Siapa tak kenal dengan Anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu yang merupakan sebuah acara muzik tahunan berkonsepkan pertandingan yang melibatkan karya lagu terbaik di Malaysia.
Namun, timbul satu isu apabila persembahan Aina Abdul menerusi lagu Sumpah di AJL34 didakwa keterlaluan bawa mesej bunuh diri.
Aina Abdul yang mempersembahkan lagu Sumpah menjadi perbualan netizen di media sosial kerana ada yang mendakwa persembahan beliau ‘trigger’ pesakit mental. Ada pihak yang mengatakan bahawa persembahan tersebut menyampaikan mesej yang salah dimana kekesalan kekecewaan dalam percintaan digambarkan dengan adegan yang agak sadis.
Persembahan Konsep Mudarat Diri Keterlaluan & Melanggar Peraturan Sangat mengejutkan. Apakah sudah tiada idea kreatif…
Kenyataan Aina Abdul Dakwaan Persembahan Konsep Bunuh Diri.
Kalau korang tengok persembahan AJL Aina, pasti korang dapat melihat beliau mengenakan busana berwarna putih dan terdapat darah pada baju beliau. Berikutan itu, Aina Abdul tampil menjelaskan di Instagram miliknya bahawa darah tersebut adalah simbolik kepada kekecewaan yang ditanggung wanita akibat melukai hati insan tersayang.
Ads
Namun Aina tidak cepat melatah dan membuat kenyataan di laman sosialnya selepas persembahan semalam.
Astaghfirullah al adzim… Nauzubillah min zalik… Sebagai seorang wanita muslim, tak pernah terlintas di fikiran saya untuk melakukan konsep seperti yang didakwa. . Saya masih waras dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.
Ads
Persembahan saya hanya sebuah ekspresi seni yang saya sampaikan atas pentas AJL34 dan ia merupakan kesinambungan kepada jalan cerita muzik video Sumpah.
Perkara ini saya sudah pun maklumkan sejurus selepas persembahan selesai di Instagram saya.
Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya.
Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya.
Semua orang mempunyai pendapat berbeza dan ingin saya tegaskan sekali lagi, persembahan saya tidak menyentuh elemen seperti yang didakwa.
Ia langsung tiada kena mengena dengan dakwaan yang diperkatakan dan saya mohon maaf sekiranya terdapat salah faham yang timbul.
Saya harap dengan penjelasan ini dapat meleraikan segala kekusutan yang melanda.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang AJL34 dan semua team produksi. Berada di pentas AJL34 sudah membuatkan saya sangat bersyukur.
Sejujurnya, saya tak fikir mengenai menang atau kalah kerana pentas AJL34 merupakan permulaan saya menyerlahkan lagi bakat di persada seni.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada peminat saya, @ainations yang tidak jemu menyokong. Anda semua kekuatan saya dan saya tak akan berhenti berusaha untuk me balas jasa anda semua. Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perjalanan lagu Sumpah. Alhamdulillah.
Video Di Youtube Hilang?
Difahamkan kini persembahan Aina Abdul di YouTube TV3 sudah dipadam. Setiap orang memiliki pandangannya tersendiri dan apakah pandangan anda mengenai isu ini?
Malam semalam juga menyaksikan Lagu Sumpah ciptaan Naim Daniel dan Omar K muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil.
Sumber : Instagram Aina Abdul
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masyarakat Malaysia sememangnya benar-benar kreatif dalam bergelar usahawan. Pelbagai jenis produk dan servis ada ditawarkan mereka di platform online dan media sosial.
Memasuki bulan Ramadan akan muncul dalam masa beberapa hari sahaja lagi, khabarnya ada individu yang kini menjual pakej ‘kejut sahur’ di aplikasi Shopee dengan harga serendah RM1 sehingga RM50; bergantung kepada perkhidmatan yang dipilih. Menurut deskripsi mereka, ia akan dilakukan menerusi panggilan telefon ataupun penghantaran mesej. Unik dan kreatif kan!
Pelanggan juga boleh menetapkan waktu untuk mereka dikejutkan sahur tetapi ia tidak boleh diubah selepas melanggan.
Mengikut butiran yang diberikan lagi, ada juga peniaga menawarkan pakej perkhidmatan mesej dan telefon dengan panggilan manja seperti baby atau sayang. Amboi..
Pastinya, servis ini akan memberi kemudahan kepada mereka yang sukar bangun pagi untuk bersahur, lebih-lebih lagi remaja yang menetap di rumah bujang dan berada jauh dari keluarga.
Macam-macam betul sehinggakan REMAJA juga tergelak! Mana tahu, perkhidmatan kejut sahur ini sememangnya berguna dan akan menjadi tular apabila ramai yang melanggannya pada bulan Ramadan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini viral gambar-gambar daripada hantaran di Facebook menunjukkan peminat Army yang telah membasuh dan mengeringkan bungkusan makanan BTS Meal.
Bukan sahaja di Malaysia, reaksi peminat BTS di Singapura tidak kurang hebatnya juga.
Baru-baru ini, artis dari Singapura yang membuat ciptaan kasut BTS Meal dengan mengitar semula pembungkusan menu kolaborasi McDonald’s dan BTS.
Josiah Chua menukar kasut Nike Air Max Plus TN menjadi kasut BTS Meal yang unik.
Dia berkongsi idea kreatif kasut BTS Meal melalui akaun Instagramnya sehari selepas dilancarkan di Singapura. Josiah Chua menggunakan nugget ayam, cawan minuman soda, dan pakej sos cajun dan sambal manis.
Bukan itu sahaja, Josiah Chua menambahkan butiran khas yang menjadikan kasut BTS Meal miliknya lebih menarik. Dia menambah perincian poket di sisi kasut yang terbuat dari kotak nugget ayam lengkap dengan isinya.
Terdapat beberapa orang yang turut mengambil kesempatan dengan menjual bungkusan-bungkusan BTS Meal ini di aplikasi Carousell dengan harga yang tidak munasabah iaitu sebanyak S$40 (sekitar RM120).
Ada juga yang turut menjual sos pencecah berperisa sos cili manis dan cajun itu dengan harga setinggi S$300 (sekitar RM900) bagi satu sos dan S$500 (sekitar RM1500) bagi kedua-duanya sekali.
Malaysia telah mendahului Singapura, Vietnam, Filipina, Indonesia dan termasuk Korea Selatan, negara asal BTS sendiri dalam melancarkan hidangan edisi terhad tersebut. Korang sanggup ke beli kotak terbuang dengan harga macam tu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pemain bola keranjang remaja perempuan dari China baru-baru ini telah menjadi perhatian warganet kerana pemain basketball itu memiliki ketinggian 220 cm!
Memetik laporan Yahoo! Sports, pemain bola keranjang yang dikenali sebagai Zhang Ziyu itu baru sahaja berusia 17 tahun namun ketinggiannya sudah tentu menakutkan lawannya di dalam gelanggang bola keranjang.
Pemain Bola Keranjang Remaja China Miliki Ketinggian 220 CM Jadi Tumpuan
Difahamkan, baru-baru ini, Zhang Ziyu telah menyertai kejohanan bola keranjang Piala Asia Bawah 18 mewakili negaranya di Shenzhen.
Zhang Ziyu is 𝐇𝐄𝐑 😤
17-year-old center (2,20cm/7’3”) registered 19 points and 7 rebounds on a perfect shooting (9/9) in her FIBA debut 🇨🇳#U18AsiaCuppic.twitter.com/10XKaDESYL
Ketinggiannya yang luar biasa itu menyebabkan ada peminat sukan yang menyamakannya dengan seorang bekas pemain bola keranjang popular China iaitu Yao Ming yang mempunyai ketinggian 229 cm.
Ketinggian Zhang Ziyu itu menjadi senjata untuk pasukan China mengalahkan pasukan Indonesia dan New Zealand dalam kejohanan bola keranjang Asia bawah 18 itu.
Pemain Bola Keranjang Remaja China Miliki Ketinggian 220 CM Jadi TumpuanPemain Bola Keranjang Remaja China Miliki Ketinggian 220 CM Jadi TumpuanPemain Bola Keranjang Remaja China Miliki Ketinggian 220 CM Jadi Tumpuan
Dalam kejohanan bola keranjang itu, difahamkan, Zhang tidak perlu melompat dengan terlalu kerap untuk membantu pasukannya menjaringkan bola ke dalam gol kerana dirinya sudah tinggi.
Namun, menurut Zhang, meskipun dia dapat menggapai jaring dengan mudah dengan ketinggiannya yang luar biasa berbanding pemain lain, dia tetap merendah diri kerana mengatakan dia tetap perlu belajar dengan lebih banyak lagi untuk mengasah kemahirannya dalam bidang sukan tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!