Pengumuman bantuan Peruntukan Nasional 2020 semalam oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah sedikit sebanyak melegakan rakyat.
Di saat getir penularan Covid-19 ini, ramai pihak yang khuatir mereka tidak dapat melangsungkan kehidupan setelah punca pendapatan masing-masing tersekat sepanjang tempohh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Ini termasuklah pelajar peringkat pengajian tinggi di seluruh negara.
Seperti yang diumumkan, korang juga tidak terkecuali apabia korang layak menerima bantuan sebanyak RM200 seorang.
Ia melibatkan peruntukan RM270 juta dan melibatkan para pelajar daripada pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuklah IPT awam, IPT swasta, matrikulasi, kolej komuniti dan politeknik.
ARTIKEL BERKAITAN: UiTM Sahkan Pelajar Positif Covid-19
Bayaran berbentuk one-off (sekali bayar) itu bagaimanapun akan diterima oleh korang pada bulan Mei 2020. Jadi sementara waktu itu, korang dinasihatkan untuk cuba berjimat seboleh baik.
Bagi yang masih menetap di hostel, REMAJA nasihatkan agar korang menerima bantuan makanan yang disediakan oleh kerajaan, pihak universiti dan badan-badan tertentu.
BACA JUGA: Pelajar Di 3 Universiti Selangor Dapat Makan Percuma
Buat masa ini, maklumat mengenai cara memohon Bantuan Prihatin Nasional ini masih belum diterima dan ia akan dikemaskini dari semasa ke semasa secara rasmi oleh kerajaan.
Korang seharusnya hanya mendapatkan makluman rasmi menerusi laman web MyBSH. Semak status permohonan dan pembayaran korang di sini kelak.
Sementara itu, ELAKKAN daripada mengisi APA-APA BORANG ataupun membalas panggilan telefon yang mendakwa mereka memanggil daripada pihak kerajaan bagi megelak ditipu oleh scammers.
Untuk pengetahuan, korang juga layak untuk menerima internet percuma berkelajuan tinggi bermula April ini. Cer lihat apa yang dimaksudkan dengan bantuan tersebut.
Wow, Internet Percuma Kelajuan Tinggi Untuk Semua Pascabayar Dan Prabayar Sepanjang PKP