Itulah, bila kita terlalu obses dengan ‘content’ dan jumlah penonton, kita terlupa akan adab dan perasaan orang lain.
Kecoh dunia YouTuber di Amerika Syarikat apabila pasangan kembar terkenal, Alan dan Alex Stokes memuat naik sebuah video di akaun YouTube mereka dengan tujuan mengenakan orang lain atau dalam bahasa mudah, prank.
Content sebegini sudah sebati dengan pasangan kembar berusia 23 tahun ini. Dengan cara inilah, mereka mengecapi populariti dan jumlah subscribers yang cukup tinggi. Bagaimanapun kali ini, prank mereka telah melebihi batas dan hasilnya, mereka berdepan dengan tindakan undang-undang!
Ads
Pada Oktober 2019, Alan dan Alex melakonkan prank mereka untuk merompak bank dan ia melibatkan seorang pemandu Uber tidak bersalah.
Mereka menempah kenderaan Uber dan berpakaian serba hitam siap dengan pelitup muka ski dan beg jenis ‘duffle’ seolah-olah baru saja merompak wang dari bank. Situasi ini telah dirakamkan secara rahsia untuk video prank mereka.
Nampak seperti perancangan prank biasa, kan?
Ads
Namun, semuanya bertukar serius setelah seorang saksi yang berada di lokasi rakaman itu mendial pihak berkuasa setelah mempercayai dengan prank tersebut. Malah, apabila polis tiba di tempat kejadian, mereka mengacukan pemandu Uber itu dengan pistol.
Biarpun niat mereka hanyalah untuk mengenakan orang ramai, namun nyawa pemandu itu berada dalam bahaya dan dia mampu untuk terbunuh sekiranya bertindak melawan pihak polis.
Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam daerah Orange County, perbuatan Alan dan Alex itu adalah tidak bertanggungjawab. Mereka hanya ingin menaikkan jumlah followers di Internet tanpa memikirkan keselamatan pegawai polis atau pemandu Uber.
Setelah kes itu disiasat selama hampir dua tahun, Alan dan Alex akhirnya mengaku bersalah di hadapan mahkmah demi meringankan caj di bawah undang-undang dan demi mengelak hukuman penjara yang boleh dikenakan sehingga 5 tahun kerana perbuatan mereka.
Masing-masing diperintah untuk melakukan khidmat komuniti selama 160 jam dan mereka akan diletakkan di bawah probation untuk tempoh setahun.
Itulah, gian sangat nak prank orang. Akhirnya diri sendiri yang tersungkur ke tanah.
Untuk penggiat YouTube Malaysia, jangan pula korang pandai-pandai dan melakukan sesuatu ‘di luar kotak’ sebegini sehingga meruntuhkan karier sebagai pempengaruh terkenal.
Saban hari, semakin ramai individu dijangkiti wabak Covid-19 tanpa mengira umur dan latar belakang seseorang, termasuklah di kalangan rakan dan saudara rapat kita.
Negara kita bagai ke satu ‘kehidupan baharu᾿ di mana penularan kes-kes Covid-19 akan sentiasa wujud di dalam masyarakat. ‘Hidup’ bersama Covid-19’ ini memerlukan semua orang memainkan peranan lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri dan juga mereka di sekeliling. Malah,
Rata-rata dari kita memilih menggunakan Polymerase Chain Reaction (PCR) mahupun Rapid Test Kit (RTK) untuk mengesan diri dijangkiti Covid-19 atau tidak.
Sekiranya dijangkiti tetapi tidak mempunyai sebarang simptom atau gejala yang tidak teruk, anda perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Baru-baru ini, seorang ahli farmasi, Huda Kamsani berkongsi satu yang bermanfaat kepada pesakit Covid-19 yang kuarantin di rumah melalui akaun TikToknya.
Menurut Huda, Enam item asas yang diperlukan adalah:
1. Thermometer – untuk periksa suhu badan dua kali sehari.
Foto Via Pexels
2. Oximeter – untuk periksa oksigen dan kadar denyut nadi dua kali sehari.
Foto Via Pexels
3. Difflam – untuk melegakan sakit tekak.
4. Paracetamol – untuk turunkan suhu badan (ambil dua kali sehari).
Internet kini bukan lagi dianggap sebagai satu bentuk medium untuk hiburan atau meluangkan masa. Internet kini sudah menjadi satu bentuk KEPERLUAN yang sangat penting apatah lagi untuk generasi muda seperti korang.
Malah di antara golongan terbesar menggunakan data Internet terbesar dalam masyarakat ialah golongan remaja dan muda. Dan menyahut seruan dan janji kerajaan kepada Malaysia Baharu, harga broadband atau Internet jalur lebar akan dikaji dan diturunkan harga.
Kita sebagai pengguna internet pun boleh buat pilihan nak broadband yang terbaik di iMoneyikut bajet, kelajuan dan keperluan kita. Menarik kan?
Dalam kenyataan terbaru oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, harga jalur lebar tetap di negara kita bakal diturunkan sekurang-kurangnya 25 peratus. Ia berikutan pelaksanaan Standard Mandatori bagi Harga Capaian (MSAP) sejak 8 Jun lepas.
Foto: BERNAMA
“Pihak yang berkaitan kini dalam perbincangan untuk menetapkan harga borong dan proses tersebut dijangka berakhir pada Julai atau Ogos yang mana selepas itu pakej jalur lebar pada harga lebih rendah akan diperkenalkan kepada pengguna,” katanya.
Tambah beliau lagi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melaksanakan MSAP pada 8 Jun lepas (2018) yang berkuat kuasa mulai 1 Jan tahun ini.
Gobind berkata, SKMM turut diminta mempertimbangkan langkah lain yang boleh menurunkan lagi harga jalur lebar dan memantau harga jalur lebar di negara ini supaya harga pakej permulaan adalah munasabah untuk semua rakyat.
Sebagai perbandingan negara jiran, Thailand menawarkan harga 50 Mbps sebanyak RM74, Singapura RM134 untuk 1 Gbps manakala Malaysia RM120 untuk hanya 10 Mbps.
Polisi MSAP mengenakan harga siling borong bagi pihak pembekal kemudahan dan perkhidmatan yang digunakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dalam pasaran.
Penurunan harga borong ini bakal mengurangkan harga pasaran kepada pengguna.
REMAJA menyambut baik penurunan harga ini memandangkan ia akan menjadi lebih murah dan lebih ramai golongan remaja terutama daripada keluarga berpendapatan rendah mampu menikmati Internet.
Semoga penurunan harga ini juga dapat terus menjadi pemacu kepada perkembangan teknologi dan maklumat di kalangan orang muda.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aplikasi TikTok menjadi kegilaan ramai golongan muda dan remaja sehingga memiliki ratusan juta pengikut seluruh dunia, remaja Malaysia merupakan salah satu negara yang terkena gelombang ini dah boleh dikatakan aplikasi ini mampu menjadi sumber kewangan bagi sesetengah pihak.
Namun tidak semuanya tentang aplikasi ini disenangi ramai, terbaru, Lembaga Telekomunikasi Pakistan dalam sebuah ciapan di Twitter telah menyatakan bahawa aplikasi tersebut tidak lagi boleh diakses di negara itu.
Dalam ciapan yang menyiarkan siaran akhbar itu menyatakan, memandangkan sejumlah aduan dari pelbagai lapisan masyarakat terhadap kandungan tidak bermoral / tidak senonoh pada aplikasi perkongsian video TikTok, Lembaga Telekomunikasi Pakistan telah mengeluarkan arahan untuk menyekat aplikasi tersebut.
Melihat pandangan dan jenis kandungan yang dimuat naik secara konsisten di TikTok, Lembaga Telekomunikasi Pakistan mengeluarkan notis terakhir kepada aplikasi tersebut dan memberikan banyak masa untuk bertindak balas dan mematuhi arahan Pihak Berkuasa untuk mengembangkan mekanisme proaktif yang berkesan untuk menyederhanakan kandungan atas talian yang tidak mematuhi undang-undang.
Namun, aplikasi tersebut gagal mematuhi arahan sepenuhnya, oleh itu, arahan dikeluarkan untuk menyekat aplikasi TikTok di negara ini.
ADA YANG TIDAK BERSETUJU
Namun begitu tidak semua pihak bersetuju dengan langkah yang diambil ini. Sebagai contoh, dalam satu ciapan di Twitter oleh Amensty International South Asia, pertubuhan tersebut menyatakan yang kerana semata-mata kempen melawan unsur kesat, rakyat dinafikan hak untuk mengeksperesikan diri di atas talian. Kempen untuk menyekat TikTok ini datang bersama latar semasa yang mana suara disenyapkan di televisyen, kolum hilang dari surat khabar, laman sesawang diblok dan iklan televisyen disekat.
Menurut ciapan itu lagi, pihak Amnesty International South Asia berharap agar keputusan untuk menyekat TikTok di Pakistan diundur semula dan melonggarkan genggaman terhadap apa yang rakyat di negara itu boleh baca, tonton, bercakap, menulis dan sebagainya.
***P/S – Bagi penulis penggunaan aplikasi media sosial ada baik dan buruknya jika tidak dikawal dengan baik. Tidak kiralah apa pun jenis aplikasi tersebut.