Sejak namanya semakin mendapat perhatian ramai, anak kepada penerbit terkenal Datuk A. Aida, Azeva, nampaknya turut menjadi perhatian ramai jejaka yang mahu mengenalinya dengan lebih dekat.
Namun, kepada mana-mana lelaki yang mungkin sedang memasang niat untuk mendekati Azeva, ada satu ‘amaran manja’ daripada ibunya yang perlu diambil perhatian.
Menurut Datuk A. Aida, buat masa ini dia lebih senang melihat anaknya berkawan sahaja dan memberi fokus sepenuhnya terhadap kejayaan serta peluang yang sedang terbuka luas di hadapannya.
Baginya, selepas segala usaha membina dan menjaga anaknya sejak kecil, inilah masanya untuk Azeva memanfaatkan momentum apabila semakin ramai mula mengenali serta mencari dirinya.
“At this moment, kawan sahaja. Macam yang saya cakap, focus your kejayaan first. Semua orang mencari dia, banyak peluang yang datang. Jadi kenapa nak disia-siakan?”
Azeva Diminta Fokus Kejayaan Terlebih Dahulu
Malah dalam nada berseloroh, Datuk A. Aida turut sempat memberikan ‘warning’ kepada mana-mana lelaki yang mungkin sudah memasang angan-angan mahu membawa anaknya ke jenjang pelamin.
Katanya, bukan mudah untuk mendapatkan ‘princess’ yang sudah dijaga dan diberikan segala yang terbaik sejak kecil.
Ads
“Takkan tengah macam ini tiba-tiba nak kahwin. Hello! Kalau nak kahwin HANTARAN RM10 juta sampai…” katanya berseloroh.
“Saya dah habis dekat Azeva lebih daripada RM10 juta. Daripada kecil jaga, pakai, tengok, mandi susu, everything apa semua.”
Namun di sebalik gurauan mengenai wang dan kemewahan itu, apa yang lebih penting buat Datuk A. Aida adalah kebahagiaan dan masa depan anaknya.
Kebahagiaan Dan Masa Depan Anak Jadi Keutamaan
Sebagai seorang ibu, dia berharap apabila tiba masanya Azeva bertemu jodoh, lelaki tersebut mampu memberikan kehidupan dan kebahagiaan yang lebih baik daripada apa yang sudah diberikannya selama ini.
“It is not easy untuk mendapatkan my princess. In future, at least saya nak orang itu boleh bahagiakan anak saya lebih daripada apa yang saya bagi.”
Malah, Datuk A. Aida menggunakan barangan mewah sebagai contoh mudah untuk menggambarkan harapannya terhadap bakal pasangan anaknya kelak.
“Takkanlah saya bagi dia Rolex, orang itu boleh bagi dia Rolex. Bagilah yang lagi mahal daripada Rolex. Itu je example.”
Buat masa sekarang, pesanan Datuk A. Aida kepada anaknya juga cukup mudah kejar kejayaan dahulu, manfaatkan peluang yang sedang datang dan bina kehidupan sendiri sebelum memikirkan soal perkahwinan.
Ads
Dalam keadaan namanya yang semakin mendapat perhatian, peluang yang hadir juga boleh menjadi ruang untuknya membina kerjaya dan masa depan sendiri. Justeru, fokus terhadap kejayaan menjadi perkara utama yang ditekankan oleh Datuk A. Aida sebelum anaknya memikirkan mengenai komitmen lebih serius dalam kehidupan.
Jadi kepada jejaka yang mahu cuba ‘masuk line’ selepas melihat nama Azeva semakin menyerlah, nampaknya pintu untuk berkenalan itu tidaklah tertutup sepenuhnya.
Berkawan boleh, tetapi kalau sudah bercakap soal kahwin, standard mama bukan biasa-biasa!
Ads
Bukan sekadar perlu memenangi hati anak penerbit terkenal itu, tetapi kena buktikan juga mampu menjaga ‘princess’ Datuk A. Aida dengan lebih baik daripada apa yang sudah diberikan oleh ibunya selama ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini berita berkenaan anggota BLACKPINK, Lisa mengejutkan para peminat apabila diumumkan bahawa bintang sensasi ini bakal memulakan langkah dalam bidang lakonan di Hollywood dengan membintangi siri The White Lotus musim ketiga.
Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manobal bakal menyertai barisan pelakon popular lain di mana penggambarannya akan dimulakan bulan ini.
Antara yang membintanginya ialah Leslie Bibb, Carrie Coon, Francesca Corney, Nicholas Duvernay, Arnas Fedaravičius, Christian Friedel, Scott Glenn, Walton Goggins, Dom Hetrakul, Sarah Catherine Hook, Jason Isaacs dan Julian Kostov.
Antara sedutan siri HBO tersebut.
Turut berlakon, Michelle Monaghan, Sam Nivola, Morgana O’Reilly, Lek Patravadi, Shalini Peiris, Parker Posey, Natasha Rothwell, Patrick Schwarzenegger, Tayme Thapthimthong dan Aimee Lou Wood.
Diterbit dan diarahkan Mike White, penggambaran musim baharu itu akan dijalankan di Koh Samui, Phuket dan Bangkok di Thailand.
Menurut KOSMO, siri original HBO itu mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan Thailand untuk tujuan promosi dan sokongan.
Lisa (dua dari kanan) merupakan ahli kumpulan sensasi Korea Selatan, BLACKPINK.
The White Lotus menjadi popular selepas diperkenalkan pada 2021. Musim pertama penggambaran dibuat di Hawaii, Amerika Syarikat. Ia berjaya meraih 20 pencalonan di Emmy Awards dan menang 10 kategori.
Musim keduanya yang ditayangkan pada Disember 2022 dibuat di Sicily, Itali mendapat 23 pencalonan di Emmy Awards dan menang lima kategori termasuk drama siri terbaik.
Antara adegan Jennie di dalam siri The Idol tahun lalu.
Lisa menjadi anggota kedua BLACKPINK menceburi bidang lakonan selepas Jennie membintangi siri The Idol yang ditayangkan pada Jun tahun lalu.
REMAJA sangat tidak sabar untuk melihat bintang kelahiran Thailand ini beraksi di skrin besar Hollywood!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: KOSMO & KOREABOO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas kuat desas-desus yang mengatakan grup K-pop GOT7 tidak lagi sebulu dengan syarikat label mereka JYP Entertainment sejak minggu lalu, hari ini label tersebut mengumumkan bahawa berita tersebut sememangnya benar dan telah mengesahkan grup tersebut akan meninggalkan agensi mereka.
Berita tersebut hadir beberapa hari selepas salah seorang ahlinya, Yugyeom dikhabarkan sedang bersiap sedia untuk menandatangan kontrak eksklusif bersama label hip hop di Korea, AOMG.
Semalam, portal gosip hiburan Korea Selatan popular, Dispatch telah melaporkan bahawa tujuh orang ahli GOT7 tidak akan memperbaharui kontrak mereka bersama JYP Entertainment. Malah single terbaru mereka berjudul Last Piece pada akhir November lalu juga memberikan gambaran bahawa mereka akan berpisah.
Tangkap layar MV Last Piece seakan memberikan hint sejak November lalu.
Berikut merupakan kenyataan rasmi penuh oleh pihak label.
“Hello. Ini ialah JYP Entertainment.
JYP telah mengadakan sesi perbincangan mendalam bersama ahli GOT7 sebelum kontrak eksklusif mereka berakhir pada 19 Januari.
Hasilnya, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk tidak memperbaharui kontrak pada masa hadapan.
GOT7 merupakan sebuah grup idol antarabangsa yang telah melakukan sebaik mungkin untuk mewakili dunia hiburan K-pop sejak debut pada 16 Januari 2014.
Di sini, kami secara ikhlas ingin berterima kasih kepada GOT7 kerana menjadi sebahagian daripada perkembangan K-pop dan JYP, selain I GOT7 dan kesemya peminat mereka yang telah menjadi sumber motivasi kepada aktiviti GOT7 sejak awal.
Hubungan rasmi kami (JYP Entertainment) bersama mereka berakhir di sini, namun JYP akan terus memberikan sokongan kepada ahli GOT7 pada masa akan datang.”
*
Beberapa orang ahlinya seperti Mark, Yugyeom, JB, Bambam, Jinyoung, Youngjae dan Jackson telah mengambil peluang ini untuk memuat naik foto yang sama di akaun media sosial masing-masing.
Foto yang menampilkan wajah terbaru ketujuh-tujuh ahli itu disertakan dengan hashtag #GOT7FOREVER sekaligus menandakan bahawa persahabatan mereka tidak akan berakhir di sini.
Di Twitter, Mark telah memberikan lebih pencerahan terhadap situasi ini.
Katanya, “7 tahun yang lepas merupakan tahun-tahun terbaik dalam hidup saya. Ini bukanlah pengakhiran, bahkan ia merupakan permulaan baru kepada kami semua. Kami bertujuh akan terus membawakan versi terbaik kami sehingga ke penghujung. #GOT7FOREVER”
Baru-baru ini, pelakon jelita, Nora Danish sekali lagi mencuri perhatian apabila beliau mengambil keputusan untuk menjual semua koleksi kasut tumit tinggi berjenamanya selepas sedar akan akibat menyimpan barang yang tidak digunakan.
Menurut Nora atau pemilik nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif (43), beliau terdetik untuk melakukan hal sedemikian selepas terdetik untuk membaca catatan yang dibuat sewaktu menghadiri kelas agama sebelum ini.
Dalam pada itu, Nora juga sempat menerangkan beberapa pengisian sebahagian surah Al-Humazah kepada para peminat yang menceritakan mengenai neraka Al-Hutamah merupakan tempat bagi golongan manusia suka mengumpat dan mengumpul harta benda.
Kredit foto: Instagram Nora DanishKredit foto: Instagram Nora Danish
“Saya ulangkaji semula apa yang saya belajar dekat kelas, terbuka surah Al-Humazah tentang golongan pengumpat dan pengkeji yang akan dimasukkan dalam neraka khas iaitu al-Hutamah”
“Neraka ketiga ke bawah. Bawah sekali neraka Jahanam, Jahim dan Al-Hutamah. Neraka ini dibuat untuk golongan pengumpat dan pengkeji termasuk golongan yang menghitung harta iaitu meletakkan harta lebih dari Allah,” katanya.
“Saya refleks balik diri saya, apa yang tidak dipakai dekat rumah dan simpan saya nak jual,” jelasnya.
Kredit foto: Instagram Nora DanishKredit foto: Instagram Nora Danish
Selepas menyedari mengenai keburukan menyimpan barang yang tidak digunakan itu, Nora langsung menyatakan hasrat untuk menggunakan hasil jualan barangan tersebut bagi perkara yang lebih baik dan bermanfaat.
“Duit tersebut akan digunakan untuk beli benda baharu yang kita perlukan atau bersedekah atau mana-mana yang sesuai dengan anda. Semoga bermanfaat,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Nora Danish pernah dilaporkan telah mendermakan semua baju-baju seksi miliknya kepada rakan-rakan bukan Islam selepas memilih untuk berhijrah dan tampil berhijab.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Skechers x Care Bears tampil dengan koleksi kasut comel dan ceria untuk wanita serta kanak-kanak, lengkap dengan glitter, light-up dan teknologi comfort.