‘Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa’
Tidak seperti kebanyakan ibu bapa, penoreh getah Jaliusih Madakol terpaksa meminjam wang dari orang kampungnya untuk menghadiri pengumuman keputusan STPM anak perempuannya di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu.
Namun segala penat lelahnya untuk menyara pelajaran anak perempuannya tidak berakhir dengan sia-sia apabila anak perempuannya, Arnie Jaliusih meraih purata mata gred kumulatif (CGPA) 4.0 untuk peperiksaan STPM.
Arnie yang merupakan pelajar SMK Tun Fuad Stephens adalah antara 75 pelajar yang menerima penghargaan daripada timbalan pengarah Pendidikan (Perancangan dan Pengurusan Sektor PPD) Sabah Mohd Zaini Yanin di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu.
Ads
Penoreh getah itu turut berkata, dia sanggup berusaha dengan pelbagai cara untuk memastikan Arnie, dirinya dan isteri tetap hadir meraikan pencapaian membanggakan tersebut.
“Saya hanya ada motosikal dan Proton Saga yang selalu rosak. Kereta saya dari era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri pada 1990-an.
“Paling jauh yang ianya boleh capai adalah sehingga ke pekan Tamparuli, kira-kira 30 minit dari rumah kami,” katanya sambil menambah mereka terpaksa menyewa teksi dari pekan itu untuk menyambung perjalanan ke sekolah tersebut.
Jaliusih yang berasal dari Sinansag Kiulu di Tamparuli hanya memperoleh pendapatan antara RM200 dan RM300 sebulan. Manakala kos tambang teksi untuk pergi dan balik dari sekolah tersebut mencecah RM120.
Ads
“Saya tiada pilihan lain selain meminjam wang daripada beberapa orang kampung semata-mata untuk memastikan kami berjaya sampai ke sini. Ia adalah satu majlis yang menggembirakan.
“Tetapi apabila Arnie melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, memandangkan dia bercita-cita menjadi seorang guru, kami sekeluarga perlu mendapatkan sokongan kewangan daripada saudara-mara yang lain,” katanya.
Ads
Arnie, anak ketiga daripada lima beradik, merupakan pelajar tunggal SMK Tun Fuad Stephens yang mendapat 4.0 dalam peperiksaan STPM.
Sekadar info, seramai 7,618 calon mendaftar untuk peperiksaan STPM di Sabah namun hanya 7,001 yang mendudukinya. Manakala, 59 sekolah mencapai kadar kelulusan 100 peratus tahun lepas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: NST & Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang ada burung merpati kat rumah ke tu? Agak-agak berapa nilai burung peliharaan korang tu? Boleh buat jadi jutawan ke tak? Hehehe…
Terbaru dalam laporan oleh bbc.com, seekor burung merpati betina yang dikenali dengan nama New Kim telah dibeli pada harga 1.9 juta dolar oleh seorang pembida dari China pada Ahad. Kalau nak tahu, pada asalnya New Kim hanya hendak dolelong oleh tuannya pada harga 200-euro sahaja.
Menurut penternak dan juga pemilik burung itu, Kurt Van de Wouwer. Mereka sangat terkejut apabila menerima berita yang burung milik mereka itu menjadi rebutan sehingga mencapai harga sedemikian.
New Kim pernah memenangi beberapa pertandingan pada tahun 2018 termasuklah perlumbaan jarak-sederhana namun telah bersara sejak itu.
Sumber gambar: via ndtv.com
.
Burung ini dibeli dengan harga yang sangat mahal apabila dua pembida berebut membelinya setelah sukan lumba burung merpati popular sejak beberapa tahun ini.
Terdahulu, Armando, si burung merpati jantan yang berusia 4 tahun memegang rekod sebagai burung termahal apabila dijual pada harga 1.24 juta euro.
***P/S – 1.9 juta dolar dah bersamaan hanpir RM8 juta. Wow! Ok Min nak bela burung merpati sekarang jugak!
Sumber: bbc.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Letak sahaja makanan di meja makan, mulalah semut datang. Ada gula ada semut, itu orang zaman dahulu cakap tapi sekarang asal ada makanan ada semut.
Foto Via Pexels
Rata-rata dari kita akan mengunakan solusi paling senang iaitu mengunakan racun serangga. Tapi, awas ya!Kena perhatikan betul bahan kandungan yang digunakan.Melalui perkongsian daripada Public Health Malaysia, rupa-rupanya bukan semua jenis racun semut sesuai dan selamat untuk manusia.
Racun semut jenis Shang Jia Ant Clean ini dijual secara berleluasa di pasar malam dan jualan online. Ramai yang gunakannya tanpa mengetahui bahaya produk ini kepada tubuh dan persekitaran.
Jangan main main, racun ini mengandungi bahan beracun Mirex yang sangat lama boleh berada dalam tubuh dan bersekitaran. Ia tidak mudah terurai dan masih ada kesan racun walaupun sudah bertahun lamanya.
Sebab itu bahan beracun Mirex tidak dibenarkan digunakan di Malaysia. Ada kes keracunan yang dikesan, racun masih dapat di kesan dalam tubuh selepas bertahun tahun lamanya.
Ya, yang nak dibunuh semut, tapi yang akan kena kesan racun anak anak. Elakkan menggunakan racun jenis ini untuk keselamatan bersama.
Apa kata korang guna je beberapa tip dan petua alami ini untuk menghalau semut dari mendekati makanan. Katanya berkesan!
Sembutkan air limau nipis di kawasan yang dikenal pasti sebagai kubu semut. Limau nipis mengandungi asam yang boleh menghalang pergerakan semut.
Tanam jenis beberapa pohon seperti Lavender atau tumbuhan Mint. Tumbuhan ini memiliki aroma yang tidak digemari serangga seperti semut. Sebaiknya tanamlah di halaman yang sering terjadi berkumpulnya semut.
Bahan – bahan seperti kulit kayu manis, bunga cengkih, serbuk penaik, kulit limau dan kapur juga boleh ditaburkan di kubu semut.
Gunakan silika gel di ruangan penstoran yang lembap, kelembapan biasanya memancing bau yang mengundang semut.
Bersihkan ruang penstoran dan lain-lain secara rutin daripada sisa makanan. Kebersihan ialah kunci penting untuk menghindarkan semut dari menyerbu ke kediaman anda.
Mudahkan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Inilah perumpamaan yang sesuai dikatakan kepada remaja berusia 19 tahun ini. Semalam, Myisha Mohd Khairul telah mengharumkan nama negara apabila dia menjuarai Kejohanan Badminton Dutch International 2022.
Dia yang merupakan pemain perseorangan muda negara telah mencipta sejarah tersendiri kerana ini merupakan kejuaraan sulungnya di pentas antarabangsa. Di peringkat akhir pertandingan itu dia mengalahkan rakan sepasukan, Siti Nurshuhaini Azman dengan mata 21-19, 18-21, 21-19 dalam aksi sengit yang berlangsung selama 70 minit.
Sebelum ini, Myisha antara atlet penting dalam pasukan wanita negara yang meraih gangsa pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC), Februari lalu.
Dalam perkembangan terkini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah mengumumkan ganjaran buat Myisha yang merupakan anak jati Johor Darul Takzim. Dalam satu hantaran di Instagramnya, beliau mengumumkan berita gembira tersebut.
“Tahniah Myisha Khairul atas kejayaan menjuarai Dutch International 2022. Saya dan seluruh warga Johor tumpang bangga dan gembira! Myisha yang saya kenal memang seorang atlet yang amat komited dan sentiasa berusaha gigih untuk mencapai kejayaan.
“Sebagai tanda penghargaan, Kerajaan Negeri akan menghadiahkan RM10,000.00 atas kejayaan beliau mengharumkan Negeri dan Negara,” tulisnya.
Hadiah yang diberikan ini merupakan satu token hasil kerja keras atlet dan sebagai satu penggalak untuk menaikkan semangat mereka.
Ujarnya lagi, “Semoga kemenangan ini turut menyuntik dan membakar semangat atlet-atlet muda Johor lain dalam menjulang nama negeri dan negara di persada dunia. Luaskan Kuasamu Johor. Allah Peliharakan Sultan. Allah Berkati Johor.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!