Home Blog Page 1891

Unik Lagi Pelik, Nama Saya “Tahanan PBB”

Apa ada pada nama? Ia satu ungkapan yang cukup popular memberikan gambaran, tak kisahlah siapa nama aku, kerana nama itu diberikan oleh mak ayah kita. Betul tak?

Tapi kalau nama pelik dan unik, memang akan jadi ingatan untuk semua oranglah. Hal ini telah mempopularkan seorang remaja berusia 14 tahun apabila ibu dan ayahnya sepakat memberinya nama TAHANAN PBB. Wow, unikkan!

Mudah nak ingat tetapi adakala membawa erti negetif kepada orang yang kali pertama mendengarnya. Apatah lagi PBB dikaitkan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dianggotai oleh 191 buah negara di seluruh dunia.

Sedikit sejarah tentang PBB ialah pertubuhan antarabangsa ini dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.

Hah, habis bagaimana kalau menjadi nama TAHANAN PBB? Confirm orang akan ingat kerana terlalu unikkan.

Unik Lagi Pelik, Nama Saya “Tahanan PBB”
Remaja ini namanya Tahanan PBB

“TAHANAN PBB” dilahirkan 31 Ogos 2003 yang lalu dan  merupakan anak kepada pasangan Mohammad Yaqub dan Akilah. Kedua orang tuanya  berasal dari Afghanistan serta merupakan  pelarian pencari suaka akibat peperangan di negara mereka. Kedua-duanya kini menjadi penhuni rumah  Perlindungan Imigresen (RUDENIM), Manado, Indonesia.

Semasa temubual bersama remaja ini, dia memaklumkan, ibu bapanya sebelum ini menjadi sebahagian penghuni tahanan imigresen Rudenim Sembawa tetapi pada 2010, dipindahkan ke Rudenim Manado.

“Jika nama saya TAHANAN PBB, adik saya pula bernama “TAHANAN PBB NOMBOR DUA”. Dia juga lahir, sama seperti saya di dalam sel penjara,” ujar TAHANAN PBB yang ditemui dalam seragam sekolah.

Peraturan negara seberang Indonesia, menurut Akta Kelahiran dan Ijazah SD Tahanan PBB.(Kompas.com/Ronny Adolof Buol), TAHANAN PBB merupakan sebahagian  penghuni Rudenim Manado bersama 139 imigran lainnya yang bermasalah.

Kebanyakan dari mereka berasal dari  Afghanistan. Selain itu ada yang berasal dari Sudan, Ethopia, Somalia, Pakistan, Syria dan Myanmar. Kebanyakan dari mereka adalah pencari suaka.

Mungkin kerana sejak lahir dibesarkan di sel penjara @ tahanan sel, “TAHANAN PBB” sudah sangat fasih berbahasa Indonesia dialek Manado dan  kini bersekolah di SMP Negeri 2 Manado dan dalam tingkatan dua. Malah kakaknya juga mendapat pendidikan di SMAN  4 Manado.

Unik Lagi Pelik, Nama Saya “Tahanan PBB”
Sijil kelahiran tertera namanya Tahanan PBB dan adiknya Tahanan PBB Nombor 2

Walau memegang akta kelahiran yang dikeluarkan oleh pemerintah Indonesia tetapi “TAHANAN PBB” tidak mahu mengaku dirinya orang Indonesia biar dirinya layak. Mungkin jiwanya dan darah negara Afghanistan masih tebal di dada remaja ini.

Bercita-cita menjadi seorang tentera, “TAHANAN PBB” berkata, dia tidak tahu bagaimana jika orang bertanya namanya kelak yang mungkin menjadi jenaka apabila dia dewasa nanti. Apa pun, “TAHANAN PBB” tetap bersemangat bersekolah kerana mahu menjadi anggota tentera. Sumber Kompas.Com

 

Kisah Si Beruang Comel Paddington Buat Korang Rasa Nak Picit-Picit Je Dalam Panggung

Tiga tahun selepas tayangan Paddington, kehadiran sekuel filem ini pasti tidak menghampakan anda kerana jalan cerita yang sarat dengan aksi lucu si beruang comel, Paddington Brown dalam menyelesaikan kes rompakan.

Kalau nak tahu filem ini mendapat rating 9/10 di Rotten Tomatoes dengan 100% Tomatometer. Perghh! Tak salah kalau kami katakan bahawa Padington 2 adalah antara filem wajib tonton untuk penutup tahun ini.

Kisah Si Beruang Comel Paddington Buat Korang Rasa Nak Picit-Picit Je Dalam Panggung

Kisah bermula apabila Paddington sedaya upaya cuba mengumpul duit untuk menghadiahkan sebuah buku istimewa tentang Kota London yang dilihatnya di sebuah kedai antik kepada Aunt Lucy yang telah bersusah payah membesarkannya. Harga yang ditawarkan sangat mahal dan kerana itu dia berusaha melakukan kerja sebagai pencuci tingkap untuk mendapatkan wang.

Namun, impian Paddington lebur bila buku tersebut telah dicuri di depan matanya dan dia berusaha mengejar perompak itu. Malangnya, dia tidak berjaya malah dituduh sebagai perompak dan dihantar ke penjara kerana gagal membuktikan kewujudan pencuri sebenar.

Bermulalah kisah duka Paddington dalam misi menjejak perompak yang telah menghancurkan impian makcik kesayangannya.

Selain watak Paddington, kami tertarik dengan lakonan Hugh Grant yang membawa watak berbeza daripada selalu. Selama ini, kita sering melihat wataknya sebagai Mat Romeo, tapi kali ini dia berjaya memegang watak jahat dengan lucu. Not bad, memang menjadi!

Kisah Si Beruang Comel Paddington Buat Korang Rasa Nak Picit-Picit Je Dalam Panggung

Kehadiran watak sampingan banduan dalam penjara juga berjaya memberi kesan bagi menguatkan lagi jalan cerita filem ini. Kehidupan dalam penjara yang ditonjolkan sedikit sebanyak beri kelainan dengan membawa penonton lari daripada skeptikal kesengsaraan banduan.

Pada kami, scene penjara merupakan antara babak yang berjaya mencuit hati kerana kehadiran telatah kawan-kawan Paddington yang sering menghiburkan.

Kisah Si Beruang Comel Paddington Buat Korang Rasa Nak Picit-Picit Je Dalam Panggung

Keluarga Brown juga dilihat antara individu yang selalu menyokong dan mempercayai Paddington kerana mereka merupakan penjaganya ketika di Kota London. Apa saja sanggup dilakukan demi mencari tahu tentang pencuri sebenar.

Aksi klimaks filem ini pula membuatkan penonton tak senang duduk kerana memikirkan adakah Paddington berjaya mendapatkan semula buku istimewa Kota London tersebut?

Rasa macam nak masuk sekali dalam movie ni pun ada sebab nak tolong si kiut miut Paddington tu.

Tak mahu cerita panjang-panjang lagi, apa kata anda saksikan sendiri filem Paddington 2 yang kini sudah pun ditayangkan di seluruh pawagan tanah air.

Sebab beruang ni comel sangat, kami berbesar hati nak bagi merchandise Paddington 2 (Button Batch, Sticker & Tote Bag) secara percuma untuk anda. Hanya jawab dua soalan mudah ini dan hantarkan jawapan melalui Direct Messenger (DM) di Instagram @majalahremaja .

Soalan 1

Siapakan nama makcik kesayangan Paddington?

Soalan 2

Siapakah nama keluarga yang menjadi penjaga Paddington ketika di Kota London?

Sertakan butiran berikut bersama jawapan anda nanti..

Nama penuh:
Nombor IC:
Alamat:
No. Telefon:

Habiskan RM2.5 Juta Dalam Masa 4 Jam Untuk Majlis Kahwin, Siapa Orang Kenamaan Terlibat?

Kalau orang tak berduit diberi RM1 juta tunai, mungkin kita akan pengsan sekejap. Maklumkan, tak pernah terbayang dapat duit banyak macam tu.  Masa duit ada di tangan, macam-macam kita bayang nak beli sebab duit banyak. Yang himpit nak pinjam pun ramai. Biasalahkan.

Itu kalau kita susah. Tapi bagaimana dengan orang kaya yang duitnya banyak? Ternyata orang-orang kaya, ahli perniagaan dan orang kenamaan di Indonesia tidak kisah mengeluarkan RM2.5 juta untuk sebuah majlis perkahwinan anak mereka yang hanya mengambil masa kurang dari empat jam.

Hal mengejutkan ini dikongsikan oleh pereka  dekorasi bertaraf dunia asal dari Indonesia, Suryanto ketika satu pertemuan di Indonesia bersama Majalah Remaja.

Habiskan RM2.5 Juta Dalam Masa 4 Jam Untuk Majlis Kahwin, Siapa Orang Kenamaan Terlibat?
Bapak Suryanto bersama Azmy yang juga pakar bunga negara dari Malaysia

Menurut pereka yang menjadi pilihan golongan kenamaan dan ahli perniagaan elit Indonesia ini, kos untuk mengupah dan mengambil perkhidmatan syarikatnya, Suryanto Decoration yang terletak di Jl Tawakal Raya Ujung 13 C Grogol, Jakarta bermula dari USD500,000 bersamaan RM2.5 juta untuk sebuah majlis perkahwinan, pelancaran dan lain-lain lagi.

Sangat mahal bagi orang tidak berkemampuan seperti kita tetapi harga yang cukup biasa-biasa dibayar oleh orang kenamaan asal majlis perkahwinan anak mereka dilihat indah dan cantik. Ada ke sapa-sapa yang sanggup keluarkan RM2.5 juta untuk majlis kahwin mereka nanti?

Habiskan RM2.5 Juta Dalam Masa 4 Jam Untuk Majlis Kahwin, Siapa Orang Kenamaan Terlibat?
Inilah pelamin idea Om Syuk untuk wedding anak seorang ahli perniagaan Indonesia

Sangat merendah diri biar dirinya cukup terkenal, Suryanto yang lebih senang dipanggil Om Syuk berkata, dia memerlukan di antara 600 -2000 orang pekerja tenaga mahir untuk menghias dewan dalam satu-satu acara.

“Biasanya pihak hotel memberikan masa selepas jam 12.00 tengah malam. Saya bersama team mengambil masa lebih kurang 6-7 jam untuk menghias dewan mengikut kehendak pelanggan seperti dipersetujui,” katanya yang memulakan kerjaya sebagai pereka dekorasi bermula pada 1972, pada usianya lebih kurang 22 tahun.

Ditanya serba sedikit mengenai dirinya, Om Syuk yang dilahirkan di Jakarta pada 1950 berkata, ilmu yang ada pada dirinya adalah semangat untuk berubah.

“Saya tidak pernah mendapat pendidikan yang formal dari mana-mana pusat pengajian tinggi. Bagi  saya setiap hari adalah hari persekolahan. Ilmu yang datang bagi menghadapi idea dekorasi di luar pemikiran datang apabila saya berbincang bersama-sama pelanggan.

 

“Berbual bersama mereka dapat mengembangkan idea dalam dunia dekorasi. Saya kemudian akan berbual dengan rakan-rakan terapat untuk memperkembangkan idea yang diminta oleh pelanggan tadi,”katanya mengakui suka bekerjasama dengan anak muda yang disifatkannya banyak idea terkini.

Habiskan RM2.5 Juta Dalam Masa 4 Jam Untuk Majlis Kahwin, Siapa Orang Kenamaan Terlibat?
Orang kaya tak kisah pun bayar RM2.5 juta untuk majlis kahwin hanya 4 jam dan mengupah Om Syuk sebagai pereka majlis mereka

Menyifatkan corak dekorasi sekarang amat berbeza dengan tahun 1990-an, Om Syuk sentiasa menjadi trend satter bagi pereka lain yang sangat terkasima dengan dekorasi ciptaannya.

“ Wang bukan soal utama. Dahulu orang hanya membayar saya USD100 di awal pembabitan tetapi sekarang jumlahnya jauh lebih tinggi. Sebagai pereka, saya perlu membuat perubahan-perubahan yang agak drastik terutama dari segi pelaksanaan peralatan dan juga bahan-bahan  dekorasi agak kelihatan lebih tersergam bagaikan sebuah bangunan yang asli,” katanya yang mempunyai pekerja yang sangat setia dan berpengalaman luas.

Ditanya mengapa memerlukan pekerja sebegitu ramai, katanya tenaga kerja yang sedikit memerlukan masa lebih panjang.

Biar sangat dikenali dunia, tetapi Om Syuk sangat merendah diri. Sehinggakan pereka dunia, Preston Bailey sangat menyanjung tinggi kedudukan Om Syuk yang sangat hebat serta mampu mengubah sebuah dewan bagai ceritera kayangan.

Habiskan RM2.5 Juta Dalam Masa 4 Jam Untuk Majlis Kahwin, Siapa Orang Kenamaan Terlibat?
Hiasan di laluan utama sebelum masa ke dewan utama

Tidak menawarkan konsep tajaan atau win-win situation, wow faktornya sebagai kejuruteraan seni bina memang sangat mengagumkan pelanggannya. Dan tidak hairanlah, orang kaya tidak kisah mengeluarkan duit sebanyak itu biar majlis kahwin cuma 4 jam sahaja. Hebatkan.

Pertukaran teknologi di antara Malaysia & Indonesia

Tidak pernah lokek dengan kehebatan nama yang sentiasa menjadi sebutan ramai orang kenamaan, Om Syuk  ternyata sudi berkongsi idea bersama pereka dari Malaysia. Baguskan sebab tak lokek dengan ilmu.

Hal ini diakui oleh Mohd Azmy Osman yang diiktiraf sebagai Pakar Bunga Negara yang mengakui menjadikan Om Syuk sebagai rujukannya.

“Saya lebih suka merujuk corak dekorasi yang diterapkan oleh pakar-pakar dekorasi dari Indonesia. Ini kerana mereka  mampu menghasilkan satu idea di luar pemikiran kotak. Walaupun ada pengamal industri di Kuala Lumpur cuba untuk mengaplikasikan kesemua idea yang Om Syuk terapkan, tetapi kita masih jauh ketinggalan 30 tahun kebelakang.

Habiskan RM2.5 Juta Dalam Masa 4 Jam Untuk Majlis Kahwin, Siapa Orang Kenamaan Terlibat?
Perbincangan terjalin antara Om Syuk dan Azmy mengenai program yang bakal diperkenalkan di Malaysia tahun hadapan

Bakal memperbaiki sistem pendidikan negara menerusi  pengabungan dua kaedah perlaksanaan ini mampu membawa Malaysia jauh lebih hebat dan mampu menghasilkan pakar industri yang bersistemetik, menghasilkan mutu kerja yang hebat dan juga bertaraf dunia

Atas alasan tersebut Kolej Univesiti Polytech Mara Malaysia memberanikan diri untuk meneroka bidang baru yang berdaya saing dan bidang ini merupakan bidang kemahiran yang pertama diwujudkan di Malaysia dan yang pertama di Dunia. Kursus Reka Bentuk Floral ini merupakan kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pembangunan Kemahiran yang mana pakar -pakar dunia seperti Bapak Suryanto dan Preston Bailey  akan menyokong dan membantu negara bagi mengrealisasikan program ini.

 

Cara Nak Elak Dari Kena Pukau, Ini Tips Patut Tahu

Pada zaman moden ini jangan terasa pelik kalau kejadian pukau boleh berlaku pada seseorang.  Apakah yang dikatakan pukau ini?  PUKAU itu sendiri menjelaskan maksud di setiap huruf yang diwakili.

  • P – Pujukan
  • U  – Ungkapan
  • K – Kata-kata
  • A  – Ayat azimat
  • U  – Umpan

Pendek cerita maksud PUKAU adalah hilang akal buat seketika, bingung atau terdiam atau tidak dapat melakukan sesuatu dengan fikiran yang waras.  Pukau juga boleh dikaitkan dengan minda bawah sedar. Ianya bermaksud kita melakukan sesuatu tanpa kita sedari dengan akal fikiran yang waras.

Cara Nak Elak Dari Kena Pukau, Ini Tips Patut Tahu
Kes pukau yang pernah dilaporkan oleh akhbar- pix Harian Metro

Sebenarnya pukau boleh digunakan untuk dua perkara iaitu BAIK dan JAHAT.  Pukau cara baik biasanya digunakan untuk tujuan perubatan oleh doktor psikologi atau kaunselor.  Ada kalanya ianya digunakan untuk kaedah penyiasatan oleh pihak berkuasa.  Pukau cara jahat pula biasanya digunakan untuk perkara seperti merompak, membunuh, merogol dan lain-lain yang bersifat jahat.

Pukau boleh berlaku melalui beberapa kaedah.  Antaranya:

Cara Nak Elak Dari Kena Pukau, Ini Tips Patut Tahu
Hembusan asap rokok satu kaeadah pukau- pix giphy
  • Hembusan asap rokok
  • Renungan mata dan senyuman
  • Bersalaman

 

Cara Nak Elak Dari Kena Pukau, Ini Tips Patut Tahu
Dari salam pun boleh kena pukau – pix giphy
  • Menepuk bahu dari belakang
  • Membuang najis atau pakaian buruk di hadapan rumah mangsa
  • Membuang telur busuk dan sebelah selipar di depan rumah

Antara tanda anda terkena pukau:

  • Melihat sesuatu yang hodoh menjadi cantik
  • Jantung terasa berdebar-debar
  • Sakit di bahagian belakang badan dan sering sakit kepala menjelang Maghrib

 

Mereka yang terkena pukau ini biasanya tidak akan sedar dengan perubahan yang berlaku pada diri mereka jika tidak ditegur oleh orang-orang terdekat.  Banyak kes pukau terjadi di mesin pengeluaran wang.

Saat kita cuba mengeluarkan duit, tiba-tiba ada orang menepuk bahu dari belakang sambil menghembuskan asap rokok.  Lelaki itu meminta semua wang yang dikeluarkan daripada mesin ATM tadi.

Bila dipukau, kita tak akan  teragak-agak menyerahkan semua wang kepada lelaki yang tidak dikenalinya itu.  Saat dipukau, kesannya bukan hilang dalam sehari dua tetapi ada sehingga dua minggu kerana dalam satu kes, mangsa pukau mengadu sakit kepala dan sukar tidur selepas kejadian itu.  Hanya setelah dirujuk kepada pengamal perubatan Islam, barulah penyakitnya beransur sembuh dan dia boleh menjalani hidup seperti biasa.

Cara Nak Elak Dari Kena Pukau, Ini Tips Patut Tahu
Pukau dilakukan oleh orang luar seperti dilaporkan oleh akhbar – pix Sinar Harian

Sebenarnya, kejadian pukau  bukanlah sesuatu yang luar biasa berlaku di negara kita.  Di mana-mana sahaja di dalam media massa atau internet, kita akan membaca rentetan kisah orang yang menjadi mangsa pukau ini.

Di sini ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa pukau.  Antaranya:

Cara Nak Elak Dari Kena Pukau, Ini Tips Patut Tahu

  • Sentiasa berwudhu
  • Berdoa terutama ketika keluar rumah. Bacalah ayat Qursi,dan Surah Al-Muawwizat ( Surah Al Ikhlas, An Nas dan  Surah Al Falaq)
  • Membaca surah pendinding diri dan hendaklah diamalkan selalu iaitu surah Hud ayat 57, Surah Yasin ayat 9. Surah as Saffat ayat 6 dan surah Yunus ayat 81. 

Semoga kita semua dilindungi Allah dari mara bahaya dan mengelak perkara tak diingini ini.

 

 

 

Confirm Tak Kurus Kalau Suka Hisap Rokok Selepas Makan, Ada 4 Lagi Perkara Perlu Dielakkan

Kita mesti selalu berangan-angan nak jadi kuruskan.  Tapi setiap kali melihat makanan yang sudah terhidang di depan mata, angan-angan akhirnya menjadi mimpi yang tak sudah.  Selepas sendawa kekenyangan, baru  rasa menyesal kerana melantak tak ingat dunia.  Sebenarnya bukan susah pun nak kurus.  Dengan syarat mesti ikut lima tips ini.  Perkara-perkara ini tak patut dilakukan selepas makan.

Mandi

Confirm Tak Kurus Kalau Suka Hisap Rokok Selepas Makan, Ada 4 Lagi Perkara Perlu Dielakkan
Mandi melambatkan proses pencernaan – pix giphy

Kadang memang berpeluh makan tambah-tambah rasanya cukup pedas tapi enak. Tapi kalau nak kurus, jangan terus mandi selepas makan.  Mandi selepas makan akan melambatkan proses pencernaan dan memberi risiko untuk tubuh kembali gemuk.  Mandi selepas makan juga akan menurunkan paras suhu dalam badan dan ini akan melambatkan tindak balas metabolisma pada tubuh.

Senaman berat

Confirm Tak Kurus Kalau Suka Hisap Rokok Selepas Makan, Ada 4 Lagi Perkara Perlu Dielakkan
Urat perut boleh kejang kalau buat senaman berat – pix giphy

Melakukan senaman berat selepas makan akan menyebabkan perut mengalami kekejangan.  Suhu dalam badan akan meningkat dan ini  menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Silap-silap boleh masuk hospital.

Merokok

Confirm Tak Kurus Kalau Suka Hisap Rokok Selepas Makan, Ada 4 Lagi Perkara Perlu Dielakkan
Bila masa nak kurus kalau asyik hisap rokok lepas makan – pix giphy

Korang  pasti suka merokok selepas makan makanan yang pedas.  Dah jadi tabiat bagi sesetengah orang. Mungkin juga terikut-ikut dengan trend. Tapi awas ya, merokok selepas makan  akan meningkatkan kadar asid di dalam darah.  Kadar asid ini boleh menganggu pencernaan dan risiko untuk berat badan korang naik juga akan bertambah!

Tidur

Confirm Tak Kurus Kalau Suka Hisap Rokok Selepas Makan, Ada 4 Lagi Perkara Perlu Dielakkan
Hahaha, nak makan ke nak tidur? – pix giphy

Jangan tak percaya, ramai yang suka tidur selepas makan tengahari.    Perut yang kenyang membuatkan mata  mudah mengantuk.  Ketika ini kalau disorongkan bantal, pasti  sudah sampai ke alam lain yang indah.   Tidur selepas makan akan membuatkan perut kembung dan menganggu proses pencernaan.  Kalau nak tidur juga pastikan sekurang-kurangnya korang sudah dua jam makan sebelumnya.  Jangan terus tidur selepas makan!

Buka butang seluar atau tali pinggang

Confirm Tak Kurus Kalau Suka Hisap Rokok Selepas Makan, Ada 4 Lagi Perkara Perlu Dielakkan
Memang tak kuruslah kalau nak zip pun bermasalah – pix giphy

Selepas  makan, perut terasa senak akibat kekenyangan. Pasti ramai yang mengambil keputusan untuk membuka butang seluar atau tali pinggang bagi memberi keselesaan pada perut.  Tapi tahukah  tindakan ini akan membuatkan otot perut  makin kendur dan perut semakin buncit.

Jadi, berwaspadalah pada lima perkara di atas.  Bukan susah  nak kurus sebenarnya.  Yang penting semangat mesti kuat, ada ilmu di dada dan pastikan kurus untuk sihat!

 

 

 

 

Sepah Di IKEA Tebrau Bukti Minda Kita Masih Di Kelas Ketiga

0

Pada 16 November lalu, rata-rata peminat perabot dari jenama Sweden, IKEA merasa teruja dengan perkhabaran gembira. Cawangan stor ketiga mereka di Tebrau, Johor baru saja dibuka kepada orang ramai dan ribuan pengunjung sanggup beratur seawal jam 7 pagi lagi untuk menjadi antara yang pertama dapat melihat suasana di IKEA Tebrau.

Pembukaan tersebut bertukar tular menjelang tengah hari apabila gambar pengunjung beratur dalam formasi zig-zag di bawah terik matahari dimuat naik di media sosial seperti Facebook dan Instagram.

A post shared by Zulaika Zamri (@ziqazamri) on

Pada pendapat REMAJA, itu adalah sesuatu yang positif bukan? Biarlah orang nak kata pengunjung tersebut jakun dengan pembukaan IKEA atau mereka ni ‘hadap’ sangat untuk mendapat free gifts. Jakun-jakun pun, itu menandakan impak positif terhadap ekonomi negara.

Maknanya, masyarakat kita masih mampu berbelanja pada zaman ini.

Namun, imej yang menyinggah di media sosial sejak semalam mengenai IKEA Tebrau bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Yes, pengunjung masih ramai. Namun kita seakan mempertontonkan minda kelas ketiga masyarakat Malaysia apabila ruang pameran di gedung besar itu bertukar kecah dan bersepah.

Sepah Di IKEA Tebrau Bukti Minda Kita Masih Di Kelas Ketiga

Baru dua minggu tetapi keadaannya seperti sudah dua tahun ia dibuka. Like guys, that is not how you treat someone else’s home. Ini bukannya rumah korang.

Semua sudah sedia maklum bahawa IKEA mengenakan syarat-syarat ketat yang melarang pengunjung daripada duduk atau berbaring di kawasan pameran mereka.

Pengunjung boleh bergambar dan ia adalah perkara yang biasa kita lihat tetapi itu tidak memberikan tiket untuk korang berguling dan berbaring di atas katil. Atau untuk korang mencampakkan saja barang di tempat yang tidak sepatutnya.

Sepah Di IKEA Tebrau Bukti Minda Kita Masih Di Kelas Ketiga

REMAJA sendiri tidak dapat membayangkan pandangan pengunjung dari negara luar seperti Singapura yang dikhabarkan lebih gemar untuk ke IKEA Tebrau atas faktor mata wang. Malu sekejap bila fikir mentaliti masyarakat kita yang masih ditakuk lama.

Mudah saja untuk kita berubah. Sampah seharusnya dibuang di tong yang disediakan, bukannya diikat tepi dan digantung umpama di bazar Ramadan. (Bazar Ramadan pun lebih kemas)

Sepah Di IKEA Tebrau Bukti Minda Kita Masih Di Kelas Ketiga

Barang yang disusun di ruang pameran jangan pula korang pandai-pandai ubah posisinya. Penat diorang kena susun balik, itupun kalau tahu di mana lokasi asalnya.

Tahun baru dah nak tiba, harap-haraplah kita semua boleh mengubah sikap. Perbuatan lebih mencerminkan diri masing-masing berbanding perkataan, tau!

Baru Nak Mula Belajar Memasak? Relaks Ini Beberapa Tip Mudah Untuk Korang Amalkan

Lihat keadaan sekeliling, mana-mana pun ada orang memasak. Setiap kali tengok makanan, tekak terus telan air liur. Dalam hati, “alangkah bagus kalau aku pandai memasak”.

Jangan risau, semua orang pun have to start from somewhere. Even Masterchef sekali pun bermula dari bawah. Kalau ingin mula memasak kamu boleh amalkan beberapa tip yang Remaja berikan di bawah.

Let’s go!

Ikut Resepi Dengan Baik

Sebelum mula memasak, baca dengan teliti resipi bahan-bahan diperlukan dan cara memasaknya. Dan satu lagi pastikan kamu ada kelengkapan yang sesuai. Bagi beginner usahlah pandai-pandai nak bereksperimen dengan resipi sendiri. Nanti karang ada juga yang ulang-alik masuk tandas buat ‘pelaburan’.

Be Nice To Yourself

Kekalkan sikap optimis dan jangan terlalu menjadi pengkritik tegar terhadap kerja sendiri. Just take it easy and slowly. Kamu pasti boleh!

Pastikan Sink Kemas

Sebelum nak mula masak pastikan sinki kamu kemas dan tiada sebarang pinggan mangkuk kotor. Bukan apa, ia boleh melemahkan semangat kamu. Bayangkan baru nak masak tapi sinki dah bersepah. It’s a big no!

Sediakan Bahan Yang Cukup

Baru Nak Mula Belajar Memasak? Relaks Ini Beberapa Tip Mudah Untuk Korang Amalkan

Ini satu lagi faktor penting kalau nak mula belajar memasak. Bahan-bahan perlu disediakan dengan lengkap. Kalau tak cukup macam manalah masakan tu boleh jadi sedap, bukan?

Latih Diri Dari Semasa Ke Semasa

Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Teruskan memasak dan cuba resepi berbeza. Lama-kelamaan kamu akan terbiasa dan dapatkan hasil yang pasti mengejutkan diri sendiri.

Gunakan Perkasasan Lebih Besar

Cutting board, mixing bowl atau colander. Untuk dapatkan aura memasak gunakan saiz yang lebih besar. Sebab ia memang berfungsi lebih daripada apa yang kamu bayangkan!

Baru Nak Mula Belajar Memasak? Relaks Ini Beberapa Tip Mudah Untuk Korang Amalkan

Rawang Bypass Bakal Dibuka Esok, Mampu Pendekkan 75% Masa Perjalanan

0

Setelah 12 tahun pembinaan dijalankan, esok merupakan antara detik paling bersejarah dalam kalendar pembangunan infrastruktur Malaysia. Lebuh raya Rawang-Serendah atau lebih dikenali sebagai Rawang Bypass bakal dibuka 29 November ini kepada semua pengguna jalan raya tepat jam 6 pagi.

Pembukaannya dijangka akan membantu menyurutkan kesesakan yang sering melanda Bandar Baru Rawang terutamanya pada waktu kemuncak. Jika ada yang menyuruh penulis untuk memandu merentas Rawang pada jam 6 petang, awal-awal lagi dah surrender angkat tangan!

Disebabkan tempoh lama untuknya siap dibina, Rawang Bypass pasti menyimpan banyak fakta menarik di sebalik pembinaannya. Ini dia 7 perkara yang akan membuatkan korang ternganga dan berkata, what?!

Rawang Bypass Bakal Dibuka Esok, Mampu Pendekkan 75% Masa Perjalanan
Pada peringkat pertengahan pembinaan sekitar tahun 2015.

 

1 Antara Projek Termahal Negara

Rawang Bypass adalah sebahagian daripada Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) dan menelan belanja sebanyak RM630 juta. Memang nampak mahal tapi dalam jangka masa panjang, ia akan memberikan banyak kelebihan kepada rakyat.

2 Tiada Tol Untuk Korang

Pada mulanya, penulis juga sukar untuk hadam fakta ini. Iyalah, Malaysia kan terkenal dengan sistem tol berbelas Ringgitnya walaupun jarak perjalanan tidaklah sejauh mana. Namun, untuk Rawang Bypass, ia tidak akan mempunyai plaza tol di kedua-dua belah laluan.

Rawang Bypass Bakal Dibuka Esok, Mampu Pendekkan 75% Masa Perjalanan
Menara kawat elektrik pun perlu struktur konkrit di bawahnya kerana ketinggian Rawang Bypass yang hebat ni.

 

3 Jangan Pandang Bawah,Tinggi Gila

Pada ketinggian 58.2 meter dari aras bumi, Rawang Bypass merupakan jambatan tertinggi di Malaysia. Ditambah pula dengan muka buminya yang berbukit, kalau korang gayat, penulis sarankan untuk tidak memandang ke bawah jambatan. Just take your time, dan pandang bonet kereta di hadapan saja okay.

4 Laluan Dalam Hutan Semulajadi

Daripada gambar di atas pun korang boleh mengagak betapa tenangnya (jika korang tidak gayat) untuk memandu sambil melihat ke arah banjaran di sekeliling. Rawang Bypass dibina menggunakan kaedah Moveable Scaffolding Systems (MSS) untuk mereka bentuk laluan berbengkang-bengkok.

Ini demi mengurangkan kemusnahan ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor di sekeliling laluan tersebut. Itulah juga sebab mengapa ia harus dibina setinggi hampir 60 meter.

Rawang Bypass Bakal Dibuka Esok, Mampu Pendekkan 75% Masa Perjalanan
Tenang je korang drive nanti. Nak jalan macam uncle tu, hhm tak perlu lah.

 

5 Penuh Dengan Spesis Pokok Unik

Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai spesis pokok unik. Antaranya ialah pokok Merawan Kanching atau Giam Kanching yang hanya tumbuh dalam jumlah kecil di hutan negeri Selangor. And guess what, spesis itu turut tumbuh di laluan Rawang Bypass ini.

Oleh sebab itu, pembinaan ini telah dijalankan dengan penuh cermat agar spesis flora terancam seperti Giam Kanching ini dapat diselamatkan.

P.S: Jika ada pesalah yang didapati menebang pokok Giam Kanching tanpa kebenaran, mereka boleh didenda sehingga sejuta Ringgit tau!

6 Perjalanan Rawang-KL Dipendekkan

Secara purata, Rawang Bypass mampu memendekkan perjalanan pemandu dari Bandar Rawang ke Kuala Lumpur. Dari 2 jam menjadi 30 minit saja ketika waktu puncak! Ini mungkin sekali disebabkan faktor empat laluan trafiknya.

Tak ada alasan dah untuk korang datang lambat! Hehe.

Rawang Bypass Bakal Dibuka Esok, Mampu Pendekkan 75% Masa Perjalanan
Haa, diorang dah rasmikan Rawang Bypass!

7 Bahagian ‘Tergantung’ Sepanjang 2.6km

Kebanyakan foto Rawang Bypass yang ditangkap dan dimuat naik menunjukkan jajaran laluan ‘tergantung’ atau elevated section saja. Akan tetapi, itu bukan bermaksud lebuh raya ini tergantung dari permulaan sehingga akhir laluan.

Ada juga bahagian laluan yang ‘menyentuh’ bumi di sekitar banjaran. Apa yang menarik mengenai elevated section ini adalah panjangnya yang mencecah 2.6 kilometer. Jika korang pernah menonton siri Megastructures di National Geographic, mesti korang tahu betapa susahnya pembinaan yang terpaksa ditempuhi arkitek dan jurutera.

=============================

Macam teringin pula untuk pergi ke Rawang hujung minggu ni. Bukan ada urusan pun dekat situ, just nak cuba Rawang Bypass ni je!

6 Perkara Sempoi Tentang Bill Gates, Masih Tetap Cuci Pinggan Di Rumah Biar Duit Berbilion

Bill Gates tersenarai sebagai orang terkaya di dunia dengan nilai harta sebanyak USD84.7 billion bersamaan RM381 bilion seperti yang disenaraikan oleh majalah Forbes bagi tahun 2017.

Pemilik Microsoft ini kekal unggul di tangga pertama sejak empat tahun lalu meninggalkan pesaing-pesaing dan juga orang kaya lain. Memulakan usaha bisnes pada usianya 17 tahun, Bill Gates terus unggul dalam pencapaiannya.

6 Perkara Sempoi Tentang Bill Gates, Masih Tetap Cuci Pinggan Di Rumah Biar Duit Berbilion
Wow, kaya giler- pix giphy

Sebagai orang terkaya dunia, kita tentu memikirkan betapa mewahnya kehidupan peribadinya. Tentu mampu membeli apa juga termasuklah jet, kereta mewah, barangan berjenama serta banyak lagi.

Drama-drama Melayu juga sering menayangkan “cara” orang kaya serta anak orang kaya yang naik kereta mewah, ada pemandu tukang bukakkan pintu, mesti kacak dan kemudian berilah arahan apa saja, bergegas pencacai berlari melakukannya sedangkan bukan semua orang kaya ada pemikiran sedemikian.

Paling-paling propa, petik jari, beri arahan, terus esoknya lelaki yang cuba rebut kekasih orang kaya confirm duduk di hospital dengan kepala berbalut. Klise gilerkan!

Baca, bagaimana kekayaan sebenarnya tak pernah mengubah sikap jutawan ini. Masih kekal sebagai orang yang murah hatinya, ada banyak lagi sisi-sisi positif mengenai diri lelaki terkaya di dunia ini. Dipetik dari www.boldsky.com, mereka menyenaraikan sikap positif lelaki terkaya dunia ini.

6 Perkara Sempoi Tentang Bill Gates, Masih Tetap Cuci Pinggan Di Rumah Biar Duit Berbilion
Tak kisah pun basuh pinggan kerana itu cara Bill Gates luangkan masa untuknya

Masih basuh pinggan di rumah

Mesti kita tak dapat membayangkan bahawa orang terkaya di dunia seperti Bill Gates suka mencuci pinggan di rumahkan. Biar dia mampu membayar upah orang melakukan pekerjaan itu tetapi Bill Gates lebih suka mencuci piringnya sendiri di malam hari. Tiada siapa tahu mengapa dia melakukan sedemikian, mungkin untuk mengurangkan stress atau meluangkan masa untuk diri sendiri tetapi perkara utama, Bill Gates tak kekok langsung membasuh pinggannya sendiri. Kalau orang kaya di Malaysia, cawan sebiji pun letak kerana fikir orang gaji boleh buat. Betul tak?

6 Perkara Sempoi Tentang Bill Gates, Masih Tetap Cuci Pinggan Di Rumah Biar Duit Berbilion
Sempoikan je kan, tak memilih pun part phone. Photo By:Ralph Alswang

Sukakan iPhone tetapi kini lebih menyukai Android

Dalam satu wawancara terdahulu, Bill Gates mengatakan bahawa kali pertama dia membeli iPhone, dia sangat menyukainya bentuknya. Malah khabarnya dia menggunakan iPhone 5 S untuk kegunaan peribadi. Terkini, dari menyukai iPhone, Bill Gates menyukai android yang diketahui mempunyai reputasi tersendiri berbanding telefon bimbit menggunakan aplikasi lain. Jadi buat anak muda, kalau orang terkaya dunia pun guna android, janganlah sesekali desak mak bapak belikan iPhone yang mana akhirnya ramai yang tertipu semasa membuat pembelian di web.

6 Perkara Sempoi Tentang Bill Gates, Masih Tetap Cuci Pinggan Di Rumah Biar Duit Berbilion
Tenang giler ada aquarium dalam rumah. Tak payah pergi Aquaria KLCC lagikan

Sangat menyukai rumahnya, Xanadu

Rumah mewah ini adalah bahagian terpenting dalam kehidupan lelaki jutawan ini. Dengan keluasa 6000 kali persegi, dengan segala kemewahan di dalamnya, rumah yang diberi nama Xanadu ini memerlukan tujuh tahun pembinaannya sekaligus mencatat nilai USD123 juta.
Rumah ini memang sangat besar dan mewah, sesuai dengan gelaran diterimanya. Mampu menampung 150 orang tetamu sekaligus, mempunyai 24 bilik air, kolam renang dengan muzik di bawahnya, perpustakaan seluas 2100 kali persegi, home teater menjadikan rumah ini impian semua orang.

6 Perkara Sempoi Tentang Bill Gates, Masih Tetap Cuci Pinggan Di Rumah Biar Duit Berbilion
Salah satu kereta kesukaannya, Porshe 959 Coupe – pix internet

Cuma ada 23 buah kereta

Tak pasti berapa kereta mewah yang dimiliki oleh Datuk Seri Vida tetapi jutawan terkaya di dunia ini hanya mempunyai 23 buah kereta sebagai koleksi. Sangat menyukai jenama Porshe, dia mempunyai koleksi Porshe jenis Coupe 959, 1988 dan Turbo 930.
Khabarnya, Porshe 959 Coupe adalah salah satu model miliknya yang mana hanya ada 337 model dikeluarkan untuk jenama berkenaan.

6 Perkara Sempoi Tentang Bill Gates, Masih Tetap Cuci Pinggan Di Rumah Biar Duit Berbilion
Bill Gates berikan pendidikan terbaik buat anak-anak dan kemudian mereka memulakan bisnes sendiri.

Harta tak turun pada anak-anak

Dalam drama Melayu, sering dipaparkan anak-anak bergaduh soal harta. Lebih-lebih lagi, ada seorang anak yang biasa terasing kerana degil dan tak mahu uruskan syarikat yang diusahakan oleh bapaknya. Bila bapak mati, esoknya peguam mula bacakan wasiat dan kemudian, baik bini pertama dan madu, kompom bergaduh berebut harta. Tak habis part tu, mesti ada muka-muka masam dan di akhir cerita, orang tamak selalu rugi dan akhirnya berbaik semula dengan anak tiri.
Kalau nak tahu, biar jadi orang terkaya di dunia, Bill Gates dan isterinya, Melinda Gates telah sepakat, tidak akan menurunkan harta berbilion ini kepada anak-anak mereka. Pergh, kalau drama Melayu confirm dah ada yang bermasam muka. Hehehe.
Kata Bill Gates, dia akan memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anaknya selain dia mahu anak-anaknya memulakan perniagaan sendiri. Memang dia tak akan biarkan anaknya hidup dalam kemiskinan tetapi dia mahu mereka memulakan karier sendiri tanpa bergantung kepadanya. Tengok betapa berbezanya pemikiran orang berjaya dengan pemikiran kritis kita selama ini.

6 Perkara Sempoi Tentang Bill Gates, Masih Tetap Cuci Pinggan Di Rumah Biar Duit Berbilion
Bill Gates sangat tenang dikelilingi pokok-pokok di kediaman mewahnya

Tenang dikelilingi pokok-pokok

Sebagai orang terkaya, sudah tentu bersemut orang merapat. Tanggungjawab pun jadi banyak. Tetapi Billa Gates ada cara tersendiri untuk kedamaian hatinya selain membuat fikirannya jadi tenang. Tahu tak, Billa Gates sangat menyukai sebatang pokok yang ditanam di halaman rumahnya.
Pokok itu berada dekat jalan masuk ke rumahnya. Bill Gates sudah memantau pokok itu selama 40 tahun dan diawasinya 24 jam sehari. Bill Gates mengatakan, memantau pokok berkenaan sudah menjadi kecanduan baginya.
Ternyata, cara Bill Gates ini membuktikan, biar dia orang terkaya di dunia, namun dia memilih kehidupan yang jauh lebih sederhana.

Semoga kita juga begitu. Tak perlulah pamer kekayaan melampau-lampau sampaikan orang meluat dan mengata. Betul tak?

 

Vans Malaysia Perkenal Dokumentari Legenda Skateboard Malaysia – Demi; A Pa’din Musa Documentary

Nama Pa’din sememangnya tidak perlu lagi diperkenalkan terutama buat pengikut skateboarding Malaysia dan juga di Asia. Sudah beberapa generasi cukup masak dengan nama Pa’din tidak kiralah sama ada daripada pengikut tegar sukan ekstrem ini atau juga penggemar aktiviti underground sama ada muzik atau gaya hidup.

Mengambil inisiatif untuk mendokumenkan kish legenda ini, Vans Malaysia telah menerbitkan sebuah dokumentari bertaju ‘Demi; A Pa’din Musa Dokumentary’. Ia telah pun dilancarkan dan ditayangkan di ibu negara baru-baru ini dan kini turut dimuat naik ke akauan YouTube antarabangsa rasmi Vans.

Pa’din Musa, pemenang dua pengat emas X-Games Asia merupakan figura skateboarding yang cukup penting bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh Asia. Kejayaannya membawa nama negara telah memberikan impak yang cukup besar dalam dunia skateboarding tanah air. Dengan pengalaman selama 28 tahun, tidak hairanlah Pa’din mempunyai reputasi cukup besar.

Menerusi dokumentari berdurasi selama 25 minit ini, Pa’din menceritakan tentang perjalanannya sejak kecil; bagaimana dia mula berjinak-jinak dengan skateboard yang dianggapnya bukan sahaja hobi tetapi sebagai gaya hidup sambil menjelajah Semenanjung Malaysia bersama Vans Skate Team pada bulan Ogos 2017 yang lalu.

Pada munggu lalu juga Vans mengumumkan tentang siri kasut eksklusif Pa’din Signature – sekaligus menjadi rakyat Malaysia pertama diberi penghormatan ini. Dua kasut sighnature Pa’din, Vans Authentic Pro dan Old Skoll Pro boleh didapati di semua Vans Store di Malaysia (keciali Vans Paradigm, Vans Quill dan Vans Farenheit 88).

Jangan lupa untuk menonton dokumentari menarik tentang our own skateboard legend, Pa’din Musa!

Vans Malaysia Perkenal Dokumentari Legenda Skateboard Malaysia - Demi; A Pa'din Musa Documentary