Baru-baru ini, seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Kemunting, Terengganu yang bernama Putri Noor Syahida Mohd Syah Rizal mencuri perhatian selepas berjaya meraih keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. 

Memetik laporan BERNAMA, walaupun beliau menghidap cerebral palsy, kekangan fizikal itu tidak pernah menjadi penghalang untuk Putri membuktikan kemampuan dirinya dalam bidang akademik.

Remaja berusia 18 tahun itu juga difahamkan antara pelajar berkeperluan pendidikan khas yang mencatat pencapaian cemerlang di Terengganu, sekaligus membuktikan bahawa semangat dan usaha mampu mengatasi segala keterbatasan.

BACA: Pelajar Hidap Spina Bifida Raih 10A Dalam SPM 2025! Huda Rasheeda Buktikan Kekurangan Bukan Halangan

SPM 2025: Pengorbanan Bapa Terbalas, Pelajar ‘Cerebral Palsy’ Ini Raih Keputusan Cemerlang 8A!

Menurut Putri Noor Syahida, kejayaan tersebut tidak datang dengan mudah, sebaliknya hasil pengorbanan besar kedua ibu bapanya, Mohd Syah Rizal Sulong dan Norlida Mohd Nor, yang sentiasa memastikan dirinya mendapat akses pendidikan terbaik sejak kecil.

Ads

“Pergerakan saya agak terbatas kerana penyakit dihadapi. Oleh itu setiap hari ayah akan menghantar serta menunggu sehingga tamat kelas untuk membantu menaiki tangga dan sebagainya,” katanya.

“Ayah tidak dapat bekerja kerana menguruskan persekolahan saya. Pengorbanan ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila,” ujarnya lagi.

SPM 2025: Pengorbanan Bapa Terbalas, Pelajar ‘Cerebral Palsy’ Ini Raih Keputusan Cemerlang 8A!

Pengorbanan bapanya jelas terserlah apabila Mohd Syah Rizal mengambil keputusan berhenti kerja sejak Putri berada di bangku sekolah rendah, demi memberi tumpuan penuh terhadap keperluan anak tunggalnya itu termasuk menolak peluang pekerjaan di luar negara.

Ads

“Sebaik Puteri memasuki darjah satu, saya tolak tawaran bekerja di Korea Selatan dalam bidang perhotelan kerana nak memberi fokus sepenuhnya Puteri di sekolah,” kata Mohd Syah Rizal. 

“Walaupun berat namun itu pengorbanan yang terpaksa saya lakukan dan hari ini ia membuahkan hasil apabila Puteri, mencatat keputusan cemerlang 8A dalam SPM,” jelasnya penuh rasa syukur.

BACA: Banggakan Ibu, Anak Linda Rafar Cipta Kejayaan 9A Dalam SPM 2025

Ads

SPM 2025: Pengorbanan Bapa Terbalas, Pelajar ‘Cerebral Palsy’ Ini Raih Keputusan Cemerlang 8A!

Sementara itu, kisah inspirasi turut dikongsi oleh seorang lagi calon berkeperluan khas, Ahmad Ateef Zhofran Abdul Majid Tahir yang memperoleh 10A walaupun berdepan cabaran kehilangan bapa serta masalah pendengaran sejak lahir.

Kejayaan kedua pelajar ini juga menjadi bukti bahawa kekurangan fizikal mahupun ujian hidup bukanlah penghalang untuk mencapai kecemerlangan, sebaliknya mampu menjadi pemangkin untuk terus berusaha dan membina masa depan yang lebih baik.

Sumber: BERNAMA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads