Gambar Hiasan

Bukan luar biasa tetapi sudah menjadi perkara biasa. Namun tidak ramai menjadikannya iktibar.

Denda RM1k Atau Penjara, Elak Main Telefon Bimbit Ketika Memandu
Gambar Hiasan

Ternyata, berita-berita kemalangan yang kita baca setiap hari di media sosial mahupun akhbar selain menonton tv adalah berpunca dari kecuaian pemanduan selain sikap suka ambil mudah. Antaranya bermain atau mengunakan telefon bimbit ketiak memandu.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM melalui laman Facebook rasmi mereka ada berkongsikan segmen info trafik mengenai ‘Guna Telefon Bimbit Semasa Memandu Boleh Dihadapkan Ke Mahkamah’.

Denda RM1k Atau Penjara, Elak Main Telefon Bimbit Ketika Memandu

IKLAN

Terbaru, menerusi perkongsian infografik tersebut, kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh diletakkan di bawah kaedah 17A, LN166/59, dan kesalahan tersebut telah dikategorikan sebagai saman yang tidak boleh dikompaunkan dan kes ini perlu diselesaikan di mahkamah.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan sehingga mencecah RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan.

IKLAN

Hukuman denda bakal dikenakan sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali jika ianya melibatkan kesalahan sabitan kali kedua.

IKLAN

Tidak hairanlah, dengan sikap mementingkan diri ini dan jangan sesekali terperanjat kadar kematian jalan raya di Malaysia  adalah ketiga tertinggi di dunia, lapor Bloomberg.

Tak salah kalau lepaskan kejap handphone tu barang sejam dua ketika memandu pulang. Dengar radio sudah lah.kan?

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI