R'Bonney Gabriel bersama Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu dari India. (Gambar kecil) Heather Lee dari Montana mendedahkan pelbagai isu pelik melibatkan organisasi Miss USA 2022.
Baru memasuki dua hari selepas R’Bonney Gabriel, 28 dinobatkan sebagai Miss USA 2022; drama mulai menyelubungi kemenangan wakil Texas berdarah kacukan Amerika-Filipana itu.
Pelbagai dakwaan kononnya keputusan pemenang telahpun diputuskan beberapa minggu sebelum pentas akhir Miss USA 2022 didedahkan sendiri oleh sebahagian besar daripada 50 lagi orang peserta yang bertanding mewakili negeri masing-masing. Dakwaan ini dimulakan oleh Miss Montana USA Heather Lee O’Keefe yang lantang mempersoalkan sistem organisasi Miss USA pada tahun ini.
Pada Jun lalu, kesemua peserta telah menjalani penggambaran video ‘b-roll’ bagi tujuan promosi Miss USA 2022.
Ads
Namun, R’Bonney dan wakil Calorado tidak menyertai trip tersebut memandangkan pertandingan peringkat masing-masing belum dilangsungkan dan mereka berdua masih belum dinobatkan sebagai pemenang.
Hanya pada awal bulan Julai, mereka berdua telah diberikan peluang untuk menjalani penggambaran berbeza di Houston, Texas.
Apa yang mendatangkan kemusykilan dalam kalangan peserta lain adalah apabila Nizuc Resort memuat naik foto R’Bonney pada bulan Ogos lalu bagi mempromosikan ‘med spa’ mereka biarpun R’Bonney tidak mengikuti trip ke Cancun bersama peserta lain. Sedangkan wakil Calorado tidak mendapat layanan yang sama.
Dakwa mereka, pemilihan R’Bonney telahpun dilakukan sejak waktu itu dan dia diberikan layanan lebih istimewa berbanding peserta lain.
Ads
Tambah mencurigakan adalah apabila salah satu penaja Miss Texas USA iaitu MIA Plastic Surgery mempunyai ikatan kolaboratif bersama Nizuc Resort. Salah seorang doktor pembedahan plastik MIA pula didakwa telah dilantik sebagai salah seorang juri sewaktu slot Kostum Nasional Miss USA di mana – well – R’Bonney dipilih sebagai pemenang kostum terbaik.
R’Bonney bersama kostum nasionalnya.
Ketidak puashatian ini bertambah jelas selepas R’Bonney tidak memperoleh sokongan dan ucapan tahniah oleh peserta lain semasa momen pemahkotaannya pada 4 Oktober lalu. Semasa program siaran langsung itu, para peserta yang sedang berada di bahagian belakang pentas dilihat beredar ke bahagian kiri dan tiada seorang pun yang tampil ke hadapan untuk meraikan kemenangan R’Bonney.
R’Bonney Gabriel bersama Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu dari India.
Jujurnya, dakwaan para peserta Miss USA 2022 ini wajar dibentangkan dan mendapat perhatian organisasi yang menganjurkan edisi kali ini di bawah arahan presidennya, Crystal Stewart agar ia tidak berpanjangan.
Sekiranya ia dibiarkan tidak berjawab, besar kemungkinan peluang R’Bonney Gabriel di pertandingan Miss Universe 2022 kelak boleh ‘tercalar’ disebabkan kontroversi ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dumbbell merupakan antara alat senaman yang cukup popular digunakan sama ada di gym mahupun di rumah.
Baru-baru ini jenama mewah Louis Vuitton ada keluarkan dumbbells rekaan jenamanya sendiri dengan harga $2,720 atau RM11,837.44.Bagi peminat jenama terkemuka Louis Vuitton, mungkin harga alat senaman ini ‘biasa-biasa’ saja kerana ia alat senaman keluaran rekaan berjenama.
Tapi kalau bagi penulis harga ini agak melampau untuk sebiji dumbbell yang korang boleh beli jauh lebih murah dari tu.
Tapi apa yang membuatkan alat senaman seberat 3 kilogram ini begitu mahal sekali harganya? Jenama ikon fesyen terkemuka ini bawakan alat senaman rekaan eksklusif jenama sendiri, di mana ia kini menjadi alat senaman paling popular dan mendapat permintaan tinggi di kalangan peminat jenama terkemuka ini.
Logo ikonik LV yang terdapat pada dumbbells memberikan aura elegan dan ciri eksklusif kepada pemilik barang senaman tersebut. Harga alat senaman maut ini dijual $2,720 atau RM11,837.44 sebelum shipping.
.
Louis Vuitton ingin jadikan dumbbells ini bukan sebagai alat senaman semata-mata, tetapi ia juga boleh dijadikan hadiah kepada yang ingin amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam di rumah. Sesuai dengan keadaan penularan pandemik di seluruh negara, membuatkan kita melakukan banyak perkara di rumah.
So kalau korang jenis orang yang ‘have-have’ boleh la beli seketul dumbbells harga maut ini, korang boleh layari laman sesawang Louis Vuitton, tak pun hadiahkan kepada rakan baik korang yang minat bersenam.hiks…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini ramai yang memakai pelitup muka bukan perubatan yang dijual secara online kerana harganya yang lebih murah, selepas ini korang perlu pastikan pelitup muka yang dipakai itu telah disahkan oleh SIRIM atau tidak.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memaklumkan bahawa semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta pendaan MS SIRIM daripda SIRIm QAS International Sdn Bhd.
Ia adalah susulan dengan pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Pewartaan ini bertujuan untuk memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan sama ada dalam negara atau diimport mematuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan.
Penandaan MS SIRIM haruslah diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna dan ia sebagai tanda yang menunjukkan produk tersebut telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat untuk digunakan.
Inisiatif ini juga dilakukan supaya dapat mengatasi isu lambakan pelitup muka bukan perubatan yang tidak berkualiti di pasaran Malaysia. Kegagalan mematuhi perintah tersebut boleh menyebabkan mana-amana syarikat dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 manakala bagai kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000.
Bagi individu pula, denda yang dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Ha, mulai Julai nanti jangan pula korang sewenang-wenangnya menjual pelitup muka bukan perubatan, takut nanti tidak semena-mena dikenakan tindakan pula. Dengan tindakan ini juga dapat memastikan yang pelitup muka korang benar-benar berkualiti dan mampu memberi kesan yang baik untuk mengelakkan penularan COVID-19. InsyaAllah!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa tak kenal dengan artis Ernie Zakri, penyanyi dan guru vokal kecil molek dengan vokal yang sangat ‘wow’
Sebentar tadi menerusi akaun Instagramnya, penyanyi lagu Ku Bersuara itu ada berkongsi sekeping gambar berhijab di laman instagramnya dengan caption ‘love’.
Menurut Harian Metro, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28 menyedari dirinya banyak membuat kesilapan dan kini sudah tiba masanya untuk berubah secara perlahan-lahan.
“Sebagai manusia biasa sudah pasti sentiasa inginkan yang terbaik dalam hidup. Jadi, penghijrahan ini adalah pilihan saya. Sebenarnya, niat untuk bertudung sudah lama. Malah sebelum pergi umrah lagi.
“Tapi, mungkin disebabkan komitmen kerja perkara ini tertangguh. Apabila dapat duduk di rumah sepanjang PKP ini, saya mulai muhasabah diri dan berasakan ini waktu sesuai untuk berhijrah.
“Alhamdulillah, doakan yang terbaik pada saya dan paling penting kekal istiqomah. Saya berkongsi perkara ini supaya ia dapat memberi inspirasi dan aura positif pada orang lain juga,”
Rata-rata rakan artis meninggalkan komen gembira dengan penampilan terbaru Ernie.
Malah, ada juga yang memuji kelembutan wajah Ernie apabila mengenakan tudung dan mendoakan agar Ernie kekal istiqamah.
Sumber : instagram Ernie zakri, harian metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!