back to top
Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Home Inpirasi Motivasi Imbuhan “Se-”, Serupa Tapi Tak Sama

Imbuhan “Se-”, Serupa Tapi Tak Sama

Kita seringkali mendengar ayat-ayat seperti ini:

1) Wajah Alia secantik ibunya.

2) Ikhwan tidak selincah abangnya semasa beraksi di padang bola.

3) Fikri sehebat bapanya ketikat berdebat di pentas.

4) Baju Nurliyana tidak semahal baju Khairiah.

IKLAN

Empat ayat di atas merupakan contoh penggunaan imbuhan “se-” dalam konteks yang berbeza. Sebelum saya jelaskan apa yang membezakan penggunaan awalan “se-” di atas, eloklah kita berkenalan dahulu dengan awalan “se-”. Awalan “se-” merupakan awalan kata adjektif apabila digabungkan dengan kata dasar membawa pengertian sama. Contoh secerah yang membawa maksud sama cerah, sehebat membawa maksud sama hebat, segagah yang membawa maksud sama gagah. Contoh penggunaan awalan “se-” yang membawa maksud sama ialah pada ayat (1) dan (3) di atas.

Walau bagaimanapun, jika kita ingin membuat perbandingan yang membawa maksud tidak sama, kata nafi tidak perlu berada di hadapan kata berimbuhan “se-” tersebut sebagaimana contoh pada ayat (2) dan (4).

Ayat (2) menunjukkan bahawa kelincahan Ikhwan di padang bola tidak sama dengan kelincahan abangnya. Hal ini menunjukkan abang Ikhwan lebih lincah daripada Ikhwan apabila berada di padang bola. Begitulah halnya dengan ayat (4) yang jelas menunjukkan bahawa, baju Khairiah lebih mahal daripada baju Nurliyana.

IKLAN

Daripada keempat-empat contoh ayat di atas dapatlah dibuat kesimpulan bahawa, walaupun penggunaan awalan “se-” membawa maksud sama, namun maksudnya tidak serupa bergantung bagaimana ayat itu dipersembahkan mengikut konteks. Kata berawalan se- juga tidak boleh diikuti dengan perkataan seperti atau dengan untuk membawa maksud sama. Lihat dua contoh dua ayat ini.

Ayat Contoh:

IKLAN

5) Beliau tidak segagah seperti Hang Tuah

6) Warna baju kakak sehijau dengan warna daun

Kedua-dua ayat di atas tidak gramatis, kerana hadirnya perkataan seperti pada ayat (5) dan dengan pada ayat (6). Justeru, berhati-hatilah ketika menggunakan awalan “se-” kerana penulisannya sama, namun maksudnya tidak serupa.

Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa & Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Dr. Hjh Noor Zila binti Md. Yusuf

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI