Tahniah diucapkan kepada pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans yang kini bergelar ibu kepada tiga cahaya mata selepas selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada petang Sabtu.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans, 37, menerusi platform Threads apabila memaklumkan bahawa bayi ketiganya dilahirkan dengan berat 3.55 kilogram di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.

Tahniah! Juliana Evans Sambut Kelahiran Tengku Ismail, Peminat Tumpang Gembira

Syukur Kehadiran Tengku Ismail, Terima Kasih Atas Doa

Menzahirkan rasa syukur atas kelahiran putera ketiganya yang diberi nama Tengku Ismail, Juliana turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan tahniah serta doa buat dirinya dan keluarga.

“Alhamdulillah. Kami amat bersyukur. Tengku Ismail telah selamat dilahirkan. Terima kasih atas semua ucapan,” katanya ringkas dalam Threads.

Dalam perkongsian sama, pelakon itu turut memuat naik sekeping foto bersama bayi lelakinya yang mencuri perhatian ramai, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada peminat.

Ads

Tahniah! Juliana Evans Sambut Kelahiran Tengku Ismail, Peminat Tumpang Gembira

Peminat Teruja, Titip Doa Buat Si Kecil

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Juliana dan keluarga, selain memuji kecomelan bayi yang baru dilahirkan itu.

“Wah comelnya, selamat berpantang, baru melahirkan pun tetap cantik.

Ads

“Nama yang sangat baik, Ismail. Seronoknya ada anak kecil, moga membesar jadi anak yang soleh,” antara komen netizen.

Tahniah! Juliana Evans Sambut Kelahiran Tengku Ismail, Peminat Tumpang Gembira

Bakal Besarkan Tiga Cahaya Mata Bersama Suami

Terdahulu, Juliana mengumumkan berita kehamilan anak ketiganya pada Jun lalu sebelum berkongsi keterujaan menantikan kelahiran seorang bayi lelaki.

Ads

Untuk rekod, pelakon berdarah campuran Melayu, Britain dan Amerika Syarikat itu mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan yang juga kerabat Diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, pada 30 April 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini terlebih dahulu dikurniakan dua orang puteri, iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 7, dan Tengku Saidatul Ihsan Zabedah Fauziah Putri, 3.

Tahniah! Juliana Evans Sambut Kelahiran Tengku Ismail, Peminat Tumpang Gembira

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads