Home Blog Page 1893

Kendall Jenner Rampas Takhta Gisele Bundchen Sebagai Model Termahal

It’s that time of the year again. Pada setiap penghujung tahun pasti akan keluar senarai-senarai pencapaian individu tidak kiralah sebagai penyanyi, pelakon mahu pun model. Ramai yang tertanya-tanya siapakah model yang mendapat pendapatan paling tinggi sepanjang tahun 2017.

Kendall Jenner Rampas Takhta Gisele Bundchen Sebagai Model Termahal
Gisele Bunchen memegang rekod model berpendapatan paling tinggi dari tahun 2002 ke 2016.

Sejak tahun 2002, supermodel berasal dari Brazil, Gisele Bundchen telah mengungguli carta tanpa digugat oleh sesiapa pun. Namun, untuk tahun 2017 ia sudah berubah. The year of 2017 belong to Kendall Jenner!

Kendall Jenner Rampas Takhta Gisele Bundchen Sebagai Model Termahal
The new ‘it’ girl in town, Kenddall Jenner kini bergelar model paling bernilai.

Jadi bagaimana peragawati yang baru berusia 22 tahun mampu merampas takhta dari seorang queen seperti Gisele? Teirma kasih kepada media sosial terutama Instagram, Kendall Jenner berjaya mengumpul empayar pengikutnya yang berjumlah lebih 85 juta.

Dengan populariti luar biasa seperti ini Kendall berjaya mendapatkan kontrak bernilai jutaan ringgit bersama jenama-jenama popular seperti Estee Lauder, La Perla dan juga Adidas. Selain itu, pendapatan menerusi penampilannya di dalam program realiti TV keluarganya, Keeping Up With Kardashians, clothing line Kendall + Kylie serta pelbagai tajaan kempen media sosial turut menyumbang pendapatan tingginya berjumlah USD22 juta.

Kendall Jenner Rampas Takhta Gisele Bundchen Sebagai Model TermahalGisele yang agak ‘senyap’ pada tahun ini berada di tempat kedua dengan USD17.5 juta dengan endorsment daripada Carolina Herrera, Arezzo dan Vivara. Ia agak berkurangan berbanding jumlag dikumpulnya pada tahun lalu, USD30.5 juta. Di tempat ketiga pula isteri kepada John Legend, Chrissy Teigen dengan USD13.5 juta yang pertama kali measuki carta Top 10 model termahal. Ia diikuti oleh Adriana Lima (USD10.5 juta) dan Gigi Hadid (USD9.5 juta).

TOP 10 HIGHEST EARNING MODEL 2017

  1. Kendall Jenner $22 juta
  2. Gisele Bündchen $17.5 juta
  3. Chrissy Teigen $13.5 juta
  4. Adriana Lima $10.5 juta
  5. Gigi Hadid $9.5 juta
  6. Rosie Huntington-Whiteley $9.5 juta
  7. Karlie Kloss $9 juta
  8. Liu Wen $6.5 juta
  9. Bella Hadid $6 juta
  10. Ashley Graham $5.5. juta

10 Fakta Menarik Tentang Miss Universe Malaysia 2017 Dan Mengapa Kamu Perlu Mengundinya Sekarang

0

Hanya dalam masa 4 hari saja lagi, peminat pencarian ratu cantik sedunia akan memberikan sepenuh tumpuan kepada acara finale Miss Universe 2017.

Jika kamu menaip kata kunci ‘Miss Universe 2017 predictions‘ di kekotak browser YouTube, berpuluh-puluh video ramalan tentang siapakah yang akan memenangi gelaran tersebut sudahpun dimuat naik.

Malah, seawal bulan Februari, peminat telah menyusun siapakah TOP 5 mereka sedangkan ada lagi negara seperti Malaysia yang belum menabalkan wakil negara pada waktu itu.

Untuk Miss Universe 2017, seperti yang diketahui ramai, Samantha Katie James telah dipilih untuk mewakili Malaysia.

Samantha sendiri sudah mengapai populariti yang luar biasa di kalangan rakyat Malaysia sebelum dia bertolak ke Las Vegas.

Ini semua gara-gara kontroversi kostum nasional ‘nasi lemak daun pisang dan telur mata’ hasil rekaan pereka muda, Brian Khoo. Hey, sama ada ia kontroversi positif atau negatif, any publicity is always a good publicity.

===========================

Namun, selain kostum ‘nasi lemak’, apa lagi yang korang tahu mengenai Samantha?

Jangan risau, REMAJA sediakan 10 fakta menarik mengenai Miss Universe Malaysia 2017 ini termasuklah apa pendapat jujur Samantha mengenai kostum ‘nasi lemak’ itu!

10 Fakta Menarik Tentang Miss Universe Malaysia 2017 Dan Mengapa Kamu Perlu Mengundinya Sekarang

1. Pada ketinggian 170 sentimeter, Samantha memulakan kerjaya dalam bidang modelling pada usia 17 tahun di Bangkok, Thailand.

Sejak itu, dia telah banyak menghiasi kempen dan sesi photoshoot di Malaysia. Antaranya termasuklah kempen Stuart Weitzman, MELIUM PR, fashion show Triumph dan sebagainya.

10 Fakta Menarik Tentang Miss Universe Malaysia 2017 Dan Mengapa Kamu Perlu Mengundinya Sekarang

2. Samantha pernah mengalami insiden kaki terseliuh sebelum pertandingan Miss Universe Malaysia 2017 berlangsung pada Februari lalu.

Menariknya, walaupun doktor memberitahu Samantha dia perlu berehat selama 6 bulan, hanya selepas 3 bulan Samantha perlu gigihkan diri untuk menyertai pertandingan.

“It is the power of the mind. What you think will happen, it is crazy how a person can evolve so much in such a short time. Whatis life without challenges. Grow, accept and adapt.“

Wise words, girl!

10 Fakta Menarik Tentang Miss Universe Malaysia 2017 Dan Mengapa Kamu Perlu Mengundinya Sekarang

3. Samantha adalah seorang gadis berdarah Brazil-Cina. Patutlah muka nampak serba eksotik.

Akan tetapi, walaupun ramai yang merasa teruja dan ingin mendengar cerita dengan lebih lanjut mengenai pengalaman Samantha sebagai anak kepada pasangan multi-racial, zaman kanak-kanaknya bukanlah seindah yang diharapkan.

Samantha tidak pernah bertemu dengan ayahnya dan ibunya pula meninggalkan Samantha di bawah penjagaan sebuah rumah foster care sejak umur 2 tahun sehinggalah dia berumur 17 tahun.

10 Fakta Menarik Tentang Miss Universe Malaysia 2017 Dan Mengapa Kamu Perlu Mengundinya Sekarang

4. Setelah meninggalkan rumah penjagaan tersebut, Samantha sebenarnya pernah menyertai pencarian Miss Universe Malaysia pada usia 18 tahun. Dia berjaya bergelar finalis pada edisi tersebut namun tidak memenanginya.

“Saya tahu saya belum bersedia pada waktu itu. Saya terlalu malu untuk berhadapan dengan kamera dan saya takut jika ada yang akan menilai diri saya. Berbeza dengan pencarian pada tahun ini. I knew this time around that I AM READY.”

10 Fakta Menarik Tentang Miss Universe Malaysia 2017 Dan Mengapa Kamu Perlu Mengundinya Sekarang

5. Berbalik kepada zaman kanak-kanak, Samantha menyatakan dia pernah dibuli semasa di sekolah – “I was deemed ‘the loser’ “. Mesti korang sendiri tak pernah terfikir seorang ratu cantik pernah melalui zaman gelap seperti ini, bukan.

Samantha bukanlah seorang yang gemar keluar dengan rakannya. No movies, nothing. Dia berpendapat, mungkin itulah sebabnya dia tidak berasa yakin untuk berhadapan dengan orang.

10 Fakta Menarik Tentang Miss Universe Malaysia 2017 Dan Mengapa Kamu Perlu Mengundinya Sekarang

6. Hanya selepas dia menjadi seorang model, dari usia 17 tahun sehingga kini pada usia 22 tahun, Samantha memenuhi masa lapangnya dengan pelbagai aktiviti untuk membantu rasa ketidak yakinannya. And by that, we mean – PELBAGAI.

“Saya akan mencuba kelas yoga, bersenam, membaca, meditation, mendengar rakaman podcast bercorak motivasi dan sebagainya.

“Saya juga akan menampal sticky notes dengan pesanan positif seperti ‘I am beautiful’ dan ‘I am fit’ di cermin bilik. Setiap pagi, saya akan membaca 1 pesanan itu sambil melihat diri sendiri.”

10 Fakta Menarik Tentang Miss Universe Malaysia 2017 Dan Mengapa Kamu Perlu Mengundinya Sekarang

7. Selain modelling, ramai yang tidak tahu yang Samantha juga telah memulakan karier lakonan.

Cuba korang perhatikan betul-betul ketika menonton telemovie Astro First iaitu ‘Wanita Terindah’ yang juga dibintangi Fattah Amin dan Nur Fazura.

Dalam telemovie tersebut, Samantha melakonkan watak Melissa, seorang model yang sedang menjalin hubungan dengan Fahim (Fattah). Apabila Fahim enggan berkahwin dengannya, ‘pasangan’ itu terus memutuskan relationship.

Well, well, sekarang kita dah tahu mengapa Fattah memilih Fazura kan hehe.

Walaupun ramai yang menonton Samantha melalui ‘Wanita Terindah’, ia bukanlah kali pertama dia berlakon. Sebelum ini, Samantha pernah berlakon dalam filem seram berjudul ‘Kastil Tua’.

10 Fakta Menarik Tentang Miss Universe Malaysia 2017 Dan Mengapa Kamu Perlu Mengundinya Sekarang

8. Ya korang, Samantha boleh berbahasa Malaysia, duh. Ramai yang menyatakan rasa terkejut mereka apabila mendengar dialog bahasa Malaysia Samantha dalam ‘Wanita Terindah’.

“Pada mulanya, asaya akui saya tidak begitu yakin untuk bertutur dalam bahasa Malaysia di hadapan kamera, terutamanya apabila perlu menghafal skrip. Saya suka mencuba banyak benda, I am curious like that.”

Kami tentunya tidak terkejut kerana Samantha juga pernah terlibat dalam filem berbahasa Mandarin ‘Huang’ terbitan produksi China!

10 Fakta Menarik Tentang Miss Universe Malaysia 2017 Dan Mengapa Kamu Perlu Mengundinya Sekarang

9. Bagaimanakah Samantha mengurangkan tekanan beberapa hari sebelum acara finale Miss Universe 2017 ditayangkan? Katanya, dia selesa untuk melakukan meditation.

“Oh, and I watch Tony Robbins video every night before I go to bed. Ini untuk mengekalkan motivasi diri saya.”

10 Fakta Menarik Tentang Miss Universe Malaysia 2017 Dan Mengapa Kamu Perlu Mengundinya Sekarang

10. Samantha tidak langsung terkesan dengan para kritik yang melontarkan pelbagai komen ke arahnya dan pereka fesyen, Brian Khoo yang mereka kostum nasional berkonsepkan nasi lemak itu.

“Siapa lagi yang pernah terfikir untuk menggunakan makanan sebagai ilham mereka sepasang kostum nasional?

“Percayalah, tidak ramai yang akan berani untuk berbuat demikian. Oleh sebab itulah, saya merasa bangga dengan kostum yang direka oleh Brian untuk saya. It is amazing and creative.”

Tambah Samantha lagi, “Saya rasakan kostum ‘nasi lemak’ ini is very me. Malah, saya dapat rasakan ia mampu menonjolkan kehadiran saya di pentas Miss Universe 2017 nanti.”

===========================

Siapa lagi yang meminati Samantha James sekarang, angkat tangan! She is an incredible girl, right?

Jom sama-sama kita menyokong Miss Universe Malaysia 2017 ini dengan mengundinya di vote.missuniverse.com.

Login dan ikuti arahan yang diberikan untuk mengundi. Untuk setiap hari, korang boleh mengundi maksimum sebanyak 10 klik bagi setiap akaun.

10 Fakta Menarik Tentang Miss Universe Malaysia 2017 Dan Mengapa Kamu Perlu Mengundinya Sekarang

Bagi korang yang aktif di Twitter pula, muat naik tweet korang dengan tanda pagar #MissUniverse dan #Malaysia. Pastikan akaun Twitter masing-masing public okay.

Beli iPhone 6 Tapi Bila Buka Kotak Hanya Ada Kentang Dalamnya

Memang sakit hatikan bila kena tipu. Rasa kalau orang menipu itu ada depan mata, mahu penumbuk naik ke muka.

Inilah yang dirasai  seorang wanita dari Milwaukee, Wisconsin, apabila hajatnya mahu membeli telefon pintar iPhone 6 bertukar menjadi dendam kerana dia tidak mendapat telefon seperti dihajatinya sebaliknya sebaik membuka kotak, di dalamnya terdapat 11 kepingan kentang yang belum digoreng.

Beli iPhone 6 Tapi Bila Buka Kotak Hanya Ada Kentang Dalamnya
Hanya ada kentang sebaik mangsa membuka kotak iPhone 6 nya -pix LiveLeak

Dipetik dari Metro UK wanita ini telah dipedaya oleh seorang lelaki yang menjual telefon bimbit tersebut pada harga USD100 (RM411) sempena jualan “Black Friday”.

“Saya bertanya kepadanya, adakah dia ada menjual iphoene 6 dan dia mengakui ada menjual pelbagai jenis barangan. Baju, kasut, jam tangan, dompet, DVD, CD, telefon bimbit dan komputer riba.

“Bila saya bertanya mengenai iPhone 6 dia kata ada dan akan menjualnya pada harga USD100.

Demi memastikan lelaki berkenaan benar-benar tidak menipunya, wanita tersebut menyuruh lelaki tersebut mendail telefon bimbit yang telah diaktifkan.

“Ya, ia berbunyi dan saya yakin dengan hal itu. Saya kemudian membayarnya dan bawa pulang selain lelaki berkenaan memberi resit sebagai bukti. Bila balik ke rumah, saya hadapi di dalam kotak berkenaan ada 11 potongan kentang selain pengecasnya.

Beli iPhone 6 Tapi Bila Buka Kotak Hanya Ada Kentang Dalamnya
Yang ada hanya pengecas sahaja. Mana nak dicucukkan – picLiveLeak

Mangsa itu menambah, “Apa yang saya sepatutnya lakukan dengan ini? Saya sangat sakit hati sekarang. Segala-galanya sangat menyakitkan hati!

Kalau kita di tempatnya pun kompom sakit hatikan. Dah penat-penat keluarkan duit, kentang yang dapat. Sapa tak sakit hati.

TENGOK VIDEO DI BAWAH BAGAIMANA SAKITNYA HATI WANITA INI BILA KENA TIPU

 

 

 

 

 

 

 

Sebelum Terbang Ke Korea, Ini 6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Penangan drama dan lagu Korea memang bukan calang-calang. Buktinya, ramai yang dah simpan angan-angan untuk bercuti ke negara ini dek kerana demam Kpop yang melanda peminat di Malaysia.

Tapi sebelum melancong ke Korea ni, ada beberapa perkara yang Remaja nak share untuk anda yang mungkin baru pertama kali nak menjejakkan kaki ke sana.

1. Pengangkutan 

Sebelum Terbang Ke Korea, Ini 6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Pengangkutan utama di sana adalah tren (subway). Kalau nak mudah, download apps Subway di Google Playstore. Tak payah nak susah-suasah fahamkan route subway yang berselirat tu. Pakai je apps ni sepanjang anda berada di Korea, insyaAllah tak sesat. Apps ni juga boleh digunakan waktu ‘Offline’.

2. Penginapan

Sebelum Terbang Ke Korea, Ini 6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Kos  tempat tinggal berbeza ikut lokasi. Kalau stay di Seoul, lebih-lebih lagi di Myeongdong, dah tentu-tentu lebih mahal berbanding di Busan. Kalau tempat tu dekat dengan subway station, bus stop dan tempat shopping, lagilah mahal.

Tapi, kalau stay di Myeongsong senang sikit nak beli barang dan makanan. Cuma kos satu malam, 30,000 won seorang (RM 113). So, anda boleh pilih sama ada nak jimat atau kemudahan.

3. Port makan

Sebelum Terbang Ke Korea, Ini 6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Ok ni yang ramai paling excited nak ke Korea sebab nak cari makanan yang selalu mereka tengok dalam drama-drama Korea. Di sana, kebanyakan restoran tidak halal jadi jangan suka-suka hati main masuk je.

Sebelum pergi kena buat research dulu cari restoran halal. Boleh cari list Muslim Friendly Korean Restaurants di http://english.visitkorea.or.kr/e_book/ecatalog.jsp…

4. Shopping

Sebelum Terbang Ke Korea, Ini 6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Kalau nak tanya harga barang, try tanya dalam bahasa Korea walaupun tak berapa nak pandai sangat cakap Korea. First impression tu penting. Ahjussi/Ahjumma ni suka kalau kita pandai cakap bahasa mereka. Barulah senang sikit nak dapat diskaun.

5. Lost in Korea

Sebelum Terbang Ke Korea, Ini 6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Kalau sesat di Korea, jangan segan-segan nak tanya mereka di sana. Sekiranya masih lagi tidak pasti dengan tempat yang anda nak kunjungi tu, tanya saja di mana subway station yang terdekat. “Metro (subway), odiseyo?”. Bila dah jumpa subway station tu kira selamatlah la tu.

6. Sebelum pergi Korea tu, ada lagi satu benda yang perlu anda tahu!

Sebelum Terbang Ke Korea, Ini 6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Sunsilk memberi peluang kepada wanita muda dan berhijab untuk memenangi percutian ke Korea dengan segala perbelanjaan ditanggung bersama seorang rakan. Gila best kan?

Kalau nak rebut peluang ni, anda hanya perlu mengikut tiga langkah mudah berikut:

Sebelum Terbang Ke Korea, Ini 6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

a. Ambil swafoto ataupun gambar bersama tiga replica botol syampu Sunsilk Hijab Recharge yang terletak berhadapan kedai Emas Zeni di Pasar Raya Giant Stadium Shah Alam.

b. Muat naik foto di dalam bahagian ulasan peraduan (comment section) di laman Facebook Sunsilk Malaysia.

c. Lengkapkan penyertaan dengan menyatakan azam anda bagi tahun 2018 bersama dengan hashtag: #SunsilkCoverKita, #GiantMY dan #SunsilkGiantBottle.

Peraduan berakhir pada 27 Disember ini.

Jadi, apa tunggu lagi. Dah penat berangan nak ke Korea kan? Join je contest ni mana tahu rezeki anda untuk melancong ke sana dengan percuma.

Bestnyaa..

Sumber: Noor Zaiti Yoona

Akhirnya, #Fattzura Lerai Spekulasi Dan Umumkan Pertunangan

0

It is official!

Pasangan yang paling diperkatakan hari ini, Fattah Amin, 27 dan Fazura, 34 telah mengesahkan mereka sudah bertunang. Alhamdulillah.

Setelah lebih seminggu dilemparkan dengan spekulasi dari semua pihak sama ada mereka sudah bernikah atau belum, Fattah dan Fazura yang baru saja tiba di Kuala Lumpur lewat petang tadi telah mengadakan satu sidang perjumpaan ringkas bersama rakan media di hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Tanpa melengahkan masa, Fattah mengesahkan bahawa mereka berdua telah mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu apabila Fattah sekeluarga bertandang ke kediaman keluarga Fazura untuk mengadakan majlis merisik dan pertunangan secara serentak.

Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan peminat mula melontar spekulasi adalah apabila baik pihak Fattah mahupun Fazura tidak mengatakan sama ada mereka sudah mengikat apa-apa pertalian sehinggalah pada hari ini.

“Pertama sekali, saya ingin menjelaskan bahawa majlis tersebut telah diadakan secara tertutup untuk memberi ruang privasi kepada kedua-dua belah pihak. Keluarga juga sudah bersetuju untuk hanya berkongsi berita ini selepas kami pulang dari mengerjakan Umrah,” kata Fattah.

Fazura turut mengambil peluang untuk menyatakan kekesalannya terhadap dakwaan sudah bernikah di Makkah yang sering diperkatakan di media sosial.

Akhirnya, #Fattzura Lerai Spekulasi Dan Umumkan Pertunangan
Foto: Izari Rosli

“The past two weeks have been, very colourful. Terima kasih kepada rakan media dan semua yang sudi menunggu kami pulang untuk mendengar berita ini daripada mulut kami sendiri. Namun, saya sedikit kesal apabila terdengar beberapa artikel yang bagi saya, has gone  a tad too far dan melanggar batas privasi.

“Kita di Malaysia masih mempunyai adab dan hak privasi. Di sini bukan seperti di luar negara, saya kesal apabila berita yang tidak benar telah mengelirukan orang ramai,” tegur Fazura secara lembut.

Namun, pelakon dan penyanyi itu tetap berterima kasih untuk doa yang dikalungkan kepada mereka berdua sepanjang beribadah di kota suci.

==========================

Pasangan tersebut bagaimanapun masih belum memutuskan tarikh pernikahan walaupun Fazura sempat menyatakan jika tiada aral yang melintang, ia mungkin tidak lama lagi dari sekarang.

“InsyaAllah, majlis pernikahan akan diadakan secara tertutup untuk ahli keluarga terdekat saja atas permintaan mereka. Namun, kami merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi pada tahun hadapan untuk keluarga, rakan media dan peminat. Doakan saja yang baik-baik,” kata Hero Remaja 2011/2012 itu.

Akhirnya, #Fattzura Lerai Spekulasi Dan Umumkan Pertunangan
Foto: Izari Rosli

Fattah Hanya Melamar Sekali Saja

Rakan media sempat untuk mengusik Fazura yang tidak lama dahulu pernah menyatakan keutamaannya sekarang adalah karier. Apakah itu sudah berubah?

“Ya, saya ini seorang wanita yang degil dan saya banyak kali memikirkan perkahwinan itu bukanlah keutamaan saya sekarang.

Cuma dengan kuasa Tuhan, saya bertemu dengan Fattah dan saya terbuka hati dengan keikhlasannya,” komen Fazura. Dia juga akui Fattah hanya melamar sebanyak sekali saja setelah mereka saling mengenali hati budi masing-masing.

Apapun, REMAJA ucapkan syukur atas keberangkatan pulang kalian berdua bersama ahli keluarga lain dari Makkah, sebentar tadi.

Kerja 11 Jam, Upah Diterima Hanya RM30. Kita Sanggup Ke?

Jakarta sememangnya terkenal dengan kepadatan penduduknya. Dianggarkan seramai 10 juta orang menghuni kota metropolitan ini. Tidak hairanlah jalan rayanya dipenuhi kenderaan. Terperangkap dalam kesesakan jalanraya di sini lumrah  dan jangan sesekali merungut.

Tidak hanya jem atau disebut macet bagi penduduknya, bunyian hon bagai irama di sini. Jangan tanya mengapa tetapi seakan menjadi budaya kerana semua kenderaan akan membunyikan hon meminta diberikan laluan.

Banyak tempat menarik yang ada di ibu kota ini. Antara yang pasti dilawati ialah Pasar Tanah Abang, pusat perdagangan tekstil terbesar di Asia Tenggara yang  menjadi tarikan utama terutama bagi golongan bisnes.

Dengan kepadatan penduduk, rakyatnya sanggup melakukan apa saja termasuklah  menjadi “polis traffic” tak bertauliah dan  mereka akan diberikan upah sekitar RM0.50 sen untuk sekali mengangkat tangan.  Ternyata berapa pun upah diberi, diterima dengan senang hati kerana mereka tahu, susahnya mencari sesuap nasi.

Kunjung Remaja ke Pasar Tanah Abang menemukan penulis dengan Alang, 21 tahun. Satu-satunya tenaga usia yang sangat muda berbanding pengangkat barang lain. Mempunyai sembilan adik beradik  dan dia anak keempat.

Kerja 11 Jam, Upah Diterima Hanya RM30. Kita Sanggup Ke?
Alang bekerja 11 jam sehari sebagai pengangkat barang di Pasar Tanah Abang

Dia merantau dari desa kelahirannya, Semarang, Jawa menuju ke Jakarta seorang diri  dan kini tinggal di rumah sewa dengan sewa bulanan RM90 sebulan bersama sebahagian rakan Porternya.

Alang terpaksa bersaing dengan 900 orang pengangkut barang yang lain dan mereka perlu berebut-rebut pelanggan kerana upah hanya akan diterima selepas barang selamat sampai ke kenderaan.

“Berapa upah sehari,” soal Remaja.

 

“Terserah kepada pelanggan. Ada beri 5000 rupiah. Ada 10,000 rupiah,” katanya.

 

Jika ditukar ke nilai matawang Malaysia 5000 Rupiah bersamaan RM1.50 dan 10,000 Rupiah bersamaan RM3.00. Ada ke remaja kita sanggup melakukannya?

Banyak bergantung kepada “rajin” mengejar pelanggan atau tidak, upah paling tinggi pernah diterimanya sejak setahun lalu bekerja ialah 100,000 Rupiah dari jam 7.00 pagi hingga jam 5.00 petang bersamaan RM30 sehari.

“Mencari wang memang susah di sini. Semua orang harus bekerja keras. Upah saya terima juga tak menentu. Kadang dapat sikit, kadang dapat banyak. Walau pun kami ada Supervisornya tapi upah kami ambil sendiri,” katanya sambil menunjukkan baju tertulis huruf  J di belakang bajunya yang mana J mewakili nama Mandurnya.

Upah sedikit atau banyak, dia harus bekerja keras setiap hari selama 11 jam sehari kerana dia perlu menghantar wang ke kampung jika ada lebihan wang diterimanya.

“Kalau ada lebih, saya beri. Kalau tak harus bekerja lebih kuat,’ katanya yang agak malu-malu kala ditemuramah.

 

Kerja 11 Jam, Upah Diterima Hanya RM30. Kita Sanggup Ke?
Bersama sebahagian teman-teman yang bekerja sebagai Porter

Memandangkan Pasar Tanah Abang tempat tumpuan tekstil terkenal, setiap bulan Rejab dan Syaaban, dua bulan berturut-turut ini, pasar ini akan penuh dengan pengunjung dari Malaysia, Batam, Kalimantan dan banyak lagi yang menjalankan bisnes perniagaan kain.

Kala inilah rezeki Alang dan kawan-kawan porternya sangat murah kerana ramai memerlukan tenaga kuat mereka untuk mengangkat barang.

Jangan tak percaya, dia pernah memikul berat beban 100 kg di bahunya dan upah diterimanya hanya RM10 sahaja. Pendek kata upah terpulang kepada kemurahan hati pemberinya dan mereka sesekali tidak boleh memaksa.

Ternyata, jika mahu dibuat bandingan dengan anak muda di negara ini, rata-ratanya pasti bertuah. Kerja begitu memilih, tak mahu yang susah sebaliknya lebih banyak melaram dan merempit kerana mencari keseronokan semata-mata. Paling tidak minta saja dari mak ayah dan semuanya akan disediakan. Betul tak?

 

 

 

 

 

 

Selebriti Hollywood Yang Seiras Tapi Tak Serupa

Pernah tak kamu dengar dulu-dulu orang cakap, “dalam dunia ini kita ada 7 orang yang seiras dengan kita”. Mungkin ia kedengaran agak keterlaluan tapi dengan jumlah manusia du dunia mencecah sehingga 7.6 billion orang pada hari ini, ia sebenarnya tidak mustahil.

Kalau bercakap tentang pelanduk dua serupa, selalunya kita akan bercakap tentang selebriti terutamanya di Hollywood.

Sekali tengok macam sama tapi sebenarnya tak serupa. Jom kita tengok siapa sebenrnya yang iras siapa.

 

Eva Mendes & Ashley GrahamSelebriti Hollywood Yang Seiras Tapi Tak Serupa

 

Ashley Tisdale & Lauran ConradSelebriti Hollywood Yang Seiras Tapi Tak Serupa

 

Aubrey Plaza & Olivia WildeSelebriti Hollywood Yang Seiras Tapi Tak Serupa

 

Jada Pinkett-Smith & Zoe SaldanaSelebriti Hollywood Yang Seiras Tapi Tak Serupa

 

Tobey Maguire & Topher GraceSelebriti Hollywood Yang Seiras Tapi Tak Serupa

 

Blac Chyna & Nicki MinajSelebriti Hollywood Yang Seiras Tapi Tak Serupa

 

Jeffrey Dean Morgan & Javier BardemSelebriti Hollywood Yang Seiras Tapi Tak Serupa

 

Keanu Reeves & Chris KleinSelebriti Hollywood Yang Seiras Tapi Tak Serupa

 

Sarah Hyland & Lucy HaleSelebriti Hollywood Yang Seiras Tapi Tak Serupa

 

Eddie Redmayne & Jennifer GarnerSelebriti Hollywood Yang Seiras Tapi Tak Serupa

 

Kris Humpries & Taylor LautnerSelebriti Hollywood Yang Seiras Tapi Tak Serupa

 

Lea Michele & Demi LovatoSelebriti Hollywood Yang Seiras Tapi Tak Serupa

 

Jesse Eisenberg & Andy SambergSelebriti Hollywood Yang Seiras Tapi Tak Serupa

 

Tom Felton & Aaron PaulSelebriti Hollywood Yang Seiras Tapi Tak Serupa

 

Kiera Knightley & Natalie PortmanSelebriti Hollywood Yang Seiras Tapi Tak Serupa

 

Adakah kamu rasa mereka ini memang seiras? Yeah, mungkin sedikit sebanyak ada tapi takdelah sama. Bagaimana pula dengan selebriti tempatan? Siapakah artis tanah air yang kamu rasa seiras?

Saya Anak Luar Nikah! Bagaimana Pujuk Hati Dan Hentikan Gelaran Menghina Anak-Anak Tidak Berdosa Ini

Sebanyak 532,158 kelahiran anak tidak sah taraf atau anak luar nikah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari 2005 hingga 2015. Dengan erti kata lain, ada lebih setengah juta kelahiran terjadi sejak 10 tahun lalu.

Dilema ini bukan isu tuding menuding sebaliknya mencari penyelesaian bagaimana memahami situasi anak yang dilahirkan akibat dosa ibu bapanya sendiri. Bagaimana jika anak ini anak luar nikah? Bagaimana mahu memujuk hati mereka? Untuk masyarakat, hentikan dari membuli anak-anak tidak berdosa ini.

Pakar motivasi Dr Rozieta Shaary @ Ibu Rose berkata, anak tidak boleh terus dibiarkan dan terhukum sepanjang hayat dan keturunannya.

Saya Anak Luar Nikah! Bagaimana Pujuk Hati Dan Hentikan Gelaran Menghina Anak-Anak Tidak Berdosa Ini
Isu ini sangat sensitif dan perlu ditangani dengan teliti – Ibu Rose

Isu anak luar nikah ini  amat sensitif. Ia bukan suatu yang boleh diambil ringan dan dibuka pekungnya semudah ABC. Adakalanya berdiam dan tidak memberitahu adalah lebih baik. Oleh itu jika perlu memberitahu, maka buatlah ‘Seperti menarik rambut dari tepung, tepung tidak berserak, rambut tidak putus.’

Masa yang terbaik adalah tidak umum. Ianya unik untuk sesebuah keluarga. Ia bergantung pada pertalian di antara anak dengan ibu bapa dan dengan adik beradiknya. Untuk memberitahu hal sebenar; perlu dipertimbangankan kebolehan anak itu untuk ‘handle’ berita berat sebegini.

Bila kita membuka sesuatu yang merupakan Aib, apakah hukumnya? Ya, ibu bapa anak itu telah terlanjur dan bersalah. Namun, perlukah anak itu memikul stigma itu SEPANJANG HAYAT DAN KETURUNANNYA.

Fikirlah baik-baik sebelum bertindak membuka suatu rahsia yang berat ini kepada seorang individu. Apa yang boleh dielak, elakkanlah. Fahami mendalam hukum-hakam Agama dan JANGAN menggunakan Agama untuk kepuasan diri. Hanya Allah yang layak mengadili.

Dan bagi ibu bapa yang telah bertaubat, kuatkan insaf dan bermohon kepada Allah untuk jalan terbaik diberi. Bagi yang belum, fahamilah inilah sebab Allah melarang perzinaan. Yang memikul adalah anak itu.

Saya Anak Luar Nikah! Bagaimana Pujuk Hati Dan Hentikan Gelaran Menghina Anak-Anak Tidak Berdosa Ini
isu anak luar sangat sensitif – pix sumber internet

Jelas Ibu Rose lagi,  seiring dengan masa,  jalan terbaik adalah berterus-terang. Namun, satu perkara yang boleh memudahkan dan menggurangkan pergeseran bila rahsia ini perlu diberitahu; jalinkan perhubungan yang rapat dengan anak itu; dan beri dia merasakan dia bukan yang bersalah di sini. Nyatakan kesalan berat hati ibu bapa yang bersalah itu. Dan ingatkan bahawa, di sisi Allah dia bersih dan tidak hina. Perbuatan ibu bapa itu yang hina. Dan ibu bapa juga telah bertaubat nasuha.

Jika anak itu adalah anak luar nikah kerana ibunya mangsa rogol, maka sangat penting si anak merasakan kasih sayang si ibu dan ahli keluarga yang lain. Bila ini berlaku, kesedihannya mungkin kurang sedikit. Namun, janganlah ingat anak itu tidak akan sedih langsung.

Fahami juga reaksi sedih itu berbeza-beza. Ada yang terus marah. Ada yang memendam rasa. Ada yang menyalah ibu bapa dan mungkin lari dari keluarga. Ada yang akan menerima dengan baik. Apa sahaja reaksi mereka terimalah dengan hati terbuka dan banyak berdoa kepada yang berkuasa. Minta ditenangkan hati semua yang terlibat.

Orang yang paling dikasihi dan dipercayai oleh anak itu dan orang yang pandai menyusun kata dan bercakap dengan penuh berhemah dan kasih-sayang.

Belajarlah komunikasi berkesan. Sebab kaedah ini bukan suatu yang boleh diberi sekadar tips sahaja. Komunikasi berkesan ini adalah skil yang semua orang perlu belajar dan miliki. Ianya juga boleh dipelajari.

Yang penting jangan sekadar belajar tips; tapi belajarlah sungguh-sungguh dari mereka yang bertauliah.

Saya Anak Luar Nikah! Bagaimana Pujuk Hati Dan Hentikan Gelaran Menghina Anak-Anak Tidak Berdosa Ini

Satu idea yang boleh Ibu kongsikan adalah; bila mahu berterus terang itu, ‘state’ atau keadaan diri kita mestilah tenang dan penuh rasa simpati. Bila kita tenang, maka lebih mudah kita berkomunikasi dengan lebih berkesan dan hati ke hati. Namun, belajarlah betul-betul ilmu komunikasi ni. Banyak masalah wujud kerana ‘broken communication’.

Jika kita telah bersalah kerana keterlajuran, bertaubat dan berazam untuk tidak menggulangi. Walaupun sudah berkahwin, zina bukan suatu yang boleh dihampiri. Jagalah aurat pergaulan. Jangan bersama dengan orang yang bukan muhrim kita di tempat yang sunyi. Kerana ternyata akan ada yang ketiga, ia itu syaitan yang telah berjanji mahu menyesatkan cucu-cicit Adam a.s. ‘Office Affairs’, adalah suatu yang sering berlaku dan melibatkan mereka yang telah berumah-tangga juga. Elakkan.

InsyaAllah ini boleh dilakukan dengan menjaga aurat pergaulan dan berpegang dengan Tali Allah.

Allah tidak kata, jangan berzina sahaja. Allah kata jangan MENGHAMPIRInya pun tak boleh.

Seperkara lagi, Ibu ingin ingatkan; janganlah dihina anak-anak luar nikah ini. Ingat dan insaflah bahawa kesalahan itu bukan kesalahan mereka. Kewujudan mereka tetap bersih dan indah dimata Allah. Yang tersilap adalah ibu bapa mereka dan ramai diantara mereka telah bertaubat. Oleh itu bagi yang melihat, jangan sekali menjuih mulut dan menghina walaupun di dalam hati. Kerana dikuatiri akan jatuh ke hidung sendiri.

Ingatlah bahawa yang salah dan tidak baik itu adalah perbuatan berzina itu. Jika yang melakukan telah bertaubat, siapa kita untuk menghukum lagi?

Semoga hati kita senantiasa insaf akan pengajaran dariNya. Sumber Majalah Keluarga

 

 

 

 

 

 

Sejauh Mana Kamu Tahu Tentang Asal-Usul Black Friday Yang Setiap Tahun Kecoh Pelbagai Kontroversi?

Dalam dua atau tiga tahun ini, Remaja perhatikan sudah banyak jenama tidak kiralah tempatan atau antarabangsa mula memperkenalkan jualan harga runtuh Black Friday kepada pelanggan mereka. Namun, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Black Friday?

Adakah ia hanya hari di mana jualan dengan harga runtuh dijalankan sahaja? Bagaimana ia bermula dan kenapa ia sangat popular?

Secara amnya, Black Friday jatuh pada hari Jumaat selepas sehari sambutan Thanksgiving. Dan perayaan Thanksgiving ini sebenarnya salah satu perayaan yang disambut oleh warga Amerika Syarikat. Dan hari Thanksgiving ini pula disambut pada hari Khamis yang keempat pada bulan November. Jadi secara tidak langsung Black Friday jatuh pada keesokkan harinya.

Disebabkan itu juga tarikh sambutan Thanksgiving biasanya berbeza-beza setiap tahun.

Sejauh Mana Kamu Tahu Tentang Asal-Usul Black Friday Yang Setiap Tahun Kecoh Pelbagai Kontroversi?

Bilakah Istilah Black Friday Mula Digunakan?

Menurut History.com, penggunaan pertama istilah Black Friday bukanlah merujuk kepada pesta jualan murah. Ia telah mula direkodkan pada 1869 sebagai istilah kepada keruntuhan pasaran harga emas di Amerika Syarikat. Kemudian beralih kepada era 1950-an, istilah ini mula muncul kembali. Polis di Philadephia menggunakan ‘Black Friday’ untuk menggambarkan keadan kacau bilau yang berlaku selepas hari Thanksgiving.

Ini berlaku apabila pengguna dari kawasan luar bandar membanjiri kawasan bandar bersempena dengan perlawanan American Football antara Tentera Darat & Tentera Laut. Disebabkan kesesakan itu, polis terpaksa bekerjasa pada waktu yang lebih lama dan mengawal keselamatan. Kes kecurian juga meningkat, menambah lagi sakit kepala mereka.

Lama kelamaan istilah ini mula dieksploitasi oleh pemilik gedung jualan dan menukarkan konotasi negatif kepada sesuatu yang lebih baik. Mereka menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan ‘Black Friday’ bagi melakukan jualan harga runtuh kepada pelanggan. Malah pada hari ini, musim jualan ini diteruskan semalam beberapa hari sehinggalah pada hari Isnin, dikenali sebagai Cyber Monday.

Dan pada hari ini, Black Friday merupakan hari membeli belah paling sibuk di Amerika Syrarikat, malah mungkin juga di seluruh dunia.

Sejauh Mana Kamu Tahu Tentang Asal-Usul Black Friday Yang Setiap Tahun Kecoh Pelbagai Kontroversi?

Kontroversi Black Friday 

Di mana ada jaulan murah dengan harga tidak masuk akal, di situlah ada kekacauan terutamanya bila jumlah barangan yang ditawarkan dalam kuantiti terhada. Pada tahun 2008, lebih dua ribu pelanggan menunggu di luar gedung Wal-Mart sejak jam lima pagi. Selepas ia dibuka, pengunjung menyerbu masuk secara melulu hingga meruntuhkan pintu masuk.

Apa yang menyedihkan, seorang pekerja Wal-mart berusia 34 tahun meninggal dunia akibat dirempuh dan dipijak. Malah mereka juga enggan beredar walaupun dimaklumkan tentang kejadian malang itu dengan alasan mereka sudah beratur sejak jam lima pagi.

Sejauh Mana Kamu Tahu Tentang Asal-Usul Black Friday Yang Setiap Tahun Kecoh Pelbagai Kontroversi?Pada tahun 2010 di Wisconsin, AS pula, seorang wanita ditahan pihak berkuasa selepas mengacukan pistol kepada orang ramai. Dia ditahan diluar Toy’R’Us dan dikatakan memotong barisan. Selepas disuruh keluar barisan dia berang dan mengeluarkan sepucuk pistol. Pada tahun sama, seorang sukarelawan gedung Toys For Tots ditikam oleh seorang pencuri, manakala di Indianapolis seorang wanita ditahan selepas bertikam lidah dengan pengunjung lain.

Kami di Remaja berharap kejadian-kejadian seperti ini tidak berlaku di negara kita. Baru-baru ini telah muncul kes ‘tumbuk’ berebut sneakers di KLCC, harapnya pada Jumaat ini tidak akan berlaku lagi. Selamat ber-shopping guys!

Jom serbu Black Friday sale!

Viral Video Model Victoria Secret Jatuh Di Pentas Runway

0

Sebelum ni, heboh diperkatakan tentang TV hos dan pelakon cantik Neelofa yang menerima jemputan untuk memeriahkan acara pertunjukan fesyen pakaian dalam eksklusif, Victoria’s Secret Fashion Show 2017 (VSFS) di Shanghai.

Kali ni, kami bukan nak bercerita tentang aktres cantik itu, tapi ada satu lagi cerita yang sedang hangat dikongsi oleh media-media di seluruh dunia berkenaan dengan seorang model terjatuh di atas pentas semasa memperagakan pakaian dalam tersebut.

Viral Video Model Victoria Secret Jatuh Di Pentas Runway

Viral Video Model Victoria Secret Jatuh Di Pentas Runway

Nak kata terkejut, tak juga sebab bukan pertama kali aksi sebegini berlaku. Biasalah, dah namanya manusia, kena pula berjalan di atas pentas di hadapan beribu penonton dengan kasut tinggi, mau tak nervous.

Namun, apa yang menarik perhatian kami bila Ming Xi berjaya mengawal ekspresi muka dan meneruskan acara tersebut dengan jayanya.
Alahai, jatuh pun mampu buat muka comel lagi. Salute!

Viral Video Model Victoria Secret Jatuh Di Pentas Runway

Menurut sumber, Ming Xi sedih bila dia terjatuh di atas pentas itu dan sakitnya boleh tahan juga. Dia cuba untuk bangun, namun perkara itu membuatkan dia agak trauma.

Semua model di belakang pentas memberikan kata-kata semangat kepadanya dan selepas itu barulah dia nampak okay.

Ramai juga yang telah berkongsi video Ming Xi terjatuh ni. Jom kita lihat antara momen yang berjaya dirakam.

Poor Xi Meng Yao took a fall onstage ?? Baby girl got back up and gave a gorgeous pose though (topic currently trending too), hoping they don’t cut her out ♥️#奚梦瑶 #ximengyao #mingxi pic.twitter.com/VHQ2Heik1w