Pelakon Bollywood, Sushant Singh Rajput telah ditemui mati di rumahnya semalam. Kenyataan polis menyebut aktor yang berusia 34 tahun itu dijumpai tergantung dirumah di Carter Road, Mumbai dan diklasifikasikan sebagai bunuh diri.
Kematian aktor ini dikatakan susulan beberapa hari selepas bekas pengurusnya, Disha Salian meninggal dunia, yang juga dipercayai membunuh diri.
Kali terakhir dilihat Sushant mengemas kini akaun instagramnya yang memiliki 11 juta pengikut, kira-kira seminggu yang lalu dengan memuat naik foto ibunya.
Berita kematiannya ini juga turut mendapat perhatian pelakon cantik Bollywood, isteri kepada Nick Jonas yang telah memuat naik foto bersama mendiang di laman instagramnya.
Sushant mula popular selepas membintangi siri televisyen Pavithra Rishta, sebelum mencipta nama sebagai bintang filem.
Antara wataknya yang paling diingati ialah sebagai bekas kapten pasukan kriket India, Mahendra Singh Dhoni, dalam filem biopik, MS Dhoni, yang juga merupakan antara filem paling berjaya pada tahun 2016.
Ads
Namun begitu, ada sebuah filem yang dibintangi oleh mendiang tidak sempat ditayangkan. Sushant juga berlakon dalam filem Dil Bechara, sebuah filem remake cinta popular The Fault In Our Stars. Filem yang menjalani penggambaran pada tahun 2018 ini masih belum ditayangkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Jika remaja lain gemar membuka banyak akaun di media sosial, hal ini begitu berbeza dengan Raja Nur Fatihah Raja Asari, 20 tahun yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana, Setiu, Terengganu (SEMJANA) dalam keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2017 yang diumumkan semalam.
Bukan saja kejayaan itu menggembirakan dirinya dan keluarga namun remaja ini telah memecahkan rekod sekolahnya sendiri kerana semenjak Pra U diperkenalkan di sekolahnya sejak 10 tahun lalu, belum ada lagi pelajar mencapai NGPK 4.0 dan Fatihah telah memecahkan rekod berkenaan semalam.
Mengambil 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Geografi, Pengajian Am dan Pengajian Perniagaan, Fatihah memperoleh straight A bagi kesemua subjek tersebut.
Malah sepanjang setahun setengah pengajian di SMK Saujana ini, semasa ujian semester 1, dia memperoleh 3 A 1 B (bagi Pengajian Am). Namun di semester 2, dia memperoleh 4 A dan kemudian mengulang kembali mata pelajaran Pengajian Am sebelum memperoleh A bagi ujian tersebut. Ini bermakna dia memperoleh kesemua A dan NGPKnya adalah 4.0.
Fatihah memperoleh 4.0 sekaligus menjadikan dirinya antara 23 calon terbaik dari seluruh negeri Terengganu bagi STPM 2017
Inilah result STPM yang diterimanya semalam
Berkali-kali mengucapkan rasa syukur ke hadrat Illahi di atas keputusan diterimanya semalam, ketika dihubungi melalui telefon oleh Remaja, anak sulung dari 3 beradik dan anak kepada petani ini berkata, dia memcabar dirinya sendiri dan mengikut nasihat emaknya untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk ujian ini.
Ditanya apa resipi kejayaannya, kata Fatihah, dia yang sukakan suasana sunyi akan bangun pada jam 4 pagi untuk solat dan kemudian menelaah pelajaran.
“Belajar di tingkatan enam ini memerlukan pelajar banyak penghafalan. Jadi selain bangun solat tahajut, saya sukakan suasana pagi yang hening untuk menghafal. Lagi pun saya tak suka belajar dalam suasana bising. Biasa saja akan belajar sehingga terus ke sekolah,” katanya.
7 pelajar Semjana ini antara yang terbaik dari keseluruhan pelajar yang menerima result semalam
Tambah Fatihah lagi, memandangkan banyak kerja khusus perlu dilakukan, dia mengambil pendekatan untuk istiqomah dan menghormati para guru yang mengajarnya ilmu.
“Bagi saya, berbaik dengan guru yang banyak memberi tunjuk ajar adalah salah satu resipi kejayaan hari ini,” katanya memaklumkan, dia seorang yang kurang aktif di media sosial.
“Saya tak ada akuan FB, tak ada twitter, malah tak aktif pun di media sosial. Ini memberi ruang untuk saya terus belajar kerana saya banyak masa menelaah buku,” katanya yang mengakui lebih banyak bersikap “private” dan jenis tidak banyak cakap.
Begitu meminati Geografi, kata Fatihah, dia bercakap untuk memasuki UM atau USM bagi bidang pengajian Geologi atau paling tidak menjadi guru,” katanya ketika ditanya apakah cita-citanya.
Melahirkan rasa syukur dan gembira di atas keputusan yang diterimanya semalam
Di sebalik kejayaan dinikmatinya hasil usaha selama setahun setengah, kata Fatihah, semasa di tingkatan lima dahulu, dia yang belajar di kelas Sains mengakui tersilap memilih kursus semasa mengisi borang UPU.
“Result saya pun agak tersasar. Saya jangkakan dapat 10 A tetapi hanya 5 A sahaja. Kemudian saya pilih kursus yang mungkin tak sesuai dengan keputusan saya. Masa yang sama, saya dapat tawaran ke Pra U (tingakatan 6) dan masa yang sama ke Matrikulasi di Kelantan.
“Bila saya dapatkan nasihat emak, dia kata, belajar tingkatan 6 pun boleh. Tapi buat yang terbaik untuk diri sendiri. Sejak itulah saya nekad untuk mendapatkan result yang terbaik untuk saya dan menjadi kebangaan keluarga,” katanya yang mempunyai dua adik lelaki berusia 19 dan 13 tahun.
So, tahniah buat Fatihah dan buat semua yang mengambil keputusan semalam, good luck dari Remaja. Semoga mencapai kejayaan dalam kehidupan. Dan pastinya debaran pelajar SPM semakin memuncak kerana result akan diketahui pada 15 Mac ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurosimah Jumat dan Brenda Ashley dari Kolej Vokasional Keningau, Sabah
Walaupun bergelar pelajar berkeperluan khas, namun Nurosimah Jumat dan Brenda Ashley dari Kolej Vokasional Keningau, telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Hal ini selepas duo Sabahan ini memenangi hadiah pertama di Festival Seni Antarabangsa secara dalam talian (online) berpangkalan di Australia pada 20 Mac lalu dan membuktikan pelajar di Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan pelajar lain dari luar negara.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, pertandingan anjuran Monolit Festival itu telah memberi pengiktirafan tersebut kepada video persembahan pasukan ini yang bertajuk “John & Ibu Sihir” dalam Kategori Dewasa – Penceritaan Berilustrasi.
Hanya Guna Kad Cerita Yang rawak
Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Christine Stanislaus Kinsik berkata, Nurosimah dan Brenda masing-masing berusia 18 tahun merupakan pelajar jurusan pembuatan pakaian di kolej itu dan mereka berdua baru sahaja menduduki peperiksaan hujung tahun.
Menurutnya, mengenai karya yang dimenangi kedua-dua pelajar ini, mereka telah menggunakan kad cerita yang rawak sebagai asas penulisan karya asli mereka dengan menyerapkan unsur fantasi dan dongeng melalui watak ahli sihir.
Mereka telah berjaya menulis dan menyampaikan cerita tersebut dalam Bahasa Melayu yang disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris. Ianya menceritakan seorang lelaki bernama John yang terkejut melihat seorang ahli sihir bersama adiknya di rumah mereka apabila dia balik dari tempat kerjanya.
Tonton di Youtube
Christine turut memuji usaha pelajar-pelajarnya yang cekal mengasah bakat mereka dan wajar dijadikan amalan untuk membuka lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas.
Sementara itu, menurut Nurosimah ketika dihubungi, dia dan rakan baiknya Brenda sangat gembira kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu.
“Kami tidak sangka mendapat tempat pertama, ini akan menjadikan kami lebih bersemangat untuk mengembangkan lagi bakat kami dan berjaya dalam bidang yang kami ceburi kelak,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masih ramai orang awam yang degil dan ingkar kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sewenang-wenangnya, mereka dilihat masih menjalankan aktiviti seperti kebiasaan dalam situasi pandemik sekarang.
Menurut laporan, seorang pemuda terpaksa membayar kompaun berjumlah RM5,000 selepas didapati merentas daerah dari Jitra ke Alor Setar semata-mata untuk melepaskan rindu dan keluar bersiar-siar dengan teman wanitanya.
Kejadian berlaku di Jalan Limbong Kapal, Alor Setar itu dapat ditangkap selepas pihak polis menahan sebuah kereta jenis Proton Preve yang dinaiki lelaki tersebut bersama teman wanitanya dalam rondaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP.
Pada waktu tersebut, pemuda berusia 30 tahun itu dilihat sedang bermain futsal ketika sepasukan anggota polis membuat rondaan di Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang.
“Melalui semakan, pemandu kenderaan mengaku datang dari Jitra, Kedah untuk keluar bersiar-siar bersama rakan wanitannya namun semakan lanjut mendapati wanita itu beralamat di Alor Setar.”
“Susulan itu, kita mengeluarkan kompaun ke atasnya kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran rentas daerah yang sah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memasuki daerah ini semasa tempoh pelaksanaan PKP,” katanya dalam satu kenyataan.
Kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Perkara 4 dan 5 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan) (No 4) (Pindaan) (No 15) 2021).
Namun, rakan wanita kepada lelaki berkenaan hanya dibenarkan pulang dengan amaran.
Haa, jangan ingat pasukan PDRM kita tidak mengambil serius tentang hal ini ya.
Tak fasal-fasal kena keluar RM5,000 untuk bayar kompaun. Nasihat penulis, kalau korang rindu girlfriend telefon sajalah. RM5,000 itu lebih elok dibuat hantaran saja hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!