Jasad seorang pendaki rakyat Malaysia ditemui selepas setahunĀ  dilapor hilang semasa mendaki Gunung Damavand di utara Iran padaĀ  November lalu, menurut agensi berita IRNA.

Mayat allahyarham Ramli Abd Majid, 44 tahun ditemukan sekumpulan pendaki pada Jumaat (kira-kira lima hari lalu) semasa menuruni gunung berapiĀ  tidur dan puncak tertinggi di Iran ini.

November tahun lalu, seramai 12 orang pendaki Malaysia, tiga darinya wanita menyertai ekspedisi menakluk Gunung Damavand. Namun dua pendaki Malaysia iaitu Ramli Abd Majid, 44 danĀ  Syed Redzuan Syed Saalim Shatri, 50 dilaporkan terpisah semasa pendakian ke puncak.

Pencarian oleh Misi Mencari Dan Penyelamat SAR berjaya menemui jenazah Allahyarham Syed Redzuan di kawasan Yakhar Glacier enam hari selepas kejadian,Ā  28 November. Jenazah telah selamat dibawa pulang dan dikebumikan diĀ  Cheras, Kuala Lumpur. Nasib Ramli bagaimana pun tidak diketahui sehinggalah dijumpai lima hari lalu.

Baca perkongsian seorang dari peserta wanita, Rosliza Saad, 35 yang turut menyertai ekspedisi menakluk Gunung Damavand, Iran bersama allahyarham. Jika dua pendaki menemui ajal semasa menuruni gunung ini, Rosliza atau mesra disapa Ija pula berkata, dia disahkan lumpuh dari pinggang ke bawah akibat hypothermia ketika mendaki gunung tersebut.

Ini Cerita Sebenar Kematian 2 Pendaki Gunung Damavand, Iran. Memang Tak Sangka Langsung…
Ija sudah mendaki lebih 30 gunung di seluruh dunia

Jelas Ija, cuaca buruk melampau di mana angin datang dari segenap arah tanpa mengira, utara, selatan, timur atau barat sehingga mencapai suhu -41c antara sebab mengapa dia mengalami kebas-kebas kaki sewaktu melakukan pendakian dari Kem 2 menuju ke Kem 3.

ā€œKetika di Kem 2 pada ketinggian hampir 4000 kaki, udara terlalu sejuk. Kaki saya mulai kebas hingga terpaksa dibantu oleh rakan-rakan sehingga ke Kem 3 di ketinggian 4300 kaki.

ā€œIngatkan sebab cuaca. Rakan pendaki yang bekerja sebagai doktor ada beri ubat bagi melegakan. Malam itu kami tidur dengan cuaca musim autumn tapi bila buka mata esoknya, salji penuh terhampar. Begitu sekali cuaca berubah, sekelip mata.

ā€œMelihat salji semakin menebal, allahyarham siap mengajak kami semua solat hajat memohon perlindungan Allah. Kedua-duanya memang tak pernah tinggal solat dan sentiasa mengaji al-Quran setiap kali berehat sebelum memulakan pendakian,ā€ katanya berkongsi pengalaman menyedihkan.

Ini Cerita Sebenar Kematian 2 Pendaki Gunung Damavand, Iran. Memang Tak Sangka Langsung…

Kata Ija lagi, tiada perubahan ketara dilihat pada kedua allahyarham ini. Kelakuan nampak biasa. Kami berehat lebih kurang sehari di Kem 3 sebelum pendakian menuju ke puncak. Ini bagi membolehkan tubuh disesuaikanĀ  dengan keadaan udara yang semakin menipis di puncak ketinggian 5671 meter.

ā€œEsoknya, dari 12 orang peserta hanya lapan menuju ke puncak termasuk allahyarham berdua. Saya tak ikut sebab kaki semakin kebas. Begitu juga pasangan suami isteriĀ  dan seorang kenalan rakan pendaki lelaki kerana dia mengalami AMS.

ā€œDi pertengahan pendakian, enam peserta ekspedisi memutuskan tidak menuju ke puncak kerana cuaca buruk namun allahyarham dikhabarnya nekad melakukannya kerana semakin hampir ke puncak.

ā€œTiba waktu sepatutnya mereka pulang ke Kem 3 tetapi tiada tanda-tanda keduanya sampai. Kami menunggu sehingga malam dengan penuh pertanyaan dan debaran di dada.Ā  Menjelang malam, bila tidak balik ke kem, kami membuat laporan ke Kedutaan Malaysia di Tehran memaklumkan dua pendaki Malaysia hilang dan mereka memberikan kerjasama yang sangat baik menangani kejadian tidak terduga ini.

Untuk semua pendaki di luar sana, jangan lupa untuk inform kedutaan dan insurance perjalanan sangat penting bila berhajat untuk melakukan pendakian di luar negara.

ā€œEsoknya pasukan penyelamat dan mencari memulakan operasi mencari. Kerana keadaan kaki masih lagi kebas-kebas, saya bersama tujuh rakan pendaki lain menuruni Gunung DamavandĀ  sebelum pulang esoknya ke Malaysia kerana tiket pulang sudah dibeli lebih awal,”kata Ija yang sudah menakluk lebih 30 gunung di serata dunia (termasuk Malaysia). Ingin melihat gambar-gambar menarik beliau mendaki gunung terus ke ig:iejasaad atau fb: rosliza saad

Mountain Is Always There. Coming back home safely is a MUST.

Ini adalah motto yg sentiasa dipegang oleh ija.

“Gunung akan sentiasa adaā€. Kalau gagal hari ini, esok boleh kembali mendaki lagi. Keselamatan sentiasa dititik beratkan dan jadilah pendaki yang berilmu. Itu nasihat Ija buat pendaki baru, bila mana sekarang adalah menjadi trend kepada remaja-remaja dan anak muda di luar sana.

Ini Cerita Sebenar Kematian 2 Pendaki Gunung Damavand, Iran. Memang Tak Sangka Langsung…
Kepuasan mendaki bila sampai ke puncak – Ija

Cerita Ija, sebaik tiba di KLIA, dia sudah tidak mampu bergerak seperti biasa. Hasil pemeriksaan pakar, terdapat ā€˜bubbleā€ di tulang belakangnya. Kakinya juga disahkan lumpuh dari paras pinggang ke bawah.

Ads

ā€œSaya menerima rawatan lebih dua minggu di hospital. Kata doktor bubble itu terlalu kecil dan tiada pembedahan boleh dilakukan. Saya hanya perlu jalani fisioterapi dalam tempoh enam bulan.

ā€œBila disahkan lumpuh, saya nekad untuk menjalani pelbagai rawatan. Moden dan tradisional termasuk akupuntur. Alhamdulillah, doktor sendiri mengakui keajaiban kerana dalam tempoh tiga bulan saya kembali sembuh.

ā€œSebaik dapat berjalan semula, saya mendaki gunung di India.

Kali ini beliau mencabar diri sendiri dengan mendaki di pergunungan salji setinggi 4200 meter. Kata orang pendaki memang takkan dapat meninggalkan gunung, kecualilah pendaki itu adalah pelancong gunung,” katanya sambil ketawa.

Mahu berkayak ke Sungai Nil yang dipenuhi buaya

Terkini, 8 November akan datang, Ā Ija akan menyertai ā€œEkspedisi Kayak Merentasi Sungai Nil 2017. Ini merupakan salah satu program yang berbentuk ekplorasi dan nilai budaya. Program ini lebih menekankan kepada ketahanan fizikal, mental dan semangat juang yang tinggi.

Ini Cerita Sebenar Kematian 2 Pendaki Gunung Damavand, Iran. Memang Tak Sangka Langsung…
Galas cabaran berkayak ke Sungai Nil 8 November akan datang

Dan pasukan kayak Majlis Rekreasi Malaysia (MRM) akan menggalas cabaran negara pada November ini dalam misi mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai kumpulan pertama dari Malaysia yang melakukan ekspedisi ekstrem ini.

Kesemua peserta akan berkayak dari Aswan ke Luxor dengan jarak 250 kilometer (km). Misi nasional ini digalas oleh tujuh penjelajah negara yang terdiri daripada anak-anak muda tempatan iaitu lima lelaki dan dua wanita yang telah terpilih dari kalangan 72 peserta. Mereka dilatih sepenuhnya olehĀ Muhamad Nur Azrul yang juga merupakan Presiden MRM.

Bukan saja cabaran mental dan fizikal kerana perlu berkayak sejauh 50 km sehari, Ā Sungai Nil adalah satu dari dua sungai terpanjang di bumi.

Sungai Nil mengalir sepanjang 6650 km dan merentasi lebih sembilan buah negara iaituĀ  Ethiopia, Zaire, Kenya, Uganda, Tanzania, Rwanda, Burundi, Sudan danĀ  Mesir selain penuh dengan buaya.

Tujuh peserta yang akan mengalas cabaran negara pada 8 hingga 19 November ini ialah Rosliza Saad,Ā  Hasnida Hanim Ahmad Kamil, Wan Zulhamli Wan Abdul Rahman, Izwan Md Sumairi, Mohd Haniff Muhamad Zain, Shamsudduha Junaidi dan Ahmad Iqbal Khairi Ismail.

Ads

Semoga usaha beliau dan rakan-rakan dapat membuktikan Malaysia Boleh dan tiada yang mustahil dengan semangat yang jitu.

 

 

 

 

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
āˆž
āˆž
Ads