Khabar baik buat semua peminat K-Pop apabila dua penyanyi terkenal dari Korea Selatan iaitu (G)I-DLE dan BamBam dari GOT7 bakal disatukan dalam satu konsert istimewa di Stadium Merdeka pada Jun ini.
Dalam satu perkongsian di media sosial, konsert yang dibawakan oleh Live Universe pada 14 Jun itu juga menjadi momen bersejarah kerana ini merupakan konsert K-Pop pertama yang dibuat di Stadium Merdeka selepas stadium itu siap digunakan selepas renovasi.

“Kami mahu membawakan pengalaman yang tiada tandingan kepada peminat K-Pop di Malaysia. Sebagai tuan rumah kepada (G)I-DLE dan BamBam di Stadium Merdeka, acara ini bukanlah sekadar konsert, tetapi ia adalah pencapaian bersejarah yang akan dikenang untuk tempoh yang panjang”, kata Live Universe dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Live Universe turut menawarkan cabutan bertuah eksklusif kepada 10,000 pembeli tiket awal kategori CAT1, CAT2, atau CAT3 dan berpeluang membawa pulang sebuah kereta Toyota Vellfire.
Selain itu, bagi pembeli tiket CAT4, CAT5, atau CAT6, mereka berpeluang untuk menyertai cabutan berasingan dengan lima pemenang bertuah akan menerima telefon pintar iPhone 16.

Sekadar info, ini merupakan konsert kedua BamBam di Malaysia selepas kejayaan konsert jelajah solonya ‘AREA 52’ yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2023 lalu. Antara lagunya yang popular adalah seperti Sour & Sweet, Let’s Dance, LAST PARADE, dan Thank You Come Again.
Manakala, (G)I-DLE dianggotai oleh Miyeon, Minnie, Soyeon, Yuqi, dan Shuhua yang sebelum ini pernah menggemparkan pentas Kuala Lumpur pada 9 September 2022 lalu kembali membuat penampilan yang lebih bersemangat dengan lagu popular seperti Nxde, Tomboy, Queencard, dan Oh my god.
Anda mungkin berminat dengan
Peminat boleh membuat pembelian tiket bermula pada 16 April menerusi Ticket2U.com.my dan harga tiket bermula dari RM294, RM408, RM556, RM670, RM852, dan RM1098.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Berita baik buat peminat kumpulan Kpop popular Blackpink, grup yang dianggotai oleh Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo ini khabarnya sudah menyelesaikan proses rakaman album terbaru mereka.
Menurut laporan Star News, Blackpink baru sahaja selesai merakamkan lagu baru mereka dan kini sedang menjadualkan tarikh penggambaran bagi muzik video lagu tersebut.
Mereka akan menjalani penggambaran MV pada bulan Mei dan kemudiannya akan membuat come back pada awal atau pertengahan Jun nanti.

Namun, pihak pengurusan mereka, YG Entertainment masih belum dapat memberikan tarikh sebenar untuk pelancaran album terbaru itu dan akan mengumumkan secara rasmi kepada para peminat jika sudah mempunyai tarikh tetapnya nanti.
Wah, daebak! Baguslah tu, lagi pun lagu Kill This Love pun dah dilancarkan pada setahun yang lepas, jadi sesuai sangatlah kalau mereka nak keluar dengan single terbaru.
Sudah tentu khabar baik ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh peminat kumpulan Blackpink yang pastinya sudah tertunggu-tunggu kehadiran mereka semula dalam industri hiburan.



Tazabarrr!
Sumber: allkpop
∞
Jika sebelum ini kami pernah berkongsi homeworkout yang boleh dilakukan sepanjang tempoh PKP, kali ini Remaja sekali lagi ingin mengingatkan korang betapa pentingnya melakukan senaman bila dah terlalu lama duduk rumah dan tidak melakukan apa-apa aktiviti luar. Hiks!
Datuk Nicol David antara figura yang berkongsi aktiviti workout mudah di laman Twitternya untuk memberi semangat kepada masyarakat agar sentiasa menjaga kecergasan dan kesihatan sepanjang kawalan pergerakan yang berlangsung di negara kita.
Berikut antara jenis-jenis workout mudah yang korang boleh lakukan di rumah.
1. Jumping Jacks
2. Cross over Jumping Jacks
3. Skipping
4. Left leg lunge & jump
5. Right leg lunge & jump
6. Fast Squats
7. Fast Feet In & Out
8. Jog on spot
9. Rehat 1 minit
10. Ulang sebanyak 3 kali untuk satu sesi penuh
Malah, Datuk Nicol sendiri turut mengulang kicau dari pengikutnya yang menyahut cabaran homeworkout ini.
Kami pasti workout yang dilakukan oleh Datuk Nicol ini sangat mudah dan boleh diikuti oleh semua orang yang berkemampuan. Tak salah kalau dalam seminggu, korang luangkanlah masa sekurang-kurangnya tiga kali untuk melakukan aktiviti seperti ini.
Jangan mengeluh berat naik mendadak kalau korang sendiri tak mahu berusaha ya. Hiks!
∞
Vokalis kumpulan Govinda, Irfan, menyifatkan penyanyi versatil, Ernie Zakri antara penyanyi tanah air yang berpotensi untuk mencipta nama dan mengembangkan sayap ke negara seberang.
Berkata kepada Remaja, ia kerana pelantun lagu popular Ku Bersuara itu mempunyai kemampuan nyanyian yang luar biasa, justeru layak diberi peluang untuk menyerlah di negara itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Govinda Bakal Gegarkan Zepp KL 31 Oktober Ini! Turut Tampilkan Penyanyi Hebat Ernie Zakri, Aina Abdul, Elica Paujin & Fadly Padi

“Kehadiran Ernie ke Indonesia dengan lagu Hal Hebat dan Masing-Masing disambut baik peminat dan rakan media di Indonesia.
“Dia miliki suara yang luar biasa, salah seorang diva terbaik dari Malaysia, justeri kami bangga kerana dapat mempromosikan dia di sana,” katanya ketika ditemu bual pada sidang media Konsert Govinda Hal Hebat.
Dalam pada itu, Irfan turut memberitahu, pandangan yang mengaitkan Ernie menumpang populariti kumpulan mereka untuk dikenali di Indonesia adalah sama sekali tidak benar.

Tambahnya, bakat yang dimiliki isteri kepada penyanyi Syamel itu sudah cukup untuk mengangkatnya, justeru dia tidak perlu menumpang populariti kumpulan berkenaan.
“Ernie ada bakat yang luar biasa dan kami yakin namanya boleh melonjak di Indonesia,” ujarnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞