Tayar merupakan satu-satunya komponen kenderaan yang benar-benar menyentuh tanah dan kepentingannya tidak boleh diabaikan. Pemilihan tayar yang betul adalah penting mengikut keperluan dan situasi pemanduan korang. Tersalah pilih tayar akibatnya akan menyesal kelak.
Diantara tayar yang popular dan mampu milik di Malaysia ialah Silverstone. Siapa sangka, lebih 30 tahun kilang Silverstone beroperasi di Kamunting, Taiping, kilang ikonik ini diumumkan bakal ditutup seawal Jun ini.
Ads
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Toyo Tire, Takashi Shimizu penutupan kilang milik Silverstone Malaysia Bhd (SSM) yang merupakan anak syarikat Toyo Tire Corporation sememangnya tidak dapat dielakkan.
Ads
Hal ini disebabkan impak daripada pandemik COVID-19, tahun lalu sahaja Toyo Tire mengalami kerugian luar biasa dengan jumlah sebanyak 6.27 bilion yen (~RM239 juta).
Ads
Ternyata pandemik COVID-19 bukan saja mengakibatkan jangkitan masalah kesihatan serius tetapi juga membawa kesan ekonomi yang berpanjangan apabila banyak kawalan pergerakan terhad dilakukan di seluruh dunia. Harapnya selepas kita semua divaksin, tiada lagi berita penutup jenama besar lagi.
Pasukan Pelarian melangkah ke gelanggang Olimpik Jepun 2020 untuk kali kedua selepas penampilan sulung di Rio pada 2016. Seramai 29 atlet akan mewakili pasukan IOC Refugee Olympic (EOR) untuk 12 acara.
Kesemua atlet ini telah memiliki status pelarian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menurut UNHCR, seseorang akan mendapat status pelarian apabila “seseorang itu telah dipaksa untuk meninggalkan negaranya kerana penganiayaan, perang, atau keganasan ”.
FoTo Kredit : Refugee Olympic Team Olympic Stadium, in Tokyo, Japan, July 23, 2021. (AFP Photo)
Kisah dua wanita cantik ini betul-betul membuka mata dunia, bukan mudah menjadi seorang pelarian. Mereka juga ingin membuktikan pada dunia, walaupun dipanggil sebagai pelarian tetapi mereka mampu berjaya.
Masomah Ali Zada
Atlet wanita berhijab ini berusia 25 tahun ini mempunyai kisahnya tersendiri apabila melarikan diri dari Afghanistan dan tiba di Perancis untuk menyertai acara berbasikal.
Beliau terinspirasi daripada Tour de France dan mengambil sukan tersebut untuk memenuhi impian Olimpiknya.
Masomah dilahrkan di Afghanistan di dalam sebuah keluarga di mana wanita tidak digalakkan untuk menunggang basikal.
“Di Afghanistan, kaum lelaki fikir adalah tidak sesuai untuk wanita menaiki basikal dan Taliban telah mengharamkan kami daripada bersukan,” kata Masomah kepada France24.
Semasa pihak Taliban mengambil alih tampuk kepimpinan negara itu, keluarganya dibuang ke negara jiran iaitu Iran. Bagaimanapun, mereka kembali ke Afghanistan menyaksikan, guru sukannya, kakaknya Zahra dan beberapa wanita lain mengejar impian dan minat mereka dalam acara lumba basikal.
Mereka diugut oleh komuniti di situ apabila mereka mula berbasikal secara kompetitif menyaksikan keluarga Masomah terpaksa berpindah ke Perancis pada tahun 2017.
Tidak lama selepas itu, Masomah menerima Biasiswa Atlet Pelarian daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sekali gus menjadi batu loncatan di dalam hidupnya untuk mencapai impian dan cita-citanya iaitu bertanding pada temasya sukan Olimpik.
Foto Kredit : olympics.com
Foto Kredit : UNHCR/Benjamin Loyseau
Masomah juga ingin menyertai Sukan Olimpik, untuk meyakinkan mereka yang berfikir tidak wajar bagi wanita menunggang basikal atau mereka yang fikir ianya pelik untuk seorang wanita Islam yang memakai tudung berbasikal.
Yusra Mardini
Yusra Mardini, salah seorang atlet yang bertanding di kejohanan sukan penuh berprestij itu mendedahkan bagaimana berenang menyelamatkan dirinya satu ketika dahulu.
Untuk pengetahuan anda, Yusra Mardini merupakan seorang pelarian Syria dan ketika beliau bersama kakaknya meninggalkan bumi Syria pada tahun 2015, bot pelampung angin yang dinaiki mereka rosak serta hampir tenggelam dalam perjalanan menuju ke Eropah.
Dalam keadaan bahaya, Yusra bersama kakaknya melompat ke dalam air untuk menolak serta menarik bot itu dan berenang selama lebih tiga jam sebelum tiba ke pantai bagi menyelamatkan diri serta 20 pelarian lain.
Kemudian, mereka perlu berjalan kaki dari Greece ke Jerman. Walaupun perjalanan tersebut tidak sah, tetapi itulah jalan keluar untuk menyelamatkan diri daripada konflik di Syria.
Yusra Mardini yang kini mewakili pasukan pelarian di Olimpik Tokyo 2020 sebenarnya mulakan langkah pertamanya dengan menyertai kejohanan olimpik di Rio pada tahun 2016 dalam acara renang 100 meter gaya kupu-kupu. Siapa sangka, takdirnya berenang di lautan Mediterania ketika itu menjadi kerjayanya sekarang.
Setiap atlet dalam pasukan pelarian ini memiliki kisah istimewa untuk dikongsikan. Namun, tujuan utama pihak IOC untuk mengadakan pasukan ini ialah untuk memberi mesej harapan dan solidariti kepada jutaan pelarian di seluruh dunia, memberi inspirasi kepada yang lain dengan semangat kekuatan dalam diri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai penonton drama Sweet Dreams yang menyangka bahawa malam ini merupakan episod terakhir drama tersebut di saluran Astro Ria.
Menurut perancangan awal, sepatutnya drama trending tersebut hanya berlarutan sehingga 18 episod. Namun dek kerana popularitinya sejak episod pertama hinggalah sekarang, ia telah dipanjangkan sehingga menjadi 20 buah episod.
Kejutan tersebut bukan hanya untuk para penonton saja. Menerusi video live Instagram yang melibatkan pelakon utamanya, Ben Amir dan Mira Filzah, mereka turut tak menyangka yang pengarah drama itu iaitu Michael Ang dan Astro memutuskan untuk menambah 2 episod ekstra.
“Serius, kami pun baru tahu malam ini. Tak sangka,” kata Ben yang bakal terbang ke Brunei esok.
Mira juga menganggap ia sebagai hadiah istimewa untuk peminat drama Sweet Dreams.
Sementara itu, seorang lagi pelakon tersebut iaitu Yuna Rahim berkata dia tahu mengenai perkara tersebut tak lama dahulu, menerusi Instagram Live-nya.
Hanya pada hari ini, dia boleh berkongsi perkara itu dengan orang ramai.
Pandai simpan rahsia Cempaka ni!
Apapun, ramai netizen yang tak sabar untuk menonton episod esok setelah menyaksikan bahagian sedutan ‘episod seterusnya’ sebentar tadi.
Menerusi sedutan itu, Karl lakonan Sean Lee telah membuat kemunculan khas dan mengejutkan Puteri.
Manakala, Qash Adam lakonan Ben pula dijangka akan menjalankan operasi pembedahan setelah Puteri dilihat berada di dalam bangunan mirip koridor hospital.
Malang nyata tidak berbau di jalan raya, terutamanya apabila berada di kawasan luar bandar.
Semalam, pelakon Raya Muhd Atiqullah Azman, 20 telah berkongsi perihal keadaan dan kesihatannya selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan motosikal berkuasa tinggi.
Bertempat di Kuala Klawang International Circuit di Jelebu, Negeri Sembilan, Atiq dibawa terus ke wad kecemasan di Hospital Jelebu untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Menurutnya dalam muat naik di Instagram Story semalam, keadaannya stabil dan hanya luka yang berbekas pada badannya.
“Atiq nak ucapkan terima kasih kepada yang ucapkan selamat sembuh kepada Atiq.
“Ada sedikit luka pada lengan dan mulut berdarah sedikit. Peha memang teruk, boleh nampak daging dan darah. Alhamdulillah overall Atiq okay bila check X-Ray.
“Yang bawa motosikal tu, berhati-hatilah apabila melalui kawasan berpasir. Atiq tak ada pun nak cepat ke apa, Atiq nak maintain saja. Tapi itulah, dah takdir kan,” kata pelakon yang popular dengan drama Nur itu.
Kalau korang masih ingat, Atiq pernah terlibat dalam satu lagi kemalangan jalan raya sekitar tahun 2018 dahulu dan mengalami kecederaan pada bahagian pinggang, lengan dan lutut.
Syafakallah Atiq Azman!
Seperti yang Atiq katakan, janganlah buat ‘perangai’ yang pelik-pelik di atas jalan sekiranya menunggang motosikal. Contohnya seperti ‘Ghost Rider’ ini.
Kejayaan Airit Rayyan 110 meter lari berpagar dalam Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 mencuri perhatian ramai selepas mencipta rekod baharu dan membanggakan keluarga serta Selangor.