Tempoh 10 tahun tentunya bukanlah satu tempoh yang singkat. Namun, itulah yang terpaksa dilalui oleh atlet terjun negara, Leong Mun Yee yang terpaksa mengambil masa 10 tahun sebelum berjaya menggenggam ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Moden dan Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Mun Yee, 32, hakikatnya bukanlah saja-saja ingin menangguh pengajiannya hingga berlarutan selama 10 tahun. Namun, dek kerana pengorbanannya untuk sukan terjun Malaysia, Mun Yee terpaksa mengimbangi antara sukan dan pelajaran.
Dalam tempoh tersebut, seharusnya Mun Yee berpuas hati dengan pencapaian cemerlangnya dalam arena sukan terjun. Berkali-kali dia melangkah naik ke atas podium untuk meraikan kemenangan baik dalam acara individual, berpasangan mahupun dalam acara campuran.
Ads
Terbaru, Mun Yee sekali lagi telah memenangi pingat emas dalam acara platform 10 meter berirama bersama rakan senegara, Pandelela Rinong di kejohanan Kuala Lumpur Fina Diving Grand Prix 2017 pada ahad, minggu lalu.
Kali terakhir mereka berdua menjuarai kategori sama dalam kejohanan yang sama adalah pada tahun 2011 di Jerman.
Ads
“Mewakili negara di peringkat antarabangsa tak kira waktu semester atau kuliah. Sebab itu, saya menjadi antara pelajar yang mengambil masa agak lama untuk menamatkan pengajian. Walaupun 10 tahun tempoh pengajian di UPM, saya tetap berbangga.
“Saya bersyukur kerana saya berupaya melengkapkan pengajian. Bukan semua atlet dapat menamatkan pengajian mereka pada peringkat ini.
“Sebagai pelajar, saya juga perlu menghadiri kuliah, menduduki ujian dan peperiksaan. Cuma yang membezakan saya dengan pelajar lain adalah komitmen masa saya untuk latihan di dalam negara dan luar negara,” kata Mun Yee ketika diberi penghormatan berucap mewakili graduan UPM pada Majlis Konvokesyen ke-41, pada hari ini.
Ads
Mun Yee menerima ijazah daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada istiadat yang berlangsung di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sulta Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj, UPM. Congrats girl!
Menyambung sesi temubual di luar dewan bersama media, Mun Yee turut menyatakan hasrat untuk menyambung pengajiaannya di peringkat sarjana pada tahun hadapan dalam bidang Sains Sukan. Namun perkara tersebut masih dalam pertimbangan disebabkan jadual kejohanan tahun hadapan yang padat.
“Terima kasih kepada UPM, pensyarah, pegawai dan staf yang telah mengajar dan mendidik saya di sini,” tuturnya menutup bicara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon jelita, Julia Farhana selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, pada 14 Disember lalu di sebuah hotel di ibu kota.
Pelakon naskhah popular Rumi dan Jawi itu mendedahkan perkhabaran gembira tersebut menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya, sebentar tadi.
Sehubungan itu, Julia memohon maaf kerana tidak meniemput media dan rakan-rakan kerana majlis pernikahan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
“Saya mahu berkongsi secara rasmi bahawa saya kini isteri kepada Che Hafiz. Kami ingin mohon maaf kerana lewat memberitahu hal ini kepada rakan-rakan dan media disebabkan ia adalah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga.
“Saya dan suami memohon doa semua dalam perjalanan kami sebagai suami isteri. Alhamdulillah sesi akad nikah saya dan isteri telah berjalan dengan lancar,” coretnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti merakamkan ucapan tahniah buat pasangan merpati dua sejoli itu selain mendoakan yang baik-baik buat mereka.
Untuk rekod, Dr Che Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Laana Haura yang kini berusia lima tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jangkitan kuman pada bahagian paru-paru yang dialami oleh penyanyi Ku Rela Dibenci, Aiman Tino sehingga memerlukan dirinya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan baru-baru ini merupakan detik mencemaskan yang telah membawa iktibar kepadanya.
Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri berkongsi punca masalah kesihatan itu adalah daripada penggunaan rokok elektronik ataupun vape.
Aiman juga katanya mempunyai tabiat berkongsi alatan tersebut dengan rakan-rakan lain; satu tabiat biasa yang sering dilakukan dalam kalangan remaja yang merokok vape. Tabiat ini secara tidak tidak langsung memudahkan penyebaran virus lebih mudah melalui mulut.
Katanya ketika dihubungi, dia memberitahu keadaanya semakin baik selepas menerima rawatan di hospital sejak Ahad lalu dan telahpun dibenarkan keluar pada hari Isnin. Kini, Aiman sedang berehat di kediaman ibunya sambil memantau tahap kesihatannya sebelum kembali bergiat aktif.
Tambah Aiman, 24; dia mula mendapati tahap kesihatan tekaknya merosot sejak tiga minggu lalu apabila dia bedepan gejala batuk teruk sehingga mengganggu vokal nyanyiannya.
“Disebabkan batuk tak henti itu juga menjadi punca kepada jangkitan kuman pada paru-paru. Disebabkan masalah ini, saya sukar untuk bernafas dan terpaksa turunkan ‘key’ ketika membuat persembahan baru-baru ini.
“Sebelum ini, saya hanya dengar kisah orang saja tentang akibat penggunaan vape. Sekarang ini terjadi kepada diri sendiri. Mujur paru-paru saya tidak ditebuk kerana doktor kata masih belum kronik.”
“Selepas ini, saya dikehendaki menjalani pemeriksaan susulan. Harap-harap tiadalah sebarang masalah serius kerana hal kerja tidak boleh nak tinggal terus. Saya masih lagi perlu memenuhi undangan menyanyi kerana sudah berjanji dengan pihak penganjur,” katanya.
Moga-moga sesiapa yang mempunyai tabiat menghisap vape selepas ini terus beringat soal kesihatan diri sendiri sebelum melakukannya. Bukan kisah Aiman Tino sahaja yang harus dijadikan iktibar untuk kita, ramai lagi remaja juga telah berdepan implikasi akibat tabiat ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengacara dan pelakon terkenal tanah air, Uyaina Arshad menzahirkan rasa berangnya dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang bersikap neutral terhadap peperangan Palestin-Israel atau menyebelahi tindakan penjajah tersebut.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, selebriti berkenaan tidak dapat menerima cara permikiran pro-Israel yang menetap di Malaysia.
“Negara Malaysia pun baru 66 tahun saja merasa kemerdekaan selepas kita dijajah oleh British.
“Kau tahu tak betapa susahnya nenek moyang kita dulu nak capai kemerdekaan ini. Mereka berjuang bermati-matian untuk kita cucu cicit ni merasa kemanisan kebebasan ini.
“Sekarang ini, Israel itu penjajah. Sama seperti negara yang dijajah, kita nak kemerdekaan itu. Samalah seperti Palestin,” katanya.
Menurut Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, tindakan pihak Palestin menyerang kembali serangan Israel merupakan satu tindakan yang wajar.
“Kalau negara kau dijajah, tak akanlah kau akan berdiam diri saja tanpa membuat serangan semula.
“Mereka (Palestin) mahu bebas daripada cengkaman kuku besi Israel. Mereka (Palestin) mahu negara mereka semula. Apa yang kau orang semua tak faham sangat ni?,” marahnya dalam video tersebut.
Menjenguk ke ruangan komen pula, majoriti warganet turut menyokong kecaman lantang dari pengacara tersebut.
“Teruskan boikot! Kita berjihad dengan melumpuhkan ekonomi mereka,” komen seorang pengikut.
“Bagus Yana! Geram sangat apabila melihat kaum terpaling ‘neutral’ ini,” komen warganet lain.
“Sesiapa yang menyokong Israel ini sebenarnya buta sejarah,” jelas warganet.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Instagram Uyaina Arshad
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!