Tiada apa yang lebih menyedihkan di saat minat mendalam namun akhirnya terpaksa terhenti akibat kecederaan. Namun lebih mengecewakan apabila kontrak ditamatkan.
Dalam satu laporan Harian Metro, tamatnya perlumbaan di Grand Prix (GP) Portugal minggu lalu bermakna berakhir sudah karier Khairul Idham Pawi dalam Kejuaraan Motosikal Dunia dalam saingan Moto3 apabila kontraknya bersama Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) tidak disambung.
Ia menjadi pengakhiran mengecewakan buat pelumba itu selepas apa diusahakan selama ini oleh ayahnya, Pawi Omar berakhir dengan cara paling tidak diingini.
Pawi berkata, dia cuba memujuk Khairul Idham atau lebih dikenali dengan Super KIP untuk meninggalkan dunia permotoran dan beralih kerjaya sebagai penternak lembu. Ia bukan gurauan, malah Super KIP ketika bersiaran di laman sosial Instagram baru-baru ini turut memaklumkan dia mungkin beralih angin menjadi petani dengan menanam pisang.
Kata Pawi, dia kecewa dengan apa berlaku dan selepas bergolok-gadai dan diisytiharkan muflis, malah sehingga KIP mengorbankan jarinya, namun karier anaknya itu berakhir dengan cara tidak disangka pada usia 22 tahun.
Ads
"Khairul satu dalam sejuta. Saya bukan nak bangga, tapi saya didik dia dari kecil sejak sekolah lagi. Macam mana susahnya saya didik dia, asuh dia bergolok-bergadai rumah. Berniaga hingga muflis sampai ke hari ini.
"Malah sekarang saya masih tanggung saman dari LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) sebanyak RM36,000 tiap-tiap bulan sebab tak bayar cukai demi jadikan Khairul sebagai pelumba. Tiba-tiba jadi macam ini. Saya amat kecewa," katanya.
Ads
Khairul kini berada di tanah air dan menjalani proses kuarantin wajib di salah sebuah hotel di ibu negara.
Dia dijangka pulang ke kampung halaman, Batu Gajah, Perak pada 7 Disember depan selepas tamat tempoh itu.
Ads
Kata Pawi, Khairul mungkin bertukar kerjaya dan beliau cuba pujuk anaknya untuk tinggalkan perlumbaan dan mulakan hidup baharu.
"Saya sangat kecewa dengan SRT, termasuk Khairul. Saya tak pernah lihat dia betul-betul kecewa seperti hari ini. SRT tak bagi dia peluang. Masa di Moto2 dia jatuh cedera dan berehat panjang tukar ke Moto3. Jatuh lagi dan cedera lagi sehingga potong jari.
"Sebenarnya perkhabaran khidmat Khairul ditamatkan itu saya tahu sejak Julai. Sudah ada khabar angin bertiup. Sebelum dia potong jari dan kalau dah tahu begitu, kenapa mereka suruh dia potong jarinya," kata Pawi.
Khairul menyertai Petronas SRT pada 2019 dalam kategori Moto2, tetapi selepas bergelut dengan masalah kecederaan, dia memasuki kategori Moto3 setahun kemudian. Sepanjang bergelar pelumba, Khairul pernah dua kali menaiki podium sebagai juara dalam Moto3 pada 2016 di Argentina dan Jerman. Sumber : Harian Metro / Gambar : Petronas SRT
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fenomena boba rasanya masih mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia kerana minuman bubble tea ini sering kali menjadi pilihan ramai. Mana tidaknya, kalau korang singgah di kiosk jualan boba tea ni confirm pelanggan beratur panjang.
Disebabkan sambutan yang begitu mengalakkan, jenama aiskrim Wall’s telah pun berkolaborasi dengan Tealive dalam menghasilkan Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream. Rangkaian aiskrim bubble milk tea ini kini boleh didapat di seluruh negara secara dalam dan luar talian.
Diperbuat dengan 100% rasa teh susu dan bijian pearl yang kenyal, aiskrim ini direka khusus bagi memberikan pengalaman baru keapda minuman yang sememangnya sinonim dengan masyarakat Malaysia.
Jika sebelum ini mungkin ada yang mengatakan sukar untuk mendapatkan aiskrim edisi terhad ini, kini korang boleh dapatkan di kesemua kedai mini utama, pasar raya, pasar raya besar, 7 Eleven, myNEWS, Shell, Petronas dan banyak lagi, termasuk cawangan Tealive yang terpilih di seluruh negara.
Korang juga boleh dapatkan secara online di laman e-commerce seperti Lazada, Grab, Shopee dan Beepit dalam pek 15 dan 30 batang aiskrim.
Harga yang disyorkan untuk Tealive Boba Ice Cream ini adalah diantara RM2.20 hingga RM2.70
Wah, harganya memang berbaloi dan tidaklah mahal sangat. Tambah pula dengan cuaca Malaysia yang agak panas sekarang, rasanya mesti puas hati kalau dapat menikmati aiskrim boba ini. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila menyebut soal kematian, kehilangan orang tersayang akan membuatkan kita berasa amat sedih. Bayangkan jika yang meninggal itu, kedua ibu bapa, adik beradik, suami atau isteri dan juga anak-anak atau orang yang dekat dan kita sayang.
Namun di sebalik kematian yang akan dirasai oleh setiap makhluk yang bernyawa seperti mana janji Allah taala, mereka yang masih hidup ini perlu meneruskan kehidupan selagi mana hayat tersisa.
Baru-baru ini, tular video seorang pemuda dilaman sosial dikenali Detective Wan dengan membacakan talkin buat arwah neneknya, Maimunah Abdul Hamid, mengundang sebak dan meruntun hati netizen yang menyaksikannya.
Menerusi video itu, pemuda yang memakai baju berwarna putih itu sedaya upaya menahan daripada menitiskan air mata dan terus membacakan talkin sambil disaksikan oleh ahli keluarga lain yang hadir.
Bacaan talkin yang dilakukan tanpa melihat sebarang teks dan secara terus itu juga secara tidak langsung menimbulkan keinsafan dikalangan warganet yang menontonnya.
Tuan-tuan yang dirahmati Allah, sesungguhnya talkin pada hari ini bukanlah talkin kepada si mati, jenazah, sedangkan talkin pada hari ini, talkin kepada kita semua.
“Mengingatkan kita kepada mati, mengingatkan kita kepada alam akhirat. Berapa ramai orang yang tak sangka dia akan mati esok.
“Anak-anak muda mahu pun orang tua yang sedang bersuka ria yang sedang gelak ketawa di kedai kopi, sedangkan mereka tidak tahu bahawasanya kain kapan mereka sudah pun dipotong,” katanya dalam talkin itu.
Video dengan jumlah tontonan seramai 4.2 juta netizen itu turut menerima maklum balas positif dan memuji tindakannya yang dianggap sebagai contoh terbaik anak muda.
Alfatihah dan syabas buat pemuda ini, semoga talkin yang dibaca ini sampai kepada semua umat manusia .
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Remaja yang terdedah kepada bahan lucah cenderung mengalami gangguan emosi, hilang rasa malu, dan rendah nilai diri.
Dalam usaha membimbing remaja ke arah kehidupan yang lebih positif, pempengaruh media sosial, Abdul Qawiy Abd Rashid, atau lebih dikenali sebagai Qawiyaro berkongsi pandangan mengenai kesan menonton pornografi yang boleh mengakibatkan hilang hafalan seseorang.
Popular dengan kandungan ‘Tebuk Ngaji’ yang menguji hafalan al-Quran orang awam secara spontan. Menerusi sesi podcast Sembang Seram, Qawiy berkata, perkara itu terbukti seperti mana peristiwa yang terjadi kepada ulama Islam terkenal, Imam Syafie.
Pertama, menonton pornografi semestinya haram. Kedua, kesannya memang akan hilangkan hafalan kita.
Saya mahu berkongsi kisah Imam Syafie. Beliau sangat hebat kerana mampu menghafal apa sahaja yang dibaca dengan mudah.
Kalau buka kitab, dia baca automatik akan hafal. Namun ada satu hari, dia merasakan seperti susah nak menghafal, agak perlahan dan tidak seperti selalu. Lalu, dia bertanya kepada gurunya dan gurunya awab, tinggalkan maksiat.
Berkongsi lanjut mengenai peristiwa itu, Qawiy berkata, Imam Syafie secara tidak sengaja terpandang betis isteri gurunya.
Tapi pelik, kerana Imam Syafie berkata dia tidak pernah buat maksiat, rupa-rupanya ada satu hari Imam Syafie ternampak betis isteri ustaznya.
Isteri ustaznya lalu di hadapan Imam Syafie, kemudian ada angin kuat dan ternampak sedikit betisnya.. Imam Syafie dah alihkan pandangan, namun tetap menjadi kesan kepada hafalannya.
Justeru, Qawiy menasihati orang ramai supaya meninggalkan hobi gemar menonton video tidak senonoh kerana perbuatan itu menyukarkan seseorang untuk memperoleh ilmu.
Sebab apa perlu tinggalkan maksiat? Kerana sesungguhnya ilmu adalah cahaya. Cahaya tidak diberikan kepada orang yang melakukan maksiat.
Bayangkan kita yang suka tengok pornografi suka-suka. Jadi nasihat saya perlu jaga tiga perkara iaitu apa yang kita lihat, kita dengar dan kita cakap. Itu semua mempengaruhi hati.
Kesimpulannya, menonton pornografi bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan fizikal, tetapi juga emosi dan sosial.