Anggota Running Man, Lee Kwang Soo dilaporkan cedera pergelangan kaki kerana terlibat dalam kemalangan pada hujung minggu lalu yang memerlukannya untuk melakukan pembedahan.
Menurut laporan eksklusif dari Sports Chosun, Lee Kwang Soo hanya mengalami cedera di pergelangan kaki dan tidak mempunyai kecederaan lain.
Ads
Namun begitu, dia dikhabarkan tidak akan mengambil bahagian dalam penggambaran Running Man untuk seketika.
Ramai yang mendoakan agar Lee Kwang Soo cepat sembuh dan berduka cita apabila mengetahui bahawa dia tidak dapat meneruskan rakaman program reality Running Man.
Bukan satu tapi dua rekod sekali kanak-kanak ini terima.
Nama Anjanaa Rhea Ganeson tersenarai ke dalam Rekod Dunia Kanak-kanak Kanada (KWR) dan Buku Rekod Dunia Jackhi (JBWR) India dalam masa terpantas untuk mengenal pasti 230 bendera negara iaitu selama empat minit dan 38 saat.
Untuk pengetahuan, murid tahun dua dari SK Seri Selangor di Subang Jaya, Selangor ini dapat mengenal pasti lebih 200 bendera negara dalam masa kurang lima minit.
“Saya sangat teruja dan berbesar hati untuk memperoleh pengiktirafan berganda ini. Ia pastinya akan menggalakkan saya untuk melakukan yang lebih baik pada masa hadapan,” kata Anjanaa.
Anjanaa memperoleh KWR, portal dalam talian berpangkalan di Kanada yang menonjolkan kanak-kanak berbakat berumur empat hingga 16 tahun, di bawah kategori perempuan (tujuh hingga sembilan tahun).
Manakala, dia juga berjaya dalam rekod JBWR yang berpangkalan di Tamil Nadu, India. Perkara ini membuatkannya berasa bangga kerana dapat mencungkil bakat terpendam dirinya ke seluruh dunia.
foto via varnammalaysia
Anjanaa yang berusia lapan tahun menyelesaikan rekod itu secara maya dan telah memperoleh pengiktirafan daripada KWR dan JBWR pada bulan Januari dan Mac.
Dia menjelaskan bahawa dia dapat membaca 195 bendera negara dan ibu kota negara sejak dia berusia enam tahun lagi.
“Ia berlaku semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Sepanjang tempoh duduk di rumah, ibu bapa saya mencipta aktiviti yang menyeronokkan untuk saya.
Salah satunya ialah menghafal bendera. Ia memerlukan disiplin dan banyak latihan untuk mencapai rekod masa,” jelas Anjanaa.
Pada masa ini, Anjanaa sedang berusaha keras untuk memperbaiki rekod masanya dan memecahkan lebih banyak rekod dunia.
Bulan depan, dia akan mewakili Malaysia di Pertandingan Muzik dan Bakat Festival Seni Antarabangsa Asia Pasifik 2022.
Tahniah Anjanaa, kecil-kecil lagi dah mengharumkan nama Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bangladesh akhirnya berjaya mengeluarkan vaksin yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal tempatan Globe Biotech, dikenali sebagai Bangavax. Ia telah mendapat kelulusan daripada Majlis Penyelidikan Perubatan Bangladesh (BMRC).
BMRC turut memaklumkan bahawa syarikat itu akan diberi kebenaran untuk vaksin tersebut digunakan secara meluas jika ujian fasa dua dan fasa tiga menunjukkan keselamatan serta keberkesanan.
Globe Biotech memohon kelulusan untuk menjalankan ujian terhadap manusia pada 1 Nov dan ujian ke atas monyet mendapati vaksin itu menghasilkan “keputusan memberangsangkan”.
Vaksin itu dilaporkan boleh disimpan pada suhu empat darjah Celsius selama sebulan dan -20 darjah Celsius sehingga enam bulan.
Fuh, Bangladesh pun dah keluarkan vaksin COVID-19.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Malah, isu perkauman bukan satu benda yang boleh dibuat main apatah lagi gurauan.
Baru-baru ini, seorang atlet hoki kebangsaan yang dikenali sebagai Hanis Onn telah meninggalkan komen di sebuah posting yang dimuat naik oleh Kosmo!! Malah, komen itu juga dikatakan berbau perkauman.
Meskipun konsert itu berjalan dengan penuh meriah namun terdapat satu isu yang tular di media sosial apabila seorang pemain hoki wanita negara mengeluarkan komen berbaur perkauman berkaitan konsert berkenaan.
Rata-rata netizen mengecam tindakan atlet tersebut. Pun begitu, komen tersebut telah pun dipadam dan rentetan itu Hanis turut memohon maaf secara terbuka mengenai kenyataannya menerusi laman Twitter miliknya.
“Dengan ini saya berasa menyesal di atas kecuaian saya dan dengan penuh rasa kesedaran sekali lagi saya memohon jutaan kemaafan kepada yang terkesan,” tulisnya.
Untuk info, hujung minggu lepas, penyanyi dan komposer ternama dari India AR Rahman menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan menghiburkan seramai 60,000 orang penonton.
Konsert yang diadakan bersempena 30 tahun perjalanan karier muziknya itu turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Dr Wan Azizah Ismail, hadir sama Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Duta India ke Malaysia, BN Reddy.
Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak tinggalkan komen buruk padahnya. Jadi fikir dua tiga kali ye apa yang ditulis okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!