Malah, Kementerian Kesihatan (KKM) turut meminta syarikat yang mengimport produk mentega kacang berjenama ‘Jif’, untuk menarik balik produk itu daripada pasaran.
Foto Via Taste Of Home
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia berdasarkan semakan yang dilakukan KKM ke atas data Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM), yang mendapati produk berkenaan telah diimport ke negara ini.
Ads
Beliau berkata KKM mengambil maklum berhubung isu penarikan balik produk itu dari pasaran Amerika Syarikat, kerana dikhuatiri tercemar dengan bakteria Salmonella melalui notifikasi yang diterima dari ‘International Food Safety Authorities Networks’ (INFOSAN).
Ads
“Produk mentega kacang tersebut telah diedarkan ke beberapa negara seperti Kanada, Thailand, Honduras, Sepanyol, Jepun, Korea, Taiwan, Singapura dan termasuk Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata selain itu, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan akan terus memantau di semua pintu masuk negara, bagi memastikan tiada produk terlibat memasuki negara.
Ads
“Penjual hendaklah menghentikan penjualan produk terlibat dengan nombor batch di antara 1274425 hingga 2140425 dengan tiga digit terakhir 425 dengan serta-merta, manakala pengguna yang telah membeli produk tersebut dengan nombor batch terlibat diminta untuk tidak memakan produk tersebut,” katanya.
Bakteria Salmonella?
Bakteria Salmonella merupakan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan sekiranya terdapat dalam makanan seperti daging, ayam, telur, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang telah diproses, jika aspek kebersihan diabaikan atau makanan tidak diproses dengan sempurna.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini Masjid Nur As-Sa’adah, Kampung Pengkalan Batu menawarkan hadiah basikal kepada kanak-kanak yang hadir solat Subuh berjemaah 40 hari berturut di masjid, kini masjid itu sekali lagi mencuri perhatian apabila menawarkan motosikal pula kepada jemaah.
Menurut pengerusi masjid berkenaan, sebanyak empat buah Modenas Kriss MR3 berharga RM16,000 akan menjadi milik jemaah yang layak. Syaratnya, jemaah perlu memenangi empat kategori dipertandingkan pada Program Istiqamah Subuh dan Isyak berjemaan 40 hari bermula 1 Mac hingga 9 April 2022.
Kategori pertama bagi program masjid ini adalah khusus untuk anak kariah, kedua kategori terbuka kepada penduduk luar manakala kategori tiga dan empat adalah untuk pegawai syarak, jawatankuasa dan pekerja masjid serta jemaah wanita.
Walaupun program belum dimulakan, namun pihak masjid sudah menerima lebih 30 penyertaan bagi kesemua kategori yang terbuka kepada semua umat Islam berumur 16 tahun ke atas dan memiliki lesen motosikal.
Menerusi program itu peserta diwajibkan berjemaah Subuh dan Isyak di masjid selama 40 hari berturut-turut. Selain itu mereka juga boleh mendapatkan mata tambahan jika berjemaah untuk semua waktu atau program lain anjuran masjid yang akan meningkatkan peluang kemenangan.
Jelas pengerusi masjid lagi, semakin hari semakin ramai orang kampung yang berjemaah di masjid. Mereka datang bukan sebab motosikal kerana bukan semua akan dapat dan program juga baru sahaja diuar-uarkan. Keempat-empat motosikal itu berharga RM4,000 setiap satu dan disumbangkan oleh individu dermawan serta tidak menggunakan sebarang dana tabung masjid.
Semoga dengan cara ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat masyarakat untuk mengimarahkan masjid dan jika ada rezeki, bolehlah mereka bawa pulang sebuah motosikal nanti.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Situasi banjir yang berlaku di Lembah Klang menyebabkan ramai yang terkesan dek kerana rumah mereka dinaiki air atau kawasan perumahan terjejas teruk akibat bencana alam ini.
Disebabkan oleh itu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengumumkan cuti bencana mulai hari ini sehingga 25 Disember depan.
Menurut Naib Canselor UiTM, Prof Dr Roziah Mohd Janor, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dilakukan bersama Majlis Eksekutif Universiti susulan banjir luar biasa yang melanda negara ketika ini.
Semua kuliah dibatalkan mulai hari ini hingga Sabtu sebagai inisiatif bagi meringankan dan membantu mereka yang terkesan. Sepanjang tempoh ini, tiada sebarang aktiviti kuliah, pentaksiran dan penghantaran tugas dilaksanakan.
Cuti bencana ini akan dilanjutkan dengan cuti khas perayaan pada 25 Disember hingga 2 Januari 2022 seperti yang ditetapkan dalam kalendar akademik sesi I 2021/2022.
Jelasnya lagi, pensyarah boleh menggunakan minggu ulang kaji (31 Januari hingga 5 Februari) bagi tujuan penggantian kuliah.
Inisiatif ini dilakukan kerana UiTM amat mengambil berat dan prihatin terhadap situasi yang dihadapi oleh pelajar dan kakitangan sokongan dan akademik yang terkesan dengan bencana banjir ini.
Kami di Remaja juga turut mengucapkan takziah kepada seluruh warga Lembah Klang dan semoga keadaan air banjir semakin surut dan diberikan bantuan keperluan secukupnya.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sejak mengamalkan norma baharu selepas Perintah Pergerakan Kawalan dilakukan beberapa bulan lalu, masyarakat Malaysia pastinya sudah terbiasa dengan penggunaan aplikasi MySejahtera.
Dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia, ini adalah antara usaha untuk merekod setiap data pelawat yang mengunjungi tempat-tempat awam sekiranya berlaku sebarang kewujudan wabak pandemik COVID-19.
Sejak semalam, ramai pengguna iPhone memuat naik mengemaskini paparan terbaru aplikasi ini dan akan menyedari terdapat beberapa perubahan dalam aplikasi MySejahtera.
Antara fungsi baharu berkenaan adalah mengenai paparan status vaksinasi dan tahap risiko pengguna di aplikasi tersebut.
Ciri baharu yang memaparkan status vaksinasi dan risiko di laman utama MySejahtera telah dilancarkan. Orang ramai akan mula menerima ciri ini secara berperingkat.
Ini adalah salah satu daripada usaha untuk kita hidup dengan COVID-19 dengan lebih mudah. pic.twitter.com/PWlADXeoFY
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, paparan itu bertujuan untuk memudahkan orang ramai memaparkan kadar risiko dan status vaksinasi.
Ada satu lagi yang menarik ialah fungsi butang ‘check out’ juga turut ditambah pada kemas kini terbaharu MySejahtera bagi menambah baik fungsi pengesanan kontak.
“Butang ‘check out’ juga telah ditambah dalam kemas kini terbaharu MySejahtera. Ini adalah untuk menambah baik fungsi pengesanan kontak.
“Lepas meninggalkan tempat tersebut, tolong ingat untuk ‘check out’. Kamu hanya perlu tekan butang tu, tidak perlu lagi ‘scan’,” ujarnya.
Buat penguna Android, jangan risau k. KKM kata orang ramai akan mula menerima ciri ini secara berperingkat.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Graduan universiti, ada ijazah, kerja pejabat 9-5, tapi gaji masih bawahRM3,000 sebulan. Inilah realitinya yang sedang dihadapi oleh ramai anak muda di Malaysia terutama yang...