“I will always understand the assignment”

Itulah ayat yang ditulis oleh personaliti digital ikutan khalayak ini, Bretman Rock, di salah sebuah gambar yang dimuatnaiknya ke laman Instagram beliau, dimana gambar itu menunjukkan beliau sedang memberi ‘posing’ terbaik beliau untuk acara karpet merah di majlis MTV & Movie Awards pada malam Isnin, 17 Mei 2021.

Bretman Rock Dinobatkan Sebagai ‘Breakthrough Social Star’ Di MTV Movie Awards
Bretman Rock, di karpet merah MTV & Movie Awards. Sumber: Instagram

Bretman melahirkan rasa syukurnya dan berterima kasih kepada semua peminat beliau. Bretman pada mulanya hanyalah seorang beauty influencer dimana beliau banyak memuatnaik video-video kecantikan dan juga makeup tutorial, dan dari situlah beliau menerima banyak sokongan daripada peminat-peminatnya, dengan sikapnya yang sangat bersahaja, ramai pengikutnya juga telah mengikut gayanya dan cara beliau bercakap.

Selain daripada itu, beliau juga telah menghasilkan sebuah web series bersama MTV dan episod pertamanya telah dimuatnaik dan ditayangkan di Youtube channel MTV pada Februari yang lalu. Bretman Rock yang mempunyai 16 juta pengikut di laman Instagramnya dan juga 8.43 juta subscriber di Youtube ini, faham akan apa yang beliau bakal tempuhi setelah beliau berjaya ke peringkat ini.

IKLAN
Bretman Rock Dinobatkan Sebagai ‘Breakthrough Social Star’ Di MTV Movie Awards
Sumber: Instagram Bretman Rock

“I would like to thank everyone that watched me grow up on the internet. It’s probably the most traumatizing [thing] I’ve ever done in my entire life”

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Asian AmericanPacific Islanders dan komuniti LGBTQ yang telah menerima kehadirannya dalam bidang yang diceburinya ini. Daripada beliau bermula dengan video yang biasa-biasa sahaja, hinggalah beliau berkolaboratif dengan produk-produk kosmetik seperti Morphe, dan Wet N Wild, dan juga menghasilkan web seriesnya yang pertama.

Selain daripada perwatakannya yang bersahaja, beliau juga diminati ramai kerana beliau juga merupakan seorang yang sangat rendah diri walaupun kadang-kadang ayatnya agak kasar dan pedih, tetapi teguran dan nasihat yang beliau selalu kongsikan bersama pengikutnya amat memberi kesan dan menjadi inspirasi buat mereka semua.

IKLAN

Tonton video ucapan Bretman Rock di MTV Movie & TV Awards disini.

IKLAN

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI