Setelah tiga tahun tidak bersua muka bersama rakan baiknya yang juga pelakon, Nonny Nadirah, usahawan dan penyanyi, Mila Jirin menitipkan rasa syukur apabila dia akhirnya dapat bertemu empat mata semula dengan aktres tersebut.
Menerusi sebuah hantaran video di Instagram, penyanyi lagu popular Persis Mutiara itu dilihat gembira sewaktu meluangkan masa bersama Nonny di sebuah pusat beli-belah sambil menikmati minum petang.
“Aku sayang kau Nonny Nadirah. Jangan hilang dari radar persahabatan,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
“MasyaAllah hari ini saya tidak sangka dapat jumpa dengan seseorang yang sudah lama saya cari. Cuma belum sampai ketuk pintu rumah mak dia sahaja, sebab tak ada alamat. Ini dia (memalingkan kamera kea arah Nonny). Mana menghilang?” soal Mila.
Ads
Nonny yang juga bekas peserta Akademi Fantasia Musim kelima itu yang berada di hadapan Mila kemudian dilihat ketawa sambil tersipu-sipu malu.
“Baru keluar dari…tak tahulah,” jawab Nonny ringkas sambil ketawa.
Ads
Apa yang mencuri tumpuan menerusi perkongsian berkenaan juga adalah Nonny kelihatan sungguh ayu mengenakan hijab kembali.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata warganet dan rakan artis turut menzahirkan rasa teruja dan syukur apabila melihat kemunculan semula Nonny yang telah lama menghilangkan diri.
“Alhamdulillah, Alhamdulillah. Nonny jangan hilang lagi ya. Nonny kena kuat. You’ve friends all around you. Yang always doa kan dan cari Nonny,” komen seorang netizen.
“Alhamdulillah. Tak aoa dia hilang dari media sosial ini untuk pulihkan diri dia. Alhamdulillah, semoga sentiasa dalam jagaan Allah dan jangan jauh dari sahabat-sahabat awaka yang baik ini,” komen pengikut lain.
Sekitar tahun 2021, Nonny pernah mengejutkan ramai pihak dengan beberapa hantaran yang menimbulkan persoalan mengenai penampilannya yang seakan-akan memberi bayangan sudah tidak berhijab di laman sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
The Garden Of Evening Mists merupakan filem arahan Tom Shu-Yu Lin dan diadaptasi daripada novel yang ditulis oleh penulis novel Malaysia bernama Tan Twan Eng yang mengisahkan tentang wanita berbangsa cina di Malaysia yang telah ditangkap dan menjadi tawanan pihak tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
Filem ini bakal ditayangkan di panggung wayang Tokyo, Jepun mulai 24 Julai depan. TGOEM merupakan terbitan bersama HBO Asia dan juga Astro Shaw dan mendapat sokongan daripada Filem Nasional Malaysia (FINAS), ianya bakal ditayangkan di Shibuya Euro Space di Shibuya, iaitu lokasi pelancongan dan komersial ikonik di bandaraya Tokyo.
Foto: IMDB
The Garden Of Evening Mists mengangkat kisah yang berlatarkan Malaysia dengan gabungan pelakon dan kru yang professional dari Malaysia dan daripada luar negara seperti Taiwan, Singapura, Jepun, India, Australia, dan United Kingdom.
Pengarah filem ini, Tom Lin yang berasal dari Taiwan, cukup teruja apabila dimaklumkan karyanya bakal mengisi slot tayangan di Shibuya Euro Space.
Tom Lin, Foto: Astro
Filem ini dibintangi oleh pelakon Malaysia Angelica Lee Sinje yang membawa watak heroin sebagai Yun Ling waktu muda, manakala Sylvia Chang memegang karakter yang sama tetapi bagi usia tua.
Foto: The Sun Daily
Dikatakan juga, TGOEM menjalani sesi penggambaran di beberapa lokasi di Malaysia, seperti Cameron Highlands, Sungai Lembing, dan Klang. Sementara itu, Penerbit Eksekutif TGOEM merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan teruja filem berkenaan ditayangkan di Jepun.
Kata Henry Tan lagi, filem Asia telah semakin mendapat perhatian antarabangsa, jadi Astro akan cuba sedaya upaya untuk terus komited dalam mempersembahkan lebih banyak filem yang akan mengangkat rantau ini.
Diadaptasi dari novel yang mempunyai judul yang sama juga, hasil karya Tan Twan Eng ini, novel ini juga pernah menerima Anugerah Man Asian Literary Prize 2013 dan Walter Scott Prize bagi kategori fiksyen sejarah pada tahun sama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon yang juga isteri kepada pemain bola sepak, Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat melahirkan cahaya mata ketujuh di sebuah pusat perubatan swasta di pada jam 12.57 tengah, Jumaat lalu.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh suami tercintanya sendiri menerusi hantaran di Instagram Story. Menurut Zaquan, mereka menimang bayi lelaki seberat 2.3 kilogram.
“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 12.57 tengahari pada 2 Ogos 2024. Selamat datang ke dunia anak lelaki saya,” katanya.
Dalam pada itu, Zaquan memaklumkan isteri dan bayinya berada dalam keadaan baik dan sedang berehat di hospital.
“Ayu sedang rehat, Alhamdulillah semuanya okey. Saya suruh dia tidur dulu kerana saya nak balik rumah uruskan uri, cuci bersih dan saya akan tanam.
“Kepada suami di luar sana, pastikan kalau boleh biarlah kita yang uruskan kerja-kerja mencuci dan menanam uri anak-anak,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq, Muhammad Aisy Al Jibreel dan anak keenam yang berusia setahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Snek merupakan makanan ringan yang sering dicari di waktu petang. Biasanya, waktu-waktu beginilah perut mula rasa lapar dan inginkan ‘sesuatu. Kali ini, kami nak kongsikan satu resipi mudah iaitu potato corn dog yang dimasak dengan air fryer.
Jika dibeli di luar, sebatang corn dog ini boleh mencecah sehingga RM9. Jadi, apa kata kita cuba resipi yang telah dikongsi oleh Ena Mohd Arip ini.
Bahan salut I:
– ½ cawan tepung gandum
– ½ cawan tepung Bestari
– 1 sudu teh baking powder
– ½ cawan susu
Cara menyediakan:
1. Campurkan kesemua bahan diatas
2. Kacau hingga sebati
3. Jika terlalu pekat, masukkan ¼ cawan air. Kacau rata dan tuang dalam cawan tinggi