Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof berjaya meraih kutipan sebanyak RM84 juta dengan hanya tayangan tidak sampai sebulan, iaitu 27 hari. Namun, kutipan dijangka akan terus bertambah kerana filem tersebut masih lagi ditayangkan di pawagam.

Berita baik buat rakyat Kelantan, seramai 2,000 penonton bertuah bakal menyaksikan tayangan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan secara percuma pada 24 Julai ini sempena berlangsungnya Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan.

2,000 Penonton Bertuah Di Kelantan Bakal Tonton Tayangan Percuma Filem Mat Kilau
Foto: News Straits Times

BACA: Sultan Selangor Berkenan Tonton Filem Mat Kilau Bersama Fattah Amin & Fazura

Kelantan merupakan satu-satunya negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai pawagam, namun sempena Jelajah AKM kali ini, penyelaras program cuba berusaha menonjolkan suasana umpama berada di dalam pawagam dengan memberi keselesaan dan kenangan buat penonton yang hadir.

Selain itu, tayangan filem Mat Kilau ini adalah antara usaha untuk mempromosikan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

IKLAN
2,000 Penonton Bertuah Di Kelantan Bakal Tonton Tayangan Percuma Filem Mat Kilau
Foto: SUKA FILEM

Filem biografi epik ini akan dipertontonkan kepada rakyat Kelantan yang bertuah pada pukul 8 malam bertempat di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Melor. Tiket percuma itu akan diedarkan kepada rakyat yang bertuah melalui wakil yang dilantik oleh pihaknya di setiap jajahan negeri tersebut.

BACA: Selain Mat Kilau, 5 Pahlawan Tanah Melayu Ini Mungkin Ramai Dah Lupa!

Mat Kilau menyaksikan gabungan pelakon berbakat tanah air antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari dan ramai lagi.

IKLAN

Bagi korang yang belum menyaksikan filem epik ini, jangan lepaskan peluang untuk menyerbu pawagam berdekatan okay?

Tahniah kepada semua warga produksi filem ini kerana berjaya meraih kutipan tertinggi setakat ini.

IKLAN

Sumber: (1)

***

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI