Sejak wabak pandemik COVID-19 melanda negara, ramai diantara kita yang tidak dapat melalukan aktiviti seperti biasa termasuklah pergi bekerja seperti biasa dan bagi pelajar terpaksa membiasakan diri dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Sumber Gambar : Photo by Ken Tomita from Pexels
Bekerja dari rumah atau istilah WFH (work from home) dilaksanakan bagi menyekat penularan virus ini daripada terus merebak.
Bila sudah berada di rumah sendiri, pastinya satu benda yang amat penting untuk berkerja selama 6- 8 jam ialah meja kerja untuk memberi keselesaan. Betul tak?
Baru-baru ini laman Twitter Kakideko ada beberapa jenis meja untuk kegunaan kerja dan belajar yang harganya tak sampai RM150 pun.
Mari ikuti bebenang ini.
Thread koleksi meja bawah RM150 dan aksesori-aksesori untuk menghias home office anda!
Kalau anda cari meja design yang simple, meja ini sesuai untuk anda! Harga tak sampai RM100 pun termasuk delivey. Ada 3 warna.
Kalau anda nak letak banyak barang di working space anda, boleh beli meja ini. Ia didatangkan dengan rak bertingkat. Campur kos penghantaran, harga masih dalam bajet bawah RM150 dan ada 3 pilihan warna serta saiz.
Kalau suka buat kerja di atas katil, recommended beli meja aluminium ini. Selain meterialnya lebih tahan lasak, ia juga mudah dibawa kemana-mana. Camping contohnya. Harga pun murah!
Jadi, harapnya perkongsian ini sedikit sebanyak membantu korang mendapatkan keselesaan ketika belajar mahupun berkerja dari rumah.
Untuk info, Menurut Public Health Malaysia, kajian menunjukkan duduk dalam tempoh enam jam secara berterusan selama 15 tahun meningkatkan 40 peratus punca kematian, berbanding individu yang duduk kurang dari tiga jam.
Apa-apapun jangan duduk terlalu lama okay sebabnya ia mampu meningkatkan dua kali ganda risiko terkena penyakit kardiovaskular.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Datuk Radzi Jidin telah mengumumkan yang keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 boleh disemak pada 10 Jun 2021, iaitu Khamis hadapan.
Beliau membuat pengumuman tersebut melalui satu perkongsian video pendek di laman Facebook miliknya pada hari ini..
Sumber: News Straits Times
Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang calon sekolah dan calon persendirian boleh menyemak keputusan mereka bermula jam 10 pagi melalui dua kaedah.
Kaedah dalam talian di portal Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan keputusan penuh.
Menerusi perkhidmatan SMS dengan untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan hanya menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886.
Kesemua perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 10 Jun 2021 sehingga jam 6 petang pada 17 Jun 2021.
Walaupun begitu, buat calon yang tidak mempunyai akses kepada Internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon tersebut dan akan memaklumkan kaedah yang sesuai kepada mereka untuk mendapatkan keputusan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tak kenal Ikea, satu jenama global yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Sebuah pusat membeli-belah perkakasan rumah yang besar dari Sweden dan semestinya meatball yang sedap.
Untuk pengetahuan korang, Jika sebelum ini IKEA menyediakan barisan perabot dan perkakasan rumah yang mampu dimiliki oleh kebanyakan orang ramai. Terkini, Ikea mengeluarkan merchandise wajib-beli untuk tempoh masa terhad.
Dinamakan EFTERTRÄDA, yang diterjemahkan menjadi ‘successor’ dalam bahasa Sweden, koleksi ini akan berada di semua gedung IKEA seluruh Malaysia.
Terdiri daripada t-shirt ke hoodies, tuala mandi hingga beg tote dan botol air, EFTERTRÄDA dari IKEA diilhamkan dan disediakan untuk korang yang suka identiti sederhana dan cool.
Untuk info, koleksi edisi terhad EFTERTRÄDA dijual di semua gedung IKEA Malaysia mulai 4 Mac 2021 IKEA.my/EFTERTRADA .
Seperti biasa, koleksi EFTERTRÄDA ini masih menggunakan logo IKEA sebagai reka bentuk utamanya. Dimasa yang sama, IKEA masih menekankan kombinasi fungsi, kualiti, rekaan dan nilai di dalam minda pereka dan penggunanya.
EFTERTRÄDA X IKEA Food Special
Khas buat food lover, terbaru bersempena pelancaran koleksi EFTERTRÄDA, IKEA juga mengeluarkan menu baru iaitu Laksa Lobster Spaghetti. Namun, menu ini juga untuk masa terhad sahaja mulai 4 Mac hingga 30 Mac 2021.
Tawaran Istimewa Untuk IKEA Family Member
Menariknya, untuk ahli IKEA jangan lupa untuk menebus satu pelitup muka dengan reka bentuk kod bar ikonik dan satu pelekat dengan pembelian mana-mana koleksi EFTERTRÄDA. Tapi kena cepat sebab hanya 800 ahli IKEA yang pertama je diberikan.
Menu masakan tradisi dari Malaysia pernah mencuri tumpuan penonton antarabangsa apabila ia dipersembahkan oleh saluran memasak luar negara.
Korang mesti masih mengingati bagaimana Gordon Ramsay pernah kalah kepada resepi nasi lemak ikan bilis sambal yang dimasak oleh Aunty Lian.
Dan nasi lemak sekali lagi menjadi topik perbualan apabila juri program MasterChef UK, Greg Wallace mengkritik hidangan nasi lemak rendang ayam yang disediakan oleh peserta dari Malaysia, Zaleha kerana ia dikatakan tidak ‘rangup’.
Kali ini, satu lagi hidangan yang popular di kalangan masyarakat Malaysia mencuri tumpuan chef antarabangsa. Ia adalah hidangan ikan bakar yang disediakan oleh chef selebriti, Jamie Oliver menerusi rancangan Jamie and Jimmy’s Friday Night Feast.
Rancangan yang telah memasuki musim kelapan itu telah ditayangkan semalam dan seperti biasa, Jamie berjaya membuatkan penonton (termasuk kami!) terliur dengan hidangan yang biasa kita makan ini.
Jamie menggunakan ikan siakap (seabass) dan menyediakan pes yang diinspirasikan oleh citarasa lidah orang Malaysia. Dia kemudian menghidangkannya dengan nasi putih dan chopped rainbow salad (lebih kurang seperti kerabu) dan cili potong di atasnya.
Lihat bahan-bahan yang digunakan oleh Jamie seperti di bawah:
Serai dihiris nipis
Cili merah
Bawang merah
Halia
Daun limau purut
Garam secukup rasa
Kesemua bahan pes ini ditumbuk sebati.
Seperti kebanyakan ‘mak-mak’ di Malaysia, dia lebih memilih untuk menumbuk dan bukannya mencampakkan saja ke dalam pengisar untuk mendapatkan rasa yang lebih autentik.
Kacang tanah
Sos ikan
Tomato puri
Perahan limau kasturi
Kesemua bahan ini diadun sebati sebelum ia dilumur ke atas ikan dan disumbat ke dalam ikan.
Sebagai ‘finishing touch’, Jamie menggunakan daun pisang untuk membalut ikan tadi sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar pada suhu 220 darjah Celsius untuk 25 minit.
Untuk mendapatkan resepi penuh Jamie, korang boleh menonton episod penuh itu di bawah:
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang masih ingat lagi kisah tular seorang nenek membaca surah Yasin dan berzikir sambil menunggu cucunya yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...