Solidariti rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap perjuangan rakyat Palestin di Dataran Merdeka semalam jelas terasa.

Dianjurkan oleh Viva Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE, perhimpunan aman ‘Freedom For Palestine’ itu turut disertai oleh sebilangan rakyat negara lain termasuklah dari Sepanyol, Pakistan, Mesir, Tunisia, Syria dan banyak lagi seawal jam 10 pagi.

Sudah tentu, selain daripada laungan semangat terhadap mangsa konflik peperangan di Palestin dan laungan kecaman bagi mengutuk perbuatan rejim Zionis yang terus-menerus mengancam nyawa rakyat tidak bersalah di sana, peserta juga hadir memberikan sokongan menerusi cara pemakaian masing-masing.

Rata-rata memilih persalinan berona hitam dan memakai mafela dengan motif Palestin, membawa bersama bendera Palestin serta membawa plakad dengan bermacam-macam slogan.

Tidak terkecuali, golongan artis tanah air turut turun padang bagi menyertai perhimpunan aman berkenaan. Sekiranya satu ketika dahulu, warganet beranggapan artis Malaysia enggan menyatakan sokongan kerana takut periuk nasi mereka menerusi kempen serta agenda bersama jenama-jenama besar fesyen serta kecantikan Barat tertutup begitu sahaja. Ternyata telahan itu meleset apabila semangan kemanusian lebih ampuh melangkaui sebarang persepsi tersebut.

Jom lihat siapakah di antara mereka yang ada di Dataran Merdeka semalam.

 

IKLAN

Siti Khadijah Halim

Semangat Kemanusiaan Melangkaui Rasa Takut, 10 Selebriti Muda Di Perhimpunan Aman Palestin

 

Daiyan Trisha

Semangat Kemanusiaan Melangkaui Rasa Takut, 10 Selebriti Muda Di Perhimpunan Aman Palestin

Naim Daniel

Semangat Kemanusiaan Melangkaui Rasa Takut, 10 Selebriti Muda Di Perhimpunan Aman Palestin

Rasyiqah Johan (Finalis Dewi Remaja 2022)

Semangat Kemanusiaan Melangkaui Rasa Takut, 10 Selebriti Muda Di Perhimpunan Aman Palestin

IKLAN

Azfar Heri

Semangat Kemanusiaan Melangkaui Rasa Takut, 10 Selebriti Muda Di Perhimpunan Aman Palestin

 

Khairul Aming

Semangat Kemanusiaan Melangkaui Rasa Takut, 10 Selebriti Muda Di Perhimpunan Aman Palestin

 

Daler YusufSemangat Kemanusiaan Melangkaui Rasa Takut, 10 Selebriti Muda Di Perhimpunan Aman Palestin

 

Ili Ruzanna (Hitz FM)

Semangat Kemanusiaan Melangkaui Rasa Takut, 10 Selebriti Muda Di Perhimpunan Aman Palestin

 

Imran Bard

Semangat Kemanusiaan Melangkaui Rasa Takut, 10 Selebriti Muda Di Perhimpunan Aman Palestin

IKLAN

Shalma Aina

Semangat Kemanusiaan Melangkaui Rasa Takut, 10 Selebriti Muda Di Perhimpunan Aman Palestin

Good job guys! Sama-sama kita doakan agar pertempuran di antara pihak berkuasa di Gaza, Hamas dan rejim Zionis yang telah berlarutan sejak 7 Oktober lalu segera berakhir demi hak kemanusiaan rakyat di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Waktu Sesuai Untuk Berkonsert, KEPCI Music Fest Ditunda Hormati Mangsa Palestin – REMAJA

BACA LAGI: Ratu Cantik Filipina Tak Senyapkan Diri! Gazini Ganados Bongkar Perbualan Dengan Keluarga Di Palestin, Risau Ayah Tak Selamat – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI