Penat lelah yang dipikul selama bertahun-tahun demi mendapatkan sekeping ijazah semestinya menjadi impian ramai anak muda.

Begitulah yang dirasai oleh Muhd Amirul yang menghidap Cerebral Palsy apabila baru-baru ini tular video klip mempamerkan dirinya berjaya merangkul skrol ijazah Sarjana Muda di Majlis Konvokesyen ke-36, UUM.

“Woo Young Woo In Real Life” – Kekurangan Bukan Penghalang, Graduan Undang-Undang Hidap Cerebral Palsy Raih Tepukan Gemuruh

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Pernah Terpaling Cemerlang Sejak Sekolah..” -Graduan PhD Ingin Banggakan Ibu Bapa Tercapai
“Woo Young Woo In Real Life” – Kekurangan Bukan Penghalang, Graduan Undang-Undang Hidap Cerebral Palsy Raih Tepukan GemuruhMengundang perhatian ramai kerana kejayaannya mencapai impian menggenggam ijazah dalam jurusan undang-undang, graduan yang dikenali sebagai Muhd Amirul Asyraf turut berjaya meraih tepukan gemuruh dari seluruh tetamu yang hadir.

“Woo Young Woo In Real Life” – Kekurangan Bukan Penghalang, Graduan Undang-Undang Hidap Cerebral Palsy Raih Tepukan Gemuruh

Beliau yang merupakan pelajar jurusan Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian itu difahamkan menghadapi sejenis keadaan dipanggil sebagai Cerebral Palsy.

@uumsintok Kekurangan pada diri tidak jadi penghalang untuk berjaya👌🏻☺️🤲🤲💪#uum #uumsintok #freepalestine🇵🇸❤️ #konvouum36 #trending #fyp #cintakusampaikeeuthopia #topuniversity #university #universitylife ♬ Thank You Allah (Acoustic Version ) – Maher Zain

 Memetik sumber MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, Cerebral Palsy merupakan satu keadaan kesihatan yang terjadi akibat kerosakan saraf otak yang terjadi ketika di dalam kandungan, semasa atau selepas kelahiran.

IKLAN

“Woo Young Woo In Real Life” – Kekurangan Bukan Penghalang, Graduan Undang-Undang Hidap Cerebral Palsy Raih Tepukan Gemuruh

Selain itu, REMAJA turut difahamkan menerusi komen dari kenalannya di universiti, Muhd Amirul mempunyai tahap kepandaian yang tinggi dan merupakan pelajar cemerlang dalam kelas.

Menjengah ke ruangan komen, majoriti warganet dilihat sebak dan bangga terhadap kejayaan yang diperoleh oleh graduan UUM tersebut meski menghadapi cabaran tersendiri.

“Woo Young Woo In Real Life” – Kekurangan Bukan Penghalang, Graduan Undang-Undang Hidap Cerebral Palsy Raih Tepukan Gemuruh

IKLAN

“Dari sekolah menengah lagi memang seorang pelajar yang cemerlang. Friendly dan sentiasa tersenyum. Proud of him!” jelas seorang warganet.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengatakan bahawa kisah Muhd Amirul seolah-olah menyerupai watak terkenal dalam drama Korea, Extraordinary Attorney Woo iaitu seorang peguam wanita yang menghidapi autisme.

“Woo Young Woo In Real Life” – Kekurangan Bukan Penghalang, Graduan Undang-Undang Hidap Cerebral Palsy Raih Tepukan Gemuruh

IKLAN

Extraordinary Attorney Woo in real life. Power Amirul,” ujar seorang wanita.

BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan

KREDIT FOTO: Tiktok UUM

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI