Setiap orang ada cara tersendiri dan punyai minat yang berbeza-beza. Kalau peminat bunga bercakap-cakap dengan pokok meminta agar pokoknya berbunga, lain halnya dengan peminat tegar bola sepak pasukan Arsenal ini.
Demi memenuhi hobi gilakan pasukan kegemarannya, Awangku Khairil bin Awangku Shamsuddin sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli jersi pasukan kesayangannya itu. Terkini, dalam simpanannya, dia mengumpul 160 helai jersi Arsenal dan menurutnya, kalau tidak kerana banjir besar melanda Melaka beberapa tahun lalu, koleksi jersi pasukan itu sahaja ada lebih 200 helai. Wow.
Koleksi jersi dan barangan Arsenal tersusun rapi di galerinya
Berasal dari Kampung Bunut, Mukah Sarawak dan kini bertugas sebagai Pegawai Tadbir Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Kolej Teknologi Aplha, terkini, dia telah membina sebuah mini muzium untuk menempatkan keseluruhan koleksi jersinya.
Jom baca kisah pemuda yang punyai hobi gila sebagai collecter jersi ini. Lebih menarik, katanya membelek dan mengubah kedudukan jersinya saban minggu adalah satu cara dia menangani stres yang dialami. Macam-macamkan.
Khairil tak kisah melabur wang membeli barangan Arsenal kerana minat mendalam
“Pada peringkat awal, saya anggap hobi ini sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja. Saya mula mengumpul jersi secara serius agak lewat kerana dari awal meminati Arsenal, saya lebih banyak mengumpul barangan cenderahati daripada jersi.
“Bermula tahun 2003, saya mulai serius mengumpul jersi pasukan ini. Hingga ke hari ini ada 160 helai. Bukan Arsenal saja tapi banyak jersi kelab seperti Bayern Munich, Manchester United, Real Madrid, Juventus dan ada beberapa helai jersi negara Jerman.
“Saya kumpul jersi-jersi ini kerana tertarik dengan designnya serta ada di antaranya nampak unik dan sedap mata memandang,” katanya ketika dihubungi.
Terkini, demi barangan kesayangannya itu, Khairil telah membina sebuah mini gallery yang dinamakan “Kiku Arsenal Galleria”.
Inilah Kiku Arsenal Galleria yang menyimpan ratusan jersi dan barangan lain termasuk trofi yang terletak di Sri Sendayan, Nilai
“Saya ada lebih 200 barangan sama ada merchandise serta memorabilia di galeri ini. Dari sekecil pin sehingga sebesar replica trofi Barclays Premier League (BPL) boleh lihat di galeri saya. Terdapat juga buku, majalah, DVD serta lain-lain merchandise Arsenal di sini,” katanya memaklumkan jersi paling rare miliknya ialah koleksi jersi Arsenal bagi tahun 1969. Itu saya dapat dari seorang rakan yang membelinya di kedai cenderahati Arsenal di London dan ia menjadi jersi kesayangan,” katanya.
Ads
Ada hobi lagi pelik
Setiap pengumpul jersi ada cara tersendiri. Begitu juga Khairil. Katanya, dalam seminggu, dua atau tiga kali dia mesti belai-belai dan belek jersinya.
Ada juga versi pasukan lain di simpannnya
“Kadang-kadang saya ubah susun atur kedudukannya. Tidak cukup dengan itu, akan dicuci siap bagi pewangi. Ini kerana kebanyakan jersi koleksi, saya sangat sayang untuk memakainya. Kebanyakannya disimpan rapi dalam plastik dan ada juga di antaranya disimpan dalam almari. Begitu juga pelbagai koleksi merchandise di mana saya akan sentiasa mengelap serta memastikan ianya kelihatan baru meskipun ada di antaranya sudah berusia lebih daripada 30 tahun,” katanya memaklumkan tujuan dia membuka Kiku Arsenal Galleria ialah untuk berkongsi minat dengan rakan-rakan yang mempunyai kegemaran yang sama seperti saya.
Ads
“Bukan untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk. Saya buka mini galeri ini sebagai sebahagian daripada cara untuk melepaskan stres. Saya ini agak pelik sikit. Bila stres saya suka ubah-ubah susunan dekorasi di galeri.
“ Saya suka belai-belai setiap barang dan memastikan ianya sentiasa terjaga agar tidak berhabuk, rosak dan sebagainya. Sebenarnya galeri saya ini tidak hanya untuk fans Arsenal sahaja. Fans dari kelab atau pasukan lain pun sangat saya alu-alukan. Secara tidak langsung saya dapat berkongsi pengalaman dan pendapat mereka mengenai pasukan Arsenal serta pasukan kegemaran mereka. Fans dari Liverpool, Manchester United, Barcelona serta fans lain pun pernah datang,” katanya menambah para pengunjung yang datang ke galerinya lebih gemar bergambar bersama replica trofi BPL yang saya kenakan sedikit bayaran sebanyak RM5.00 untuk merakam kenangan bersama trofi tersebut.
Kata Khairil lagi, galeri ini dibukanya setiap hari Sabtu dan Ahad dari jam 10.00 pagi hibgga 6.00 petang di No.319, Jalan Nusari Bayu 1/2, Taman Nusari Bayu 1, 71950 Bandar Baru Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Para pengunjung juga boleh mendapatkan info mengenai mini galeri ini menerusi facebook : https://www.facebook.com/KikuArsenal. Masuk adalah percuma.
Sapa yang nak bergambar dengan trofi ini, cuma RM5 bayarannya. Hebatkan kalau dapat pegang trofi yang orang idamkan.
Khairil yang begitu meminati Diego Maradona, Charlie George, Thiery Henry, Robert Pires dan Theodore Walcott. Malah dia juga menyimpul impian mahu menyaksikan pasukan Arsekal bermain secara live jika diizinkan satu hari nanti.
Bagi peminat jersi dan pasukan Arsenal, bolehlah kunjungi brader ni untuk tukar-tukar hobi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jungkook telah disahkan positif sebaik tiba di negara itu apabila mengalami simptom sakit tekak. Dia bersama ahli BTS yang lain dijangka akan melakukan beberapa siri konsert dan membuat kemunculan serta persembahan bagi majlis berprestij, Anugerah Grammy.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Big Hit Music, mereka memaklumkan yang sebelum itu, Jungkook telah pun membuat ujian pengesanan Covid-19 di Korea Selatan dan disahkan negatif.
“Jungkook telah diuji negatif pada ujian PCR di Korea, dan dia berlepas ke Amerika Syarikat pada Ahad, 27 Mac sebagai persediaan untuk persembahan Anugerah Grammy. Selepas tiba di Las Vegas, dia merasakan sedikit ketidakselesaan di tekaknya dan segera mengambil ujian PCR pantas dan ujian PCR standard pada petang Ahad, 27 Mac,” menurut mesej yang disampaikan oleh syarikat tersebut.
Tambah kenyataan oleh syarikat Big Hit Music itu, “Ketika menjalani kuarantin sebagai langkah keselamatan, kedua-dua ujian yang dibuat adalah positif, dan Jungkook sah dijangkiti Covid-19 pada Isnin, 28 Mac. Jungkook kini berada di bawah kuarantin dan rawatan diri, mengikut garis panduan pihak berkuasa kesihatan di Amerika Syarikat.”
Walau bagaimanapun, penyanyi tersebut dilaporkan tidak mengalami gejala teruk selain sakit tekak ringan.
Nampaknya nasib ‘adik bongsu’ dalam kumpulan popular Korea Selatan, BTS ini bakal ditentukan kelak mengikut terma syarat kesihatan Covid-19 yang ditetapkan jabatan kesihatan Amerika Syarikat. Ini bagi memastikan dia benar-benar sihat untuk melakukan persembahan.
Kredit foto: Instagram BTS
BTS dijadualkan membuat persembahan dalam empat konsert, Permission to Dance on Stage, di Stadium Allegiant di Las Vegas. Mereka akan mengadakan pertunjukan secara langsung pada 8 April, 9 April, 15 April dan 16 April. BTS juga akan mengadakan persembahan di MGM Grand Arena, Las Vegas untuk Anugerah Grammys.
Kumpulan ini telah dicalonkan dalam ketegori Persembahan Duo/Kumpulan Pop Terbaik menerusi lagu hit mereka, Butter.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Mungkin kerana masa kami untuk bersama tidak sesuai dan saya rasa tidak mahu bercerita terlalu jauh tentang perkara ini,” katanya ketika bersiaran langsung di Instagram semalam.
Pada masa sama, Amelia memaklumkan dia dan pelakon berusia 30 tahun itu juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka kerana menghormati antara satu sama lain.
“Apa-apa pun sekarang kami sudah di haluan berbeza dan tiada apa yang boleh diulas.
“Dia adalah seorang aktor hebat dan saya doakan yang terbaik untuk Aedy malah tidak sabar untuk menonton filem Kahar Kapla High Council nanti.
“Adakalanya, sesuatu perkara berakhir kerana masa itu tidak bersesuaian. Sudah lama benda ini berlaku cuma kami tak keluarkan sebarang kenyataan sebab kami saling menghormati,” ujarnya lagi.
Difahamkan, Aedy dan Amelia dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada hujung tahun 2021.
Setahun kemudian, Aedy membuat kejutan melamar Amelia secara terbuka menjadi kekasihnya di sebuah acara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pencalonan awal Top 20 Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020 telah pun diumumkan semalam dan finalis Dewi Remaja 2018, Zeera Azizi telah berjaya menempatkan diri dalam kategori Artis Baharu Meletop.
Pencalonan ini diambil daripada kemunculannya dalam drama Setelah Terlafaznya Akad dan sudah tentu Zeera sendiri tidak menyangka bahawa dirinya terpilih menjadi calon awal dalam kategori tersebut.
“Alhamdulillah Zeera bersyukur sangat kerana dipilih menjadi top 20 bagi kategori ini. Zeera sendiri tak sangka sebab Setelah Terlafaznya Akad merupakan lakonan pertama selepas keluar daripada Dewi Remaja. Apa-apa pun, Zeera nak mengucapkan terima kasih kepada Michael Ang kerana memberi peluang untuk Zeera bergandingan dengan pelakon hebat seperti Kamal Adli dan Uqasha Senrose,”
.
“Semua saingan dalam kategori Artis Baharu Meletop 2020 memang ada kelebihan masing-masing. Zeera ni pun baru sangat dalam industri, bila dapat peluang tercalon pun dah rasa macam bertuah sangat. Zeera nak ucapkan good luck untuk semua yang bertanding,” jawabnya.
Walaupun gadis ini telah pun menyambung kerjayanya di awan biru, tetapi ia tidak menghalang Zeera untuk terus bergelar seorang pelakon.
Zeera mengacarakan karpet merah sewaktu malam finale Dewi Remaja 2019
.
“Alhamdulillah dah masuk tahun keempat Zeera bersama Malindo Air tapi Zeera masih lagi boleh mencuri masa untuk berlakon. Kebanyakan tawaran yang diterima sekarang adalah telemovie, jadi jangka masa untuk shooting pun tidak terlalu lama dan tidak menganggu tugasan sebagai pramugari,” tambahnya lagi.
Bergandingan dengan Safwan Nazri, finalis Hero Remaja 2017
.
Kami mengucapkan selamat maju jaya buat Zeera Azizi dan semoga peluangnya terbuka luas di dalam industri lakonan tanah air. Untuk yang nak mengundi Zeera, korang boleh pergi ke instagram Meletop ada https://www.gempak.com/anugerah-meletop-era dan pilih kategori Artis Baharu Meletop, klik UNDI di gambar Zeera.
Good luck Zeera!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
RM BTS dilantik sebagai duta global pertama Muzium Negara Korea, mengukuhkan peranannya dalam mempromosikan seni, sejarah dan warisan budaya Korea kepada masyarakat dunia.