Pejam celik, hampir setahun sudah pemergian pelakon popular Bollywood, Sushant Singh Rajput.
Pada 14 Jun tahun lalu, Sushant ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di kediamannya di Mumbai.
Kes kematian Sushant ini mendapat perhatian seluruh India; bukan hanya disebabkan popularitinya sebagai seorang pelakon tetapi kerana sehingga ke hari ini, peminat masih keliru berkenaan punca kematian Sushant sama ada ia akibat perbuatan bunuh diri ataupun dibunuh.
Siasatan masih dijalankan dan terbaru, bekas teman kediamannya, Siddharth Pithani telah ditahan di Hyderabad oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
Apapun, bukan siasatan kematiannya yang ingin kami perkatakan pada kali ini tetapi ia mengenai pencalonan Sushant Singh Rajput dalam carta tahunan The 100 Most Handsome Men 2021.
Ads
Carta yang dikendalikan oleh Top Beauty World yang diwakili oleh tiga orang pakar pembedahan plastik dari Los Angelas ini selalu mencuri perhatian para peminat selebriti-selebriti yang tercalon bagi kategori lelaki dan wanita.
Biarpun Sushant sudah meninggal dunia hampir setahun yang lalu, nama mendiang masih tercalon hasil dedikasi peminatnya.
Tinjauan REMAJA terhadap poster yang dimuat naik oleh Top Beauty World mendapati peminatnya tidak merasakan pencalonan ini ‘tidak sensitif’ kepada insan yang telah meninggal dunia.
— TOP BEAUTY WORLD (@Dtopbeautyworld) May 12, 2021
Malahan, mereka lebih bersemangat untuk mengundi Sushant agar namanya akan termasuk dalam senarai akhir 100 lelaki paling kacak pada tahun 2021.
Ads
Selain Sushant, beberapa nama selebriti lelaki dari Asia yang turut tercalon (buat masa ini) ialah Mohsin Khan, Aly Goni, Zian Imam, Hrithik Roshan, Sharad Malhotra, Abinav Shukla dan Shah Rukh Khan.
Pada tahun lalu, satu-satu selebriti lelaki dari Malaysia yang tercalon ialah pelakon serta Hero Remaja 2011/2012, Fattah Amin.
Awal bulan ini, bekas gandingan Sushant iaitu Ankita Lokhande dalam drama popular Pavithra Rishta telah bercakap mengenai sisi kebaikan mendiang menerusi video IGTV.
Video tersebut telah dimuat naik khas sempena menyambut ulang tahun drama tersebut kini telah ditayangkan selama 12 tahun. Kata Ankita, set penggambaran Pavithra Rishta tidak lagi sama tanpa kehadiran Sushant.
“Saya pasti dia sedang melihat kami pada hari ini dan gembira di mana saja dia berada. Saya asalnya bukanlah seorang pelakon. Dialah yang bertanggungjawab mengajar saya erti sebenar lakonan kerana dia merupakan senior di set. Mendiang adalah seorang pelakon dan gandingan yang hebat, saya cukup bertuah untuk bekerja dengannya.”
Untuk pengetahaun, Ankita dan Sushant pernah menjalin hubungan cinta selepas berkenalan di set pengggambaran drama tersebut. Enam tahun lamanya mereka bersama, namun jodoh tidak berpanjangan apabila masing-masing bersetuju untuk berpisah pada tahun 2016.
Sebut saja era 90-an, korang mesti boleh bayangkan stail fesyem daripada selebriti terkenal seperti Britney Spears, Christina Aguilera, pelakon siri drama FRIENDS, pelakon Sex & The City dan ramai lagi.
Ini kerana era 90-an memang memberikan inspirasi pelbagai kepada peminat fesyen sehinggalah ke tahun 2019 ini.
Sempena Anugerah Instafamous 2019 yang berlangsung semalam, penganjur Hurr TV telah memilih 90’s sebagai tema utama dan selebriti yang hadir tak lepaskan peluang untuk melaram sakan!
Soalnya, siapa favourite korang?
Cupcake Aisyah
Johanis Sani
Aqeesh Aleeya
Syaidatul Afifah
Kucaimars
Shweta Sekhon
Ally Mukhriz
Floor 88
Ain Edruce
Sarah Suhairi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Secara rasminya pada 6 Januari 2019, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Sepanjang tempoh pemerintahan Baginda, rakyat begitu menyenangi Baginda yang cukup mesra dengan rakyat di Kelantan dan juga rakyat majmuk selepas dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Jom lihat 5 situasi yang membuatkan kami semua akan rindu dengan Baginda.
01
Sultan Muhammad V terbuka dengan penukaran tampuk kepimpinan kerajaan pada 10 Mei 2018. Walaupun situasi agak tegang pada waktu itu pada kedua-dua belah pihak, Baginda kekal tenang dan neutral walaupun negara bertukar kerajaan.
02
Jun lalu, Sultan Muhammad V memperkenankan agar peruntukan gaji dan emolumen Yang di-Pertuan Agong dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang pemerintahan kerana Baginda prihatin terhadap tahap hutang dan ekonomi negara.
Baginda juga menitahkan agar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pada tahun 2018 tidak diadakan di Istana Negara. Peruntukan kos itu diminat untuk membantu golongan kurang bernasib baik.
04
Istiadat Hari Keputeraan Rasmi dan Jamuan Teh Diraja sempena birthday Baginda juga dititah agar dibatalkan. Kos perbelanjaan dua acara rasmi itu kemudian dikembalikan kepada pihak kerajaan dan ia disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia.
05
Baginda memberi kepentingan dalam bidang ketenteraan. Baginda dilantik sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dan Kolonel Yang Di-Pertua Rejimen Artileri DiRaja sehingga sekarang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengacara dan personaliti televisyen popular, Fedtri Yahya menzahirkan kesyukuran ke hadrat llahi apabila anak perempuan kesayangannya, Indah Sutera Jannah meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023.
Fedtri berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran video di entri Instagram miliknya, semalam.
Menerusi perkongsian itu, bapa kepada empat cahaya mata itu sama sekali tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk anaknya itu meraih keputusan cemerlang seluruh A dalam kesemua mata pelajaran.
“Ya Allah syukur, keputusan UPKK dah keluar. Tahniah sayang daddy, Indah Sutera Jannah!
“Kakak study sampai renyuk buku sebab subjek Sirah dan Tauhid agak mencabar. Tak yakin sangat dapat 8A, syukur ya Allah,” katanya.
Dalam pada itu, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu turut menzahirkan penghargaan buat para guru sekolah anaknya yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh pembelajaran.
Fedtri juga berharap agar kejayaan tersebut dapat menjadi inspirasi buat anak-anaknya yang masih kecil dalam pembelajaran di masa akan datang.
“Terima kasih para ustaz dan ustazah. Daddy dan mama menitis air mata. Kejayaan kecil namun besar untuk kami sekeluarga, inspirasi untuk adik-adik,” coretnya lagi.
Sekadar informasi, Fedtri mendirikan rumah tangga bersama Nurul Anati Ismail yang dikenalinya ketika mereka sama-sama terlibat dalam program Dari Masjid Ke Masjid pada 28 Mei 2011.
Hasil 13 tahun usia perkahwinan pasangan ini, mereka dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Willdan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelawak dan penyampai radio terkenal, Azad Jasmin atau lebih mesra disapa Pak Azad, mengambil tindakan tegas apabila mendedahkan wajah beberapa individu yang didakwa melakukan...