman kini boleh dikunjungi di Suria KLCC, Kuala Lumpur. Untuk mengikuti perkembangan koleksi dan rekaan terbaru jenama ini, pembaca juga boleh mendapatkan maklumat menerusi akaun Instagram rasmi Sam Edelman Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rata-rata gadis Malaysia yang berkelayakan bagi menyertai pertandingan ratu cantik yang dianjurkan di negara ini pasti mengidamkan untuk sekurang-kurangnya mencuba peluang bergelar Miss Universe Malaysia.
Malangnya pada tahun lalu, organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) telah mengumumkan penarikan diri mereka daripada menyertai edisi ke-70 yang dilangsungkan di Eilat, Israel atas sebab keruncingan pandemik Covid-19 yang melanda negara di samping faktor masa yang mencemburui persediaan wakil negara.
Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James kini merupakan wakil negara yang memegang gelaran tersebut untuk tempoh paling lama setelah Malaysia menarik diri daripada menghantar wakil pada edisi lepas.
Justeru, MUMO hanya sempat untuk mengadakan sebahagian sahaja daripada peringkat uji bakat pada tahun lalu.
Kini, barulah ia akan kembali disambung pada Mac 2022 setelah pengumuman rasmi dimuat naik oleh MUMO menerusi media sosial mereka semalam.
Peringkat uji bakat terakhir, pemilihan peserta, sesi penggambaran dan temubual secara tertutup bakal diadakan sepanjang bulan Mac ini. Seramai 18 orang peserta kemudiannya akan diperkenalkan kepada pihak media juga pada bulan Mac.
Bulan April pula dikhususkan untuk aktiviti minggu Bootcamp manakala pentas akhir Miss Universe Malaysia 2022 pula dijadualkan berlangsung pada bulan Jun dalam sebuah acara malam gala seperti tahun-tahun sudah.
Agaknya Malaysia akan diwakili oleh wajah ‘fresh’ dalam dunia ratu cantik ataupun panel juri lebih yakin untuk memilih wakil yang sudah mempunyai pengalaman mendalam?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjadi idola selebriti peminat mungkin memberi sedikit tekanan kerana mereka pastinya ingin sentiasa kelihatan cantik untuk tatapan umum. Maka, setiap kemunculan tidak sah sekiranya mengenakan secalit mekap. Walau tidak mampan, asalkan wajah tidak kusam ia sudah memadai.
Namun begitu, tidak semua peminat yang sentiasa memuji kecantikan selebriti pujaan mereka ketika bermekap saja, malah ada yang lebih menghargai apabila melihat selebriti tersebut berwajah polos.
Barulah peminat boleh nilai natural beauty ke tidak kan? Hiks!
Berikut kami ingin kongsikan gambar selebriti wanita Korea tanpa mekap. Kita semua sudah maklum akan kecantikan mereka ini, persoalannya bagaimana pula wajah mereka tanpa solekan?
Let’s check this out!
1. Park Shin Hye
2. YoonA
3. IU
4. Jang Nara
5. Kim Tae Hee
6. Song Hye Kyo
7. Bae Suzy
8. Go Hye Sun
9. Son Ye Jin
10. Park Min Young
11. Moon Geun Young
Ha, macam mana onz ke tak? Hiks!
***
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Boleh dikatakan semua orang pasti pernah melakukan aktiviti bercukur tidak kira lelaki mahu pun perempuan. Tapi kalau bab ni, rasanya golongan perempuan lebih banyak ‘songeh’ sebab ada saja yang bermain di fikiran mereka tentang isu bercukur ni.
Namun korang tahu, cara mencucur bulu di wajah mampu jadikan kulit korang lebih flawless. Dikenali dengan rawatan Dermaplaning, ia merupakan antara rawatan selamat yang boleh dicuba bagi menyingkirkan sel kulit mati pada wajah.
Caranya pun agak mudah dan ramai yang melakukannya sendiri dirumah hingga menjadi trend dikalangan wanita terutamanya.
Ia adalah rawatan mengikis permukaan atas kulit bagi membuang sel mati dengan menggunakan pisau khas . Menurut Healthline, rawatan dermaplaning ini adalah satu prosedur kosmetik yang menghilangkan lapisan pada atas kulit wajah. Menariknya, teknik ini bukan hanya mampu membuang bulu halus diwajah malah membantu menghasilkan kulit lebih lembut, menyingkirkan rerambut halus yang memerangkap kotoran dan minyak.
Ia juga boleh menghilangkan parut jerawat, mengurangkan kedutan dan membuang bulu halus pada wajah.
Namun, kena diingat menurut pakar iaitu Dr. Ross Perry dari Cosmedics tidak salah membuat rawatan ini namun ….
“Memiliki rambut halus di wajah adalah normal dan kita tak sepatutnya tertekan melihat orang lain mencukurnya. Tidak boleh sembarangan lakukannya, kamu perlu dapatkan nasihat daripada pakar profesional”, ujarnya
Walaupun kaedah yang semakin popular ini tidak salah untuk dilakukan, tidak menyakitkan dan menjadikan kulit lebih flawless daripada sebelumnya.
Tetapi ada beberapa individu yang tidak boleh lakukannya, antaranya adalah mereka yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan eczema.
Individu yang mempunyai masalah kulit seperti ini akan mengalami wajah yang lebih sensitif, keradangan yang teruk dan pigmentasi.
“Mencukur boleh menumpulkan bahagian tepi rambut sama seperti kamu mencukur bulu kaki. Rambut akan terasa kasar dan lebih tebal.”
Pada masa yang sama, Dr. Ross juga menyatakan mencukur wajah di rumah boleh menyebabkan penumbuhan rambut yang lebih tebal dan cepat.
Kalau kamu nak melakukan rawatan ini di rumah terutamanya bagi mereka yang baru mahu mencuba, lebih baik dapatkan khidmat nasihat daripada pakar profesional terlebih dahulu.
Takut nanti kalau tersilap teknik, boleh luka pula wajah korang dah tak cantik raya nanti…hehe