Sumber Foto : The Palestine Chronicle

 

Nama Anhar al-Deek telah hangat diperkatakan sejak semalam berikutan rasa simpati orang ramai terhadap wanita yang sedang hamil sembilan bulan itu.

Ini setelah umum mendapat tahu bahawa Anhar, 25 masih menjadi tahanan rejim Israel biarpun dia sedang sarat mengandung dan akan melahirkan anaknya itu pada bila-bila masa saja dari sekarang.

Anhar al-Deek Keluar Penjara Israel, Jadi Tahanan Rumah Pula
Sumber Foto : The New Arab
Anhar al-Deek Keluar Penjara Israel, Jadi Tahanan Rumah Pula
Sumber Foto : TRT World

Terdahulu, Anhar telah ditahan oleh tentera Israel ketika kandungannya berusia lima bulan setelah dia dituduh cuba menikam seorang anggota di kawasan penempatan haram Israel.

Dia kemudiannya dibawa ke Penjara HaSharon dan dijadikan tahanan di sana. Keluarga Anhar pernah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Israel agar dia dibebaskan kerana dia mempunyai masalah kesihatan dan sedang hamil. Namun ia telah ditolak.

IKLAN

Sepanjang berada dalam tahanan penjara, Anhar pernah menulis surat dari penjara demi memohon bantuan kumpulan hak asasi manusia untuk membolehkan dirinya dibebaskan dari Penjara HaSharon dan bersalin di luar pusat tahanan.

Anhar al-Deek Keluar Penjara Israel, Jadi Tahanan Rumah Pula
Anhar juga memiliki seorang lagi anak perempuan berusia 20 bulan. Sumber Foto : Middle East Monitor

Hasilnya, beberapa pertubuhan dunia seperti Liga Arab dan Pertubuhan Masyarakat Awam (CSO) telah mendesak agar Israel mematuhi undang-undang antarabangsa dan tidak bersifat kejam terhadap golongan lemah seperti ibu hamil.

IKLAN

Terbaru pada hari ini, tentera Israel telah bertindak membebaskan Anhar al-Deek dari penjara dan kini boleh menjalani pembedahan bagi melahirkan anak.

Namun dia tetap dikenakan jaminan sebanyak 40,000 shekel atau kira-kira RM51,790. Bukan itu saja, Anhar tidaklah ‘sebebas’ yang disangka apabila dia kini dikenakan tahanan rumah di kediaman keluarganya sementara menunggu perbicaraan berhubung kes meningkam anggota rejim pada hari Ahad ini.

IKLAN

*

Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi kisah koresponden rasmi saluran TV3 di London, Haliza Hashim Doyle yang turun berprotes selama hampir lima jam demi keamanan bumi Palestin.

ARTIKEL BERKAITAN : “Hampir 5 Jam Protes..” Haliza Hashim Terkesan Semangat Dambakan Keamanan Palestin – REMAJA

Sumber : (1) (2)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI