Sekali imbas posternya mungkin ramai beranggapan bahawa Killing Gunther merupakan sebuah filem aksi. Sebenarnya, kamu tak salah kerana masih ada elemen aksi turut diselitkan di dalam filem arahan Taram Killam, pelakon komedi yang mucul dari program SNL. Ini merupakan filem pertama arahan Taran Killam, jadi tidak hairanlah sedikit sebanyak filem ini ada kekurangannya.
Jika dilihat di atas kertas, Killing Gunther menjanjikan sebuah kolektif pelakon-pelakon hebat yang terdiri daripada Cobie Smulders, Bobby Moynihan, Hannah Simone, Allison Tolman dan Arnold Schwarzenegger yang memegang watak Gunther. Gabungan hebat ini jika difikirkan mampu menlahirkan sebuah filem komedi yang baik.
Arnold Schwarzenegger memegang watak sebagai pembunuh upahan nombor satu di dunia
Ads
Premis Killing Gunther cukup ringkas; Blake seorang pembunuh upahan bersama krewnya ingin mencari dan menghapuskan Gunther yang dipercayai menjadi pembunuh upahan terhebat di dunia. Untuk membuktikan dirinya lebih hebat, Blake harus menyempurnakan misi ini. Dan sepanjang misi ini dijalankan, Blake telah mengupah juru video untuk merakamkan setiap detik misi mereka.
Dan di sinilah kita sebagai penonton melihat rakaman yang dilakukan oleh juru video tersebut. Ia seakan menonton program realiti televisyen yang penuh dengan aksi letupan dan komedi daripada setiap karakter. Jika kamu pernah menonton filem What We Do in the Shadows, itulah corak arahan yang ingin dicapai oleh Taran Killam.
Ads
Namun, sayangnya ia tampil dengan banyak kelemahan. Salah satu daripadanya ialah fokus karakter utama yang agak tidak berapa jelas. Karakter-karakter lain juga tidak dikembangkan dengan begitu baik. Kemunculan Arnold Schwarzenegger tidaklah terlalu lama di dalam filem ini. Mingkin ia hanya sebagai gimik.
Ads
Walau bagaimanapun, Killing Gunther masih ada elemen komedi yang boleh kita hargai. Walaupun tidak menawarkan plot yang menarik namun kemunculan pelakon-pelakon hebat mungkin mampu mengubati kekecewaan itu.
Nampaknya drama Jangan Benci Cintaku yang disiarkan di slot Akasia TV3 menjadi trending gara-gara Husna, Fika dan Shah. Mengisahkan isteri teraniaya, watak perempuan perampas dibawakan Husna menjadikan media sosial medan menjadi tempat lepas geram kepada nama HUSNA. Bukan saja orang ramai tetapi ada juga artis seperti Datuk Aznil Nawawi memberikan komen kenapa perlu ganggu rumahtangga orang?.
Realitinya, soal perampas dalam rumah tangga orang memang wujud dari zaman nenek moyang cuma tak di exposekan sebegini. Cuma sejak zaman bawang membawang ini, ia menjadi medium orang ramai untuk mengutuk si perampas rumah tangga. Biarpun ia hanya sekadar lakonan tetapi cara orang ramai melepaskan perasaan seolah-olah perampas dianggap sebagai “perempuan” yang tak perlu dikasihani langsung!
Cakaplah apa saja tentang perempuan yang meruntuhkan rumahtangga orang lain, semuanya pasti naik angin dan memberi komen berlebihan. Jadi bila seorang isteri luahkan yang rumahtangganya diganggu gugat oleh perempuan lain sehingga akhirnya terpaksa bercerai, luahan itu ternyata menjadi trending kerana ramai yang bersimpati dengan nasib menimpanya. Ramai memuji wajahnya yang cantik, sanggup berkorban tetapi ternyata cinta seorang lelaki boleh berubah begitu sahaja.
Inilah perkongsian seorang bekas isteri, Syuhaidah Ebie yang membuat luahan hatinya dan mendapat perkongsian lebih 20k di media sosial dua minggu lalu.
Wanita membuat luahan hati yang perkahwinannya sudah musnah akibat perempuan lain
Jadi benarlah HUSNA itu wujud dan memang ada wanita yang ditinggalkan suaminya kerana perempuan lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kompleks beli-belah 1 Utama sekali lagi mencatatkan kes positif COVID-19 apabila seorang kakitangan di premis Komugi disahkan positif COVID-19.
Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh pihak pengurusan premis terbabit dalam laman Facebook mereka. Kakitangan itu disuruh untuk tidak datang bekerja pada 2 November 2020, setelah menunjukkan gejala.
Premis cawangan 1 Utama itu juga ditutup serta merta dan semua makanan dan bungkusan yang terdedah terus dibuang. Selain itu, setiap orang yang berhubung dengan kakitangan terbabit telah dikenal pasti dan dikuarantin serta menjalankan ujian swab jika perlu.
Semua pelanggan yang mengunjungi Komugi 1 Utama pada 1 dan 2 November 2020 akan dihubungi oleh pegawai kesihatan dari KKM jika diperlukan. Pelanggan juga boleh menghubungi talian 03-6140 2430 atau e-mel kepada customerservice@komugi.com.my jika mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.
Bila dengar berita seperti ini, rasanya memang lebih baik jika kita duduk di rumah sahaja dan berhenti berkunjung ke tempat-tempat yang ramai orang. Jika perlu pun, pastikan patuhi SOP yang ditetapkan dan jangan lupa untuk sentiasa memakai pelitup muka.
Paling penting, jangan pula korang lupa untuk scan MySejahtera atau tulis nama dan nombor telefon pada setiap premis yang dikunjungi. Disebabkan seperti perkara-perkara inilah akan memudahkan KKM untuk menghubungi kontak rapat.
Rupa-rupanya, bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa sahaja yang ‘meminati’ kreadibilit Dr. Noor Hisham ini.
Umum sedia maklum bahawa Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah diletakkan dalam senarai tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usahanya menangani wabak COVID-19 ketika ini.
Seperti yang dikongsikan di laman Facebook Mafas Hasan, seorang kanak-kanak telah menghantar surat ucapan kepada KP Kesihatan tersebut dan mendapat reaksi yang positif! Comel!
SURAT DARI LARA UNTUK KP KESIHATAN
Di laman Facebook, tular sepucuk surat yang ditulis oleh seorang kanak-kanak perempuan diberikan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Lara Khadijah McAfee yang berusia sembilan tahun turut menghasilkan seutas rantai tangan sebagai terima kasih kepada Dr Noor Hisham.
“Saya tinggal di Kuala Terengganu dan merupakan murid di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman. Saya membuat gelang untuk dipakai rakan-rakan sebagai tanda persahabatan.
“Dan saya membuat gelang ini untuk Dr sebagai terima kasih atas usaha dalam membantu rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan selamat ketika pandemik Covid-19 ini,” tulisnya.
RESPON SURAT BALAS DARI KP KESIHATAN
Lebih terharu apabila surat bertarikh 19 Mac lalu itu dibalas Dr Noor Hisham semalam yang turut berterima kasih atas kesudian kanak-kanak tersebut menghargai usaha kerja kerasnya selama ini.
“Terima kasih untuk surat dan gelang yang diberi. Cucu saya memakai gelang tersebut dan dia amat menyukainya!
“Kata-kata kamu sangat baik namun saya tidak melakukan semua itu keseorangan. Saya bertuah mempunyai ‘frontliner’ hebat yang membantu negara kita.
“Rakyat Malaysia seperti kamu sudah membantu dengan memainkan peranan duduk di rumah. Teruskan berbuat demikian dan sama-sama kita melawan Covid-19,” katanya.
Posting dimuat naik di laman Facebook Buletin TV3 itu mendapat perkongsian lebih 2,000 kali dan 8,000 tanda suka serta pelbagai reaksi netizen yang turut memuji sikap rendah diri Dr Noor Hisham.
Dari pentas Hero Remaja 2019/2020 hingga kini bergelar duta Xiaomi Malaysia, Meerqeen terus melangkah lebih jauh. Bersama REMAJA, dia berkongsi tentang aspirasi, keberanian mengambil risiko, definisi kejayaan serta mengapa kolaborasinya bersama Xiaomi lebih daripada sekadar menjadi wajah sebuah jenama.