Niat menghulurkan bantuan atas kerosakan sebuah motosikal bertukar menjadi tragedi apabila tiga mangsa maut selepas dirempuh sebuah lori di Kilometer 269.9 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban malam tadi.
Jika semalam pihak polis sukar mengenal pasti identiti mangsa kerana kesan kemalangan yang agak dahsyat di mana pengguna lebuhraya menuju arah Seremban telah terperangkap dalam kesesakan sejauh lima kilometer kerana tong-tong gas bertaburan memenuhi ruang lebih raya.
Hari ini, pihak polis memaklumkan identiti kesemua mangsa telah dikenal pasti.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, mangsa yang maut ialah penunggang motosikal Muhammad Idham Baharudin, 20; pemboncengnya Nurul Farah Safwannah Abdul Rashid, 20; dan pemandu lori V Ravendran, 26.
Kesan kemalangan dahsyat ini menyukarkan identiti mangsa dikenal pasti dengan cepat semasa kejadian
Menurutnya, mangsa yang cedera ialah penunggang motosikal Abdul Hafis Suhaimi, 26, dan pemandu lori Darul Aman Ahmad, 38.
Ads
Katanya, kemalangan 10 malam itu membabitkan empat kenderaan iaitu motosikal Yamaha Y15, motosikal Honda EX5, lori membawa muatan gas petroleum cecair (LPG) dan lori simen.
“Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang Muhammad Idham dari Seremban ke Kajang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di lorong kecemasan. Abdul Hafis yang berada di belakang berhenti dan memberi bantuan kepada penunggang serta pembonceng terbabit.
Ads
“Lori membawa muatan LPG dari arah sama berhenti di lorong kecemasan dan turut membantu. Selepas itu, datang lori simen dari arah belakang lalu melanggar lori LPG berkenaan menyebabkan lori itu bergerak ke hadapan dan merempuh empat mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ibrahim berkata, akibat rempuhan itu penunggang dan pembonceng meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi mangsa cedera.
Ads
“Pemandu lori simen turut meninggal dunia. Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat. Mangsa yang cedera juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya.
Korang ingat lagi tak dengan drama ‘Sutun‘ beberapa tahun lalu di mana pelakon utamanya dilihat berjaya membawa watak ‘mat lembut’ dengan amat berkesan.
Malah, setelah hampir 18 tahun drama terbitan RTM ini masih diingati dan pernah mencipta fenomena dalam sejarah televisyen Malaysia.
Drama Sutun terbitan RTM yang mengisahkan kehidupan lelaki lembut
Mengisahkan tentang suka dan duka seorang lelaki yang berpewatakan lembut di sebuah kampung itu menarik perhatian penonton, watak ikonik ‘Sutun’ itu dipegang oleh Ku Yusry dan ia masih menjadi bualan sehingga ke hari ini.
Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial TikTok @ciklebah7 yang memaparkan imej terbaru pelakon drama tersebut yang kini memegang jawatan sebagai seorang guru.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tidak menyangka dapat bertemu semula dengan pelakon yang menyepikan diri ini selepas hampir dua dekad.
Difahamkan beliau kini bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah.
Menerusi video yang dikongsikan, netizen mengucapkan tahniah kerana lelaki ini sudah berjaya menjadi pendidik tak kurang juga yang turut tertumpu kepada meja bekas pelakon ini yang dilihat masih lagi mengekalkan warna merah jambu yang cukup sinonim dengan drama Sutun beserta kain alas berbulu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun korang mungkin tidak begitu menonton filem keluaran China dan Taiwan, tetap ramai yang mengenali nama Godfrey Gao sebagai seorang model terkenal.
Berita pemergian pelakon yang lahir di Taiwan dan dibesarkan di Kanada itu masih mengejutkan ramai orang.
Bukan saja kerana Godfrey baru berusia 35 tahun. Tetapi juga kerana punca pemergiannya di set penggambaran rancangan televisyen berjudul Chase Me di China semalam.
Beliau dilaporkan tidak sihat dan demam sebelum terlibat sama dalam sesi penggambaran itu. Apa yang mengejutkan adalah Godfrey berada di sana selama 17 jam tanpa rehat (Dari 8.30 pagi hingga 1.45 pagi), hinggalah beliau secara tiba-tiba rebah.
Sebelum Godfrey menghentikan lariannya dalam salah satu babak rancangan itu, terdapat penonton yang mendakwa dia terdengar Godfrey berkata, "Saya tak boleh lakukannya lagi". Lantas dia rebah di tengah set.
Juru kamera yang kebetulan sedang mengfokuskan lensa ke arah Godfrey pada mulanya beranggapan ia hanyalah lakonan dramatic pelakon itu untuk rancangan reality itu. Namun selepas seketika, mereka menyedari ada sesuatu yang tak kena dan terus memanggil bantuan kecemasan.
Kata-kata terakhir Godfrey jelas menunjukkan pelakon itu sedang bekerja melebihi kapasiti upayanya. Menurut laporan rasmi doktor, dia didapati menghembuskan nafas terakhir kerana simptom cardiac arrest ataupun serangan jantung.
Setelah 2 jam berusaha untuk menyelamatkan Godfrey, pihak hospital memberi laporan rasmi bahawa dia sememangnya meninggal dunia akibat punca tersebut.
*
Serangan jantung bukan lagi merupakan pesakit 'orang tua'.
Kes tersebut semakin meningkat di kalangan belia dan remaja disebabkan punca-punca yang sebenarnya boleh dielakkan. Antaranya temasuklah obesiti, merokok sejak usia remaja, hidup dalam tekanan, tidak mempunyai masa berehat yang cukup dan akhir sekali, sekiranya kita mengabaikan kesemua simptom di atas dan mengendahkan pentanda kecil jantung bermasalah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lee Chae-Rin atau lebih dikenali dengan nama CL, dilaporkan meninggalkan YG Entertainment selepas kedua-dua pihak gaga bersetuju dengan terma kontrak terbaru.
Menurut laporan eksklusif dari Sports Today, penyanyi dari Korea ini dan pihak pengurusanya sedang berbincang tentang kontrak yang bakal diperbaharui namun akhirnya, CL mengumumkan bahawa akan meninggalkan YG Entertainment.
Sejak pembubaran 2NE1 dan menandatangani semula kontrak bersama YG Entertainment pada 2016, CL telah bergerak secara solo dan mengeluarkan album di Amerika Syarikat. Penyanyi ini juga membuat penampilan di televisyen dalam rancangan MIXNINE dan Livin’ The Double Life tetapi tidak menghasilkan sebarang karya muzik sepanjang tempoh dua tahun ini.
Lagu terakhirnya bersama YG Entertainment adalah dari single 2NE1 yang berjudul Goodbye.
Tahun lalu, CL telah meninggalkan komen kepada peminat dengan memberi hint bahawa dia akan meninggalkan YG Entertainmment.
Apa-apa pun, kami ucapkan selamat maju jaya buat CL!