Setelah menunggu semalaman, impian rakyat Malaysia untuk menyaksikan atlet olahraga para negara, Ziyad Zolkefli untuk kembali diumumkan sebagai pemenang pingat emas bagi acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektulal) tidak kesampaian.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ti Lian Ker menerusi kemaskini di Facebook sebentar tadi memberitahu berita sahih buat rakyat Malaysia apabila pemohonan kita ditolak.
Terdahulu, bantahan dilakukan oleh kem Ukraine diketuai oleh atletnya, Maksum Koval yangberada pada kedudukan pingat perak berikutan dakwaan kelewatan tiga orang atlet memasuki call room atau bilik menunggu di Stadium Olimpik Tokyo sebelum acara bermula semalam. Ia termasuklah Muhammad Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador).
Ads
Hasil bantahan tersebut, ketiga-tiga orang atlet terbabit kemudian diklasifikasikan sebagai tidak memulakan aksi atau did not start (DNS) walaupun hakikatnya mereka telah melakukan lontaran dari awal hingga pusingan terakhir.
Bantahan balas kemudia dilakukan oleh delegasi Malaysia di Tokyo 2020 bersama-sama skuad Australia dan Ecuador kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan World Para Athletics (WPA. Namun, ia telah ditolak oleh pihak pengajur setelah mesyuarat di antara Chef De Mission berlangsung pagi tadi.
“Ketua kontinjen turut memaklumkan bahawa mesyuarat tersebut turut tidak memihak kepada Malaysia dan keputusan yang dibuat oleh Pengadil Pertandingan dan Juri Rayuan Para Olahraga Sukan Paralimpik Tokyo 2020 adalah kekal,” katanya.
Ads
Ini sekaligus menyaksikan Ziyad terlepas peluang untuk bergelar atlet Paralimpik pertama Malaysia yang berjaya mempertahankan pingat emas dalam dua edisi Sukan Paralimpik berturut-turut serta memecahkan rekod dunia seperti yang dilakukannya semalam sebanyak dua kali.
Malaysia kini mempunyai satu lagi peluang untuk melakukan rayuan lanjut.
Menurut laporan, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Persatuan Olahraga Para Malaysia akan membuat bantahan rasmi kepada Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC) serta World Para Athletic (WPA) agar rayuan ketiga-tiga negara tersebut berkaitan penyertaan serta catatan mereka bagi acara Shot Put F20 Para Olahraga semalam diiktiraf.
Ads
Namun, rayuan lanjut ini hanya boleh dibuat setelah temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 berakhir.
Menerusi kenyataan oleh pihak World Para Athletics, keputusan penolakan bantahan Malaysia ini dilakukan berdasarkan World Para Athletics Rule 5.5 – ‘Kegagalan Lapor Diri Ke Call Room’.
Atlet yang tidak hadir ke Call Room dalam masa ditetapkan seperti diterbitkan dalam jadual Call Room akan ditetapkan sebagai DNS (Did Not Start).
Selepas menolak tawaran untuk mengakhiri perkhidmatannya lebih awal, Minho dari kumpulan SHINee secara rasminya akan menamatkan latihan ketenteraan di South Korean Marine Corps pada 15 November 2020.
Sepanjang berada di Marine Corps, Minho sering kali menarik perhatian para peminat dengan keperibadiannya yang rajin serta prestasi membanggakan ketika menjalani latihan.
Foto: Instagram rokmchq
Minho juga sebelum ini telah dipuji netizen apabila sanggup mengorbankan cuti terakhirnya selama 20 hari di kem tentera sebelum tamat menjalani khidmat ketenteraan untuk melatih peserta lain walaupun dia sudah dibenarkan pulang pada 27 Oktober lalu.
Foto: Instagram rokmchq
Kini, anak muda ini bakal kembali beraksi di pentas dan kepulangannya mendapat perhatian peminat apabila trending di Twitter dengan hashtag #MinhoIsBack.
Dia banyak menyertai pelbagai jenis latihan dan sangat dipercayai senior, junior serta pegawai disebabkan tata kerja terpuji, keikhlasan dan personaliti cerianya. Dia antara tentera marin yang menerima pujian luar biasa daripada pelatih lain.
Kalau dulu ramai yang merungut bila stuck dekat tol sebab kena beratur panjang, tambah pula bila tiba musim perayaan. Tak semua menggunakan perkhidmatan SmartTAG dan sehinggalah sistem ini diselaraskan dengan hanya membuka laluan Touch n Go bagi memudahkan pengguna jalan raya.
Namun, baru-baru ini Pengarah Lembaga Lebuh raya Malaysia, Dato’ Ismail Bin Md Salleh telah mengumumkan sistem baru bayaran elektronik tol iaitu RFID yang akan mula dilaksanakan secara berperingkat mulai 28 Januari 2018.
Apa sebenarnya RFID ni?
Dengarnya, sistem RFID adalah lebih cekap dan canggih daripada perkhidmatan Touch n Go dan SmartTAG.
Pengguna hanya perlu memasang tag khas pada kenderaan dan melalui plaza tol tanpa perlu perlahankan kereta atau berhenti sepenuhnya. RFID bertindak seperti pengimbas barcode jarak jauh yang menggunakan scanner pada pintu gerbang tol.
Jarak imbasan juga lebih jauh daripada sistem yang digunakan SmartTAG iaitu sehingga 27 meter dan lebih pantas dengan masa respon sekitar 10 milisaat. Pergh, canggih tak?
Tapi, kalau anda dah biasa ke Singapura mesti dah biasa dengan teknologi ini kerana mereka juga menggunakan sistem ERP untuk kutipan bayaran tol elektronik.
Tak kisah la janji RFID ni dijangka lebih efisien dan dapat mengurangkan kesesakan yang disebabkan beratur panjang di lorong smartTAG kerana kereta harus memperlahankan kenderaan sehingga terpaksa berhenti.
Harapnya selepas ini tiada lagi kesulitan yang bakal ditempuh oleh pengguna jalan raya di Malaysia.
Sumber: Viralitive
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam situasi yang melanda dunia sekarang, negara kita tidak terkecuali daripada turut merasai ‘kesengsaraan’ akibat wabak COVID-19.
Ramai yang gusar kerana ada individu yang terpaksa berhenti kerja dipotong gaji dan paling malang kalau diusir dari rumah sewa akibat situasi ini. Walau bagaimanapun, kerajaan telah pun mewujudkan inisiatif yang dilihat boleh membantu rakyat Malaysia.
Terbaru, menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Rumah IKRAM KPKT adalah untuk rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19 serta keluarga berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
Menerusi Siaran Media yang dikongsikan Bernama, kadar sewa Rumah IKRAM KPKT adalah minimum RM124 sebulan dengan tempoh mendiami maksima dua tahun. 1,000 Rumah IKRAM KPKT juga disediakan di kawasan PPR sekitar Selangor, KL, Kedah, Kelantan, Johor untuk permulaan.
🏠 Kadar sewa Rumah IKRAM KPKT RM124 sebulan dengan tempoh mendiami maksima dua tahun.
🏠 1,000 Rumah IKRAM KPKT disediakan di kawasan PPR sekitar Selangor, KL, Kedah, Kelantan, Johor untuk permulaan.