Home Blog Page 1899

DIY Gambar Pasport Pakai Handphone, Modal RM1 Je Dapat 8 Keping Gambar

Dalam waktu-waktu ‘sesak’ hari ni, kalau dapat jimat 10 sen pun dah kira besar rahmat. Ini kan pula bila berjaya jimat RM26, lagilah berbaloi-baloi.

Ceritanya mudah je tentang nak dapatkan gambar pasport. Ya, kalau nak mudah memang terus pergi buat dekat kedai, tapi bersedialah tabur duit lebih daripada RM10.

Sekarang ni korang boleh simpan duit tu buat belanja makan sebab ada seorang brother ni dah kasi tip macam mana nak dapatkan gambar pasport dengan hanya bermodalkan RM2 je dan boleh dapat 16 keping gambar.

Lagi best bila dia ambil gambar pasport tu hanya guna handphone saja. Style kan?

Nak tau macam mana bro ni buat, jom kita tengok step ringkas yang dikongsi oleh Harith Faisal ini.

Bahan-bahan:

1. Smartphone

2. Pendrive

3. Otak yang bijak

4. Sedikit kerajinan

Cara-cara membuat:

1. Masuk Play Store dan cari apps Photo Grid. Percuma

DIY Gambar Pasport Pakai Handphone, Modal RM1 Je Dapat 8 Keping Gambar

2. Ambil gambar handsome-handsome macam ni. Kalau untuk hakak-hakak, haruslah yang paling cantik. Pakai smartphone je, tak perlu DSLR.

DIY Gambar Pasport Pakai Handphone, Modal RM1 Je Dapat 8 Keping Gambar

Di bahagian bawah tu tak kisah sangat asalkan pada bahagian atas nampak kemas. Background guna kain biru kalau nak senang. Kalau tak nanti kena photoshop pula.

Oh lagi satu, jangan selfie pula ya!

3. Pilih portrait dan crop gambar ikut nisbah 3:4. Pastikan subjek, iaitu muka dan badan kite penuh ¾ daripada gambar yang nak di crop tu.

DIY Gambar Pasport Pakai Handphone, Modal RM1 Je Dapat 8 Keping Gambar

4. Rotate 90 darjah, klik sekali je okay?

DIY Gambar Pasport Pakai Handphone, Modal RM1 Je Dapat 8 Keping Gambar

5. Kemudian, save gambar yang terhasil tadi.

DIY Gambar Pasport Pakai Handphone, Modal RM1 Je Dapat 8 Keping Gambar

6. Pilih 8 gambar yang di save tadi sebab nak buat 8 gambar pasport kan?

DIY Gambar Pasport Pakai Handphone, Modal RM1 Je Dapat 8 Keping Gambar

7. Pilih susunan seperti ini. Kalau pilih yang lain, gerenti tak akan jadi.

DIY Gambar Pasport Pakai Handphone, Modal RM1 Je Dapat 8 Keping Gambar

8. Paling penting, pilih nisbah 2:3 kerana ini adalah ukuran nisbah untuk gambar saiz 4R. Klik pada border dan adjust mana-mana yang patut supaya ada ruang untuk kesemua 8  gambar tersebut.

DIY Gambar Pasport Pakai Handphone, Modal RM1 Je Dapat 8 Keping Gambar

9. Save gambar tersebut guna kualiti yang terbaik, 2048P.

DIY Gambar Pasport Pakai Handphone, Modal RM1 Je Dapat 8 Keping Gambar

10. Bila dah save, rotate kembali gambar tadi dan siap! Save dalam pendrive dan pergi ke kedai foto yang berhampiran.

DIY Gambar Pasport Pakai Handphone, Modal RM1 Je Dapat 8 Keping Gambar

Print size 4R dan kalau tauke kedai kata sekeping RM5 memang penipu.  Tapi, kalau dia cakap RM1, terus buat je dekat situ. Minta di print dua keping gambar pada saiz 4R.

So, dah dapat 16 keping gambar pasport dengan harga RM2 je. Memang jimat habis. Kalau pergi kedai harga biasa dalam lebih kurang;

4 keping RM10

8 keping RM16

12 keping RM22

16 keping RM28

Macam ni je pun dah dapat jimat RM26 tau.

Lepas tu, balik rumah potong la kemas-kemas dengan gunting. Itu saja caranya, mudah kan?

Malaysian Philharmonic Youth Orchestra Bakal Berkolaborasi Bersama Orkestra Tradisional Malaysia dan Datuk Ramli Sarip, Jayakan Konsert Tanah Airku

Malaysian Philharmonic Youth Orchestra (MYPO) pada tahun ini menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-10. Idea penubuhan orkestra dibarisi anak muda ini merupakan impian bekas Pengerusi PETRONAS, Tun Azizan Zainul Abidin untuk memberikan platform kepada mereka untuk mempersembahkan bakat dalam bidang muzik . Pada 13 Januari 2006, seramai 500 pemuzik dari serata tanah air datang untuk menghadiri uji bakat dengan purata umur 18 tahun. Dan seramai 110 orang telah dipilih menjadi generasi pertama MYPO.

Pada hari ini, MYPO mempunyai seramai 98 orang ahli yang masih aktif. Objektif penubuhan MYPO tidak lain tidak bukan untuk mencari dan mengasah bakat pemuzik muda dan mengembangkan minat mereka ke pentas lebih besar. Bersempena sambutan ulang tahun ke-10, MYPO mengumumkan mereka bakal mengadakan konsert eksklusif bersama Orkestra Tradisional Malaysia dan Datuk Ramli Sarip.

Malaysian Philharmonic Youth Orchestra Bakal Berkolaborasi Bersama Orkestra Tradisional Malaysia dan Datuk Ramli Sarip, Jayakan Konsert Tanah Airku
Dari kiri; Mohd Yazid Zakaria (OTM), Datuk Ramli Sarip dan Ahmad Muriz Che Rose (MYPO).

 

Bertemakan Konsert Tanah Airku, kolaborasi ini bakal dilangsungkan di Dewan Filharmonik PETRONAS (DEP) pada 17 dan 18 November 2017. Kerjasama MYPO dan OTM bukanlah satu perkara yang baru kerana kedua-duanya pernah bekerjasama buat pertama kali pada tahun 2014. Selain kolaborasi bersama OTM, mereka juga pernah melakukan kerjasama serupa dengan Yayasan Warisan Johor, Hong Kong Children’s Symphony dan Queensland Youth Symphony Orchestra.

Menurut Ahmad Muriz Che Rose, Head of MYPO, konsert istimewa ini akan terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai sebuah orkestra yang mempunyai jiwa muda dan membawa muzik ke aras lebih tinggi terutama di kalangan pemuzik muda. “Antara misi utama MYPO ialah memberi galakan serta platform kepada pemuzik muda untuk mengembangkan bakat mereka agar menjadi pemuzik yang versatil dan boleh menggalas apa jua corak persembahan. Orang muda perlu ada kemahiran untuk read, play and perform. Jadi di sinilah peranan MYPO sebagai sebuah platform buat mereka,” jelasnya lagi.

Untuk persembahan Konsert Tanah Airku MYPO dan OTM bakal mempersembahkan lagu-lkagu tradisional rakyat seperti Sri Mersing, Laksamana Raja Di Laut, Joget Irish For Sitar, Dialog Cak Lempong, Pantun Budi dan Serampang Laut. Bagi segmen ini Ahmad Muriz bekerjasama dengan konduktor dari OTM iaitu Mohd Yazid Zakaria.

“Walaupun konsert ini bersifat moden namun ia mempunyaijiwa tradisional yang sangat kuat. Seni tidak mengira genre dan melangkau sebarang budaya. Jika sesiapa menonton persembahan ini pasti dapat merasakan jiwa nusantara yang kami terapkan,” tambah Mohd Yazid yang sebelum ini pernah terlibat dengan artis terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Rossa.

Legenda rock, Datuk Ramli Sarip pula bakal mempersembahkan persembahan istimewa dengan lagu-lagu seperti Kamelia, Teratai, Kau Yang Satu dan Syair Laila Majnun. Ia merupakan penampilan ketiga beliau di pentas DBP namun merupakan persembahan pertama bersama MYPO. Jelas Datuk Ramli Sarip, dia cukup teruja dengan kolaborasi ini dan merupakan peluang untuk menarik lebih ramai orang menghargai muzik serta lagu-lagu tradisional yang mungkin tidak berapa dikenali oleh orang muda.

Tiket Konset Tanah Airku kini boleh didapati dengan harga RM60 dan RM100. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat dari MYPO, OTM dan Datuk Ramli Sarip. Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi DFP, www.mpo.com.my atau Facebook mereka, www.facebook.com/malaysianphilharmonic/.

Kalau Tak Mahu Bayar PTPTN Dengan Cara Potongan Gaji, Ikut 4 Cara Mudah Ini

Kalau dah namanya pelajar, memang kebanyakannya tak boleh lari daripada isu PTPTN kerana boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia yang menyambung pelajaran menggunakan pinjaman ini.

Bajet 2018 yang dibentangkan baru-baru ini juga telah menetapkan beberapa tahap diskaun bagi menggalakkan pembayaran semula peminjam.

• Diskaun 20% untuk penyelesaian penuh pinjaman

• Diskaun 10% untuk bayaran 50% daripada baki hutang sekali bayaran

• Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji

• Grace period pembayaran balik dilanjutkan daripada enam kepada 12 bulan

Kalau Tak Mahu Bayar PTPTN Dengan Cara Potongan Gaji, Ikut 4 Cara Mudah Ini

Dengan kelonggaran yang diberikan, tidaklah anda berasa sesak atau terbeban dengan hutang yang ada.

Kalau tak mahu bayar melalui potongan gaji pula, anda boleh ikut empat cara mudah ini.

1. JomPay

– Tiada caj  transaksi (percuma)

– Boleh dibuat secara online

2. FPX di portal PTPTN

– Tiada caj transaksi (percuma)

– Pembayaran dengan memilih bayar melalui penolakan daripada akaun simpanan atau caj ke kad kredit

– Cara bayar guna kad kredit bahaya jika dah swipe tapi tak bayar balik (perlu jaga rekod pembayaran untuk CCRIS cantik)

– Boleh dibuat secara online

Cara tradisional:

3. Bayar di kaunter atau kiosk

– Tidak menerima tunai, hanya bayaran melalui kad (debit/kredit)

– Tiada caj transaksi (percuma)

4. Perbankan internet

– Ada caj transaksi bank

Kenapa perlu menggunakan cara ini sedangkan pembayaran melalui FPX dan JomPay adalah percuma?

Pembayaran melalui FPX akan mengemas kini terus baki hutang dan memaparkan amaun bayaran yang dilakukan.

Berikut  merupakan langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk melakukan pembayaran secara online:

FPX

Kalau Tak Mahu Bayar PTPTN Dengan Cara Potongan Gaji, Ikut 4 Cara Mudah Ini

1. Log masuk portal PTPTN (no. kad pengenalan dan password)

2. Pilih penyata baki

3. Scroll bawah sekali

4. Letakkan amaun yang nak dibayar dan klik bayar (pastikan amaun sama apa yang ada dalam jadual atau lebih, bayar kurang akan menyebabkan tunggakan dalam bayaran)

Kalau Tak Mahu Bayar PTPTN Dengan Cara Potongan Gaji, Ikut 4 Cara Mudah Ini

5. Pilih bayar melalui FPX atau kad kredit

6. Rujuk senarai bank pilihan jika membayar melalui FPX

Kalau Tak Mahu Bayar PTPTN Dengan Cara Potongan Gaji, Ikut 4 Cara Mudah Ini

7. Katakan memilih untuk bayar melalui Maybank2u

8. Letakkan email anda (mandatory)

9. Log masuk Maybank2u

Kalau Tak Mahu Bayar PTPTN Dengan Cara Potongan Gaji, Ikut 4 Cara Mudah Ini

10. Akan prompt ke FPX payment, teruskan hingga selesai

JomPay

1. Log masuk portal PTPTN (no. kad pengenalan dan password)

2. Pilih penyata baki

3. Scroll bawah untuk dapatkan Biller Code, Ref-1 dan Ref-2 tapi boleh juga buat semakan melalui http://semakanonline.ptptn.gov.my/jompay/JomPay.php

4. Log masuk Maybank2u

Kalau Tak Mahu Bayar PTPTN Dengan Cara Potongan Gaji, Ikut 4 Cara Mudah Ini

5. Pilih Bill Payments disebelah kiri

Kalau Tak Mahu Bayar PTPTN Dengan Cara Potongan Gaji, Ikut 4 Cara Mudah Ini

6. Pilih JomPay

7. Pilih Make a one-off payment tapi jika dah set favourite pilih favourite biller (jika dah tak perlu ulangi untuk masuk Biller Code, Ref-1 dan Ref-2)

Kalau Tak Mahu Bayar PTPTN Dengan Cara Potongan Gaji, Ikut 4 Cara Mudah Ini

8. Masukkan amaun yang nak dibayar dan klik bayar (pastikan amaun sama apa yang ada dalam jadual atau lebih, bayar kurang akan menyebabkan tunggakan dalam bayaran)

9. Teruskan sehingga selesai

Pembayaran biasa (Ada caj transaksi RM1)

Kalau Tak Mahu Bayar PTPTN Dengan Cara Potongan Gaji, Ikut 4 Cara Mudah Ini

Banyak juga langkah yang perlu dibuat seperti  guna cara JomPay atau FPX. Tapi, jika dah set kan sebagai favourite, ada beberapa langkah yang boleh di skip. Jadi lebih mudah untuk buat pembayaran.

Bezanya, cara ini memerlukan RM1 sebagai caj transaksi.

Semoga perkongsian yang dibuat oleh Muhammad Farid Bahrudin ini dapat memberi manfaat buat memudahkan urusan anda dalam membuat pembayaran PTPTN. Lepas ni dah tak ada alasan nak kata PTPTN ni menyusahkan kan?

Killing Gunther: Sebuah Filem Mockumentary Aksi Komedi Arnold Schwarzenegger Yang Berpotensi Tinggi Tapi…

Killing Gunther: Sebuah Filem Mockumentary Aksi Komedi Arnold Schwarzenegger Yang Berpotensi Tinggi Tapi...

Sekali imbas posternya mungkin ramai beranggapan bahawa Killing Gunther merupakan sebuah filem aksi. Sebenarnya, kamu tak salah kerana masih ada elemen aksi turut diselitkan di dalam filem arahan Taram Killam, pelakon komedi yang mucul dari program SNL. Ini merupakan filem pertama arahan Taran Killam, jadi tidak hairanlah sedikit sebanyak filem ini ada kekurangannya.

Jika dilihat di atas kertas, Killing Gunther menjanjikan sebuah kolektif pelakon-pelakon hebat yang terdiri daripada Cobie Smulders, Bobby Moynihan, Hannah Simone, Allison Tolman dan Arnold Schwarzenegger yang memegang watak Gunther. Gabungan hebat ini jika difikirkan mampu menlahirkan sebuah filem komedi yang baik.

Killing Gunther: Sebuah Filem Mockumentary Aksi Komedi Arnold Schwarzenegger Yang Berpotensi Tinggi Tapi...
Arnold Schwarzenegger memegang watak sebagai pembunuh upahan nombor satu di dunia

 

Premis Killing Gunther cukup ringkas; Blake seorang pembunuh upahan bersama krewnya ingin mencari dan menghapuskan Gunther yang dipercayai menjadi pembunuh upahan terhebat di dunia. Untuk membuktikan dirinya lebih hebat, Blake harus menyempurnakan misi ini. Dan sepanjang misi ini dijalankan, Blake telah mengupah juru video untuk merakamkan setiap detik misi mereka.

Dan di sinilah kita sebagai penonton melihat rakaman yang dilakukan oleh juru video tersebut. Ia seakan menonton program realiti televisyen yang penuh dengan aksi letupan dan komedi daripada setiap karakter. Jika kamu pernah menonton filem What We Do in the Shadows, itulah corak arahan yang ingin dicapai oleh Taran Killam.

Killing Gunther: Sebuah Filem Mockumentary Aksi Komedi Arnold Schwarzenegger Yang Berpotensi Tinggi Tapi...

Namun, sayangnya ia tampil dengan banyak kelemahan. Salah satu daripadanya ialah fokus karakter utama yang agak tidak berapa jelas. Karakter-karakter lain juga tidak dikembangkan dengan begitu baik. Kemunculan Arnold Schwarzenegger tidaklah terlalu lama di dalam filem ini. Mingkin ia hanya sebagai gimik.

Walau bagaimanapun, Killing Gunther masih ada elemen komedi yang boleh kita hargai. Walaupun tidak menawarkan plot yang menarik namun kemunculan pelakon-pelakon hebat mungkin mampu mengubati kekecewaan itu.

Killing Gunther kini mula ditayangkan di seluruh negara bermula 2 November 2017.

Rating – 2.5/5

7 Perangai Pengunjung Kedai Mamak Yang Selalu Kita Nampak Rupanya Salah Di Sisi Undang-Undang

Lepak kedai mamak mungkin kedengaran macam satu perkara biasa lebih-lebih lagi buat anak muda.

Satu yang bestnya port ni, korang lepak la berapa jam pun, tak akan ada pekerja mereka yang buat-buat nak kutip cawan dan faham-faham je la tu cara halus nak halau korang balik. Hiks!

Cuma, dalam sedar tak sedar, rupanya ada banyak kesalahan yang bersangkut paut dengan kedai mamak tak pernah kita tahu.

Berikut merupakan 7 undang-undang yang korang perlu tahu sekiranya berlaku apa-apa masalah atau kejadian buruk yang berlaku di kedai mamak.

1. Buat bising

7 Perangai Pengunjung Kedai Mamak Yang Selalu Kita Nampak Rupanya Salah Di Sisi Undang-Undang

Undang-undang: Seksyen 268 Kanun Keseksaan

“Individu yang disabitkan atas kesalahan gangguan awam yang menyebabkan kecederaan, bahaya dan gangguan kepada orang awam atau mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada orang awam”

Denda: Penalti am di bawah Seksyen 290 – RM400

Biasalah kalau lepak kedai makan dengan kawan-kawan mesti berborak tak ingat dunia. Namun, sekiranya ada  yang sampai menghina dan memaki abang mamak tu, korang boleh didakwa ya.

Bukan itu saja, jika ada yang mengganggu dan masuk campur dalam beberapa kes yang serius seperti pergaduhan dan menyebabkan kecederaan, setidak-tidaknya korang tahu bahawa korang boleh mendapatkan bantuan polis.

2. Dengar muzik secara kuat

7 Perangai Pengunjung Kedai Mamak Yang Selalu Kita Nampak Rupanya Salah Di Sisi Undang-Undang

Undang-undang: (Seksyen 13 (1) (c) Akta Kesalahan Kecil 1955

“Memasang pembesar suara tanpa wayar atau apa-apa instrument lain yang mengeluarkan bunyi atau muzik yang kuat dan menyebabkan gangguan kepada pelanggan lain di kawasan itu”

Denda: RM100

3. Buang sampah merata-rata

7 Perangai Pengunjung Kedai Mamak Yang Selalu Kita Nampak Rupanya Salah Di Sisi Undang-Undang

Undang-undang: Seksyen 47 Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974

Undang-undang tentang kesalahan ini sangat banyak dan merangkumi pelbagai situasi, tetapi pada dasarnya adalah menyalahi undang-undang untuk membuang sampah secara merata-rata.

Ramai rakyat Malaysia yang sudah maklum bahawa membuang sampah di merata tempat adalah menyalahi undang-undang, tapi tak ramai pula yang tahu kes ini sebenarnya adalah satu ‘jenayah’ juga di negara kita.

Pesalah boleh ditangkap polis walaupun tanpa waran. Namun, tak mudah untuk polis mengawal di serata tempat dan kerana itu ramai yang memandang mudah tentang kesalahan ini.

Denda: RM500 (RM1000 untuk kesalahan berulang)

4. Double parking

7 Perangai Pengunjung Kedai Mamak Yang Selalu Kita Nampak Rupanya Salah Di Sisi Undang-Undang

Undang-undang: Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987

“ Sekiranya mana-mana pemandu kenderaan yang menyebabkan bahaya, halangan atau ketidakselesaan kepada pengguna jalan atau lalu lintas yang lain, anda boleh disabitkan kesalahan”

Situasi double parking sering berlaku di tempat-tempat sesak, contohnya di kawasan kedai makan. Sudahlah double park, tapi tak tinggal pula nombor telefon. Kan dah menyusahkan orang lain.

Menurut Seksyen 48 (2), pihak berkuasa ada hak untuk clamp atau tarik kereta korang jika ia menyekat pengguna jalan yang lain.

Denda: RM1000-RM5000 atau sekurang-kurangnya 1 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.

5. Buka kedai di tempat letak kereta

7 Perangai Pengunjung Kedai Mamak Yang Selalu Kita Nampak Rupanya Salah Di Sisi Undang-Undang
Gambar hiasan

Undang-undang: 

A. Seksyen 9 (10) Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974 (SDB)

“Tidak ada seorang pun yang boleh mendirikan atau menyelenggara apa-apa halangan di mana-mana jalan dan pihak berkuasa boleh mengangkut sekiranya berlaku situasi seperti ini”

Undang-undang: 

B. Seksyen 46 Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974

a) Mana-mana individu yang:

– Membina, mendirikan, menubuhkan atau menyelenggara apa-apa dinding, pagar, rel atau halangan lain di mana-mana tempat awam;

Denda: Seksyen 9 (10): Penalti am sehingga RM2000 + kos mengangkut halangan (gerai)

Seksyen 46: RM500 (RM1000 untuk kesalahan berulang)

Undang-undang ini bagi mereka yang mempunyai premis perniagaan dan bukanlah dikenakan kepada para pelanggan. Confirm korang selalu nampak kedai mamak yang tambah kerusi dekat bahagian luar kedai kan?

6. Meludah

7 Perangai Pengunjung Kedai Mamak Yang Selalu Kita Nampak Rupanya Salah Di Sisi Undang-Undang

Undang-undang: Seksyen 15 (1) (d) Akta Kesalahan Kecil 1955

“Mana-mana individu di kedai kopi, kedai makan, premis sekolah atau tempat-tempat awam seperti perhentian bas, boleh dikenakan denda”

Denda: RM100

7. Mabuk di tempat awam

7 Perangai Pengunjung Kedai Mamak Yang Selalu Kita Nampak Rupanya Salah Di Sisi Undang-Undang

Undang-undang: Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil 1955

“Mana-mana individu yang didapati mabuk dan tidak mampu menjaga dirinya sendiri atau melakukan perbuatan yang tidak senonoh di tempat awam, boleh dikenakan hukuman”

Denda: RM25 atau penjara sehingga 14 hari (RM100 atau penjara 3 bulan; atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berulang)

Nampak macam perkara remeh, tapi sebenarnya setiap kelakuan korang yang dianggap menyalahi undang-undang di tempat awam boleh disabitkan kesalahan dan di denda.

Undang-undang ini bukan hanya untuk pengunjung kedai mamak saja, tapi ia merangkumi semua kesalahan yang dilakukan di tempat awam.

Jangan ada yang berani lagi nak buat macam-macam k?

Sumber: Asklegal

The Promise: Filem Seram Tanpa Hantu, Tapi Masih Buat Penonton Tutup Muka Dalam Panggung

Mungkin ramai yang setuju kalau kami katakan filem seram Thailand adalah antara karya yang boleh dibanggakan kerana sentiasa membuatkan penonton terkesan dengan babak suspens yang diberikan.

Yes, The Promise merupakan sebuah lagi filem horror Thai yang bakal buat anda tak senang duduk dalam panggung, sambil ternanti-nanti babak cemas seterusnya.

The Promise: Filem Seram Tanpa Hantu, Tapi Masih Buat Penonton Tutup Muka Dalam Panggung

Filem ini mengisahkan 2 BFF, Boum dan Ib yang berpakat membunuh diri selepas bapa mereka diisytiharkan muflis akibat kegawatan ekonomi. Namun, Boum mengubah fikiran selepas melihat sahabat baiknya mati. 20 tahun kemudian, roh Ib kembali menuntut janji menjelang hari jadi ke-15 anak perempuan Boum.

Ghost Tower

Antara lokasi utama filem ini memaparkan sebuah menara terbengkalai yang dikenali sebagai ‘Ghost Tower’. Dengarnya, menara ini memang terkenal di kalangan masyarakat Thai dan pelancong luar. Mereka gemar menyelinap masuk dan mengambil gambar, bahkan ada yang melakukan parkour di bangunan ini.

Malah, menara setinggi 49 tingkat ini didakwa tidak dapat disiapkan kerana mengalami krisis ekonomi pada 1997 dan akhirnya ditinggal begitu saja.
Lebih menyeramkan lagi, seorang lelaki Sweden ditemui mati tergantung pada Disember 2014 di tingkat 43.

The Promise: Filem Seram Tanpa Hantu, Tapi Masih Buat Penonton Tutup Muka Dalam Panggung

Hm, nampak gaya macam filem The Promise sedikit sebanyak mengambil kisah benar yang berlaku di sini.

Tak nampak hantu tapi kesannya tetap umphh!

Satu pujian kami nak berikan untuk filem ini kerana tidak seperti filem-filem seram yang lain, The Promise tak perlu trying too hard menonjolkan unsur-unsur keseraman melalui hantu fizikal kerana dengan babak suspens yang ada sudah cukup buat penonton untuk menutup mata dan telinga.

Jadi filem ini tak ada la sampai menghantui fikiran anda dengan figure-figure hantu yang menyeramkan sehingga terbawa-bawa dalam mimpi.

The Promise: Filem Seram Tanpa Hantu, Tapi Masih Buat Penonton Tutup Muka Dalam Panggung

Cinta dan kasih sayang

Bukan hanya sekadar filem seram, The Promise juga mengetengahkan elemen kasih sayang di antara sahabat dan keluarga. Babak-babak seram diselang seli kan dengan nilai cinta seorang ibu terhadap anaknya dan bakal membuatkan hati anda tersentuh.

The Promise: Filem Seram Tanpa Hantu, Tapi Masih Buat Penonton Tutup Muka Dalam Panggung

Tak perlu kami complain lakonan Numthip Jongrachatawiboon yang membawa watak sebagai Boum, ibu kepada Bell. Seorang ibu yang protective, pelakon ini berjaya menghidupkan watak utama filem ini.

Persoalannya, adakah Boum dapat menyelamatkan anak perempuannya daripada menjadi mangsa dendam Ib? Nah, saksikan sendiri filem ini di pawagam berhampiran anda untuk merasai sendiri garapan naskhah dari Thailand ini.

The Promise: Filem Seram Tanpa Hantu, Tapi Masih Buat Penonton Tutup Muka Dalam Panggung

 

 

Sistem Penjejak Pertama Untuk Ibu Bapa Di Malaysia, TraqKid Mampu Kurangkan Kes Jenayah Terhadap Kanak-Kanak

Keselamatan kanak-kanak dan remaja bawah umur sentiasa menjadi kerisauan utama para ibu bapa. Apatah lagi sejak kebelakangan ini ada saja kita dengar tentang kes jenayah yang berlaku terhadap kanak-kanak dilaporkan hampir setiap hari.

Sebuah apps terbaharu khusus buat ibu bapa menjejak anak-anak mereka menerusi telefon pintar telah dilancarkan pada hari ini. TraqKid yang dibangunkan oleh Knightbright Resources Sdn. Bhd. dan U Mobile Sdn. Bhd., merupakan sistem yang bertindak sebagai alar penjejak kanak-kanak berasaskan telefon pintar pertama di Malaysia.

Dengan menggunakan sistem ini, ibu bapa dapat mengetahui lokasi anak mereka secara proaktif dari semasa ke semasa. Ia juga menbolehkan ibu bapa mendapatkan bantuan kecemasan dari pusat panggilan TraqKid dan anggota Program Kepolisan Komuniti Malaysia.

Sistem TraqKid berfungsi menerusi kad SIM U Mobile yang dilengkapi dengan teknologi perkhidmatan lokasi berasakan SIM. Pada majlis pelancaran dan tandatangan perjanjkan, Pengerusi Knightbrigde Resources dan Pengasas/CEO Program Kepolisan Komuniti Malaysia, Kuan Chee Heng berkata teknologi TraqKid membantu ibu bapa dalam situasi kecemasan dengan hanya menekan butang si telefon. Apabila amaran diaktifkan petugas Program Kepolisan Komuniti Malaysia segera bergegas ke lokasi.

Bagi Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee pula melahirkan rasa gembira kerana diberi peluang untuk bekerjasama dalam projek yang diyakini mampu membanteras jenayah terhadap kanak-kanak.

Majlis pelancaran yang berlangsung hari ini telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Rohani Binti Haji Abdul Karim, juga bertindak sebagai penaung TraqKid.

“Kanak-kanak merupakan aset penting serta pewaris untuk pembangunan negara untuk terus maju di masa hadapan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kolektif semua orang untuk memainkan peranan melindungi mereka,” jelasnya.

TraqKid boleh didapati menerusi tempahan awal mulai hari ini, 1 November 2017. Langganan bermula pada harga RM58 setiap bulan dengan U Mobile. Untuk pendaftaran yuran pendahuluan sebanyak RM36 bagi Insurans Kemalangan Peribadi.

10 Gajet Trending Bawah RM20 Yang Korang Perlu Ada!

Dalam dunia hi-tech macam zaman sekarang ni, memang tak sah kalau kita tak ikut tren semasa, especially bila ia melibatkan aksesori gajet! Kan? Tapi ada sesetengah pendapat yang kata gajet ni semua mahal-mahal, betul ke? Jom kita tengok 10 gajet bawah RM20!

1. Pop Soket

10 Gajet Trending Bawah RM20 Yang Korang Perlu Ada!

Ni antara gajet yang paling trending dan paling murah. Boleh tambah satu, atau dua di belakang handphone atau tab korang untuk menambah cengkaman ketika korang sibuk ber-Whatssap, atau sebagai stand bila nak layan YouTube. Pop soket ni sangat membantu mereka yang selalu sangat terlepas handphone! Haih. Menangis tak berlagu kalau iPhone tu pecah kan?

2. Joystick mini Fling

10 Gajet Trending Bawah RM20 Yang Korang Perlu Ada!

Berita baik untuk para gamers out there! Dengan peranti ni, korang mesti lagi puas layan permainan video! Serasi dengan iPhone, iPad atau peranti Android, joystick mini ni memberi korang kawalan maksima dalam mengemudi your favourite character tanpa menjejaskan sudut pandangan di skrin, terima kasih pada rekabentuknya yang unik dan telus!

3. 3 in 1 Bluetooth Selfie Stick

10 Gajet Trending Bawah RM20 Yang Korang Perlu Ada!

Hah! Ni favourite korang kan? Tapi ni bukan sebarang selfie stick, tau! Dilengkapi dengan desain unik dan minimalis, korang boleh juga jadikan ia tripod untuk snap gambar korang dari jauh dan klik menggunakan Bluetooth! Senang je nak guna, hanya perlu klip kan peranti anda and you’re good to go!

4. Remax Flexible Device Holder 

10 Gajet Trending Bawah RM20 Yang Korang Perlu Ada!

Bukan main canggih bunyinya, kan? Haa kalau korang selalu guna GPS untuk ronda-ronda di ibukota, alat ni memang perfect! Dengan reka bentuk serasi untuk kebanyakan telefon pintar, pemegang ni sangat fleksibel tanpa apa-apa kesan di papan pemuka kereta anda. Ini kerana ianya dilengkapi dengan nonstick mat yang memberi sudut tontonan yang baik untuk peranti anda. Siap ada kabel 2 dalam 1 untuk USB dan pengecasan peranti, tau!

5. Smart Selfie LED Camera Flash Light

10 Gajet Trending Bawah RM20 Yang Korang Perlu Ada!

Sesuai untuk semua jack audio telefon bimbit, iPad, komputer riba, dan selfie stick, alat ini memberi kawasan pencahayaan yang cukup untuk korang berseronok ber-selfie tanpa perlu risau dengan suasana gelap. Dengan 3 kecerahan yang berbeza, mencari pencahayaan yang perfect untuk gambar korang bukan lagi satu problem! 

6. Fidget Cube

10 Gajet Trending Bawah RM20 Yang Korang Perlu Ada!

Direka khusus untuk korang yang tak reti nak duduk diam, gajet berkualiti tinggi ni boleh dikepil, diputar dan digolek ke bermacam-macam arah! Gajet fresh ni akan tolong korang release stress lepas penat kerja atau ketika tersekat dalam trafik. Memang best gila lah!

7. FIXATE GEL PAD 2 dalam 1

10 Gajet Trending Bawah RM20 Yang Korang Perlu Ada!

Ni lagi satu gajet yang sangat best dan mempunyai pelbagai kegunaan. Ia boleh melekat pada telefon anda, alat kawalan jauh, kamera dan bermacam-macam permukaan macam kaca, cermin, papan putih, logam, kabinet dapur atau jubin. Dah, tak payah risau air tertumpah ke atas laptop lagi! Letak je gelas atas gel pad ni, pasti selamat!

8. Kabel Mikro Remax Gemini Magnetic 2 dalam 1

10 Gajet Trending Bawah RM20 Yang Korang Perlu Ada!

Kaki gajet sekalian! Mesti stres bila alat peranti korang habis bateri kan? Kabel mikro ni is your BFF! Datang dengan pelbagai warna menarik, struktur magnetik dengan Block Sheath mencegah kerosakan pada hujung kabel yang selalu sangat terjadi tu! Yang paling best? Boleh mengecas 2 alat sekaligus! Ianya sesuai dengan kebanyakan peranti dan reka bentuk kabel anti-knot megelakkan daripada ianya tersimpul. Gajet ni sememangnya a must have!

9. Kipas mini dengan bateri cas semula

10 Gajet Trending Bawah RM20 Yang Korang Perlu Ada!

Alahai, dah la comel..berguna pulak tu! Kipas mini yang datang dengan pelbagai warna ni memang sesuai untuk korang yang on-the-go! Boleh bawak pergi memancing ke, camping ke, ataupun digunakan sebagai penyejuk laptop di kala assignment bertimbun!

10. Pembesar Suara Bluetooth USB Micro SD Card 

10 Gajet Trending Bawah RM20 Yang Korang Perlu Ada!

Ada party people kat sini? Ataupun yang rasa no music, no life? Pembesar suara Bluetooth ni memang gajet yang korang PERLU  ADA! Nak pakai kabel USB boleh, nak pakai Bluetooth pun boleh! Puas la layan lagu-lagu favourite korang lepas ni!

Haa. Siapa kata gajet-gajet ni semua mahal? Sekarang dah terbukti ianya mampu milik kan?  Apa tunggu lagi? Layari platform beli-belah atas talian terbaru MyBazar di www.mybazar.com atau muat turun aplikasi MyBazar hari ini dan nikmati diskaun hebat untuk pelbagai gajet gempak! Kat Mybazar, segalanya murah!

Mahalnya Harga Sebuah Pengalaman!. Pelajar Rasai Detik Hampir Maut Ketika Ekspedisi Basikal Di Gunung Annapurna

Kehidupan sebagai remaja jauh menyeronokkan. Tak banyak pun kena fikir kecuali menjaga hubungan dengan Allah. Baik dengan mak ayah.  Buat simpanan untuk masa depan selain lakukan hal-hal positif.

Lain dengan orang berkahwin. Ada hati isteri atau suami yang perlu dijaga. Kena tahu bagaimana nak  ambil hati keluarga mentua. Perlu fikirkan bagaimana nak tambah pendapatan sebab nak bayar duit ansuran rumah dan kereta. Itu belum lagi perlu menjaga anak-anak selain banyak masalah lain.

Jadi memang senangkan jadi orang bujang. Tak banyak masalah kalau kita tak cari masalah itu datang. Paling utama semangat kena kuat, usaha perlu lebih dan tahu apa perlu dibuat.

Mahalnya Harga Sebuah Pengalaman!. Pelajar Rasai Detik Hampir Maut Ketika Ekspedisi Basikal Di Gunung Annapurna
Wow, memang mencabar betul berbasikal ke puncak gunung Annapurna ini. Macam-macam halangan dilalui

 

Baca perkongsian pelajar Ijazah Sarjana Microbiologi dari Universiti Putra Malaysia, Leftenan Muda Akmal Hayat Abdul Karim (PSSTLDM)  yang mengikuti cabaran menakluk Puncak Annapurna, Nepal antara gunung yang paling berbahaya di dunia dengan hanya berbasikal.

Inspirasi 10 wakil Malaysia dengan tiga darinya wanita membukti bahawa Malaysia Boleh  dalam Ekspedisi Kayuhan Altitude Tinggi Annapurna Circuit pada 4-21 Mei tahun lalu di mana kesemuanya berjaya mengelilingi puncak Annapurna.

Mahalnya Harga Sebuah Pengalaman!. Pelajar Rasai Detik Hampir Maut Ketika Ekspedisi Basikal Di Gunung Annapurna
Happy bila misi tercapai. Malaysia Boleh!

Di sebalik kejayaan dicapai, biar sudah lima bulan kejayaan manis dirasai, Akmal Hayat yang  lebih senang dipanggil Hayat, menceritakan kembali bagaimana dia sebenarnya seperti menempah mautnya sendiri  kerana pada ketinggian 3500 meter, dia diserang sindrom Altitude Mountain Sickness (AMS) di mana tubuhnya mulai kekurangan oksigen.

“Pada ketinggian 3500 meter, saya mulai mengalami tanda-tanda diserang AMS. Tak lalu nak makan. Terasa loya dan pening. Kami memang practice tidak membawa tong oksigen ke puncak bagi mengurangkan beban kayuhan. Masa yang sama, kami memakai baju tebal kerana cuaca sentiasa berubah-ubah. Anginnya terlalu sejuk. Bukan saja saya, tapi dua peserta juga sudah mulai alami AMS.

“Tapi saya tetap teruskan kayuhan sejauh 30 km sehari bagi menghabiskan ekspedisi ini. Mencapai tahap ketinggian 4200, muka saya mulai kebiruan. Apa yang saya makan semuanya dimuntahkan kembali. Tubuh memang sudah lembik.

Mahalnya Harga Sebuah Pengalaman!. Pelajar Rasai Detik Hampir Maut Ketika Ekspedisi Basikal Di Gunung Annapurna
Disaat tenaga makin kurang, mental perlu kuat hadapi cabaran

“Tapi bila memandang ke puncak Annapurna, saya rasakan puncak itu sangat dekat di hati. Sepatutnya dalam peraturan pendakian, jika terkena serangan AMS, kita perlu turun ke bawah bagi mengelak rosiko kematian.

 

“Tapi saya memohon kepada Allah SWT, berilah saya peluang untuk mengelilingi dan menawan puncak Annapurna ini. Saya nekad untuk meneruskan kayuhan. Tapi baru sekali dua kayuh, pandangan saya semakin berat.

 

“Memandangkan circuit ke puncak amat sempit, kami perlu bergilir-gilir meneruskan kayuhan dengan amat perlahan. Ada ketika kami perlu memikul basikal di bahu kerana laluannya sangat sempit dan licin.

 

“Tapi inilah cabaran yang saya lakukan kepada diri sendiri. Dalam orang lain melihat saya seperti tidak boleh, saya tetap berbasikal juga. Alhamdulilah, akhirnya saya berjaya ke puncak pada ketinggian 5416 meter iaitu di Thorung La Pass.

 

“Kami memulakan kayuhan di Besisahar pada ketinggian 760 meter dan selepas sampai di puncak tertingginya, Thorung La Pass  (5416 meter), kami kemudian menuruni puncak dari laluan berbeza dan tamat di Pokhara pada ketinggian 827 meter.

 

Ketika menamatkan kayuhan, hanya rasa syukur mampu saya ucapkan. Ya Allah, memang rasa bangga pada diri sendiri kerana saya akhirnya berjaya membuktikan tiada apa yang mustahil,” katanya berkongsi pengalaman.

Mahalnya Harga Sebuah Pengalaman!. Pelajar Rasai Detik Hampir Maut Ketika Ekspedisi Basikal Di Gunung Annapurna
Semakin tinggi menuju ke puncak, salji menunggu. Cuaca kadang gelap, kemudian cerah secara tiba-tiba

Miliki berat 90 kg tapi itu bukan halangan

Pelajar Sains ini memang sudah lama terlibat aktif dalam sukan berbasikal. Dia mencabar keupayaan diri kerana berat badannya mencecah 90 kg.

Di saat orang lain berasa mustahil kerana berat badan, Hayat akui  dia tidak terfikir begitu. Dia mahu buktikan  berat badan bukan halangan untuk berbuat sesuatu yang disukainya, kata anak bongsu dari lima beradik ini.

Mahalnya Harga Sebuah Pengalaman!. Pelajar Rasai Detik Hampir Maut Ketika Ekspedisi Basikal Di Gunung Annapurna
Kalau tak kuat semangat, memang tak sampai ke puncak jadinya

Baginya berat badan bukan soal tetapi semangat paling utama. Sebelum terpilih bersama 9 orang peserta ekspedisi ini, dia terpaksa bersaing dengan 116 peserta sebelum saringan demi saringan dilakukan.

“Setiap hari, kami disyaratkan perlu berbasikal sejauh 100. Selepas solat Subuh, saya mulai mengayuh dari kampus, UPM menuju ke Putrajaya. Pusing-pusing Putrajaya sebelum kembali semula untuk ke kuliah. Alhamdulillah, saya mampu mengurus masa dengan baik selama tiga bulan sebelum ekspedisi ini bermula.

Kongsi  Hayat lagi, dari 116 yang datang, kemudian tinggal 20 peserta sebelum 10 terpilih mengikuti Ekspedisi Kayuhan Altitude Tinggi Annapurna Circuit di mana dia adalah peserta termuda sekali.

Bakal menamatkan pengajian Januari tahun depan, kata Hayat dia sudahpun ditawarkan oleh pensyarahnya untuk mengikuti Ijazah Kedoktoran Falsafah dalam bidang Sains yang amat diminatinya.

 

 

 

 

 

 

 

 

16 Job Dalam 2 Bulan, Model 14 Tahun Dikatakan Mati Akibat Overwork

Setiap tahun, dunia fesyen pasti menyaksikan ramai peragawati-peragawati muda muncul dari setiap pelosok dunia. Memulakan karier dalam industri ini seawal usia 13 atau 14 tahun kini bukan lagi satu perkara baru. Malah, ramai antara supermodel terkenal yang turut memulakan karier mereka pada usia awal.

Namun, adakah ia baik untuk perkembangan sama ada dari segi kesihatan fizikal atau mental mereka. Tanpa pengawasan daripada ibu bapa atau penjaga, pelbagai kemungkinan buruk boleh berlaku. Kes-kes seperti manipulasi, gangguan seksual dan tempoh kerja tanpa kawalan pernah dilaporkan sebelum ini.

16 Job Dalam 2 Bulan, Model 14 Tahun Dikatakan Mati Akibat Overwork

Jumaat lalu seorang peragawati, Vlada Dzyuba yang baru berusia 14 tahun meninggal dunia di sebuah hospital di China. Gadis warganegara Rusia itu dilaporkan mengalami masalah kesihatan serius sebelum jatuh koma pada hari Rabu minggu lepas.

Vlada merupakan peragawati bagi ESSE Model Management yang terikat dengan kontrak selama 3 bulan dan dilaporan menerima bayaran USD8 sehari. Laporan dari The Siberian Times mendakwa bahawa Vlada telah bekerja melebihi tempoh waktu dibenarkan di dalam kontraknya – termasukan pertunjukan fesyen yang berlangsung selama 13 jam. Dia juga dikatakan tidak mempunyai perlindungan insurans perubatan.

Agensi Vlada menolak dakwaan ini dengan mangatakan Vlada hanya baru melakukan sebanyak 16 tugasan sepanjang 2 bulan dia berada di China. Dan setiap tugasan itu dakwa mereka tidak melebihi 8 jam waktu bekerja.

16 Job Dalam 2 Bulan, Model 14 Tahun Dikatakan Mati Akibat Overwork

Hasil pemeriksaan awal punca kematiannya mendapati bahawa dia meninggal akibat meningitis yang disebabkan oleh kepenatan melampau. Disebabkan itu, beberapa organ utama seperti hati telah gagal berfungsi.

Apa yang menyedihkan lagi sebelum kematianya Vlada sempat menelefon ibunya, Oksana.

“Vlada menelefon saya dan mengatakan dia sangat penat dan ingin tidur. Mungkin itulah peringkat awal sebelum dia sakit dan koma. Suhu badannya juga meningkat secara mendadak.”

Kejadian seperti ini bolehlah kita ambil sebagai pengajaran. Kadangkala jika tidak diberikan pengawasan ramai orang lupa bahawa insan yang baru berusia belasan tahun memerlukan pengawasan yang baik. Walaupun mereka mempunyai cita-cita dan ingin menggapainya namun jangalah sehingga membawa keburukan.