R’Bonney Gabriel mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wanita berdarah Filipina pertama memenangi gelaran Miss Texas USA 2022 pada awal Julai lalu. Menerusi kemenangannya itu, dia menjadi wakil berdarah Asia pertama yang mewakili Texas ke peringkat kebangsaan.
Hari ini wanita berusia 28 tahun ini sekali lagi mengukir nama apabila dinobat sebagai juara Miss USA yang terbaharu. Satu persatu cabaran yang diberikan kepadanya dihadapi dengan tenang dan matang.
Merupakan seorang graduan dari University of North Texas, kini dia selesa menceburi dunia perniagaan dengan membina jenama fesyennya sendiri selain terlibat dalam organisasi sosial untuk membantu golongan yang memerlukan.
Berjaya mengetepikan cabaran 50 peserta lain daru seluruh pelusuk Amerika Syarikat, Sewaktu namanya diumumkan sebagai peserta top 16, seluruh dewan bersorak menyokong kemaraannya. Kemudia dia mara sebagai peserta top 12 dan seterusnya ke peringkat top 5 untuk sesi soal jawab.
Soalan yang dilontarkan kepadanya berkisarkan apakah keutamaan pertama yang akan dilakukannya untuk menangangi isu perubahan iklim cuaca kerana wanita didapati merupakan golongan yang lebih terdedah kepada impak tersebut.
Ads
Jawabnya, “Saya rasa banyak cara kita boleh lakukan untuk mengatasi perubahan iklim dalam kerjaya mahupun gaya hidup seharian. Ia bermula dengan semudah memiliki tong kitar semula di rumah atau menjadi kreatif dengan menlaksanakan misi tersebut dalam kerjaya.
“Saya merupakan seorang pereka fesyen, dan sebenarnya saya menggayakan busana yang direka sendiri sekarang. Saya menggunakan semula busana yang tidak dipakai untuk menghasilkan pakaian baru untuk menjadi lebih mampan dalam industri fesyen. Cara sebegini merupakan satu cara yang boleh dilakukan dalam industri ini atau di rumah untuk menjadi warga yang mampan.”
Menjadikan kememangannya lebih manis, sehari sebelum acara finale, R’Bonney turut menang dalam segmen kostum nasional. Dia menggayakan kostum yang diinspirasikan dari bunga Bluebonnet Texas yang merupakan bunga rasmi negeri itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Waktu berjalan sangat cepat, sedar tidak sedar… tinggal lagi lebih kurang dua minggu untuk mengatur segala persiapan untuk hari lebaran! Walaupun larangan rentas negeri masih kekal dan kita tidak dapat balik beraya di kampung halaman tapi raya tetap raya.
Sepasang dua baju raya wajib la ada kan. Jadi berapa ramai di sini yang sudah mempersiapkan keperluan Hari Raya? Untuk memberi idea kepada kamu agar mampu berfesyen seiring trend namun, masih lagi mampu mengekalkan cita rasa yang sesuai dengan identiti diri, ini beberapa busana Aidilfitri dari pereka dan jenama tempatan yang memiliki rekaan paling hit pilihan REMAJA.
Klisenya rekaan baju raya musim ini apabila ramai pereka mengekalkan elemen klasik sebagai pilihan fabrikasi utama. Namun, bagi pereka yang lebih bijak, mereka mencuba kelainan untuk mewujudkan suasana Aidilfitri musim bunga dengan masih lagi mengekalkan klasik tetapi dengan penggunaan material klasik yang lebih kontemporari seperti batik -yang kemudian diterap dengan potongan busana moden untuk cipta gaya timeless!
Jika dilihat-lihat semula, kebarung atau kebaya labuh yang berpotongan longgar ini sebenarnya lebih artistik daripada kebaya pendek. Ini kerana, material yang digunakan lebih berjela membuatkan si pemakai tampak lebih elegan. Lebih-lebih lagi saat pakaian itu ditiup angin, helaian kebarung itu pasti berterbangan memancarkan aura keayuan si pemakainya. So sensational!
Terinspirasi dari corak kegemaran negara Britain yang lazimnya boleh dilihat pada pakaian kebangsaan jenis klit (skirt) yang dipakai oleh para pria Gaelic, asal Scotland, rata-rata rekaan busana Aidilfitri 2021 banyak yang memanfaatkan corak kotak-kotak versatile. Nampak manis dan comel, bagi kamu yang sukakan gaya funky dan eksentrik, boleh cuba gayakan kurung dan padanan kebaya yang menggunakan fabrikasi checkered sebegini.
#3 Kemunculan Semula Kurung Pahang
Nampaknya, ramai pereka fesyen kita tahun ini yang ligat menampilkan busana Aidilfitri yang diinspirasikan dari kurungn pahang. Dari sisi ke sisi, ia terlihat seperti potongan kurung moden yang akan mencekak bahagian pinggang secara jelas sebelum potongan kainnya terus kembang sehingga ke hujung. Sesuai sangatlah untuk yang berbadan langsing dan curvy tu!
Mencari kelainan dengan perincian ropol-ropol? Nah, ini persalinan rekaan Mek Kembang Cotton bersempena Aidilfitri 2021.
Dihiasi corak cetakan floral kecil, penampilan si pemakai pasti tampak manis – dihiasi pula dengan lipatan lebihan fabrik membentuk ropol bertingkat pada bahagian dada ke bahu serta kainnya. Renda pada bahagian lengan pula seolah menwujudkan dimensi baru dalam pemakaian kurung moden tersebut.
Penulis jatuh hati betul dengan rekaan yang polos begini. Minimalis dan comel sangat bila ada pula perincian butang disusun di beberapa bahagian pakaian dan kain. Simple tak semestinya tak cantik kan?
Bagi baju kurung Kedah pula, ia mempunyai potongan baju dan lengan yang singkat berbanding jenis-jenis baju kurung yang lain. Baju kurung kedah ni menang sentiasa ‘in’ dan evergreen.
Happy shopping! ❤
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula dari 18/3/2020 sehingga 31/3/2020 (14 hari) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 bagi mengawal wabak Covid-19 merebak.
Biar bukan lockdown (sekatan pergerakan masuk dan keluar) diumumkan seperti tular di media sosial sebelum ini tetapi hanya Perintah Kawalan Pergerakan sahaja, adalah lebih baik untuk kita saling berjaga-jaga kerana kita tidak tahu indvidu mana yang sudah dijangkiti.
Dalam pada itu, peguam terkenal, Nor Zabetha berkongsi di fbnya mengenai hukuman penjara 2 tahun atau didenda boleh dikenakan pada individu yang melanggar perintah kuarantin Covid-19.
Individu boleh DIPENJARA maksimum 2 tahun atau didenda bagi penyebaran COVID-19- Nor Zabetha
Jadi, kalau korang sudah dinasihat kuarantin dua minggu, sila jangan keluar rumah ya bagi mengelak situasi menjadi lebih buruk. Baca perkongsian peguam ini.
Individu boleh DIPENJARA maksimum 2 tahun atau didenda bagi penyebaran COVID-19.
Waktu cuti sekolah ini, masih ramai yang tidak ambil langkah berjaga-jaga. Tidak hairan langsung tentang penularan wabak ini. Sejak bulan Januari, syarikat penerbangan sudah mula menawarkan harga tiket penerbangan yang serendah-rendah harga. Bukan satu syarikat yang menawarkan, bahkan majoriti mereka.
Jujur saya katakan, bagi kaki jalan yang seperti saya, terliur rasanya melihat tawaran begitu tetapi fikir logik. Tawaran yang terlalu “too good to be true” ini selalunya akan ada udang disebalik batu.
Saya tidak mahu diri sendiri susah, keluarga susah dan siapa-siapa disekeliling susah kerana rasa ‘terliur’ saya yang berakhir dengan COVID-19. Setakat semalam 15/3/2020, di Malaysia seramai 428 disahkan dijangkiti virus ini. Bukan isu yang main-main.
Ramai mengambil langkah berjaga-jaga sejak penyebaran wabak Covid-19. Gambar hiasan.
Untuk pengetahuan semua bagi mereka yang tahu mereka dijangkiti atau percaya mereka berkemungkinan mempunyai penyakit berjangkit dan mendedahkannya kepada orang lain boleh dihukum PENJARA ATAU DENDA dibawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (APPPB).
Seksyen 12 memperuntukan bahawa jika anda tahu anda berpenyakit atau percaya anda mempunyai sesuatu penyakit berjangkit kemudian mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan dengan cara pergi ke tempat awam dan menggunakan kemudahan lain, maka ini adalah kesalahan di bawah Akta ini.
Ingat kata kunci atau elemen khusus dalam Seksyen 12 ini adalah “anda tahu”, kalau pun anda tidak tahu “anda mempunyai sebab untuk percaya anda berpenyakit” COVID-19.
Misalnya anda demam dan enggan mendapat rawatan kerana takut hendak berdepan dengan realiti sekiranya hasil pemeriksaan anda sah dijangkiti COVID-19. Nah! Di situ anda mempunyai sebab untuk percaya anda dijangkiti COVID-19 dan anda ke tempat awam seperti biasa. Ini adalah kesalahan.
Pada pendapat saya, anda tidak perlu demam untuk anda percaya anda dijangkiti. Dalam situasi COVID-19 yang menular secara pantas, dalam tempoh beberapa bulan sahaja sudah mencecah puluhan ribu seluruh dunia, saya yakin dan percaya kita semua MEMPUNYAI SEBAB UNTUK PERCAYA KITA BOLEH MENGHIDAP PENYAKIT COVID-19 ini dan sekiranya kita masih pergi ke tempat awam, menggunakan alatan awam maka kita adalah bersalah di bawah Akta ini.
Sekiranya anda di dakwa di Mahkamah, anda boleh didenda bagi kesalahan pertama maksimum 2 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Kesalahan kedua atau berikutnya maksimum 5 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
Selain dari kesalahan dari segi Akta ini juga, ahli keluarga atau orang yang terkesan boleh menuntut dari anda secara tuntutan ganti rugi. Bukan sahaja anda berdepan dengan hukuman penjara atau denda malahan anda perlu membayar ganti rugi yang puluhan atau ratusan ribu ringgit.
Ada satu kes tuntutan ganti rugi dibawah Akta ini iaitu Kerajaan Malaysia & ORS v. Lay Kee Tee & ORS [2009] 1 CLJ 663.
Dalam kes ini 184 orang (responden-responden) yang mendakwa mengalami penderitaan akibat dari virus Nipah/Japanese Encaphalities (JE) atau waris-waris mereka yang telah meninggal dunia akibat virus tersebut atau pemilik-pemilik ladang kinzir yang terjejas oleh virus yang sama telah menuntut dari Kerajaan beberapa ganti rugi iaitu dan keseluruhannya lebih kurang RM1.6 juta.
Dalam kes ini. Responden-responden telah meminta kerajaan (perayu-perayu) supaya membunuh khinzir-khinzir bagi mengawal penyebaran virus, kemudiannya memfail tuntutan terhadap kerajaan antara lain atas alasan kerajaan cuai dan gagal bertindak dengan cepat untuk mengawal virus dari tersebar. Menurut responden-responden, perayu-perayu telah membiarkan keadaan menjadi gawat sekaligus menyebabkan mereka menanggung kerugian.
Jadi, beringat, jangan kerana hendak memuaskan rasa sendiri anda tidak ambil langkah berjaga-jaga. Berhati-hatilah. Sila share kepada yang lain-lain sebagai langkah berjaga-jaga dan waspada.
Di tulis oleh Nor Zabetha.
Jom follow saya untuk perkongsian dan ilmu undang-undang. Saya sentiasa berkongsi pengetahuan undang-undang dan isu semasa undang-undang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bella Hadid baru-baru ini mengumumkan bahawa dia ingin berehat sebentar dari dunia modelling .
Model selebriti yang terkenal dengan clean girl aesthetic itu menyatakan hasrat untuk lebih fokus pada kebahagiaan dan kesihatan diri selepas ini.
Kredit: Latinus Beauty
Selain itu, Bella Hadid juga mengaku bahawa dia berasa lebih gembira kerana tidak perlu wajah ‘fake’ di hadapan orang sekeliling lagi.
Walaupun telah menempa nama dalam industri sejak berusia 16 tahun, Bella mengaku bahawa kini dunia modelling bukan untuk dirinya lagi.
Melalui temubual bersama majalah Allure baru-baru ini, Bella juga berkongsi kisah kehidupannya bersama pasangan, Adan Banuelos setelah berpindah ke Texas.
Kredit: Vogue
Katanya, dia seperti menemukan jati diri selepas berpindah ke Texas. Berbeza daripada kehidupan sebelum ini di mana Bella tidak dapat merasakan keseimbangan hidup walaupun selepas meraih kejayaan dan populariti sebagai supermodel.
Kredit: Vogue
Bella yang juga kini bergelar usahawan, ingin fokus pada perniagaan produk wangian barunya iaitu Orebella. Produk ini merupakan inspirasi dari budaya keluarganya sendiri yang berketurunan Arab.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!