
Gadis berketurunan India dari Nebraska, Faron Medhi telah dinobatkan sebagai juara Miss Teen USA 2022.
Pada usia 18 tahun, Faron juga menjadi wakil ratu cantik remaja pertama dari Nebraska yang berjaya memenangi gelaran Miss Teen USA sejak tahun 1983.

Melengkapkan senarai Top 5 pada malam tadi ialah naib juara Jenna Beckstrom (Idaho); pemenang tempat ketiga Cassidy Hill (California), pemenang tempat keempat Isabella Mosqueda (Michigan) dan pemenang tempat kelima McKinley Farese (Tennessee).


Dalam segmen soal jawab semalam, Faron telah menerima soalan berkenaan telefobia yang merujuk kepada rasa takut untuk bercakap bersama orang lain menerusi telefon.
Jawab Faron, “Dalam generasi sekarang, kita mempunyai banyak akses kepada media sosial dan mesej. Kita akan kerap berhubung dengan cara itu. Dua insan boleh duduk bersebelahan tetapi masih menghantar mesej.
“Bagi saya, itu adalah pelik kerana anda seharusnya ketepikan telefon bimbit dan bercakap dengan dengan individu di sekeliling. Dalam hal panggilan telefon pula, ia boleh jadi menakutkan kerana seseorang mungkin kurang arif menyusun ayat atau merasa cemas.
“Saya percaya, sebagai generasi masa ini kita kadangkala perlu ketepikan telefon bimbit sebentar dan lebihkan percakapan ‘interpersonal’. Ini amat penting dalam dunia sekarang terutamanya dalam kalangan remaja,” ujarnya.
Selain persembahannya yang menyakinkan panel juri, Faron juga menjadi topik perbualan selepas reaksi wajahnya ketika pengumuman pemenang tular di media sosial.



Sebelum menyertai pertandingan di peringkat negeri Nebraska Mac lalu, Faron sebenarnya baru sahaja menamatkan persekolahannya dari Millard North High School di mana dia aktif menyertai pelbagai jenis kelab. Tidak cukup dengan itu, Faron juga merupakan seorang penari hip hop profesional dan bergelar guru tarian!
Fuh, memang tidak boleh duduk diam ya! Hehe..

Model remaja ini turut cemerlang dari segi pendidikan apabila dilaporkan menamatkan pengajian sekolah menengah dengan skor 4.1 GPA.
Kini setelah tamatnya pertandingan Miss Teen USA 2022 semalam, Faron berkata dia bakal mendaftar masuk ke Grand Canyon University di Phoenix, Arizona pada kemasukan musim luruh ini dengan mengambil jurusan Biologi yang diminatinya.
Kemenangan Faron Medhi ini juga seakan meneruskan kecemerlangan gadis berbangsa India di pentas ratu cantik pada tahun ini selepas kemenangan wakil India, Harnaaz Saandhu di Miss Universe 2021.
ARTIKEL BERKAITAN : Dikatakan Tidak Terkenal Sebagai Miss Universe, Harnaaz Sandhu Dituduh Sengaja Gemuk Demi Populariti – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!















Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam.
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas pun berbau wangi.
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine ke atasnya. Urut Listerine ke seluruh bahagian rambut hingga terasa sejuk. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut. Lebih jimat daripada bayar rawatan kelemumur di salon.
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut.
Sapukan sedikit Listerine ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Hebatkan!
Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah boleh gunakan tanpa was-was berus gigi anda!
Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata.
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat.