Home Blog Page 1892

BTS Cipta Rekod Dunia Untuk Engagement Twitter Paling Tinggi!

Siapa kata K-pop is dead? No, they are not. They are even bigger now! Di dalam sebuah lapioran menerusi Huffington Post pada 22 November, The Guiness World Records (TGWR) telah mendedahkan bahawa grup K-pop, BTS telah berjaya mencatatkan rekod baru dunia dengan Twitter engagement paling tinggi dalam sejarah bagi sebuah grup muzik.

Bagi menentukan rekod tersebut, TGWR telah meilhat purata retweet yang diperolehi oleh sebuah akaun Twitter.Dan mengikut perkiraan mereka, BTS telah berjaya mendapat purata 252,2000 retweet per tweet di Twitter hingga ke hari ini.

BTS Cipta Rekod Dunia Untuk Engagement Twitter Paling Tinggi!

Berita gembira ini hadir bertepatan masa dengan hali-ahlinya Jin, J-Hope, Jimin, RM, Suga, V dan Jungkook turut hadir ke Amerika Syarikat bagi melakukan persembahan eksklusif dan debut pertama di TV negara tersebut di 2017 American Music Awards. Persembahan mereka mendapat liputan dan pujian dengan cukup meluas hinggakan menjadi trending luar biasa!

Malah BTS turut menjadi undangan dalam prgoram terkenal seperti Jimmy Kimmel Live!, The Late Show With James Corden dan The Ellen DGeneres Show. BTS juga merupakan satu-satunya artis Korea yang berjaya menduduki Top 10 carta Billboard 200 dan kini mereka juga merupakan grup K-pop yang menduduki tempat tertinggi dalam Billboard Hot 100. Awal tahun ini pula BTS turut tersenarai dalam carta 25 Most Influential People on the Internet dari Time Magazine.

All the best BTS.. Fighting!

Kumpul 160 Helai Jersi Arsenal, Bina Mini Galeri Demi Hobi Gila

Setiap orang  ada cara tersendiri dan punyai minat yang berbeza-beza. Kalau peminat bunga bercakap-cakap dengan pokok meminta agar pokoknya berbunga, lain halnya dengan peminat tegar bola sepak pasukan Arsenal ini.

Demi memenuhi hobi gilakan pasukan kegemarannya, Awangku Khairil bin Awangku Shamsuddin sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli jersi pasukan kesayangannya itu. Terkini, dalam simpanannya, dia mengumpul 160 helai jersi Arsenal dan menurutnya, kalau tidak kerana banjir besar melanda Melaka beberapa tahun lalu, koleksi jersi pasukan itu sahaja ada lebih 200 helai. Wow.

Kumpul 160 Helai Jersi Arsenal, Bina Mini Galeri Demi Hobi Gila
Koleksi jersi dan barangan Arsenal tersusun rapi di galerinya

Berasal dari Kampung Bunut, Mukah Sarawak dan kini bertugas sebagai Pegawai Tadbir Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Kolej Teknologi Aplha, terkini, dia telah membina sebuah mini muzium untuk menempatkan keseluruhan koleksi jersinya.

Jom baca kisah pemuda yang punyai hobi gila sebagai collecter jersi ini. Lebih menarik, katanya membelek dan mengubah kedudukan jersinya saban minggu adalah satu cara dia menangani stres yang dialami. Macam-macamkan.

Kumpul 160 Helai Jersi Arsenal, Bina Mini Galeri Demi Hobi Gila
Khairil tak kisah melabur wang membeli barangan Arsenal kerana minat mendalam

“Pada peringkat awal, saya anggap hobi ini sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja. Saya mula mengumpul jersi secara serius agak lewat kerana dari awal meminati Arsenal, saya lebih banyak mengumpul barangan cenderahati daripada jersi.

“Bermula tahun 2003, saya mulai serius mengumpul jersi pasukan ini. Hingga ke hari ini ada 160 helai. Bukan Arsenal saja tapi banyak jersi kelab seperti  Bayern Munich, Manchester United, Real Madrid, Juventus dan ada beberapa helai jersi negara Jerman.

“Saya kumpul jersi-jersi ini kerana tertarik dengan designnya serta ada di antaranya nampak unik dan sedap mata memandang,” katanya ketika dihubungi.

Terkini, demi barangan kesayangannya itu, Khairil telah membina sebuah mini gallery yang dinamakan “Kiku Arsenal Galleria”.

Kumpul 160 Helai Jersi Arsenal, Bina Mini Galeri Demi Hobi Gila
Inilah Kiku Arsenal Galleria yang menyimpan ratusan jersi dan barangan lain termasuk trofi yang terletak di Sri Sendayan, Nilai

“Saya ada lebih 200 barangan sama ada merchandise serta  memorabilia di galeri ini. Dari  sekecil pin sehingga sebesar replica trofi Barclays Premier League (BPL) boleh lihat di galeri saya. Terdapat juga buku, majalah, DVD serta lain-lain merchandise Arsenal di sini,” katanya memaklumkan jersi paling rare miliknya ialah koleksi jersi Arsenal bagi tahun 1969. Itu saya dapat dari seorang rakan yang membelinya di kedai cenderahati Arsenal di London dan ia menjadi jersi kesayangan,” katanya.

Ada hobi lagi pelik 

Setiap pengumpul jersi ada cara tersendiri. Begitu juga Khairil. Katanya, dalam seminggu, dua atau tiga kali dia mesti belai-belai dan belek jersinya.

Kumpul 160 Helai Jersi Arsenal, Bina Mini Galeri Demi Hobi Gila
Ada juga versi pasukan lain di simpannnya

“Kadang-kadang saya ubah susun atur kedudukannya. Tidak cukup dengan itu, akan dicuci siap bagi pewangi. Ini kerana kebanyakan jersi koleksi, saya sangat sayang untuk memakainya. Kebanyakannya disimpan rapi dalam plastik dan ada juga di antaranya disimpan dalam almari. Begitu juga pelbagai koleksi merchandise di mana saya akan sentiasa mengelap serta memastikan ianya kelihatan baru meskipun ada di antaranya sudah berusia lebih daripada 30 tahun,” katanya memaklumkan  tujuan dia membuka Kiku Arsenal Galleria ialah untuk  berkongsi minat dengan rakan-rakan yang mempunyai kegemaran yang sama seperti saya.

“Bukan untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk. Saya buka mini galeri ini  sebagai sebahagian daripada cara untuk melepaskan stres. Saya ini agak pelik sikit. Bila stres saya suka ubah-ubah susunan dekorasi di galeri.

“ Saya suka belai-belai setiap barang dan memastikan ianya sentiasa terjaga agar tidak berhabuk, rosak dan sebagainya. Sebenarnya galeri saya ini tidak hanya untuk fans Arsenal sahaja. Fans dari kelab atau pasukan lain pun sangat saya alu-alukan. Secara tidak langsung saya dapat berkongsi pengalaman dan pendapat mereka mengenai pasukan Arsenal serta pasukan kegemaran mereka. Fans dari Liverpool, Manchester United, Barcelona serta fans lain pun pernah datang,” katanya menambah  para pengunjung yang datang ke galerinya lebih  gemar bergambar bersama replica trofi BPL yang saya kenakan sedikit bayaran sebanyak RM5.00 untuk merakam kenangan bersama trofi tersebut.

Kumpul 160 Helai Jersi Arsenal, Bina Mini Galeri Demi Hobi Gila

Kata Khairil lagi, galeri ini dibukanya setiap hari Sabtu dan Ahad dari jam 10.00 pagi hibgga 6.00 petang di No.319, Jalan Nusari Bayu 1/2, Taman Nusari Bayu 1, 71950 Bandar Baru Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Para pengunjung juga boleh mendapatkan info mengenai mini galeri ini menerusi facebook : https://www.facebook.com/KikuArsenal. Masuk adalah percuma.

Kumpul 160 Helai Jersi Arsenal, Bina Mini Galeri Demi Hobi Gila
Sapa yang nak bergambar dengan trofi ini, cuma RM5 bayarannya. Hebatkan kalau dapat pegang trofi yang orang idamkan.

Khairil yang begitu meminati Diego Maradona, Charlie George, Thiery Henry, Robert Pires dan Theodore Walcott. Malah dia juga menyimpul impian mahu menyaksikan pasukan Arsekal bermain secara live jika diizinkan satu hari nanti.

Bagi peminat jersi dan pasukan Arsenal, bolehlah kunjungi brader ni untuk tukar-tukar hobi.

Kenapa Gadis Datang Haid Dilarang Daki Gunung Agung, Bali. Gunung Ini Juga Dikatakan Tempat Dewa Berkumpul

Bali, pulau pelancongan yang mendapat tempat di hati jutaan pelancong kerana keindahan alam semulajadinya. Pemandangan yang cukup indah menyaksikan matahari naik dan turun menjadikan pulau ini tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

Pernah digemparkan dalam satu serangan bom pada tahun 2002 di mana seramai 202 orang mati selain 209 cedera yang mana tragedi ini kemudiannya dinamakan Bom Bali 2002. Malah penyerang-penyerangnya sudah menerima hukuman mati atas perbuatan ganas tersebut.

Terkini, dalam tempoh dua hari ini, semakin ramai penduduknya dipindahkan kerana gunung berapinya, Gunung Agung sudah mulai mengeluarkan asap dan amaran sudah dikeluarkan oleh pihak pemerintah kerana pada bila-bila masa, Gunung Agung yang menjadi kebanggaan masyarakat di Bali akan memuntahkan larvanya tanpa terduga.

Kenapa Gadis Datang Haid Dilarang Daki Gunung Agung, Bali. Gunung Ini Juga Dikatakan Tempat Dewa Berkumpul
Asap putih sudah mulai memenuhi ruang udara Bali. Gambar Gunung Agung sejak dua jam lalu

Apa yang perlu diketahui tentang Gunung Agung? Semak senarai 10 sebab mengapa Gunung Agung penting bagi masyarakat Hindu di pulau ini.

a) Gunung Agung merupakan tempat bersemayamnya dewa-dewa suci.

b) Di Gunung Agung juga terdapat Istana Dewata.

c) Gunung ini dianggap sebagai gunung paling suci oleh penduduknya.

d) Gunung Agung dianggap sebagai “pusat bumi”.

e) Terdapat sumber mata air jika melakukan pendakian dari Pura Besakih ke Gunung Agung yang dianggap suci oleh masyarakat setempat. Tidak boleh sembarangan orang yang mengambilnya. Jika mahu mengambilnya juga, harus melakukan upacara sembahyang terlebih dahulu.

f) Kerana gunung ini gunung suci, perempuan yang dalam haid dilarang sama sekali mendaki gunung ini.

g) Terdapat banyak sekali upacara adat yang dilakukan di Gunung Agung setiap tahun. Masyarakat Hindu di sini akan menyajikan haiwan seperti kambing dan kerbau hidup yang akan dicampakkan ke dalam kawah berapi ini. Malah mereka juga akan menyajikan buah-buahan kepada Dewa Monyet Hanuman. Fungsi upacara ini untuk mengingatkan umat agar menjaga kelastarian alam sekitar di sekitar tempat-tempat suci ini.

h) Dilarang sama sekali mendaki gunung ini jika masyarakatnya sedang mengadakan upacara besar di Pura Besakih atau pun Pura Pasar Agung kerana jika melanggar adat ini, akan berlaku musibah tidak terduga.

i) Satu upacara dinamakan Wana Kertih akan diadakan demi mewujudkan satu hubungan kelastarian likungan dan keharmonian alam untuk tidak berlakuknya bencana. Letusan gunung berapi dipercayai terjadi kerana sikap manusia yang berbuat keburukan malah upacara itu diadakan untuk terus menjalin hubungan yang baik dengan penjaga gunung tersebut.

j) Jika berlaku musibah seperti orang hilang atau meninggal dunia, masyarakat harus mengadakan upacara ritual untuk kembali menyucikan Gunung Agung.

k) Jika haiwan bertindak turun dari gunung secara tiba-tiba, itu tandanya bahawa Gunung Agung akan meletus.

Kenapa Gadis Datang Haid Dilarang Daki Gunung Agung, Bali. Gunung Ini Juga Dikatakan Tempat Dewa Berkumpul
Beginilah larva panas Gunung Agung yang berlaku mengorbankan r1148 nyawa dalam tragedi 1863. Panas gunung berapi ini dapat dirasaikan berbelas kilometer

1148 mati akibat terkena lahar panas Gunung Agung

Jika Gunung Merapi di Yogjakarta pada 2010 mencetuskan simpati orang ramai kerana penjaga gunungnya, Mbah Marijhan enggan turun selepas gunung berapi itu mulai meletus, Gunung Agung mencatatkan letusan lebih daripada itu. Bukan sekali tetapi sudah tujuh  kali bermula dari tahun 1808.

Kali terakhir Gunung Agung memuntahkan lahar panasnya pada tahun 1963 di mana seramai 1148 penduduknya mati. Terkini, selepas 120 tahun “tertidur” 2017 bakal mencatatkan sejarah bagi Pulau Bali kerana pihak kerajaan sudah mengeluarkan amaran tahap empat yang gunung ini bakal meletus bila-bila masa. Malah puluhan ribu penduduknay sudah mulai dipindahkan kerana asap putihnya sudah mulai tebal dan bakal meragut ribuan nyawa jika tidak melakukan pemindahan segera.

Bila Gunung Agung mulai memuntahkan laharnya?

a) Letusan 1808

Gunung Agung meletus disertai wap dan abu vulkanik. Gunung ini melontarkan abu dan batu apung dalam jumlah luar biasa. Jejak sejarahnya adalah bukit-bukit batu yang mendominasi topografi Kabupaten Karangasem ketika ini.

b) Letusan 1821

Selepas 13 tahun kejadian pertama, gunung ini kembali meletus untuk kali keduanya. Malangnya, letusan kali ini tidak di dokumentasikan dengan sempurna dan tiada sejarah dicatatkan mengenai letupan kali kedua ini.Ini merupakan kali kedua aktivitas Gunung Agung sejak 1808. Sayangnya sejarah letusan 1821 tidak terdokumentasikan dengan baik. Letusan yang berlangsung saat ini adalah letusan normal.

Kenapa Gadis Datang Haid Dilarang Daki Gunung Agung, Bali. Gunung Ini Juga Dikatakan Tempat Dewa Berkumpul
Gunung Agung sangat indah pemandangannya jika tiada letusan gunung berapi

c) Letusan 1843

Letusan kali ini disertai dengan gempa yang kuat. Gunung Agung telah memuntahkan laharnya seperti abu, pasir dan batu apung. Letusan turut berlaku pada tahun 1908,  1915 dan 1917, di mana kawah Gunung Agung  memuntahkan laharnya.

d) Letusan 1963

Letusan ini berlaku hampir setahun iaitu pada 18 Februari 1963 dan berakhir  pada 27 Januari 1964. Muntahan larva ini telah mengorbankan 1148 orang  dan 296 mengalami luka-luka. Majoriti mati akibat awam panas yang dapat dirasai sejauh 70 km persegi. Letusan ini bermula dengan gempa bumi yang ringan yang dapat dirasakan oleh penduduk Kampung Yeh Kori. Sehari selepas itu, gempa turut dirasai di Kampung Kubu iaitu kira-kira 11 km dari kawah gunung Agung.

Putera Harry Bakal Kahwin Tahun Depan, Ini 5 Lagi Putera Bujang Kacak

0

Hari yang paling ‘ditakuti’ oleh gadis seluruh dunia yang meminati Putera Harry akhirnya tiba juga!

Setelah bertahun-tahun spekulasi melibatkan bila Putera Harry akan mendirikan rumah tangga berterbangan, akhirnya adik kepada pewaris kedua takhta Britain itu bakal mengahwini teman wanitanya, Meghan Markle.

Menurut sumber rasmi istana, majlis dijadualkan berlangsung pada musim bunga 2018. Tak lama lagi dah tu!

Menurut kenyataan Kensington Palace melalui laman Twitter, Putera Harry telah memberitahu Ratu Elizabeth dan seisi keluarga diraja mengenai berita baik itu. Beliau juga telah mendapat restu daripada keluarga Meghan.

Terlebih dahulu, Putera Harry telah mengikat tali pertunangan dengan Meghan pada awal bulan ini.

=============================

 

Kini, apabila Putera Harry telahpun menjadi milik orang, ramai yang tercari-cari siapa pula bakal mengisi ruang kosong ‘Putera Bujang’ yang ditinggalkan oleh beliau. Mungkin ada yang boleh beralih minat kepada lima orang putera pilihan REMAJA ini.

Putera Sebastien dari Luxembourg, 25

Sebelum tahun 2017, tidak ramai orang yang memperkatakan tentang Putera Sebastien. Hanya selepas foto beliau menyambut hari jadi ke-25 tersebar pada April lalu, ramai menunjukkan minat untuk mengetahui beliau dengan lebih mendalam.

Putera Harry Bakal Kahwin Tahun Depan, Ini 5 Lagi Putera Bujang Kacak

Beliau adalah putera bongsu kepada Grand Duke Henri dan Grand Duchess Maria Teresa. Pemilik nama penuh Putera Sebastien Henri Marie Guillaume, Prince of Nassau itu kini berada di Akademi Sandhurst United Kingdom bersama Raja Muda Jordan, Putera Hussein untuk menjalani latihan.

Pada masa lapang, Putera Sebastian gemar terlibat dalam sukan ragbi sejak di Universiti Steubenville, Ohio lagi. Selain ragbi, beliau juga sukakan sukan renang, ski dan mendaki. Hhm, dakilah Gunung Kinabalu. Moga bertemu di sana, eh!

 

Putera Mahkota Hussein dari Jordan, 23

Bercakap mengenai rakan kepada Putera Sebastien ini, beliau tampil sedikit berbeza apabila beliau cukup aktif di Instagram. Link di sini, you are welcome.

Putera Harry Bakal Kahwin Tahun Depan, Ini 5 Lagi Putera Bujang Kacak

Putera Mahkota Hussein bin Abdullah merupakan waris kepada institusi diraja Jordan dan merupakan seorang yang cukup cool! Selain daripada boleh mendapatkan tiket ke Met Ball di New York, beliau juga menyukai aktiviti lasak dan berkelakian seperti bermotorsikal dan sukan ekstrem.

Lihat sajalah gambar yang dimuat naik oleh beliau di Instagram. (Okay korang dah scroll habis, kan)

Putera Mahkota Hussein juga pernah menjadi individu termuda untuk berucap di mesyuarat kaunsil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2015 (ketika berumur 20 tahun) di mana beliau membentangkan cara untuk mengelakkan belia daripada terjebak dalam grup ekstremis. Sudahlah pandai bermain bola sepak, pandai dan berkepimpinan pula tu!

 

Putera Joachim dari Belgium, 25

Tidak banyak perkara peribadi yang dikongsikan oleh putera berusia 25 tahun ini sebenarnya. Manakan tidak, akaun Twitter-nya telah lama dibiarkan sepi sejak tahun 2012.

Mungkin beliau sudah beralih ke akaun SnapChat kot, hehe. #OkayHambar

Putera Harry Bakal Kahwin Tahun Depan, Ini 5 Lagi Putera Bujang Kacak

Apapun, Putera Joachim telahpun memperoleh ijazah Sarjana Muda dari sebuah universiti di Milan dan kini dilaporkan sedang mengikuti latihan ketenteraan bersama angkatan Belgium.

Dengan karakter yang penuh misteri dan pandangan mata yang tajam, gadis seluruh dunia masih suka merenung wajah beliau walaupun mereka terpaksa berpuas hati dengan beberapa keping gambar saja.

 

Putera Mahkota Hamdan dari Dubai, 29

Walaupun beliau sedikit berusia berbanding empat orang putera pilihan kami, tetapi itu langsung tidak mempunyai efek ke atas daya tarikan Putera Mahkota ini.

Putera Harry Bakal Kahwin Tahun Depan, Ini 5 Lagi Putera Bujang Kacak

Sheikh Hamdan Bin Mohammed atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Fazza seperti yang digunakan untuk akaun Instagram beliau ialah seorang putera yang boleh dikatakan sempurna pada pandangan ramai gadis.

Wajah beliau yang kacak, sifat pentingkan keluarga dan anak buah serta kebolehan untuk berjaya dalam sukan equestrian sehingga meraih pingat emas sudah cukup untuk membuatkan semua gadis mendengus, “aww..”

Selain daripada sukan berkuda itu, Putera Hamdan juga mempunyai minat mendalam untuk jentera kereta berkuasa tinggi dan aktiviti skydiving. Hmm, patik pun sanggup terjun bersama!

 

Putera Mateen dari Brunei, 26

Setelah berakhirnya Sukan SEA KL 2017 pada bulan Ogos yang lalu, mana-mana senarai eligible princes tidak sah tanpa kelibat Putera Mateen.

Putera Harry Bakal Kahwin Tahun Depan, Ini 5 Lagi Putera Bujang Kacak

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen atau lebih dikenali sebagai Putera Mateen di kalangan orang ramai merupakan anak lelaki keempat Sultan Hassanal Bolkiah.

Selain daripada sukan Polo yang disertai beliau pada Sukan SEA lalu, Putera Mateen juga pernah bermain untuk pasukan bola sepak Brunei iaitu AM Gunners selain pernah bertanding dalam sukan Badminton pada peringkat nasional.

Putera Mateen juga mendalami aktiviti selam skuba melalui abang-abang angkat beliau. Hasilnya, Putera Meteen berjaya mendapatkan sijil kursus PADI Open Water Course. Namun, bukan hanya sijil itu yang diperolehi beliau.

Nothing like flying over home sweet home, literally ??? #tb

A post shared by Mateen (@tmski) on

Pada tahun lalu, Putera Mateen juga membuktikan beliau antara golongan bijaksana seperti ahli keluarga beliau lain  apabila berjaya menghabiskan ijazah Sarjana dalam Diplomasi Antarabangsa dari Universiti London.

Fun Facts: Followers Putera Mateen di Instagram telahpun meningkat dua kali ganda, dari 360,000 (Mac 2017) ke 723,000 (November). Makin susahlah korang nak pikat beliau!

 

7 Alasan Tak Masuk Akal Left Group Whatsapp, Korang Yang Mana Satu?

0

Sekarang ni macam-macam group whastapp yang wujud. Buat event sikit create group, plan nak pergi berkelah pun ada group lain. Pendek kata, apa saja yang melibatkan orang ketiga, wajib ada group baru dalam whatsapp.

Dalam banyak-banyak grup yang ada tu, jangan tipu kalau tak ada satu dua yang buat korang tak berapa selesa. Ya la, nak kata penting sangat tu tidak, tapi kalau nak left nak bagi alasan apa?

Nah, ini alasan cliche yang selalu diberi tanpa fikir panjang sebab ada di antaranya yang tak masuk di akal. Korang kalau nak left grup, bagi alasan padu sikit ok?

1. Ter-exit grup ler

7 Alasan Tak Masuk Akal Left Group Whatsapp, Korang Yang Mana Satu?

Ini alasan favourite yang selalu digunakan tapi bila dikaji bukan senang nak exit grup kerana perlu pergi ingo grup, exit dan confirmation untuk exit grup. Kalau ada kawan-kawan yang guna taktik ni, korang fikirlah sendiri.

2. Handphone jammed

7 Alasan Tak Masuk Akal Left Group Whatsapp, Korang Yang Mana Satu?

Selain tu, ini pun antara alasan favourite sebab katanya whatsapp tak boleh digunakan kerana handphone jam. Hm, ini mungkin buat mereka yang menggunakan handphone zaman kuno atau dah lima tahun tak clear kan data sehingga hardisk phone penuh atau ram sudah burst.

Handphone sekarang mempunyai ram melebihi 2GB yang sangat cukup untuk penggunaan biasa. Selepas phone di restart atau beli phone baru, tak ingat pula nak masuk balik grup whatsapp sendu tu. Sorry..

3. Nak exit sementara kerana alasan beribadah di bulan Ramadan

7 Alasan Tak Masuk Akal Left Group Whatsapp, Korang Yang Mana Satu?
Gambar hiasan

Kononnya sepanjang Ramadan nak fokus pada ibadah, tapi tiap-tiap petang tak missed pergi bazaar Ramadan. Beli makanan berbuka tak ingat dunia. Rasanya membuang masa ke bazaar Ramadan dan membazir lagi teruk daripada setakat membaca whatsapp grup tu.

4. Nak exit kejap sebab nak ke luar negara 

7 Alasan Tak Masuk Akal Left Group Whatsapp, Korang Yang Mana Satu?

Kalau korang nak tahu, data yang digunakan untuk whatsapp message ini sebenarnya adalah terlalu sedikit. Lagi pun sekarang ni dah banyak tempat di luar negara mempunyai wifi percuma. So, alasan ni nampak tak masuk akal la wey.

5. Nak exit sebab nak pergi umrah

7 Alasan Tak Masuk Akal Left Group Whatsapp, Korang Yang Mana Satu?
Gambar hiasan

Sama juga alasan yang diberikan sewaktu bulan Ramadan, nak fokus beribadah. Tapi time lepas solat tak lupa pula nak ambil selfie dan update ‘Done Solat’. Ada je yang boleh pegang handphone 24 jam pegang. Haiyo!

6. Bini/Laki bising selalu main whatsapp

7 Alasan Tak Masuk Akal Left Group Whatsapp, Korang Yang Mana Satu?

Ha, kalau yang dah kahwin boleh la bagi alasan ni. Mungkin relevan, mungkin juga tidak. Tapi demi menjaga kerukunan rumah tangga, boleh terima la alasan ni juga.

7. Minta keluar grup dengan cara terhormat

7 Alasan Tak Masuk Akal Left Group Whatsapp, Korang Yang Mana Satu?

Jarang-jarang ada individu yang meminta izin terlebih untuk left grup. Kalau ada memang rare. Paling bagus kalau korang minta izin admin dan minta maaf dengan kawan-kawan semua sebelum left. Ini adalah cara terhormat dan bukannya terus ‘exit’ tanpa pesanan. Nanti di cop sebagai memutuskan silaturahim dan tak bermoral pula.

Dalam tujuh alasan ni, ada ke yang korang pernah buat? Atau ada lagi alasan lain?

Apa-apa pun nak keluar daripada grup tu biarlah secara berhemah. Jangan pula bagi alasan-alasan yang tak masuk akal. Takut dituduh kaki temberang nanti. Hiks!

 

Sumber: inspireacade.my

Kereta Pernah Dirompak Di Tengah Jalan, Demi-Leigh Bangkit Menangi Miss Universe 2017

0

Tahniah diucapkan kepada Demi-Leigh Nel-Peters yang mewakili negara Afrika Selatan setelah memenangi gelaran Miss Universe 2017, pagi tadi.

Pentas akhir yang bersiaran langsung dari Las Vegas itu telah menyaksikan Demi-Leigh berjaya menonjolkan diri di kalangan 96 gadis bijak, berkeyakinan dan semestinya cantik.

Dari pusingan pra-acara, segmen pakaian renang, segmen gaun malam hinggalah ke sesi soal jawab, Demi-Leigh dilihat menepati ramalan ramai penonton yang ingin menyaksikan dirinya membawa kembali takhta Miss Universe ke Afrika Selatan selepas tempoh 39 tahun!

Kereta Pernah Dirompak Di Tengah Jalan, Demi-Leigh Bangkit Menangi Miss Universe 2017

Kali terakhir peserta dari Afrika Selatan memenangi Miss Universe adalah pada tahun 1978 menerusi Margaret Gardiner.

Namun, di sebalik kejayaannya itu, tidak ramai yang mengetahui akan kejadian suram yang melanda Demi-Leigh pada Jun tahun ini. Gadis yang menggemari sukan merentas desa dan mendaki gunung itu pernah menjadi mangsa rompakan empat orang lelaki tidak dikenali.

===================

Kejadian tersebut berlaku di Hyde Park, Johannesburg sekitar jam 7.45 malam apabila ia membabitkan Demi-Leigh yang berada seorang di dalam kereta. Empat orang perompak yang bersenjatakan pistol itu cuba untuk merampas keretanya yang diparkir di tepi.

“Saya nampak kelibat mereka dari belakang kereta, tiga di sebelah kiri dan seorang di sebelah kanan kereta. Saya juga seperti mangsa lain, takut dan memikirkan apa yang harus dilakukan pada masa mencemaskan itu.”

“Namun saya bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku,” kata Demi-Leigh dalam temu bual bersama saluran TshisaLive.

Kereta Pernah Dirompak Di Tengah Jalan, Demi-Leigh Bangkit Menangi Miss Universe 2017

Gadis berusia 22 tahun itu bernasib baik kerana dia baru saja menyelesaikan program ‘keselamatan pemandu’ beberapa hari sebelum itu. Lalu, apabila pasukan perompak mengacukan pistol ke arahnya, dia tidak berfikir panjang dan ingin memanjat keluar dari kereta.

“Bagaimanapun, mereka mengarah saya untuk duduk di tempat duduk belakang kerana ingin menculik saya sekali. Pada waktu itulah, saya menggunakan teknik mempertahankan diri yang saya pelajari dan menumbuk salah seorang perompak di lehernya,” terangnya lagi.

Dia pantas melarikan diri ke arah trafik yang sedang bergerak dan cuba meminta pertolongan. Namun sedihnya, tiada siapa yang berhenti walaupun mereka boleh melihat seorang gadis sedang terkapai-kapai dalam kesusahan.

Hanya selepas 30 ke 40 buah kereta tidak mengendahkannya, barulah seorang pemandu perempuan berhenti dan menyuruh Demi-Leigh untuk masuk ke dalam keretanya.

===================

“Saya kembali semula ke tempat kejadian dan mendapati kereta saya telah dikerumuni oleh anggota polis. Sememangnya, saya perlukan beberapa hari untuk merehatkan minda yang masih trauma, pada waktu itu,” kata pemilik sarjana muda dalam Business Management itu.

Kejadian rompakan semasa pemandu berada di dalam kereta bukanlah sesuatu yang mengejutkan lagi. Sudah banyak kes seperti ini berlaku di Malaysia semasa kereta diparkir di tepi jalan, di lot parkir, di lampu isyarat dan banyak lagi.

Kereta Pernah Dirompak Di Tengah Jalan, Demi-Leigh Bangkit Menangi Miss Universe 2017
Kata Demi-Leigh selepas memenangi Miss Universe 2017, “Hi! I am your new Miss Universe, but I will always be a Miss South Africa. We did it!”

Dan bukan hanya perempuan saja yang menjadi mangsa tau! Perompak tak pernah kisah siapapun yang memandu, asalkan ada peluang pasti diambil oleh mereka.

Sebab itulah, langkah berhati-hati wajib diambil ketika memandu. Jangan sesekali meletakkan sebarang jenis beg di atas tempat duduk penumpang.

Selain itu, jika ada pemandu lain memberikan isyarat seolah-olah kereta korang menghadapi masalah, jangan terus berhenti di tepi jalan. Lebih baik kamu pandu ke tempat awam seperti stesen minyak sebelum memeriksa.

Kereta Pernah Dirompak Di Tengah Jalan, Demi-Leigh Bangkit Menangi Miss Universe 2017
Demi-Leigh aktif memberikan kelas ‘Women InPowered’ kepada masyarakat di Afrika Selatan. Ini merupaka sesi pertamanya di Vuselela Ulwazi Lwakho.

“Dan jika kamu menjadi mangsa perompak seperti saya, jangan mudah mengalah dengan emosi. Rasa takut itu perlu diubah dengan semangat ingin mempertahankan diri.”

“Saya berpendapat semua perempuan perlu tahu untuk mengatasi rasa takut. Oleh sebab itu, saya ingin membantu mereka dengan cara mempertahankan diri melalui kelas. Jika saya boleh, kamu juga boleh!” jawabnya dalam sesi soal jawab di pentas Miss Universe.

 

Cari Suami Lebih Muda, Why Not? Ini 10 Pasangan Selebriti Kahwin Pucuk Muda

0

Zaman sekarang tak pelik kalau lelaki memilih pasangan yang lebih berusia untuk dijadikan teman hidup. Dah nama jodoh kan, tak kenal siapa. Lihat saja selebriti Malaysia yang bahagia bersama isteri tercinta walaupun jarak umur mereka berbeza. Umur tu hanya angka semata-mata. Asalkan matang dan pandai jaga hal rumah tangga, why not kan?

Jom kita lihat beberapa selebriti yang mempunyai jodoh dengan suami yang lebih muda, namun tetap serasi dan sweet.

1. Linda Onn (40 tahun) & Ungku Azhar (38 tahun)

Cari Suami Lebih Muda, Why Not? Ini 10 Pasangan Selebriti Kahwin Pucuk Muda
Kredit foto: Instagram Linda Onn

2. Datuk Sheila Majid (52 tahun) & Acis (46 tahun)

Cari Suami Lebih Muda, Why Not? Ini 10 Pasangan Selebriti Kahwin Pucuk Muda
Kredit foto: Instagram Datuk Sheila Majid

3. Rozita Che Wan (44 tahun) & Zain Saidin (33 tahun)

Cari Suami Lebih Muda, Why Not? Ini 10 Pasangan Selebriti Kahwin Pucuk Muda
Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

4. Yatt Hamzah (37 tahun) & Muhammad Zulfadzli (27 tahun)

Cari Suami Lebih Muda, Why Not? Ini 10 Pasangan Selebriti Kahwin Pucuk Muda
Kredit foto: Instagram Yatt Hamzah

5. Awin Nurin (35 tahun) & Izzue Islam (27 tahun)

Cari Suami Lebih Muda, Why Not? Ini 10 Pasangan Selebriti Kahwin Pucuk Muda
Kredit foto: Instagram Izzue Islam

6. Ella (51 tahun) & Azhar Ghazali (35 tahun)

Cari Suami Lebih Muda, Why Not? Ini 10 Pasangan Selebriti Kahwin Pucuk Muda
Kredit foto: Instagram Ella

7. Linda Jasmin (45 tahun) & Que Haidar (38 tahun)

Cari Suami Lebih Muda, Why Not? Ini 10 Pasangan Selebriti Kahwin Pucuk Muda
Kredit foto: Instagram Linda Jasmin

8. Didie Alias (45 tahun) & Norisham Ismail (42 tahun)

Cari Suami Lebih Muda, Why Not? Ini 10 Pasangan Selebriti Kahwin Pucuk Muda
Kredit foto: Mstar

9. Ayu Raudhah (33 tahun) & Zaquan Adha (30 tahun)

Cari Suami Lebih Muda, Why Not? Ini 10 Pasangan Selebriti Kahwin Pucuk Muda
Kredit foto: Instagram Ayu Raudhah

10. Fazura (34 tahun) & Fattah Amin (27 tahun)

Cari Suami Lebih Muda, Why Not? Ini 10 Pasangan Selebriti Kahwin Pucuk Muda
Kredit foto: Instagram Fazura

 

Tahniah juga kami ucapkan buat pasangan pengantin baru of the year ini, Fazura dan Fattah Amin. Walaupun pasangan lebih berusia atau jauh lebih muda, kalau dah sayang dan namanya jodoh, ke jinjang pelamin juga pasti bertemu. Kami doakan semoga rumah tangga yang dibina kekal hingga ke syurga.

Untuk korang yang belum bertemu jodoh tu, tenang saja. Mungkin jodoh korang belum habis belajar lagi. Ok gurau je. Hiks!

Kenapa Tak Boleh Mandi Telanjang, Betul Ke Jin Jilat Tubuh Kalau Tak Tutup Aurat?

Ramai yang senang mandi dalam keadaan bogel. Lucut saja pakaian terus angkat gayung dan mandi sebelum keluar 10 minit kemudian.

Biar pun ada beberapa pandangan ulamak mengenai isu boleh atau tidak mandi bogel, Moderator Al-Quran & Penulis Buku, Ustaz Khairul Anuar berkata, perbuatan menutup tubuh dengan kain ketika mandi melatih sifat malu seorang individu.

Kenapa Tak Boleh Mandi Telanjang, Betul Ke Jin Jilat Tubuh Kalau Tak Tutup Aurat?
Tidak digalakkan mandi bogel – Ustaz Khairul

Mengupas perbuatan kenapa tidak boleh mandi bogel, sebenarnya tiada kesepakatan yang jelas mengenainya tetapi menutup aurat ketika mandi lebih kepada soal adab.

“Perlu kita fahami, umur kecil adalah peringkat didikan terawal. Jika terlepas pendidikan seawal usia ini, maka kita akan terlepas peluang yang lebih besar,” katanya memulakan bicara.

 

“Dalam erti kata lain, jika kita membiarkan usia berlalu begitu sahaja, misalannya tidak menerapkan solat di usia anak tujuh tahun, begitu juga pada usianya 10 tahun dan seterusnya, maka kita akan terlepas peluang yang lebih besar kerana anak-anak akan semakin liat mendirikan solat kerana sudah tidak diajar dari kecil.

 

“Sama jugalah dengan ajaran menggunakan kain ketika mandi. Kalau diasuh dari kecil tentang malu, bila anak semakin besar dia akan rasa malu kalau tubuhnya terdedah begitu saja.

Teori jin menjilat tubuh adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan

Apa yang penting ia lebih kepada adab sopan kita sebagai orang Islam,” katanya menjelaskan, jika anak tahu menjaga erti malu itu, bila dia keluar duduk di asrama, tinggal di universiti atau mandi-mandi di tempat awam, dia akan tahu menjaga malunya itu sekaligus akan menutup auratnya dengan sendiri,”katanya memberi huraian.

Kenapa Tak Boleh Mandi Telanjang, Betul Ke Jin Jilat Tubuh Kalau Tak Tutup Aurat?
Bukan soal jin jilat tubuh telanjang tetapi lebih kepada adab menurut hukum Fekah – ustaz Khairul

Menyentuh soal malu yang harus ditanam dan wajib ada dalam diri seorang muslim, jelas Ustaz Khairul, menutup aurat ketika mandi itu digalakkan kerana kita menjaga adab kita dengan yang maha melihat iaitu Allah SWT.

“Ini samalah seperti tandas yang mengadap kiblat. Ikutkan tidak boleh tetapi Islam tidaklah sehingga ketat peraturannya. Bukan soal mandi sahaja, ibu bapa di rumah misalannya harus menjadi cerminan kepada anak-anak.

 

“Ada mak dan ayah yang tak segan silu memakai seluar pendek dalam rumah dan dihadapan anak-anak. Tiada yang salah dalam soal ini tetapi ia lebih kepada adab di hadapan anak-anak.

 

“Bayangkan jika anak ada perasaan dan keinginan untuk memakai seluar pendek hingga paras peha di luar kerana dia melihat perbuatan ibu dan ayahnya. Kita mungkin marah tetapi kita menjadi contoh tidak baiknya,”

 

“Memang tiada batas aurat kita dengan anak dan suami tetapi ia bukan contoh dan adab yang baik,” katanya yang menyarankan remaja atau individu yang suka mandi bogel agar mengambil kain menutup aurat demi menjaga adab dan melatih sifat malu.

Nak Kurus, Jangan Malas ‘Angkat Punggung’, Transformasi Lelaki Ini Boleh Jadi Inspirasi

Azam baru, nak kurus! Rasanya setiap tahun memang selalu kita dengar semua orang cakap “Tahun ni aku kena kurus” dan sampai la ke tahun hadapan nampaknya masih simpan azam yang sama dan tak pernah pun jadi kenyataan.

Nah, itu semua hanya cakap-cakap kosong bagi mereka yang tak pernah ada usaha nak memperbaiki diri. Ramai yang memandang sinis bila individu bertubuh besar menyatakan hasrat ingin menurunkan berat badan.

Bagi mereka, individu ini hanya hangat-hangat tahi ayam sebab dah sebati dengan ‘makanan’, mana mungkin mampu tahan nafsu makan.

Walaupu bagaimanapun, banyak sebenarnya kisah individu bertubuh besar yang dah pun kurus memberi inspirasi buat orang lain. Bezanya hanya dengan cara bagaimana mereka kurus dan rutin yang diamalkan setiap hari.

Nak Kurus Bukan Hanya Diet

Bagi Afil Syazwan Jefri, dia memilih untuk melakukan diet secara sihat dan bukannya mengambil jalan mudah dengan menggunakan ubat-ubatan untuk kurus. Dia menganggap tidak ada hasilnya pun, daripada buang duit dan masa, lebih baik ‘angkat punggung’ dan buat sesuatu.

Lelaki ini pernah mencecah berat sehingga 98 kg pada Ramadan tahun lepas dan sememangnya setiap kali menjelang bulan puasa dia akan cuak umpama kucing mendengar guruh kerana dia tahu beratnya akan naik kaw-kaw.

Nak Kurus, Jangan Malas ‘Angkat Punggung’, Transformasi Lelaki Ini Boleh Jadi Inspirasi

Jadi, apa yang dia buat? Cepat-cepat tanam azam dan atur strategi untuk jalani kehidupan yang lebih sihat.

Berikut merupakan tip yang dikongsi oleh lelaki ini:

1. Cut semua minum manis dan banyak minum air kosong. Dalam sehari, cuba untuk habiskan at least dua botol besar mineral water. Balik rumah, minum lagi. Memang mula-mula susah tapi nanti lama-lama dah terbiasa dan jadi okay.

2. Dari segi makanan, saya makan juga nasi cuma kecilkan sikit saiz hidangan tu. Tengah hari, banyak makan ikan bakar atau ayam bakar. Sayur kena makan juga bagi seimbang sikit.

3. Dinner, kalau selalu ikut time perut, tapi untuk selamatkan keadaan, saya dinner lebih awal. Paling lewat pun jam 8 malam. Then kalau tengah malam saya lapar lagi, saya makan kacang kuda yang kuning tu. Then tidur awal.

4. Setiap pagi, on weekdays saya akan berjalan kaki. Ini untuk dua tiga bulan pertama sebab nak lari, tak mampu lagi. Lagi satu, takut bumi bergegar kalau saya lari. Haha. Just kidding. 

Nak Kurus, Jangan Malas ‘Angkat Punggung’, Transformasi Lelaki Ini Boleh Jadi Inspirasi

So, saya akan berjalan kaki, setiap pagi 6 km. Selalunya, 1 jam dah settle dah. On weekend, saya akan berjalan 10 km. Berjalan pun janganlah malas sangat. Jalan bagi laju sikit dan biar berpeluh dan rasa jantung tu pam laju.

5. Bila berat saya dah turun seperti yang saya nak, cuba maintain untuk lari (non stop) 2 km every day. Sampailah sekarang, saya kekalkan benda tu. Kalau tak mampu one shot, buat 1 km pagi dan 1 km petang atau malam.

6. Untuk naikkan muscle, kalau tak sempat ke gym, saya akan push up. Sehari, saya buat 100-200 kali push up atau BM dia, tekan tubi. Buat 50 kali bukan lebar dan 50 kali bukaan kecil atau diamond. Itu minimum.

Untuk push up, saya akan buat 20 kali, then rehat 20 saat then sambung lagi 20 kali, dan cukupkan 100 atau 200 kali. 

Kalau tak mampu, sama juga macam berlari. Bahagikan kepada dua bahagian. Contohnya 50 atau 100 kali di sebelah pagi sebelum pergi kerja, dan 50 atau 100 kali sebelum tidur.

Nak Kurus, Jangan Malas ‘Angkat Punggung’, Transformasi Lelaki Ini Boleh Jadi Inspirasi

Sekarang, berat Afil sudah pun 78.8 kg dan selama lebih kurang setahun, dia berjaya menurunkan 16.3 kg. Lihat saja progress yang ditunjukkan daripada gambar before dan after, memang boleh jadi inspirasi buat anda yang nak menurunkan berat badan juga.

Bukan nak sado, kurus atau apa, tapi dia cuba untuk turunkan berat untuk elak mengah, cepat penat, sakit kaki dan mudah rasa ngantok. Mungkin ada yang kata “Tak nampak beza pun”, Afil dengan selamba menjawab, “Who cares”.

Nasihatnya kepada individu yang bertubuh besar, kita boleh turunkan berat badan sedikit demi sedikit kalau kita betul-betul nak. Jadi, jangan putus asa dan jangan berhenti.

“Kalau kau percaya bahawa diet semata-mata boleh turunkan berat, kau kolot sebab itu adalah mitos. Nak tak nak, kau kena juga bergerak dan keluarkan peluh,” tambahnya lagi.

Instagram: Afilsyazwan

Mak, Kenapa Mata Saya Rasa Macam Nak Tercabut! Shahira

“Mak, mata kita rasa sakit. Rasa seperti terkeluar,” kata Shahira.

Setiap hari, mulutnya tak pernah lekang dengan ayat tersebut. Dia hanya tahu menyebut perkataan sakit kerana matanya seperti mahu jatuh.

Bila dibawa ke hospital,  doktor mengesahkan mata bengkak itu sebenarnya adalah tumor. Masa berlalu, dari usianya 11 tahun hingga kini mencecah 19 tahun, kansernya semakin merebak dan kini sudah semakin serius kerana matanya mulai keluar dari ruang.

Terkini, matanya sudah terbonjol keluar dan jika tidak dilindungi di sebalik cermin mata, kemungkinan kanak-kanak yang melihat akan berasa takut.

Mak, Kenapa Mata Saya Rasa Macam Nak Tercabut! Shahira
Matanya semakin terbonjol keluar akibat tumor

Inilah derita dialami oleh Nurshahira Junuh, 19 tahun dari Sungai Durian, Kuala Krai sejak 8 tahun lalu apabila tumornya semakin menekan saraf matanya.

Dalam seminggu, gadis remaja ini pasti akan demam dan tidak pernah sekalipun kuman itu tidak menyerang tubuhnya.

Akui gadis ini, mata kirinya  acap terasa sakit dan seringkali juga dia pening sehingga tidak dapat bekerja. Mulai tahun lepas, mata saya tersembul keluar. Malah saya juga sudah tidak dapat melihat lagi,” katanya yang sudah menjalani pemeriksaan doktor.

Bercerita tentang penyakit dihadapinya sejak di sekolah rendah lagi gadis itu berkata, kini dia hanya tinggal di rumah menemani ibunya yang juga ibu tunggal setelah kematian bapanya 11 tahun lalu.

Menurutnya,penyakit itu juga juga melayakkan dia menerima kad Orang Kurang Upaya (OKU).

” Saya teringin sangat bekerja seperti orang lain selepas habis belajar tetapi masalah penglihatan menghadkan pergerakan saya yang perlu diteman untuk keluar rumah,” katanya  di mana dia amat berharap agar dapat menjalani pembedahan dengan kadar segera serta kembali pulih seperti sedia kala.

Tidak hanya diuji dengan tumor di mata yang semakin serius, anak gadis ini turut mengidap ketumbuhan seperti lendir di kakinya yang menyukarkan dia untuk berjalan.

Mak, Kenapa Mata Saya Rasa Macam Nak Tercabut! Shahira
Lendir di tapak kakinya semakin membesar sehingga dia sukar berjalan

Setia menemani anak yang semakin sulit kesihatannya, kata ibunya, Rohani Ismail, 58, dia turut sedih penglihatan anaknya makin teruk serta berharap ada pihak tampil membantu supaya mata anaknya dapat dibedah.

Mak, Kenapa Mata Saya Rasa Macam Nak Tercabut! Shahira
Sekian lama merayu untuk bantuan OKU tetapi ditolak, dengan bantuan wartawan Sinar Harian baru remaja ini peroleh bantuan bulanan dari JKM

Menceritakan saat awal anaknya menghadapi penyakit ini, wanita ini berkata pada mulanya anaknya kerap demam sehinggalah berpanjangan hingga tempoh 10 hari.

“Selepas itu saya bawa ke Hospital Kuala Krai dan doktor  membuat pemeriksaan mata dan mendapati mata kirinya tidak dapat melihat.

 

“Kemudian anak saya dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia  ( HUSM) Kubang Kerian, doktor memberitahu anak saya perlu dibedah,” katanya dalam nada sedih.

Membuat rujukan kedua di sebuah hospital swasta oleh anaknya yang bekerja di Kuala Lumpur, pihak hospital memaklumkan kos pembedahannya mencecah RM60,000 demi menukar bebola matanya sekali gus menyelamatkan nyawa.

Namun sebagai suri rumah, ibu tunggal dia langsung tidak mampu. Biar anak-anaknya bekerja tetapi belum dapat menampung perbelanjaan sebanyak yang diperlukan.

Jika anda prihatin membantu remaja ini, boleh salurkan bantuan ke akuan CIMB milik Rohani binti Ismail di akaun 7611556951.

Semoga setiap ganjaran ini dapat membantu remaja ini meneruskan kehidupannya ke arah lebih baik. Kredit Azura Mohamad, Skuad Kuala Krai