Watak Salina dalam drama bersiri Rindu Kasih sangat terkesan dihati sesiapa sahaja yang menonton. Kisah penaniayaan seorang wanita oleh mentua dan suami ditambah pula dengan penghayatan hebat oleh Ummi Nazeera membawa emosi bergelora sampai ke lubuk hati.

Naik turut perasaan marah, sedih, dihina lalu dikumpul menjadi kuat membuktikan yang wanita berusia 32 tahun ini seorang pelakon yang bukan calang-calang. Masakan tidak, drama tersebut menjadi tular di mana-mana sahaja sehingga ke segenap platform media sosial lantas menjadi trending.

Graduan Royal Melbourne Institute of Technology, Ummi Nazeera Anak Seni Hebat Masa Kini

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Seni Berwibawa, Lakonan Hebat Izzue Islam Buai Jiwa Penonton. Pernah Menang Anugerah FFM

Nama Ummi Nazeera menjadi sebutan ramai dek kehebatannya membawakan watak tersebut, namun tahukah anda ibu kepada dua cahaya mata ini bukan sekadar anak seni yang hebat dalam dunia lakonan, dia turut memiliki latar pendidikan membanggakan.

IKLAN

Jom kita teliti beberapa hal tentang pemilik nama penuh Ummi Nazeera Nur Hidayah binti Zainul Abidin ini.

  1. Ummi dilahirkan pada tanggal 20 Ogos 1990 dan dia memiliki seorang abang yang dikenali sebagai Nazreem Musa.
  1. Ummi merupakan anak kepada ahli perniagaan wanita terkenal, Datuk Seri Maziah Musa.
Graduan Royal Melbourne Institute of Technology, Ummi Nazeera Anak Seni Hebat Masa Kini
Ummi bersama ibunya, Datuk Seri Maziah Musa.
  1. Kampung halamannya terletak di Besut, Terengganu Darul Iman.
  1. Tidak mengabaikan pelajaran, Ummi merupakan seorang graduan bidang perniagaan dari universiti awam terkenal di Australia iaitu the Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT).
  1. Sewaktu terjun ke dalam dunia seni, Ummi tidak berhijab. Dia mula mengenakan hijab sewaktu  berehat  seketika dari dunia lakonan dek melanjutkan pengajiannya di luar negara. Penghijrahannya ketika itu menjadi bualan dan mencetus inspirasi kepada ramai wanita.

BACA JUGA: #GirlPower: Giat Memperkasakan Al-Quran, Farhatul Fairuzah Terima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor

Graduan Royal Melbourne Institute of Technology, Ummi Nazeera Anak Seni Hebat Masa Kini

IKLAN
  1. Pelakon ini pernah tampil dalam filem seperti Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hikayat Merong Mahawangsa, Penanggal dan Bisik Pada Langit. Siapa boleh lupa kepada watak Murni lakonannya dalam filem Penanggal, memang hebat!
  1. Beliau pernah tercalon dalam kategori pelakon filem wanita terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-24 dan Anugerah Skrin 2014. Kedua-dua pencalonan ini diterima menerusi watak Murni dalam filem Penanggal.
Graduan Royal Melbourne Institute of Technology, Ummi Nazeera Anak Seni Hebat Masa Kini
Ummi bersama suami, ibu dan abangnya. Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera.
  1. Ummi berkahwin dengan Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Walaupun baru berusia 32 tahun, namun langkah Ummi dalam dunia seni sudah melebihi sedekad. Boleh dikatakan dia antara pelakon masa kini yang memiliki karisma tersendiri sebagai anak seni. Tak sabar nak tunggu naskhah lakonannya yang akan datang!

*P/S – Btw, sewaktu Ummi baru-baru berhijab dahulu, REMAJA pernah mengabadikan wajahnya sebagai covergirl untuk edisi Julai 2014. Memori sangat! Rindu zaman kemeriahan majalah. Sekarang kita bersua di media digital ya! jangan lupa untuk terus menyokong REMAJA.

IKLAN
Graduan Royal Melbourne Institute of Technology, Ummi Nazeera Anak Seni Hebat Masa Kini
Konsep-konsep ala gadis Arab di padang pasir gitu… 😊

BACA JUGA: Raih Sarjana Muda Undang-Undang UM. Pembaca Berita & Naib Juara Dewi Remaja 2019 Tampil Cemerlang

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI