Baru-baru ini, seorang warga emas berusia 61 tahun sekali lagi meraih perhatian selepas membuktikan semangat menuntut ilmu tidak mengenal usia apabila beliau terus menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai calon persendirian.
Menurut Hamidan Yahaya, beliau merupakan bekas pemandu awam Kementerian Pertahanan di Kem Bukit Keteri (rejimen 504 Askar Wataniah) dan keputusan untuk mengambil peperiksaan tersebut bukanlah didorong oleh keperluan kerjaya, sebaliknya minat mendalam terhadap pembelajaran serta keinginan untuk mencabar keupayaan diri.
Anak jati Kampung Bohor Tui, Kuala Perlis ini dilihat konsisten menduduki SPM sejak tahun 2022, sekaligus membuktikan bahawa proses pembelajaran tidak terhad kepada usia tertentu. Malah, usahanya turut menarik perhatian orang ramai sebagai contoh inspirasi dalam kalangan masyarakat.
Menariknya, sepanjang tempoh beberapa tahun itu, beliau mencatatkan pencapaian yang berubah mengikut tahap kesihatan dan persediaan. Antara keputusan yang pernah diperoleh termasuk A dalam Matematik pada 2022, diikuti B+ bagi subjek Sains pada 2023, selain C bagi Matematik pada 2024 serta B Matematik dan C+ Sains pada 2025.
Ads
“Saya seronok hendak mencuba, nak uji IQ (darjah kecerdasan otak) walaupun sudah berumur, saya rasa masih mampu belajar macam orang muda,” katanya.
Selain itu, bapa kepada lima orang anak dan datuk kepada tiga cucu ini memilih untuk belajar secara kendiri menggunakan buku rujukan. Bagi Hamidan, perubahan format soalan setiap tahun menjadikan pengalaman menduduki peperiksaan itu lebih mencabar dan menyeronokkan.
Walau bagaimanapun, perjalanan tersebut tidak terlepas daripada cabaran apabila beliau pernah terlibat dalam kemalangan kecil beberapa hari sebelum peperiksaan akibat keadaan jalan yang masih berlopak selepas banjir.
Hamidan Yahaya yang sebelum ini pernah mencuri perhatian selepas menduduki SPM sejak tahun 2022
Disebabkan insiden itu, Hamidan terjatuh ketika menunggang motosikal dan terpaksa menduduki peperiksaan dalam keadaan kurang sihat, sekaligus memberi kesan terhadap keyakinannya terhadap prestasi yang mampu dicapai pada ketika itu.
Ads
Pada masa yang sama, pengalaman hidup sebagai anak yatim sejak Tingkatan Satu serta kesukaran untuk ke sekolah pada masa lalu menjadi pendorong utama untuk dirinya terus menuntut ilmu pada usia emas.
Intihanya, kisah Hamidan Yahaya membuktikan bahawa peluang pendidikan tidak wajar disia-siakan, malah boleh menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus menghargai dan mengejar ilmu tanpa mengira batas usia.
Sumber: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang sudah sedia maklum tentang trend sukan berbasikal yang kini menjadi aktiviti bukan hanya para remaja, namun semua golongan turut melakukan sukan ini sebagai riadah.
Namun, banyak juga komen yang diberikan masyarakat apabila ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab bermain basikal di tempat yang tidak sepatutnya dan membahayakan nyawa.
Terbaharu, Polis Diraja Malaysia melarang sebarang aktiviti berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran pihaknya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, penunggang basikal yang melanggar undang-undang bole dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Tindakan akan diambil mengikut t Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan.
Gagal mematuhi papan tanda lalu lintas yang melarang berbasikal di lebuh raya boleh menyebabkan individu itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79(2) akta sama, manakala Seksyen 112(3) pula membolehkan basikal disita jika melakukan mana-mana kesalahan berbasikal.
Hal ini berbangkit semula apabila isu berbasikal ini kembali ‘panas’ di media sosial dengan memaparkan aksi penunggang basikal yang membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain.
Selain itu, penunggang yang didapati tidak memasang lampu depan dan belakang pada basikal boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah 35 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.
Kaedah 42 yang membawa hukuman sama boleh dikenakan jika basikal tiada brek dan loceng sebagai ciri keselamatan serta menunggang secara berkumpulan iaitu tidak berada dalam satu deretan.
Pihak polis tidak menghalang aktiviti berbasikal, namun mereka harus mematuhi aspek keselamatan yang telah ditetapkan.
Jika tidak ada undang-undang ketat yang dilaksanakan, semakin ramai individu tidak bertanggungjawab ‘bermaharajalela’ di atas jalan raya sehingga mengancam nyawa mereka sendiri dan orang lain.
Berita baik buat peminat coklat kerana aiskrim KitKat stick khabarnya sudah mula berada di pasaran negara kita.
Jika sebelum ini korang dah selalu makan aiskrim cornetto, rasanya tak lengkap kalau tak merasa edisi yang baru ni pula. Betul tak?
KitKat Ice Cream Stick menembusi pasaran Australia terlebih dahulu dan kalau korang nak beli disana pun mungkin harganya sekitar RM12. Nah, sekarang tak perlu mengidam lagi sebab ia sudah pun dijual di negara kita dengan hanya berharga RM4.50
Hal ini turut dikongsi oleh @fendymojoo di laman twitternya dan mendapat lebih daripada 24 ribu likes dan hampir 17 ribu retweets.
Kami rasa aiskrim Oreo yang pernah viral sebelum ni dah cukup sedap, tapi lelaki ini mengatakan bahawa aiskrim KitKat yang ni another level dia punya sedap.
Duhh, nak kena try ni.
Tapi macam mana dengan diet? Hm, diet always start tomorrow kan? Kita try sekali dulu then barulah mula diet semula. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beruntungnya jadi rakyat Malaysia kerana kita diberikan banyak kemudahan dan bantuan.
Terbaru, syarikat pengangkutan awam juga tidak terkecuali dalam meringankan beban masyarakat apabila pemberian perkhidmatan percuma selama sebulan bermula hari ini bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL.
Foto Via The Star
Berita gembira itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena pembukaan rasmi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu, hari ini. Tambang percuma itu merangkumi perkhidmatan MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT), monorel serta bas RapidKL.
Mengulas lanjut, melalui penyediaan kemudahan laluan MRT Putrajaya, Perdana Menteri berkata ia akan terus menjadi pemangkin ke arah mengeratkan hubungan antara komuniti penduduk terutamanya yang tinggal berdekatan dengan jajaran.
Untuk info, MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu sepanjang 17.5 kilometer (km) meliputi 12 stesen termasuk tiga stesen yang pada asalnya sebahagian daripada MRT Laluan Kajang dibuka kepada orang ramai mulai jam 3 petang ini.
Foto Via Sinar Harian
Sembilan stesen baharu yang dibuka ialah Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, serta Sri Delima dan Kampung Batu.
Dalam pada itu, 13 laluan bas perantara juga akan memulakan operasi pada masa sama untuk memberi perkhidmatan kepada kawasan perumahan dan komersial yang terletak di dalam kawasan berhampiran stesen seperti Bandar Sri Damansara, Taman Ehsan, Taman Kepong serta Bandar Baru Selayang.
Wah bestnya dapat naik pengangkutan awam terutamanya (MRT) dan (LRT) secara percuma selama sebulan…hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!