Ini bukan satu lagi perancangan Michael Scoffield. Ini adalah realiti yang benar-benar berlaku semalam.
Pihak berkuasa Israel sedang memburu enam orang tahanan warganegara Palestin yang berjaya membebaskan diri dari Penjara Gilboa menerusi sebuah terowong yang didakwa digali oleh mereka sendiri.
Mereka telah dikenal pasti sebagai Mahmud Al-Aridah, 46; Ya’qub Qadiri, 39; Muhammad Al-Aridah, 39 dan Iham Kamamji, 35. Empat orang tahanan ini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup. Dua lagi tahanan sedang menjalani proses tahanan tanpa bicara; iaitu Zakariyya Zabidi, 45 dan Munadil Nafi’at, 26.
Menariknya, Iham, Ya’kub dan Mahmud sememangnya telah dilabel penjara Israel sebelum ini sebagai tahanan yang kemungkinan tinggi akan cuba meloloskan diri. Nampaknya, mereka masih mampu melakukannya walaupun tumpuan keselamatan lebih ketat diletakkan ke atas mereka bertiga!
Apa yang menjadi persoalan orang ramai sekarang adalah bagaimana mereka mampu membebaskan diri daripada Penjara Gilboa yang terletak di antara Laut Galilee di Israel dan Tebing Barat bandar Jenin itu; sebuah penjara dengan sistem kawalan keselamatan tercanggih di Israel?
Biarpun pihak polis Israel belum secara rasminya mengesahkan cara yang mereka gunakan, beberapa foto dan video kini tular di media sosial menunjukkan sebuah terowong sempit yang digali dari dalam sel penjara hingga ke sistem perparitan di luar kompleks penjara itu.
Ads
Lubang yang digali terletak di sebalik sinki dalam sel penjara. Sumber Foto : Israel Prison Serviice.Pihak polis dan wartawan berkumpul di sekeliling lubang yang digunakan 6 tahanan Palestin untuk membebaskan diri. Sumber Foto : Israel Prison Serviice.
Tahanan dipercayai mengambil masa berbulan-bulan untuk menggali lubang ini dari belakang sinki sel penjara yang dikongsi mereka berenam menggunakan sudu besi.
Menurut pesuruhjaya servis penjara Israel pula, tahanan tidak memecahkan dinding seperti yang dilaporkan beberapa portal media di sana.
Sebaliknya, tahanan mengeksploit kelemahan struktur bangunan penjara yang mempunyai kawasan berlubang (void) di sebalik lantai. Bahagian ‘plate’ lantai diangkat dan kemudian, barulah proses mengorek tanah dilakukan.
Ads
Sebaik saja bebas, mereka dipercayai mengoyakkan pakaian penjara demi mengelakkan diri daripada mudah dikesan.
Enam tahanan itu dipercayai telah tiba di Tebing Barat (West Bank) dan masih belum dapat dikesan. Sekatan jalan raya telah diperketatkan, drone diterbangkan dan helikopter telah dikerah oleh Israel untuk mengesan mereka.
Armed men fire in the air in Jenin tonight, in a show of force amid an intense manhunt for the six Palestinian security prisoners, originally from Jenin, who fled Gilboa Prison. pic.twitter.com/Hlb7bdHmq8
Malah, pihak penjara juga bertindak melakukan pemeriksaan menyeluruh pada Penjara Gilboa bagi memeriksa sekiranya ada lagi usaha menggali terowong oleh para tahanan lain. Demi melakukannya, tahanan penjara terpaksa dipindahkan buat sementara waktu ke penjara lain.
Penduduk Palestin dalam pada itu menyambut baik kejayaan tahnan membebaskan diri. Di sekitar kawasan Penjara Gilboa, penduduk diseru memadamkan rakaman video semalam bagi menggagalkan usaha Israel mengesan tahanan.
Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama percubaan membebaskan diri dilakukan oleh tahanan Penjara Gilboa. Ia pernah dicuba pada tahun 2014 apabila sebuah terowong ditemui dari kamar mandi tahanan. Namun, percubaan itu berjaya dipatahkan Israel hasil siasatan awal.
Situasi pandemik sepanjang tahun 2020 telah memaksa peminat muzik di seluruh dunia untuk akur dengan ketiadaan konsert daripada artis kegemaran mereka.
Oleh sebab itu, semakin ramai penggiat seni yang mencari alternatif untuk mendekatkan diri dengan peminat dengan cara melakukan konsert virtual berbayar secara atas talian.
Walaupun dilihat sebagai persembahan ‘online’ saja, namun korang akan terkejut apabila mengetahui ramai yang sanggup berbelanjaan membeli tiket akses demi melayan artis kegemaran masing-masing.
Pada hari ini, Blackpink telah mengumumkan bahawa mereka akan menjadi salah satu grup K-Pop yang akan melakukan konsert online dengan kerjasama YouTube.
Haa, konsert siapa lagi yang boleh korang nikmati sepanjang bulan Disember ini? Jom lihat senarai ini:
.
.
.
01
The Boyz
Grup ini akan menyambut ulang tahun ketiga penubuhan grup mereka menerusi fancon benama The Film Festival pada 4 & 5 Disember ini.
Sebenarnya, Pentagon telahpun dijadualkan untuk melangsungkan konsert online mereka pada 29 November lalu.
Namun setelah ahli Pentagon terpaksa menjalani kuarantin mengikut arahan label, CUBE Entertainment akibat kes positif Covid-19 yang melanda anggota UP10TION, Bitto, mereka kini akan mengganti konsert berjudul WE L:VE itu pada 13 Disember kelak.
Unit Day 6 yang melibatkan YoungK, Dowoon dan Wonpil ini akan mengadakan konsert online pada tarikh sama dengan kumpulan Blackpink pada 27 Disember ini dan ia dikenali sebagai Even of Day online Party Night: The Arcane Salon.
.
.
.
05
Blackpink
Ya, kami tahu ramai yang excited dengan berita ini. YG Entertainment mengumumkan konsert online bernama YG Palm Stage – 2020 Blackpink: The Show dengan kerjasama YouTube dan YouTube Music pada 27 Disember ini.
Besar kemungkinan Blackpink akan menyanyikan hampir kesemua lagu terbaru mereka daripada album – ahem – The Album.
Last but not least, konsert mega menjelang tahun baru 2021 akan dibawakan khas oleh label Big Hit pada 31 Disember dan ia membabitkan – are you ready?! – BTS, NU’EST, GFRIEND, ENHYPEN, TXT, BUMZU dan Lee Hyun.
Konsert yang dikenali sebagai 2021 New Year’s Eve Live ini boleh ditonton di SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tayar merupakan satu-satunya komponen kenderaan yang benar-benar menyentuh tanah dan kepentingannya tidak boleh diabaikan. Pemilihan tayar yang betul adalah penting mengikut keperluan dan situasi pemanduan korang. Tersalah pilih tayar akibatnya akan menyesal kelak.
Diantara tayar yang popular dan mampu milik di Malaysia ialah Silverstone. Siapa sangka, lebih 30 tahun kilang Silverstone beroperasi di Kamunting, Taiping, kilang ikonik ini diumumkan bakal ditutup seawal Jun ini.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Toyo Tire, Takashi Shimizu penutupan kilang milik Silverstone Malaysia Bhd (SSM) yang merupakan anak syarikat Toyo Tire Corporation sememangnya tidak dapat dielakkan.
Hal ini disebabkan impak daripada pandemik COVID-19, tahun lalu sahaja Toyo Tire mengalami kerugian luar biasa dengan jumlah sebanyak 6.27 bilion yen (~RM239 juta).
Ternyata pandemik COVID-19 bukan saja mengakibatkan jangkitan masalah kesihatan serius tetapi juga membawa kesan ekonomi yang berpanjangan apabila banyak kawalan pergerakan terhad dilakukan di seluruh dunia. Harapnya selepas kita semua divaksin, tiada lagi berita penutup jenama besar lagi.
Selepas 8 tahun berlalu peristiwa pesawat MH17 milik Malaysia Airlines ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.
Pesawat MH17 ditembak dari udara dan mengorbankan 298 penumpang termasuk anak kapal
Untuk rekod sebelum ini, 4 orang suspek dan dalang telah dinamakan di mana tiga darinya adalah warga Rusia dan seorang warga Ukraine. Tiga warga Rusia ini ialah Igor Girkin, Sergey Dubinsky dan Oleg Pulatov serta seorang warga Ukraine, Leonid Karchenko akan dihadapkan ke mahkamah apabila kes perbicaraan bermula pada 9 Mac 2020.
Tidak terus berdiam, terbaru negara Australia dan Belanda pula telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Rusia melalui Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa setelah kes jatuhnya pesawat Malaysia Airlines MH17.
Tindakan undang-undang ini bakal memaksa Rusia untuk mengambil bahagian dalam rundingan dengan kedua-dua negara dan juga boleh dihukum oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pesawat MH17 ini hancur terkena tembakan peluru berpandu dalam tragedi 8 tahun lalu
Kedua-dua negara iaitu Australia dan Belanda telah memohon pampasan dan permohonan maaf daripada kerajaan pimpinan Vladimir Putin atas bencana MH17 yang menyaksikan 298 orang termasuk 38 rakyat Australia menghembuskan nafas terakhir apabila ia ditembak jatuh di Ukraine pada 2014.
Memetik laporan The Guardian, Menteri Luar Australia iaitu Marise Payne dan Peguam Negara Australia iaitu Michaelia Cash mengumumkan semalam bahawa Australia dan Belanda akan mengambil tindakan di bawah Artikel 84 Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa serta mendakwa Rusia melanggar Konvensyen Chicago yang menyokong undang-undang penerbangan.
Marise berkata Australia masih dengan prinsipnya sejak Mei 2018 iaitu Rusia bertanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa yang menyebabkan pesawat MH17 ditembak jatuh.
“Keengganan Rusia untuk bertanggungjawab terhadap peranannya dalam menjatuhkan pesawat MH17 tidak boleh diterima sama sekali dan kerajaan Australia sentiasa berkata bahawa kami tidak akan mengecualikan apa-apa pilihan undang-undang dalam usaha mencari keadilan,” tambahnya.
Hmm…tiba-tiba nama Malaysia muncul di tengah ketegangan politik dunia sekarang…huhu
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.