Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) telah pun melabuhkan tirainya malam tadi dan tidak terlambat untuk pihak Remaja mengucapkan tahniah buat Naim Daniel yang berjaya menggondol juara AJL34 tahun ini.
Berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, AJL34 menampilkan 12 barisan finalis yang mempertaruhkan lagu mereka untuk diadili oleh 10 orang juri profesional.
Dengan tema Colours of Voices, jom kita lihat antara corat-coret yang berlaku sepanjang AJL34 berlangsung semalam.
1. Majlis pembukaan meriah dengan persembahan daripada beberapa penyanyi yang pernah memenangi kategori vokal terbaik antaranya adalah seperti Liza Hanim (Gelisah Mimpi), Misha Omar (Bunga-Bunga Cinta, Pulangkan, Sampai Bila), Hazami (Kata), Adibah Noor (Terlalu Istimewa), Jacyln Victor (Ikut Rentakku) & Lah Ahmad (Ceritera Cinta) dan Black (Aku Rindu Sayang Kamu).
2. 12 orang penyanyi membuat persembahan pembukaan, 12 buah lagu dalam masa 17 minit 7 saat dan melibatkan secara keseluruhan 27 penyanyi termasuk penyanyi iringan.
A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction) on
10. Ramai yang mengusik penyanyi Ameng Spring yang membuat persembahan prelude juga ‘terkejut’ dengan penampilan Datuk A.Aida memandangkan mereka berdua pernah berkahwin dari tahun 1994-2003.
Apa-apa pun, syabas kami ucapkan kepada Aman Ra yang berjaya menempatkan diri di tempat kedua dengan lagu Bangun dan Bob Yusof yang menyanyikan lagu Anta Permana daripada Dato’ Siti Nurhaliza.
Kepada finalis-finalis yang lain juga, goob job guys! Korang dah lakukan yang terbaik.
Sejak melancarkan duet bersama bertajuk Senorita baru-baru ini, kelihatan hubungan penyanyi pop, Shawn Mendes dan Camila Cabello semakin rapat.
Difahamkan kedua-dua mereka mula mengenali antara satu sama lain ketika sama-sama menjadi opening act untuk konsert jelajah Austin Mahone pada tahun 2014 lalu dan kemudiannya mengeluarkan single bersama bertajuk I know What You Did Last Summer.
Namun begitu, sejak kebelakangan ini kelihatan baik Shawn mahupun Camila enggan berenggang dan sering kelihatan bersama.
Malah, wartawan juga turut menangkap pasangan itu ketika malam hari kemerdekaan Amerika Syarikat dan penyanyi lagu Real Friend itu juga turut hadir ketika persembahan Shawn baru-baru ini di Staple Center.
Susulan itu, sumber rapat pasangan itu mendedahkan kepada E News! bahawa sememangnya Shawn dan Camila sentiasa bersama sejak minggu lalu lagi.
“Mereka tidak dapat dipisahkan sejak minggu lalu lagi, mereka sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam bersama. Jarang sekali berpisah!
“Camila hadir ketika Shawn buat persembahan dan juga mereka banyak menghabiskan masa bersama di sebuah parti ketika malam hari kemerdekaan Amerika Syarikat. Mereka seolah-olah tak mahu berpisah langsung.
“Ketika makan bersama, kedua-duanya sentiasa pegang sesama mereka, menggoda dan juga sentiasa nak dekat. Mereka juga nampak sangat gembira bersama,” kata sumber itu.
Setakat ini, baik Shawn, 20 tahun mahupun Camilla, 22 tahun mengesahkan status hubungan mereka namun para peminat nampaknya merestui perhubungan tersebut.
Kalau betul pun apa salahnya, kedua-dua mereka masih single kan?
Isu penarikan diri peguam yang mewakili Kementerian Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta keluarga arwah Muhammad Adib semalam ternyata membuatkan ramai mula terkeliru.
Ramai yang mengandai-andai tindakan peguam Syazlin Mansor yang menarik diri kerana adanya tekanan dari sesetengah pihak seperti dilaporkan oleh kebanyakan media sosial hari ini sebagai ada sesuatu “kerumitan” kerana prosiding inkues kematian arwah Muhammad Adib hanya berbaki dua hari lalu selepas 36 hari saksi-saksi memberikan keterangan.
Baca kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia mengenai isu ini. Ini kerana tentu ramai antara kita yang ingin tahu sebab sebenar kematian arwah Muhammad Adib selepas terlibat dengan insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya yang mencetuskan rusuhan di tanahair tahun lalu.
KENYATAAN AKHBAR
PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA
BERTARIKH 28 MEI 2019
Negara semalam dikejutkan dengan penarikan diri seorang Peguam yang mewakili Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Syazlin Mansor di dalam prosiding inkues Allahyarham Mohd Adib Kasim setelah 36 hari prosiding berlangsung dan berbaki dua hari lagi.
Dilaporkan penarikan balik tersebut dibuat kerana pihak kerajaan telahpun diwakili oleh Jabatan Peguam Negara yang menjadikan Syazlin sebagai peguam swasta bersifat kelewahan (redundant). Terdapat juga pelbagai perkara lain yang ditularkan mengundang kegelisahan awam tetapi tidak dapat disahkan.
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) musykil sekiranya benar alasan yang dilaporkan kenapa hanya setelah 36 hari prosiding berlangsung barulah tindakan ini diambil. Prosiding tersebut pula hanya berbaki dua hari sahaja lagi. Daripada catatan prosiding inkues ini adalah amat jelas saksi-saksi dikemukakan KPKT keterangannya sangat berbeza dari keterangan diberikan saksi dikemukakan Jabatan Peguam Negara. Timbul persoalan di sini adakah Jabatan Peguam Negara mahu beberapa fakta matan kepada prosiding tersebut tidak diberi pertimbangan coroner?
Malah ditularkan juga terdapat arahan pihak tertentu mendesak Syazlin menarik diri. Jabatan Peguam Negara mesti menjelaskan perkara ini supaya kegusaran ramai tentang ketelusan prosiding ini dapat diredakan. Malah Jabatan Peguam Negara juga sehingga hari ini tidak mengesahkan beberapa orang yang diberikan jaminan mulut dibebaskan setelah direman masih berada di dalam pemantauan pihak berkuasa atau tidak.
Rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Mariamman, Subang Jaya mencetuskan suasana tidak aman di Malaysia
PPMM memahami Syazlin terpaksa menarik diri atas arahan daripada anak guamnya dan tidak boleh mengabaikan arahan tersebut. PPMM mengucapkan terima kaseh atas perkhidmatan yang diberikan bagi membawa keadilan kepada Allahyarham Mohd Adib. Namun pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan yang tuntas berkaitan hal ini.
Pada 24 Disember 2018 Menteri KPKT Zuraida Kamarudin dilapor Bernama sebagai berkata selain memberi nasihat guaman Syazlin dilantik bagi turut membantu PDRM dan pihak pendakwaan dalam persediaan prosiding tersebut. Malah Zuraida menegaskan sekiranya terdapat perkara dianggap terlepas pandang atau perlu diberi penelitian dan sebagainya Syazlin boleh memberi pandangan dan input untuk kebaikan semua.
Namun semalam pada 27 Mei 2019 Menteri yang sama dilaporkan berkata Syazlin tidak perlu lagi mewakili mereka kerana Jabatan Peguam Negara mewakili pihak Kerajaan walaupun dahulu beliau mahukan semua perkara diambil kira.
Melalui penelitian PPMM dalam prosiding tersebut, Syazlin telah bekerja keras membawa kes beliau dan membantu koroner dengan pelbagai input dan keterangan yang tidak disentuh oleh Jabatan Peguam Negara. Inilah peranan yang dimainkan Syazlin sebagaimana yang dikehendaki Menteri KPKT melalui siaran medianya pada 24 Disember 2018 walaupun beliau kemudiannya dilaporkan berubah pendirian.Pihak polis berusaha meleraikan kekecohan di antara puluhan individu susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. Foto Malaysia Gazatte
Pegawai bomba, Muhammad Adib antara yang terkorban dalam tragedi rusuhan tersebut
Peguam Negara perlu menjelaskan hal ini dengan terperinci kenapa tindakan sebegini diambil dan telus di dalam menjalankan amanah beliau. Jika benar Syazlin adalah bersifat kelewahan kenapa dari awal prosiding Syazlin dibenarkan membantu koroner di dalam prosiding tersebut.
Seperkara lagi yang perlu dijelaskan ialah segala keterangan yang diambil koroner sebelum ini dibuat secara bersumpah di dalam suatu prosiding yang sah di sisi undang-undang. Oleh yang demikian keterangan-keterangan tersebut tidak boleh dibuang begitu sahaja semata-mata kerana peguam menarik diri. Koroner mesti mengambil kira segala keterangan yang diambil walaupun peguam telah menarik diri.
Persoalan kini adakah apabila pegawai Jabatan Peguam Negara mengambil alih tugas Syazlin pegawai tersebut boleh memohon kepada koroner untuk membuang apa-apa keterangan yang telah diterima masuk oleh koroner tersebut? Implikasinya pula ia akan mengakibatkan inferens bertentangan (adverse inference) berkenaan fakta pihak pendakwaan atau mana-mana pihak berkepentingan termasuk keterangan yang telah membangkitkan secara langsung dan tidak langsung berkaitan ketiadaan kerdibiliti fakta kes pendakwaan mahupun pihak berkepentingan selain daripada kepentingan Allahyarham Mohd Adib. Adakah terdapat motif tertentu apabila tiba-tiba sahaja penukaran peguam dibuat?
Malah kita juga masih ingat di mana Peguam Negara telah memfailkan suatu affidavit yang bersetuju dengan pandangan seorang saksi yang menyatakan Allahyarham Mohd Adib meninggal dunia akibat kemalangan bertentangan dengan pandangan saksi yang menyatakan sebaliknya walhal mahkamah koroner masih lagi bersidang dan belum membuat sebarang dapatan. Hal yang demikian menzahirkan pihak Peguam Negara telah mengambil alih peranan mahkamah koroner walaupun prosiding masih belum selesai.
Perlu difahami bahawa inkues bukanlah suatu prosiding di mana ada pihak yang bertentangan atau berlawan, ada yang menang atau kalah, tujuan inkues adalah untuk mendapat tahu apa yang berlaku melalui saksi-saksi. Oleh itu jika semua fakta dan pandangan tidak dizahirkan sepenuhnya adakah matlamat inkues ini dapat dicapai?
PPMM kesal dengan tindakan tidak professional seperti ini dan keadilan mestilah dilakukan kepada Mohd Adib Kassim. Peguam Negara perlu menjelaskan sepenuhnya apa yang berlaku tanpa berselindung di sebalik kuasa yang ada pada beliau.
Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Baru-baru tular mengenai virus COVID-19 dikesan pada durian yang diimport. Penemuan ini mengejutkan ramai pihak di mana durian merupakan buah kegemaran ramai.
Why buah Durian??
Foto Kredit : Via Produce Report
Kes yang berlaku di Pasar Haudongcheng di Ganzhou, timur China itu disahkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pertanian (OAA) Kedutaan Thailand di Beijing, China memaklumkan bahawa pihaknya telah mengesan virus COVID-19 di permukaan bungkusan durian yang diimport dari negara Thailand.
Menurut laporan The Nation Thailand, Bungkusan durian, yang dipercayai memiliki wabak COVID-19, juga disimpan di tempat yang selamat, tetapi tidak ada maklumat lebih lanjut mengenai cara menyimpannya dan siapakah pihak yang bertanggungjawab menyimpan durian tersebut.
Foto Kredit : Fresh Plaza
Sementara itu, OAA mengatakan bahawa bungkusan buah-buahan di beberapa kawasan lain di pasar telah disembur dengan cecair pembersih setelah kes itu dilaporkan.
OAA juga telah membincangkan perkara itu dengan Pentadbiran Umum Pabean China dan mengesahkan bahawa China tidak akan berhenti mengimport produk dari pembekal Thailand. Sebelum ini, China pernah diserang Virus Covid-19 gelombang kedua berpunca daripada ikan salmon.
So bagi pencinta buah durian, penulis sarankan hati-hati membeli buah durian okay. Pastikan korang mencuci tangan sebelum makan dan menjaga SOP.
Rapper tempatan, Bunga dijadualkan membuat persembahan pembukaan di konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur pada 22 November 2023.