Pengarah terkenal, Ridley Scott kembali dengan naskah ulung Gladiator selepas 24 tahun. Gladiator II menunjukkan sisi era pemerintahan maharaja Rom yang memasuki fasa baru selepas berada dibawah kepimpinan Marcus Aurelius.
Menerusi sekuel ini, Scott mengambil fokus pada perjalanan kehidupan Lucius Verus, anak kepada Lucilla yang dihantar jauh di Numidia selama belasan tahun dan kembali ke kota Rom sebagai petarung ‘gladiator’ bernama Hanno. Jom ikuti sinopsis berikut sebelum anda mula menonton…
Filem ini mengisahkan sekitar 16 tahun selepas Maximus Decimus Meridius berjaya menewaskan Commodus di stadium Colosseum pada peristiwa Gladiator (2000). Sebelumnya, Maximus sempat memberi arahan untuk reformasi politik dengan mengangkat kembali Gracchus sebagai senator.
Namun, reformasi dalam pemerintahan Roma itu tidak berjalan lancar dan bangsa Rom yang makmur itu kembali jatuh ke tangan pemimpin kejam yang merebut kuasa iaitu maharaja Geta dan adiknya, maharaja Caracalla.
Geta dan Caracalla memimpin Rom dalam keadaan yang sangat kacau-bilau, hanya mementingkan kesenangan dan menguasai seluruh dunia melalui perang dan penjajahan.
Ads
Semua kejayaan itu mampu tercapai oleh Rom kerana kota itu memiliki pasukan tentera hebat dipimpin oleh komando jeneral Marcus Acacius, dulunya merupakan salah seorang orang kanan Maximus yang setia.
Gladiator II semakin memuncak apabila kota Numidia iaitu kota yang menjadi tempat tinggal Lucius yang terpaksa melarikan diri dari Rom semasa kecil diserang dan ditawan oleh Rom.
Semasa peperangan tersebut, ia telah menyebabkan kematian isteri Hanno bernama Arishat dan membuat Hanno berduka dan menyimpan dendam amarah.
Ads
Hanno kemudian dibawa ke Rom bersama pejuang Numidia yang lain untuk dijadikan hamba sehingga dia terlibat dalam pertarungan di arena kecil, dan gaya bertarungnya menarik perhatian Macrinus.
Macrinus kemudian membeli Hanno kerana ingin menjadikannya petarung atau gladiator baru. Di sebalik itu, Macrinus juga mempunyai niat yang lebih besar dan menjadikan Hanno sebagai alat untuk mencapai tujuannya menakluki Rom.
Hanno menerima tawaran untuk menjadi gladiator dengan satu syarat, dimana dia mahu bertarung dengan Acacius di Colosseum untuk membalas dendam atas kematian isterinya. Namun, di sebalik dendamnya, Hanno tetaplah Lucius Verus, seorang pewaris takhta yang masih menyimpan impian mulia untuk mengembalikan Rom kepada rakyatnya.
Gladiator II kembali diarahkan oleh Ridley Scott, pengarah lagenda yang juga mengarahkan filem pertama daripada sekuel ini. Skrip filem ditulis oleh David Scarpa berdasarkan watak yang dicipta oleh David Franzoni.
Paul Mescal dipilih sebagai teraju utama Gladiator II dan beberapa bintang berkelas ‘A’ turut memeriahkan sekuel ini, seperti Pedro Pascal, Denzel Washington, Joseph Quinn, dan Fred Hechinger.
Selain itu, beberapa nama lama turut kembali membintangi Gladiator II, antaranya Connie Nielsen sebagai Lucilla dan Derek Jacobi sebagai Gracchus. Gladiator II telah pun ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 14 November 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama trending di saluran TV3 iaitu 7 Hari Mencintaiku 2 telahpun menemui korang sepanjang bulan Julai ini.
Setiap hari, ada je reviu free yang penonton berikan di media sosial. Kata mereka, suka sangat tengok Mak Leha jerit-jerit dekat Mia eh!
Selama ini, penonton yang tidak sempat untuk melayan 7 Hari Mencintaiku 2 di televisyen pasti akan menontonnya di saluran YouTube rasmi. Namun bermula semalam, hhm ramai yang mengadu bahawa tiada lagi episod terbaru yang dimuat naik di situ.
Aik, mana pergi? Haa, sebenarnya guys, episod-episod 7 Hari Mencintaiku 2 dah ada ‘rumah’ baru bernama iQIYI. Ia adalah platform penstriman hiburan online terbaru yang dimulakan di China dan kini telah berkolaborasi bersama Primeworks Studios.
Sejak 24 Julai lalu, drama lakonan Syukri Yahaya dan Siti Saleha itu telahpun dimuat naik di iQIYI selang sejam selepas ia ditayangkan di TV. Selain musim kedua, musim pertamanya yang pernah meraih 12 juta penonton pun ada dimuat naik.
7 Hari Mencintaiku musim kedua ini menceritakan tentang Mia dan Khuzairi yang kini menjalani kehidupan ‘sempurna’ dengan seorang anak mereka. Namun dek kerana perasaan cemburu dengan orang di sekeliling, mulalah drama!
Perangai ibu Khuzairi yang tak habis-habis ‘mencucuk’ Khuzairi untuk menerima perempuan pilihannya Nurul sebagai isteri kedua anaknya itu pun buat penonton naik angin! Eh emosi pula hihi..
Selain daripada 7 Hari Mencintaiku, drama lain seperti Leftenan Zana, Kampung People dan Setelah Ku Dimiliki pun ada di platform tersebut dan ia boleh ditonton secara percuma je guys.
Apa yang korang perlu lakukan hanyalah memuat naik apps tersebut dan enjoy!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagu Indonesia, ‘Sikok Bagi Duo’ semakin popular sejak kebelakangan ini apabila sering dijadikan muzik latar video-video pendek di media sosial terutamanya dilaman TikTok.
Lagu ini diterima baik oleh pengguna TikTok kerana muziknya yang ‘catchy‘ dan pengguna TikTok menari menggunakan remix lagu tersebut dengan gembira.
Tidak ramai yang tahu maksud sebenar di sebalik ungkapan tersebut yang sering disebut-sebut dan dinyanyikan orang ramai termasuklah golongan kanak-kanak. Namun, jangan risau kerana lagu ini sebenarnya membawa makna tentang kerjasama dan sokongan untuk seseorang atau kumpulan.
Jika diterjemahkan lirik lagu ini iaitu “sikok untuk duo, jangan naik jugo weto tekan samo-samo. Sikok buat duo, jangan naik telan galo-galo. Sikok untuk duo, jangan naik, jom tekan samo-samo.”, ia bermaksud jika satu untuk dua tidak boleh, bolehlah kita usahakan bersama.
Menurut laporan, Meli Dedi dan rakan-rakannya dijemput untuk menari sambil menyanyikan lagu Sikok Bagi Duo dengan iringan DJ.
Tahukah anda siapa penyanyi ‘Sikok Bagi Duo’ ini? penyanyi lagu ini adalah seorang wanita bernama Meli Dedi berasal dari Lubuklinggau, Indonesia.
Selain daripada menjadi suri rumah, Meli juga bekerja sebagai pengacara majlis. Siapa sangka rezeki Meli yang secara spontan menyanyikan lagu ‘Sikok Bagi Duo’ ketika mengacarakan majlis kini mencipta fenomena di TikTok.
Tuah ‘Sikok Bagi Duo’, sekelip mata suri rumah ini dikenali dan popular.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban tahun, tanggal 7 April pasti dinanti-nantikan oleh peminat kumpulan K-Pop generasi kedua, Super Junior yang mengelar diri mereka sebagai ELF.
Ini memandangkan ia merupakan hari kelahiran salah seorang ahlinya yang paling disayangi, Choi Siwon yang telah meningkat ke usia 35 tahun pada hari ini.
Seperti kebiasaan, ELF akan melakukan sesuatu yang istimewa dan ekstra (so extra!) buat Siwon sempena sambutan hari kelahiran idol mereka ini seperti menempah papan iklan elektronik tertera dengan wajahnya di perhentian bas.
Begitupun, ada sesuatu berbeza yang dilakukan oleh Siwon semalam demi menghargai segala sokongan dan ucapan manis oleh ELF.
Menerusi hantaran beberapa foto ke akaun Instagram-nya, Siwon bergambar dengan ucapan yang dilakukan oleh ELF di sekitar bandaraya Seoul yang sempat dikunjunginya.
Serba kasual tanpa kehadiran orang lain di sekeliling, Siwon berdiri bersebelahan dengan papan iklan dan di sebuah kafe yang dihiasi dengan ucapan selamat hari jadi pada dinding dan dekorasi cawan.
Keseluruhan kafe tersebut penuh dengan foto wajahnya sendiri, namun Siwon tidak merasa awkward pun dengan dekorasi seperti itu.
Malah, Siwon merasa terharu dengan sokongan dan kesetiaan ELF selama ini yang sentiasa ada di belakangnya walaupun Super Junior sudah lama menyepi daripada mengeluarkan single baharu.
Catatnya, “Saya merasa amat dihargai. Saya ingin berterima kasih kepada semua peminat walaupun saya tidak mampu mengunjungi ke semua lokasi. Saya sentiasa menerima kasih sayang daripada kalian dan saya sentiasa bersyukur.”