Home Blog Page 1898

Stuck Dalam Banjir Ketika Memandu? Jangan Panik, Ini 9 Perkara Yang Perlu Anda Buat

Musim hujan sekarang ni rasa takut pula nak keluar sebab sana-sini kita dengar tentang isu banjir.

Bayangkan, tengah drive tiba-tiba jalan raya di hadapan dipenuhi air. Untuk mereka yang pertama kali menghadapi situasi ini, mesti cuak gila kan?

Nah, apa yang perlu anda lakukan sekiranya melalui jalan raya yang dinaiki air banjir, patah balik dan cara laluan alternatif lain yang lebih selamat. Anda juga boleh mencari tempat untuk berhenti sebentar sementara menunggu hujan berhenti.

Stuck Dalam Banjir Ketika Memandu? Jangan Panik, Ini 9 Perkara Yang Perlu Anda Buat

Jangan ambil risiko untuk meneruskan perjalanan kerana kita tidak tahu paras kedalaman air tersebut mungkin boleh melebihi di luar jangkaan. Lagi bahaya kalau anda lalu di kawasan laluan sungai yang melimpah. Takut-takut kenderaan anda akan menghadapi risiko dihanyutkan arus air.

Jadi kalau berhadapan dengan situasi ini, sebaiknya anda lakukan 9 tip berikut:

1. Jangan redah banjir jika tidak pasti kedalamannya. Jadikan kaki lima, pembahagi jalan dan papan tanda di tepi jalan sebagai penanda.

Stuck Dalam Banjir Ketika Memandu? Jangan Panik, Ini 9 Perkara Yang Perlu Anda Buat

2. Jika mahu redah juga, pasti kan anda melalui bahagian yang paling tinggi.

3. Pandu pada kelajuan yang sangat perlahan supaya tidak menyebabkan gelombang di hadapan. Biarkan kenderaan di depan melepasi anda terlebih dahulu.

4. Pasti kan anda dapat lihat laluan daratan dengan jelas supaya tidak berhenti dengan mengejut di tengah-tengah air.

5. Pemanduan yang laju adalah sangat bahaya untuk kenderaan lain, terutamanya bagi pejalan kaki dan penunggang motosikal. Ini boleh menyebabkan anda hilang kawalan akibat masalah aquaplaning iaitu situasi tayar kenderaan tidak mencecah permukaan jalan kerana terdapat lapisan air di antara kedua-duanya.

Stuck Dalam Banjir Ketika Memandu? Jangan Panik, Ini 9 Perkara Yang Perlu Anda Buat

6. Pandu dengan jarak yang selamat di antara kereta di bahagian depan.

7. Jangan memandu melepasi air atau banjir yang sedang mengalir deras kerana anda berisiko untuk dihanyutkan air.

8. Uji brek kereta anda selepas melepasi banjir.

Stuck Dalam Banjir Ketika Memandu? Jangan Panik, Ini 9 Perkara Yang Perlu Anda Buat

9. Jika enjin mati, jangan cuba hidupkan enjin semula kerana boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk berlaku. Sebaiknya, minta bantuan sama ada pihak insurans untuk menghantar tow truck atau bantuan daripada kenalan rapat.

Sumber: pandulaju.com.my

Tahun 2020, 80 Juta Pengidap Glaukoma Dunia Dijangka Akan Buta

Buta bermakna hilang nikmat penglihatan melihat keindahan alam ciptaan Allah.

Mungkin tidak ramai menyedari tetapi masalah glaukoma kini menjadi semakin lazim dan punca utama buta. Seiring peningkatan usia penduduk dunia.

Statistik baru yang dikumpulkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2002 menunjukkan bahawa glaukoma adalah punca kebutaaan yang boleh dielakkan kedua terutama di peringkat global selepas katarak.

Tahun 2020, 80 Juta Pengidap Glaukoma Dunia Dijangka Akan Buta
Satu angka menakutkan mengenai buta – pix sumber internet

Dianggarkan bahawa menjelang 2020 terdapat kira-kira 80 juta orang yang menghidap glaukoma, iaitu peningkatan sebanyak 20 juta sejak 2010. Dianggarkan bahawa pada masa ini, lebih 8 juta orang yang menjadi buta di kedua-dua mata akibat glaukoma.

 

Satu  angka yang dijangka meningkat kepada lebih 11 juta menjelang 2020 memandangkan kadar kelazimannya yang terus meningkat, melainkan pemeriksaan dan strategi rawatan lebih berkesan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Apa dimaksudnya dengan Glaukoma? Apa tandanya? Bagaimana mahu mengandaikan yang pancaindera indah ini mampu berfungsi dengan baik?

Menurut Persatuan Glaukoma Antarabangsa, Glaukoma ialah nama yang diberikan kepada sekumpulan penyakit mata di mana saraf utama mata (saraf optik) terjejas dan menyebabkan kehilangan penglihatan.

 

  Saraf ini membawa maklumat tentang apa yang dilihat dari mata ke otak dan apabila ia semakin terjejas, daya penglihatan turut merosot. Kesannya ialah penglihatan yang kabur dan tidak sekata, dan akhirnya menyebabkan kebutaan, walaupun keadaan ini jarang berlaku.

Jenis-jenis Glaukoma

Terdapat empat jenis glaukoma yang utama iaitu:

  1. Glaukoma sudut terbuka utama,
  2. Glaukoma penutupan sudut utama,
  3. Glaukoma sekunder dan glaukoma kongenital.
  4. Glaukoma Sudut Terbuka Utama (POAG-Primary open angle glaucoma) ialah bentuk glaukoma paling umum di mana kerosakan biasanya disebabkan tekanan terlalu tinggi di dalam mata (tekanan intraokular atau IOP-intraocular pressure).  Peningkatan tekanan biasanya disebabkan penyaliran keluar cecair yang kurang baik dari mata, yang diperlukan untuk fungsi mata yang sihat. Tekanan lebih tinggi merosakkan saraf optik (saraf penglihatan) dengan mengurangkan jumlah darah yang boleh melalui saluran darah kecil yang menjadi pembekal kepada saraf dan juga memampatkan saraf itu sendiri.

 Bagaimana untuk mengesan Glaukoma?

Pengesanan awal menjadi kunci kepada rawatan dan usaha mengurangkan kesan glaukoma.  Justeru, pemeriksaan berkala disyorkan terutamanya apabila seseorang yang memasuki usia emas.

Peratusan yang besar pesakit glaucoma tiada gejala atau simptom, sebab itu ia digelar sebagai “perampas penglihatan yang tidak diketahui (sneak thief of sight).

Tahun 2020, 80 Juta Pengidap Glaukoma Dunia Dijangka Akan Buta
Penglihatan mulai kabur antara punca glaukoma

Beberapa gejala glaukoma termasuk penglihatan kabur, sakit mata dan/atau kepala, loya atau muntah-muntah, kemunculan lingkaran pelangi dikeliling cahaya terang dan dalam kes yang lampau, kehilangan penglihatan secara tiba-tiba, tetapi ini sering berlaku pada pesakit glaukoma penutupan sudut sahaja.

Walaupun sebarang penglihatan yang hilang kerana glaukoma tidak boleh pulih, diagnosis awal, pemantauan teliti dan rawatan berkala membolehkan sebilangan besar pesakit glaukoma mengekalkan tahap penglihatan yang berguna untuk hidup. Satu-satunya cara untuk anda mengenal pasti glaukoma ialah memeriksa mata anda di pakar oftalmologi berhampiran. Empat ujian umum termasuk:

  1. Oftalmoskopi: Melihat penampilan saraf utama dalam mata (saraf optik)
  2. Tonometri: Mengukur tekanan dalam mata
  3. Perimetri: Memeriksa medan penglihatan
  4. OCT (Optical Coherent Tomography): Mengukur ketebalan saraf

 

Tahun 2020, 80 Juta Pengidap Glaukoma Dunia Dijangka Akan Buta
Hilang penglihatan adalah nikmat dan ujian dari Allah- pix internet

Rawatan Glaukoma

 Sebahagian besar pesakit glaukoma akan dirawat dengan titisan mata. Jika titisan mata tidak berkesan untuk mengurangkan tekanan mata, rawatan laser atau pembedahan glaukoma mungkin diperlukan.

Cabaran Rawatan Glaukoma

 Terdapat beberapa cabaran dalam usaha merawat glaukoma. Pesakit di peringkat penyakit yang lebih lanjut biasanya memerlukan lebih daripada satu ubat untuk mengawal IOP mereka dan memastikan keadaan mereka terkawal.

Kaedah rawatan berbilang ubat bagi glaukoma menimbulkan pelbagai cabaran klinikal yang ketara: 1) ia mungkin mewujudkan kesan negatif dari segi pematuhan pesakit (setakat mana pesakit terus menjalani rawatan yang dipersetujui tanpa pengawasan teliti), 2) mengurangkan keberkesanan kerana kesan pencairan ubat terdahulu apabila ubat lain diberikan kemudian, 3) pendedahan kepada pengawet.

Pematuhan pesakit kepada rawatan penting untuk mencapai kawalan IOP yang baik dan melambatkan ketenatan penyakit. Malangnya, kajian mendapati bahawa pematuhan adalah di bawah piawaian optimum. Kajian menunjukkan bahawa walaupun 49% daripada pesakit yang menggunakan satu ubat untuk merawat glaukoma mematuhi rawatan hanya 32 % daripada mereka yang menggunakan kombinasi dua ubat mematuhinya.

Lebih banyak ubat yang diberikan kepada seorang pesakit, lebih tinggi kemungkinan ketidakpatuhan. Kegagalan untuk mencapai hasil rawatan kerana tahap pematuhan kurang baik mungkin menyebabkan kurang keberkesanan atau perubahan yang tidak wajar dalam kaedah rawatan.8 

Keperluan dalam rawatan glaukoma yang masih belum dipenuhi

 Faktor yang dikaitkan dengan ubat itu sendiri, seperti kesan sampingan dan kaedah rawatan rumit, didapati menjejaskan pematuhan. Penghidap glaukoma sering mengalami kesan sampingan kerana pendedahan jangka panjang kepada pengawet dalam titisan mata (lebih dikenali sebagai benzalkonium klorida (BAK)). 

 Walaupun hanya jumlah surih wujud dalam setiap dos, pendedahan berpanjangan daripada dos harian berbilang titisan mata daripada pelbagai ubat glaukoma boleh menyebabkan gangguan permukaan kornea— iaitu lapisan lutsinar yang membentuk bahagian depan mata atau lebih dikenali sebagai penyakit permukaan okular (OSD) dan peningkatan risiko kegagalan pembedahan.

Mengapa ambil pendekatan bebas pengawet?

 Penyakit permukaan okular (OSD) ialah kerumitan yang kerap berlaku, yang disebabkan oleh dan/atau bertambah teruk akibat penggunaan kronik ubat antiglaukoma topikal yang mengandungi pengawet. Tahap kelaziman keseluruhannya berada antara julat 22‒78% bergantung pada kaedah penilaian klinikal, dengan bilangan titisan mata mengandungi pengawet yang mempunyai hubung kait positif dengan kerosakan permukaan okular.

 Memang wajar jika risiko menghidap OSD akan berkurangan apabila titisan mata mengandungi pengawet digantikan dengan titisan mata tanpa pengawet. Agensi Ubat Eropah mengesyorkan agar pengawet tidak digunakan oleh dua kumpulan pesakit: (1) mereka yang tidak toleran titisan mata dengan pengawet dan (2) mereka yang memerlukan rawatan jangka panjang.

 Harapan baru dalam formula baru

 Formula antiglaukoma kombinasi tetap (FC) tanpa pengawet (PF) dengan dos sekali sehari menangani dua penghalang utama yang mempengaruhi pematuhan rawatan glaukoma jangka panjang: (1) ia mencegah kesan sampingan yang disebabkan oleh pendedahan berlarutan kepada pengawet dan (2) meringkaskan kaedah rawatan.

Tapcom®-S ialah larutan titisan mata steril tanpa pengawet yang dimuatkan dalam bekas dos tunggal bagi rawatan Glaukoma Sudut Terbuka Utama dan hipertensi okular. Ia mengandungi dua bahan aktif – tafluprost 15 mikrogram/ml dan timolol (sebagai maleate) 5 mg/ml.13

Tapcom®-S merupakan rumusan PF FC baru dan ditambah baik yang berkesan bagi rawatan glaukoma dan hipertensi okular, dengan pengurangan IOP sehingga 40% dalam kalangan pesakit dengan IOP garis asas yang tinggi ≥31 mmHg.

Berasaskan rumusan yang tanpa pengawet, pesakit yang memerlukan rawatan antiglaukoma jangka panjang mempunyai risiko lebih rendah mengalami hiperemia dan penyakit permukaan okular.14 Kombinasi tafluprost dan timolol dalam satu botol tunggal memudahkan pemberian ubat tanpa menjejaskan kesan pengurangan IOP sebatian individu. Ciri-ciri ini memberikan kelebihan untuk meningkatkan pematuhan dan kejayaan rawatan.

Tahun 2020, 80 Juta Pengidap Glaukoma Dunia Dijangka Akan Buta
Caption Kiri – Kanan:-Mr Tomoyuki Yoshida (Vice President of Santen Asia), Dr Kenneth Fong (President of Malaysian Society of Ophthalmology), Dr Fang Seng Kheong (Consultant Ophthalmologist and Glaucoma Specialist), Professor Dr. Gabor Hollo (Semmelweis University in Budapest, Hungary), Dr Mohd Aziz Husni ( Deputy Head of Ophthalmology Services, Ministry of Health) and Mr Denver Lim (Managing Director of Santen Pharma Malaysia

 

Penghidap glaukoma pada sebarang peringkat kini boleh tersenyum kembali, kerana Santen membawakan sinar harapan dalam bentuk Tapcom®-S.

Sumber :- Santen Pharma Malaysia sempena Hari Penglihatan Sedunia.

 

Sukarelawan Kongsi Kenangan Kena Marah Dengan Mangsa Banjir Di Pulau Pinang

Adat dalam kesusahan, bila ada yang menolong, kita seharusnya mengucapkan ribuan terima kasihkan. Kata orang berbasa basi atas bantuan diberikan.

Tapi adat manusia, hanya tahu “bersuara” tanpa memikirkan apa diucapkannya.

Sukarelawan Kongsi Kenangan Kena Marah Dengan Mangsa Banjir Di Pulau Pinang
Beginilah keadaan banjir di Pulau Pinang beberapa hari lalu

Sebagai  seorang  sukarelawan yang datang dengan dana terhad dan tenaga kerja yang tidak seramai mana, mereka cuba menghulurkan bantuan sebanyak mungkin bagi meringankan beban kesusahan ditanggung akibat musibah banjir ini.

Majoritinya mengucapkan terima kasih kerana memberi mereka sarapan dan makan tengahari tapi ada juga yang  marah-marah.

Ini adat dalam kerja-kerja kebajikan namun bagi anak muda yang datang dari Bangsar, Kuala Lumpur ini dia langsung tidak berasa hati. Baginya, itu satu bentuk luahan  perasaan orang yang dalam keadaan tertekan akibat musibah tak terduga terjadi

Sejak Ahad lalu, kongsi Zul Hafiz Zulkifli, 27 tahun dia  sudah berada di Pulau Pinang, negeri yang terjejas teruk akibat banjir yang mengorbankan tujuh nyawa selain jutaan ringgit nilaian harta benda.

Dia bersama tenaga muda seramai 20 orang  dari Amal Relief atau lebih dikenali ARIF bertindak membantu di dua kawasan terjejas iaitu Kepala Batas dan Tasik Gelugor. Hingga berita ini ditulis (hari ini) Taman Desa Murni di Kepala Batas, banjir masih belum surut berbanding  penempatan lain.

Sukarelawan Kongsi Kenangan Kena Marah Dengan Mangsa Banjir Di Pulau Pinang
Team ARIF turut membantu bersihkan rumah penduduk yang terjejas

Kongsi Hafiz, sebagai sukarelawan dari ARIF, mereka diberikan dua tugas. Satu memasak dan mengagihkan bantuan makanan di dua daerah itu dan sekumpulan lain terlibat dengan kerja pembersihan.

“Seawal jam 5 pagi, semua sukarelawan sudah bangun bagi menyediakan bahan-bahan untuk memasak kepada  2000 mangsa banjir. Bila siap masak, kami memuatkan lebih kurang 300 bekas  makanan di belakang pacuan empat roda sebelum bertolak ke kawasan terjejas.

 

“Ada lebih kurang lima buah kereta pacuan empat roda  membantu dalam misi menghantar bantuan ini. Mengikut pengamatan dan menyaksikan sendiri, ada sesetengah mangsa yang tidak mahu berpindah ke pusat-pusat pemindahan khususnya mereka dari penempatan di rumah flat dan kawasan tinggi lain. Jadi kami perlu teliti dan mendekati bagi memastikan mereka mendapat bantuan makanan secukupnya.

 

“Habis tugasan mengagih, kami balik semula ke Dewan Khidmat Masyarakat untuk menyambung kembali tugas menyediakan makanan tengahari pula. Rutin ini  mengambil masa lebih kurang dua jam sebelum sekitar jam 10.30 pagi kami akan mula mengagihkan makan tengahari pula,’ katanya yang mengakui rata-rata penduduk di dua kawasan terjejas itu sentiasa mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan diberikan.

 

“Memang ada yang marah tapi kami hanya mampu diamkan diri. Kami anggap itu asam garam kehidupan. Lagipun semua bantuan bergantung kepada dana yang diperoleh. Apa yang ada, itulah kami gunakan,” katanya mengakui ARIF mempunyai mottonya iaitu PEDULI, SEDIA, KHIDMAT”.

Sudah enam tahun terlibat dalam kerja-kerja kebajikan dan banyak membantu mangsa gan bencana alam  seperti  di Kelantan, Terengganu, Pahang dan terkini di Pulau Pinang, kata Hafiz pengalaman membantu mangsa banjir di Kelantan lebih menyedihkan kerana terlalu banyak kemusnahan terjadi.

Sukarelawan Kongsi Kenangan Kena Marah Dengan Mangsa Banjir Di Pulau Pinang
Hafiz menyerahkan bantuan kepada penduduk yang dilanda musibah banjir

Ditanya tentang masa diperuntukannya, kata anak muda ini, dia langsung tidak kisah mengenainya kerana memang minat dalam kerja-kerja kebajikan.

“Dalam ARIF, keanggotaannya  ada lebih kurang 150 orang di seluruh Malaysia tetapi sehingga ke hari ketiga di Pulau Pinang, tenaga kerjanya lebih kurang 20 orang sahaja,” katanya ketika dihubungi.

Bagi yang ingin melihat keadaan banjir di Pulau Pinang, tonton video di bawah ini.

WhatsApp Mungkin Diharamkan di Indonesia Kerana GIF Lucah, Malaysia Macam Mana?

0

Aplikasi WhatsApp pada hari ini tidak lagi seperti WhatsApp 3 tahun lalu. Pelbagai pembaharuan dan updates telah berlaku kepadanya sehinggakan kadangkala kita sebagai pengguna pun terlepas pandang akan fungsi yang baru diperkenalkan oleh WhatsApp.

Antara fungsi yang hangat diperkatakan minggu ini adalah fungsi menghantar GIF melalui mesej. Mudah saja untuk menghantar GIF sebenarnya, hanya klik saja di butang photo sharing.

Di bahagian bawah smartphone korang akan tertera butang seperti kanta besar berserta logo GIF. Tekan di situ dan tadaa, beribu-ribu GIF tersedia di dalamnya untuk kamu pilih dan hantar.

via GIPHY

Memang mudah kerana korang tak perlu lagi Ctrl C – Ctrl V dari laman web seperti Giphy.com. Namun apa yang tak enak didengar adalah apabila ada pertikaian yang berlaku di antara kerajaan Indonesia dan WhatsApp berkenaan fungsi GIF ini.

Fungsi tersebut kini didapati penuh dengan lambakan GIF yang berbaur lucah dan disebabkan isu tersebut, kerajaan Indonesia telah memberi amaran kepada syarikat Facebook Inc yang memiliki WhatsApp Messenger untuk mengharamkan aplikasi itu dalam masa 48 jam jika GIF lucah itu tidak dibuang.

Whoa, talk about immediate action!

Jujurnya, ia bukanlah langkah yang mengejutkan masyarakat dunia kerana Indonesia sekian lama telah dikenali sebagai sebuah negara yang dimonopoli oleh masyarakat Islam. Sebelum ini pun, Indonesia telah mengawasi Internet negara tersebut dan telah mengharamkan akses kepada banyak laman web yang menawarkan agenda anti-Islam, servis dating dan pendidikan seks.

via GIPHY

Dan kini, Indonesia ingin WhatsApp untuk bebas daripada unsur-unsur lucah setelah kementerian negara itu menghantar 3 surat amaran kepada pihak Facebook Inc.

Pihak WhatsApp telah memberi jawapan kepada kerajaan Indonesia. Dalam jawapan balas tersebut, mereka menyuruh kerajaan Indonesia untuk mengambil tindakan susulan terhadap laman web yang menawarkan GIF tersebut kerana WhatsApp tidak mengawal inti pati GIF yang ada. Apa yang mereka tawarkan hanyalah akses kepada GIF.

Bagaimana Pula Dengan WhatsApp Malaysia?

Buat masa ini, tiada aduan telah dibuat oleh mana-mana individu berkenaan fungsi GIF tersebut di negara kita. Penulis, secara peribadi pula berpendapat tindakan mengharamkan WhatsApp itu tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

First of all, jika WhatsApp ingin diharamkan hanya sebab GIF yang berbaur lucah, mungkin kerajaan Indonesia juga boleh ambil tindakan 360 dengan mengharamkan aplikasi Twitter, Instagram, Pinterest, WeChat, YouTube, Vimeo malah Facebook. Ini kerana lebih banyak bahan-bahan atau posting yang berbaur lucah di sana.

Secondly, jika korang pernah terbaca terma penggunaan WhatsApp ( yang perlu korang baca ) sebelum bersetuju untuk menggunakan WhatsApp, sudah tercatat di situ bahawa pengguna WhatsApp perlulah berusia 13 tahun ke atas. Ini bermakna rata-rata para penggunanya secara logik sudah tahun membezakan antara perkara yang baik dan buruk. What do you think?

via GIPHY

 

Resdung Bukan Ulat, Tak Perlu Rawatan Asap. Ketahui Cara Rawatan Sebenar Daripada Doktor Ini

Ramai yang menganggap bangun pagi-pagi dengan keadaan hidung yang gatal dan asyik terbersin adalah simptom biasa bagi individu yang mempunyai masalah resdung.

Namun yang sebenarnya, bukan semua bersin itu adalah resdung. Menurut Dr. Erna Nadia di laman Facebooknya, salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dikenali sebagai sinus.

Sinus adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Fungsinya tidak diketahui dengan tepat tetapi ada teori mengatakan ia adalah untuk meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam dengungan suara.

Resdung Bukan Ulat, Tak Perlu Rawatan Asap. Ketahui Cara Rawatan Sebenar Daripada Doktor Ini

Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan bagi kuman bakteria serta bengkak dalam lapisan hidung yang boleh menyebabkan salur ini tersumbat.

Jadi, jika hidung anda tersumbat, mungkin saja bukan kerana resdung tetapi mengalami masalah sinus ini.

Bagaimana pula dengan resdung?

Resdung boleh terjadi disebabkan oleh rerambut halus atau silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, tetapi gagal untuk berfungsi.

Pada asalnya, ia adalah virus-virus yang menyebabkan selesema biasa yang menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.

Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini yang akan menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak. Oleh sebab itu, pesakit akan rasa sakit dia bahagian muka.

Simptom resdung

1. Hidung tersumbat

2. Lendir daripada hidung dan tekak

3. Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata

Resdung Bukan Ulat, Tak Perlu Rawatan Asap. Ketahui Cara Rawatan Sebenar Daripada Doktor Ini

4. Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

5. Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

6. Gejala-gejala seperti bersin, gatal hidung, hidung tersumbat dan sebagainya

Punca:

1. Susunan tulang dalaman hidung yang sempit

2. Hidung bengkok

3. Mandi dan terjun di dalam air yang kotor

4. Jangkitan gigi atas

5. Ketumbuhan di dalam hidung

6. Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas

7. Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak

Kaedah rawatan

Rawatan yang perlu dibuat adalah berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan yang bersesuaian akan disyorkan.

1. Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)

2. Ubat selesema atau anti histamine

3. Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung

4. Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Macam mana nak kawal resdung?

1. Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung dinasihatkan untuk tidak menyapu rumah tetapi gunakan vakum atau mop.

2. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan. Setiap orang mempunyai alahan makanan yang berbeza. Ada yang tidak boleh makan makanan laut yang kaya dengan protein atau belacan, coklat, keju, kopi dan ada juga disebabkan oleh cuaca sejuk.

Resdung Bukan Ulat, Tak Perlu Rawatan Asap. Ketahui Cara Rawatan Sebenar Daripada Doktor Ini

3. Banyakkan berehat. Baring menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan baik kerana ia dapat melegakan resdung.

4. Hirup sup atau cecair yang panas dan banyakkan minum air.

5. Lap muka dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap.

Resdung Bukan Ulat, Tak Perlu Rawatan Asap. Ketahui Cara Rawatan Sebenar Daripada Doktor Ini

6. Jangan guna semburan hidung dekongestan yang sudah lebih daripada 7 hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk.

7. Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi.

8. Guna ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan.

9. Berbincanglah dengan doktor sebelum ambil ubat demam sebab sesetengahnya boleh memburukkan lagi gejala resdung.

Tak perlu pergi berubat kampung letak asap dekat hidung sebab sebenarnya ianya bukan ulat tapi hanya kotoran yang sudah lama terkumpul dalam rongga sinus.Diingatkan lagi, jangan beli sebarang ubat di kedai-kedai jamu kerana kebanyakannya mengandungi steroid dan ia berbahaya kepada tubuh badan jika terlebih dos.

Paling penting adalah dengan hanya mengawal pemakanan kita. Berubatlah macam mana sekali pun, kalau memang sudah ada alahan kepada makanan tertentu dan tidak jaga dengan baik, maka penyakit itu akan datang menyerang lagi.

16 Selebriti Malaysia Yang Masih Bujang & Hot, Boleh La Kalau Rasa-Rasa Nak Try

[et_pb_section admin_label=”section”][et_pb_row admin_label=”row”][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text admin_label=”Text”]

Belum berkahwin bukan bermaksud tidak ada siapa yang mahu. Mungkin saja mereka belum bersedia atau lebih tepat lagi, jodoh belum sampai.

Tak kecuali barisan selebriti lelaki dan wanita Malaysia, kali ni REMAJA senaraikan beberapa orang di antara mereka yang belum berkahwin tetapi tetap kekal hot dan meletop.

1. Remy Ishak

16 Selebriti Malaysia Yang Masih Bujang & Hot, Boleh La Kalau Rasa-Rasa Nak Try

Suatu ketika dulu, heboh juga dikatakan pelakon kacak ini sudah bertunang. Tapi apa yang pasti Remy Ishak masih lagi mengekalkan title abam hot dan belum berkahwin.

2. Zul Ariffin

16 Selebriti Malaysia Yang Masih Bujang & Hot, Boleh La Kalau Rasa-Rasa Nak Try

Diberi jolokan abam sado, Zul Arifin juga antara jejaka kacak yang masih bujang dan hmm, not available ye. Eh! Ok gurau saja, jangan marah bang. Hehe

3. Fazura

16 Selebriti Malaysia Yang Masih Bujang & Hot, Boleh La Kalau Rasa-Rasa Nak Try

Cantik, manis dan sejuk mata memandang. Itulah karakter yang kami boleh describe tentang Nur Fazura.

4. Janna Nick

16 Selebriti Malaysia Yang Masih Bujang & Hot, Boleh La Kalau Rasa-Rasa Nak Try

Perwatakan gadis boyish ni tetap mampu mencairkan hati lelaki. Wajah comel Janna ni bikin lelaki tak keruan tau. Hiks!

5. Zizan Razak

16 Selebriti Malaysia Yang Masih Bujang & Hot, Boleh La Kalau Rasa-Rasa Nak Try

Walaupun ada dikaitkan gosip bersama selebriti wanita, tetapi Zizan tetap cool memegang title ‘orang bujang’.

6. Fattah Amin

16 Selebriti Malaysia Yang Masih Bujang & Hot, Boleh La Kalau Rasa-Rasa Nak Try

Siapa agaknya Wanita Terindah di hati cik abam Fattah Amin ni ya? Hmm..

7. Emma Maembong

16 Selebriti Malaysia Yang Masih Bujang & Hot, Boleh La Kalau Rasa-Rasa Nak Try

Baru-baru ni ada juga cerita panas tentang gosip Emma dan pasangan. Takpe la, kita doa yang baik-baik je.

8. Hael Husaini 

16 Selebriti Malaysia Yang Masih Bujang & Hot, Boleh La Kalau Rasa-Rasa Nak Try

Abam jampi. Itu perkara pertama yang buat peminat teringat tentang Hael. Bukan saja handsome, suaranya juga mampu mencairkan hati ramai wanita. Tak gitu?

9. Ayda Jebat

16 Selebriti Malaysia Yang Masih Bujang & Hot, Boleh La Kalau Rasa-Rasa Nak Try

Gadis pencuri hati ini pun antara wanita cantik yang masih single. Ala, Ayda pun muda lagi kan?

10. Aiman Hakim

16 Selebriti Malaysia Yang Masih Bujang & Hot, Boleh La Kalau Rasa-Rasa Nak Try

Pernah memulakan kariernya di dalam industri dengan menjadi seorang penyanyi, tapi nampaknya rezeki Aiman lebih kepada dunia lakonan. Wajah tampan pemuda ini memang tak boleh disangkal lagi.

11. Tiz Zaqyah

16 Selebriti Malaysia Yang Masih Bujang & Hot, Boleh La Kalau Rasa-Rasa Nak Try

Pelakon stylo ni memang antara selebriti wanita yang cun melecun dalam industri hiburan Malaysia.

12. Daler Yusuf

16 Selebriti Malaysia Yang Masih Bujang & Hot, Boleh La Kalau Rasa-Rasa Nak Try

Bila pandang wajah mix Daler ni, tipu la kalau tak ada perempuan yang akan jatuh hati.

13. Neelofa

16 Selebriti Malaysia Yang Masih Bujang & Hot, Boleh La Kalau Rasa-Rasa Nak Try

Bukan saja cantik, wanita ini juga sangat sukses dalam dunia perniagaan yang diceburinya. Salute!

14. Hans Isaac

16 Selebriti Malaysia Yang Masih Bujang & Hot, Boleh La Kalau Rasa-Rasa Nak Try

Walaupun sudah menjangkau usia 40-an, tapi Dato’ Hans Isaac ni tetap baby face.

15. Nelydia Senrose

16 Selebriti Malaysia Yang Masih Bujang & Hot, Boleh La Kalau Rasa-Rasa Nak Try

Seorang lagi selebriti yang berdarah kacukan. Cantik, memang cantik!

16. Syafiq Kyle

16 Selebriti Malaysia Yang Masih Bujang & Hot, Boleh La Kalau Rasa-Rasa Nak Try

Manis ada, kacak pun ada. Syafiq Kyle antara Hero Malaya yang mendapat tempat di hati peminat kini.

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

Jika Alami 12 Simptom Ini, Sah Anda Gian Nak Travel

Dalam setahun, agak-agak berapa kali anda pergi travel? Ada yang sekali setahun, dua tiga kali dan ada juga yang tiap-tiap bulan mesti kena travel tak kisah la walau dalam negeri sekali pun.

Cuma kadang-kadang, bila duit poket tak berapa nak mengizinkan mula la rasa lain macam dan simptom-simptom ini akan selalu anda rasai.

1. Setiap hari check tiket flight tapi hanya mampu tengok, tengok dan tengok

Jika Alami 12 Simptom Ini, Sah Anda Gian Nak Travel

Hm, nak beli macam duit tak mengizinkan tapi sekadar nak bagi puas hati, dapat tengok pun jadi laa..

2. Backpack, boot, winter coat dah tak tahu ke mana dan kalau jumpa pun mungkin dah berhabuk

Jika Alami 12 Simptom Ini, Sah Anda Gian Nak Travel

3. Ubat-ubatan dalam kotak ubat travel, sunblock semua dah expired

Jika Alami 12 Simptom Ini, Sah Anda Gian Nak Travel

4. Mula la rasa sebak bila tengok kawan-kawan yang lain upload gambar travel dekat Instagram

Jika Alami 12 Simptom Ini, Sah Anda Gian Nak Travel

5. Belek-belek passport, tengok tarikh cop imigresen yang ada

Jika Alami 12 Simptom Ini, Sah Anda Gian Nak Travel

Sambil-sambil tu teringat kenangan-kenangan semasa travel dolu-dolu

6. Scroll gambar-gambar travel lama sambil senyum sorang-sorang

Jika Alami 12 Simptom Ini, Sah Anda Gian Nak Travel

7. Up gambar-gambar travel yang lama dengan #throwback dan caption merentan dah lama tak pergi travel

Jika Alami 12 Simptom Ini, Sah Anda Gian Nak Travel

8. Tak pernah-pernah naik bas, tren pergi kerja, tiba-tiba semangat pula

Jika Alami 12 Simptom Ini, Sah Anda Gian Nak Travel

Rindu nak hidup dengan pengangkutan awam. Kalau dekat negara sendiri memang tak la, tapi sebab rindu nak experience tu, tak pasal-pasal naik bas pergi kerja.

9. Rindu nak packing beg 

Jika Alami 12 Simptom Ini, Sah Anda Gian Nak Travel

Selalu kalau nak pergi travel, perkara paling malas nak buat adalah packing baju. Tapi bila dah lama sangat tak berjalan, rasa rindu pula nak buat semua tu.

10. Mengidam nak makan bakso/sushi/tteokbokki/nasi unta

Jika Alami 12 Simptom Ini, Sah Anda Gian Nak Travel

Gigih ni cari restoran yang memang menyediakan makanan asli dari Indonesia, Korea atau Arab semata-mata kekonon rindu sangat nak makan makanan negara mereka.

11. Excited gila bila jumpa pelancong

Jika Alami 12 Simptom Ini, Sah Anda Gian Nak Travel

12. Diam je bila ada kawan yang baru balik travel cerita tentang pengalaman mereka

Jika Alami 12 Simptom Ini, Sah Anda Gian Nak Travel

Iye la, nak cerita pengalaman sendiri pun dah basi. Semua orang dah pernah dengar.

Rasa-rasa dalam 12 simptom ini, ada tak yang terkena dekat batang hidung sendiri? Kalau ada, faham-faham la kan maksudnya. Dah boleh kot simpan duit sikit-sikit dan plan untuk next vacation. Hiks!

 

Sumber: azuzafu.com

10 Tahun Sebelum Dapat Genggam Ijazah, Pengorbanan Mun Yee Untuk Negara Akhirnya Terbalas

0

She is definitely a fighter!

Tempoh 10 tahun tentunya bukanlah satu tempoh yang singkat. Namun, itulah yang terpaksa dilalui oleh atlet terjun negara, Leong Mun Yee yang terpaksa mengambil masa 10 tahun sebelum berjaya menggenggam ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Moden dan Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

10 Tahun Sebelum Dapat Genggam Ijazah, Pengorbanan Mun Yee Untuk Negara Akhirnya Terbalas

Mun Yee, 32, hakikatnya bukanlah saja-saja ingin menangguh pengajiannya hingga berlarutan selama 10 tahun. Namun, dek kerana pengorbanannya untuk sukan terjun Malaysia, Mun Yee terpaksa mengimbangi antara sukan dan pelajaran.

Dalam tempoh tersebut, seharusnya Mun Yee berpuas hati dengan pencapaian cemerlangnya dalam arena sukan terjun. Berkali-kali dia melangkah naik ke atas podium untuk meraikan kemenangan baik dalam acara individual, berpasangan mahupun dalam acara campuran.

Terbaru, Mun Yee sekali lagi telah memenangi pingat emas dalam acara platform 10 meter berirama bersama rakan senegara, Pandelela Rinong di kejohanan Kuala Lumpur Fina Diving Grand Prix 2017 pada ahad, minggu lalu.

Kali terakhir mereka berdua menjuarai kategori sama dalam kejohanan yang sama adalah pada tahun 2011 di Jerman.

10 Tahun Sebelum Dapat Genggam Ijazah, Pengorbanan Mun Yee Untuk Negara Akhirnya Terbalas

“Mewakili negara di peringkat antarabangsa tak kira waktu semester atau kuliah. Sebab itu, saya menjadi antara pelajar yang mengambil masa agak lama untuk menamatkan pengajian. Walaupun 10 tahun tempoh pengajian di UPM, saya tetap berbangga.

“Saya bersyukur kerana saya berupaya melengkapkan pengajian. Bukan semua atlet dapat menamatkan pengajian mereka pada peringkat ini.

“Sebagai pelajar, saya juga perlu menghadiri kuliah, menduduki ujian dan peperiksaan. Cuma yang membezakan saya dengan pelajar lain adalah komitmen masa saya untuk latihan di dalam negara dan luar negara,” kata Mun Yee ketika diberi penghormatan berucap mewakili graduan UPM pada Majlis Konvokesyen ke-41, pada hari ini.

Mun Yee menerima ijazah daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada istiadat yang berlangsung di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sulta Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj, UPM. Congrats girl!

10 Tahun Sebelum Dapat Genggam Ijazah, Pengorbanan Mun Yee Untuk Negara Akhirnya Terbalas

Menyambung sesi temubual di luar dewan bersama media, Mun Yee turut menyatakan hasrat untuk menyambung pengajiaannya di peringkat sarjana pada tahun hadapan dalam bidang Sains Sukan. Namun perkara tersebut masih dalam pertimbangan disebabkan jadual kejohanan tahun hadapan yang padat.

“Terima kasih kepada UPM, pensyarah, pegawai dan staf yang telah mengajar dan mendidik saya di sini,” tuturnya menutup bicara.

Ini Cerita Sebenar Kematian 2 Pendaki Gunung Damavand, Iran. Memang Tak Sangka Langsung…

Jasad seorang pendaki rakyat Malaysia ditemui selepas setahun  dilapor hilang semasa mendaki Gunung Damavand di utara Iran pada  November lalu, menurut agensi berita IRNA.

Mayat allahyarham Ramli Abd Majid, 44 tahun ditemukan sekumpulan pendaki pada Jumaat (kira-kira lima hari lalu) semasa menuruni gunung berapi  tidur dan puncak tertinggi di Iran ini.

November tahun lalu, seramai 12 orang pendaki Malaysia, tiga darinya wanita menyertai ekspedisi menakluk Gunung Damavand. Namun dua pendaki Malaysia iaitu Ramli Abd Majid, 44 dan  Syed Redzuan Syed Saalim Shatri, 50 dilaporkan terpisah semasa pendakian ke puncak.

Pencarian oleh Misi Mencari Dan Penyelamat SAR berjaya menemui jenazah Allahyarham Syed Redzuan di kawasan Yakhar Glacier enam hari selepas kejadian,  28 November. Jenazah telah selamat dibawa pulang dan dikebumikan di  Cheras, Kuala Lumpur. Nasib Ramli bagaimana pun tidak diketahui sehinggalah dijumpai lima hari lalu.

Baca perkongsian seorang dari peserta wanita, Rosliza Saad, 35 yang turut menyertai ekspedisi menakluk Gunung Damavand, Iran bersama allahyarham. Jika dua pendaki menemui ajal semasa menuruni gunung ini, Rosliza atau mesra disapa Ija pula berkata, dia disahkan lumpuh dari pinggang ke bawah akibat hypothermia ketika mendaki gunung tersebut.

Ini Cerita Sebenar Kematian 2 Pendaki Gunung Damavand, Iran. Memang Tak Sangka Langsung…
Ija sudah mendaki lebih 30 gunung di seluruh dunia

Jelas Ija, cuaca buruk melampau di mana angin datang dari segenap arah tanpa mengira, utara, selatan, timur atau barat sehingga mencapai suhu -41c antara sebab mengapa dia mengalami kebas-kebas kaki sewaktu melakukan pendakian dari Kem 2 menuju ke Kem 3.

“Ketika di Kem 2 pada ketinggian hampir 4000 kaki, udara terlalu sejuk. Kaki saya mulai kebas hingga terpaksa dibantu oleh rakan-rakan sehingga ke Kem 3 di ketinggian 4300 kaki.

“Ingatkan sebab cuaca. Rakan pendaki yang bekerja sebagai doktor ada beri ubat bagi melegakan. Malam itu kami tidur dengan cuaca musim autumn tapi bila buka mata esoknya, salji penuh terhampar. Begitu sekali cuaca berubah, sekelip mata.

“Melihat salji semakin menebal, allahyarham siap mengajak kami semua solat hajat memohon perlindungan Allah. Kedua-duanya memang tak pernah tinggal solat dan sentiasa mengaji al-Quran setiap kali berehat sebelum memulakan pendakian,” katanya berkongsi pengalaman menyedihkan.

Ini Cerita Sebenar Kematian 2 Pendaki Gunung Damavand, Iran. Memang Tak Sangka Langsung…

Kata Ija lagi, tiada perubahan ketara dilihat pada kedua allahyarham ini. Kelakuan nampak biasa. Kami berehat lebih kurang sehari di Kem 3 sebelum pendakian menuju ke puncak. Ini bagi membolehkan tubuh disesuaikan  dengan keadaan udara yang semakin menipis di puncak ketinggian 5671 meter.

“Esoknya, dari 12 orang peserta hanya lapan menuju ke puncak termasuk allahyarham berdua. Saya tak ikut sebab kaki semakin kebas. Begitu juga pasangan suami isteri  dan seorang kenalan rakan pendaki lelaki kerana dia mengalami AMS.

“Di pertengahan pendakian, enam peserta ekspedisi memutuskan tidak menuju ke puncak kerana cuaca buruk namun allahyarham dikhabarnya nekad melakukannya kerana semakin hampir ke puncak.

“Tiba waktu sepatutnya mereka pulang ke Kem 3 tetapi tiada tanda-tanda keduanya sampai. Kami menunggu sehingga malam dengan penuh pertanyaan dan debaran di dada.  Menjelang malam, bila tidak balik ke kem, kami membuat laporan ke Kedutaan Malaysia di Tehran memaklumkan dua pendaki Malaysia hilang dan mereka memberikan kerjasama yang sangat baik menangani kejadian tidak terduga ini.

Untuk semua pendaki di luar sana, jangan lupa untuk inform kedutaan dan insurance perjalanan sangat penting bila berhajat untuk melakukan pendakian di luar negara.

“Esoknya pasukan penyelamat dan mencari memulakan operasi mencari. Kerana keadaan kaki masih lagi kebas-kebas, saya bersama tujuh rakan pendaki lain menuruni Gunung Damavand  sebelum pulang esoknya ke Malaysia kerana tiket pulang sudah dibeli lebih awal,”kata Ija yang sudah menakluk lebih 30 gunung di serata dunia (termasuk Malaysia). Ingin melihat gambar-gambar menarik beliau mendaki gunung terus ke ig:iejasaad atau fb: rosliza saad

Mountain Is Always There. Coming back home safely is a MUST.

Ini adalah motto yg sentiasa dipegang oleh ija.

“Gunung akan sentiasa ada”. Kalau gagal hari ini, esok boleh kembali mendaki lagi. Keselamatan sentiasa dititik beratkan dan jadilah pendaki yang berilmu. Itu nasihat Ija buat pendaki baru, bila mana sekarang adalah menjadi trend kepada remaja-remaja dan anak muda di luar sana.

Ini Cerita Sebenar Kematian 2 Pendaki Gunung Damavand, Iran. Memang Tak Sangka Langsung…
Kepuasan mendaki bila sampai ke puncak – Ija

Cerita Ija, sebaik tiba di KLIA, dia sudah tidak mampu bergerak seperti biasa. Hasil pemeriksaan pakar, terdapat ‘bubble” di tulang belakangnya. Kakinya juga disahkan lumpuh dari paras pinggang ke bawah.

“Saya menerima rawatan lebih dua minggu di hospital. Kata doktor bubble itu terlalu kecil dan tiada pembedahan boleh dilakukan. Saya hanya perlu jalani fisioterapi dalam tempoh enam bulan.

“Bila disahkan lumpuh, saya nekad untuk menjalani pelbagai rawatan. Moden dan tradisional termasuk akupuntur. Alhamdulillah, doktor sendiri mengakui keajaiban kerana dalam tempoh tiga bulan saya kembali sembuh.

“Sebaik dapat berjalan semula, saya mendaki gunung di India.

Kali ini beliau mencabar diri sendiri dengan mendaki di pergunungan salji setinggi 4200 meter. Kata orang pendaki memang takkan dapat meninggalkan gunung, kecualilah pendaki itu adalah pelancong gunung,” katanya sambil ketawa.

Mahu berkayak ke Sungai Nil yang dipenuhi buaya

Terkini, 8 November akan datang,  Ija akan menyertai “Ekspedisi Kayak Merentasi Sungai Nil 2017. Ini merupakan salah satu program yang berbentuk ekplorasi dan nilai budaya. Program ini lebih menekankan kepada ketahanan fizikal, mental dan semangat juang yang tinggi.

Ini Cerita Sebenar Kematian 2 Pendaki Gunung Damavand, Iran. Memang Tak Sangka Langsung…
Galas cabaran berkayak ke Sungai Nil 8 November akan datang

Dan pasukan kayak Majlis Rekreasi Malaysia (MRM) akan menggalas cabaran negara pada November ini dalam misi mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai kumpulan pertama dari Malaysia yang melakukan ekspedisi ekstrem ini.

Kesemua peserta akan berkayak dari Aswan ke Luxor dengan jarak 250 kilometer (km). Misi nasional ini digalas oleh tujuh penjelajah negara yang terdiri daripada anak-anak muda tempatan iaitu lima lelaki dan dua wanita yang telah terpilih dari kalangan 72 peserta. Mereka dilatih sepenuhnya oleh Muhamad Nur Azrul yang juga merupakan Presiden MRM.

Bukan saja cabaran mental dan fizikal kerana perlu berkayak sejauh 50 km sehari,  Sungai Nil adalah satu dari dua sungai terpanjang di bumi.

Sungai Nil mengalir sepanjang 6650 km dan merentasi lebih sembilan buah negara iaitu  Ethiopia, Zaire, Kenya, Uganda, Tanzania, Rwanda, Burundi, Sudan dan  Mesir selain penuh dengan buaya.

Tujuh peserta yang akan mengalas cabaran negara pada 8 hingga 19 November ini ialah Rosliza Saad,  Hasnida Hanim Ahmad Kamil, Wan Zulhamli Wan Abdul Rahman, Izwan Md Sumairi, Mohd Haniff Muhamad Zain, Shamsudduha Junaidi dan Ahmad Iqbal Khairi Ismail.

Semoga usaha beliau dan rakan-rakan dapat membuktikan Malaysia Boleh dan tiada yang mustahil dengan semangat yang jitu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6 Langkah Mudah Untuk Elakkan Diri Jadi Semput Semasa Fun Run

0

Jika sepuluh tahun yang lalu, semua orang bercakap mengenai aktiviti marathon (atau jogathon bagi mereka yang lebih berumur, ingat tak !).

Lima tahun lalu, trend memanjat bukit atau gunung pula hangat diperkatakan. Sehingga kini, terdapat banyak grup hiking yang menyediakan khidmat sebagai ranger ketika aktiviti memanjat. Namun, sejak awal tahun lalu, aktiviti fun run semakin mendapat tempat di kalangan peminat gaya hidup aktif.

Semakin lama, semakin berkembang penglibatan peserta yang menyertainya. Dulu sekadar peserta yang betul-betul ke gim dengan badan berotot je yang sertai fun run, tetapi kini tidak lagi. Banyak aktiviti fun run yang melibatkan golongan remaja, keluarga, secara berkumpulan malah yang khas untuk warga emas pun ada!

Walaupun nampak seperti fun (yelah, nama pun fun run), namun ia sebenarnya memerlukan kudrat dan stamina yang tinggi untuk menamatkkan larian korang. Tak kisahlah 5 km ke, 10 km ke, nak berjalan atau berlari sekencang angin sekalipun. Semua peserta perlu tahu asas stamina badan untuk mempersiapkan diri sebelum menyertai fun run.

Percaya tak kalau REMAJA cakap, 10 hari sebelum hari larian pun korang sempat nak practice. Macam mana? Haa, ni ENAM langkah mudah yang boleh korang praktikkan bermula hari ini. Mana tahu, boleh menang pula hehe.

1. Persediaan Awal

via GIPHY

Walaupun hari larian itu masih berbaki 8 hingga 10 hari lagi, tidak bermakna korang tidak boleh memulakan persediaan dengan lebih awal. Untuk fun run, sebolehnya tak perlulah nak dibawa semuanya ke lokasi nanti walaupun korang perlu bersiap sedia dengan apa jua kemungkinan yang boleh berlaku pada hari tersebut seperti kecederaan ringan.

Pack light but be prepared! Antara barangan yang wajib ada termasuklah: pakaian sukan, kasut trainers, tuala bersaiz sederhana, baju lightweight yang akan ditukar kemudian, air, snek ringan, plaster, balutan muscle support (jika perlu), wang, telefon, beg pinggang untuk menyimpan barangan berharga dan ubat-ubatan jika korang perlu mengambilnya.

2. Dapatkan Tidur Secukupnya

via GIPHY

Normal-lah untuk mana-mana peserta merasa debaran pada malam sebelum larian terutamanya jika korang ada seorang first timer. Jangan risau, selalunya larian sejauh 5 kilometer dan 10 kilometer is all about having fun! Jadi, cuba untuk relakskan badan dan tidur secukupnya supaya korang berasa bertenaga sebelum hari kejadian.

3. Jangan Skip Makan

via GIPHY

Jangan sesekali bersikap ego dan berkata, “Alah, aku tak perlukan breakfast lah. Nanti takut nak muntah masa lari.” Setiap peserta fun run masih perlu mengambil sarapan pada hari tersebut agar tak mudah diancam situasi cramps. Aturkan jadual makanan yang perlu diambil pada hari larian. Bagaimana? Mudah saja kerana badan korang akan memberi signal jika kamu memerlukan energy snack sebelum berlari. Sediakan saja snek tersebut di dalam beg.

Antara pesanan ‘popular’ yang selalu diberi peserta berpengalaman lain termasuklah mengambil sumber karbohidrat, tapi jangan pula korang lupakan sumber protein kerana ia juga penting untuk memberi tenaga.

4. Lakukan Dynamic Stretching Sebelum Berlari

Namanya saja sudah menjelaskan apa kelebihan jika korang lakukan senaman mudah ini sebelum larian. Dynamic stretching memerlukan korang untuk merenggangkan badan agar otot badan tak terkejut semasa larian.

Dynamic stretch akan merenggangkan tisu lembut badan sehingga maksima selama 3 ke 6 saat. Dengan cara ini, otot mengembang dan membantu badan untuk kekal seimbang dan coordinated semasa berlari. Macam dalam video tutorial di bawah:

5. Kekalkan Hidrasi Badan

via GIPHY

Sudah tentulah semasa fun run, korang perlu menggantikan air peluh yang sudah dinyahkan dengan kandungan air tetapi air jenis apa? Air suam, diluted juice dan sports drink adalah antara pilihan yang baik. Jika kamu hanya berlari kurang dari sejam, air suam saja sudah memadai.

Namun, jika korang menyertai fun run yang memakan masa lebih dari sejam, REMAJA cadangkan korang untuk mengambil minuman yang mengandungi gula dan sodium agar tempoh recovery badan itu lebih singkat.

6. Akhir Sekali, Just Have Fun Lah!

via GIPHY

Apalah makna menyertai fun run kalau korang tak enjoy habis! Contohnya seperti The Music Run™ yang akan dianjurkan AIA Vitality esok! Jika pada tahun lalu kita ada zon muzik bertema seperti Rock, Pop, Old School, Hip Hop dan Dance. The Music Run™ yang akan berlangsung di KL Sports City pada tahun ini akan menampilkan DJ Sam Withers dari Australia.

Jika korang akan menyertainya esok, jangan lupa untuk hashtag #LiveTheBeat okay. See you there!