20,000 orang ramai terutamanya anak muda yang tinggal di sekitar Lembah Klang dijangka sedang menuju ke Axiata Area di Bukit Jalil untuk menyertai Himpunan Malaysia Bersama Palestin pada malam ini.
Dijangka bermula jam 6 petang ini sehingga 10.30 malam ini, solidariti ini dilangsungkan di bawah kelolaan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Global Peace Malaysia (GPM) sebagai penganjur utama. Ia juga akan melibatkan lebih 40 NGO seperti Malaysia Humanitarian Aid And Relief (MAHAR) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Lapor BERNAMA, ia akan dimulakan dengan solat Maghrib disusuli solat hajat pimpinan imam serta qari dari Palestin; Shaykh Rami As-sousi.
Selain itu, para peserta turut akan mendengar ucapan komitmen pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik sebagai wakil kepada rakyat Malaysia yang konsisten bersama perjuagan rakyat Palestin.
Kemuncak acara pula adalah ucapan daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.
Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telahpun memuat naik hantaran poster untuk mengajak orang ramai sama-sama berjemaah memenuhi Axiata Arena pada malam ini sebagai tanda solidariti Malaysia.
Ads
Begitupun, beberapa komen warganet menerusi hantaran itu telahpun menarik perhatian. Sebahagian daripada mereka berharap agar agenda perhimpunan pada malam ini bebas daripada sebarang unsur-unsur hiburan termasuklah nyanyian daripada Siti Nurhaliza sendiri.
Ujar mereka, lebih molek sekiranya perhimpunan ini fokus kepada agenda kerohanian dan memangkin semangat tanpa aktiviti nyanyian.
“Harap tak adalah persembahan nyanyian. Kalau betul nak buat perhimpunan solidariti Palestin. Buatlah betul-betul. Bacaan doa dan jangan sekat laungan Allahuakbar dari umat Islam.” – @erdyla_azam
“Tak mahu nyanyi tau TokTi please.” – @lynnfathehah
“Harapnya tak ada nyanyi-nyanyi lah ya. Tak kena tempat, kat X dah ada yang kecam.” – @khunpatarin
“Tak perlu ada aturcara nyanyian pun Siti, sekali pun permintaan penganjur boleh saja menolak.” – @drmrvert_
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semoga perkahwinan ini diberkati hingga ke akhir hayat…
Pelakon, Ezaidi Aziz baru-baru ini selamat bergelar suami kepada Wan Afeeqah Wan Azmi dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Putra Glass Hall, Shah Alam pada Sabtu lalu.
Berkongsi perasaan sudah bertukar status, Ezaidi atau Mohammad Ezaidi Abdul Aziz (30) meluahkan rasa syukur dan masih dalam keadaan tidak percaya namun berharap dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna termasuk menjadi seorang imam yang baik buat isteri tersayang.
Memuat naik gambar majlis bersanding di Instagram, kedua mempelai yang manis itu dilihat bersepakat mengenakan busana putih klasik sedondon rekaan pereka fesyen terkenal, Shanell Harun.
Berkongsi sedikit momen perkenalannya bersama isteri, Ezaidi memberitahu dia sudah 12 tahun berkenalan dengan Afeeqah namun mula menjalinkan hubungan cinta tahun lalu.
“Saya mengenali Afeeqah sejak usia kami 18 tahun. Selepas tamat sekolah, kami mula berkawan rapat tetapi waktu itu belum lagi bercinta”
“Kami memang ada satu kumpulan sembang dan selalu berkumpul minum kopi. Dipendekkan cerita, tahun lalu kami menjadi pasangan kekasih,” katanya.
“Apa membuatkan saya jatuh cinta dengan Afeeqah, kami mempunyai persamaan iaitu kamu sama-sama pemalu orangnya dan saya suka dia sebab dia cantik!,” jelasnya.
Sementara itu, berbicara soal keputusan untuk mendirikan rumah tangga di saat kerjaya lakonannya sedang memuncak, pelakon drama Jesnita dan Satu Hari Nanti ini tidak menjadikan perkahwinan sebagai halangan kerana percaya kepada rezeki ditetapkan Allah SWT.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan tampil menegaskan buat para peserta yang bakal hadir ke uji bakat pencarian Hero Dewi Remaja 2023 agar mempersiap diri terlebih dahulu agar lebih kelihatan menarik, sebelum datang untuk menonjolkan bakat yang ada.
“Untuk pencarian Hero Dewi Remaja tahun ini kita tak nak mereka ikut kriteria yang kita (pihak produksi) beri.
“Malah, kita nak mereka hadir dengan diri mereka. Tapi, mereka datang pula, lah…” katanya ketika ditemu bual.
Rozita berkata demikian ketika ditemui Remaja pada uji bakat pencarian Hero Dewi Remaja 2023 yang berlangsung di Pulau Pinang, pada Sabtu.
Tambah bintang itu lagi, dia menegaskan agar kesemua peserta yang bakal hadir ke uji bakat sudah pun mengetahui bakat yang ada untuk persembahkan kepada para juri.
“Jadi, datanglah dengan betul-betul dah tahu bakat apa yang ada dalam diri anda, asahkan lagi dan praktis ‘kaw-kaw’, jadi barulah anda datang,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, para peserta yang hadir ke uji bakat pada kali ini bebas mengenakan sebarang pakaian dan penampilan mengikut stail peribadi.
Uji bakat akan diteruskan lagi bagi mencari bakal Hero Dewi Remaja 2023 di Kota Kinabalu, Sabah, dan Petaling Jaya Selangor.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon jelita, Emma Maembong dan suami tercinta, Shazli Azhar memilih nama Shakil Aryan Shah untuk bayi keduanya yang dilahirkan, pada petang Rabu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram putera sulungnya, Shariq Gabriel, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu memuat naik video memperlihatkan reaksi Gabriel saat pertama kali bertemu dengan adiknya.
“Meeting my new baby brother, Syakil Aryan Shah,” tulis Emma di ruangan kapsyen.
Menerusi video itu rata-rata netizen merasa sebak melihat momen-momen manis Emma bersama anak-anaknya.
Emma turut mendedikasikan video itu buat cahaya mata sulungnya itu yang selama ini telah mengajarnya bagaimana untuk menjadi seorang ibu yang baik.
“You will always be my firstborn, terima kasih sebab banyak ajar mama,” coretnya lagi.
Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar pada tanggal 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.