Sering kali kita melihat di jalan raya, anak-anak muda menunggang aksi ala superman. Dimana selalunya rider akan meniarap di atas motosikal dengan kelajuan tinggi, seolah-olah sedang terbang.
Reaksi kita? Adakalanya bersorak dan terus merakam aktiviti tersebut sambil mulut kita membebel, tak sayang nyawa budak ke?
Tapi, awas ye!
Korang tahu tak bahawa perbuatan itu bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah penunggang motosikal yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tegas.
Ads
Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan, aksi berbahaya itu melanggar undang-undang di bawah seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.
“Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.
Ads
“Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan,” katanya.
Apa-apapun, moga penunggang motosikal lebih berhati-hati dan sayangi nyawa korang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pandemik Covid-19 memberi kesan buruk terhadap perkembangan ekonomi dan juga kesihatan. Pengambilan vaksin dilihat sebagai salah satu langkah untuk mengekang penularan virus tersebut sekaligus mampu menurunkan tahap jangkitan dalam kalangan masyarakat.
Di Jakarta, pemerintah negeri tersebut telah mula menjalankan proses vaksinasi secara menyeluruh dan dalam masa yang sama memberi amaran bagi mereka yang enggan mengikuti program vaksinasi tersebut. Jika didapati ingkar arahan, setiap orang boleh dedenda sebanyak 5 juta rupiah bersamaan RM1440.
Hukuman ini dilihat sebagai satu langkah untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan baharu yang mewajibkan inokulasi terhadap jangkitan virus Covid-19. Menurut laopran Reuters, naib gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria berkata kepada wartawan, “Jika anda tolak, akan dala dua perkara perlu anda lalui iatu tiada bantuan sosial dan juga denda.”
Indonesia mendepani masalah pandemik Covid-19 paling buruk di Asia dan mensasarkan untuk memberi vaksin kepaa 181.5 juta dari 270 juta populasi penduduk negara itu dalam masa 15 bulan di bawah program vaksinasi yang telah bermula bulan lalu. Sehingga ini seramai lebih kurang 34,000 warga Indonesia yang diketahui meninggal akibat virus tersebut.
***p/s – Di Malaysia, vaksin dijangkakan tiba pada 21 Februari ini. Golongan pekerja barisan hadapan dan juga warga tua akan diberikan keutamaan untuk menerima vaksin tersebut. Jangan kita terpengaruh dengan dakyah puak anti-vaksin. Ini adalah usaha demi menjaga kesejahteraan kita sebagai rakyat di negara berdaulat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecoh di media sosial bahawa Kota Makkah dan Madinah diserang ribuan cengkerik. Malah pihak berkuasa Arab Saudi juga sudah melakukan kerja pembersihan termasuk menyembur asap untuk membasmi kejadian ini.
Dapat dilihat ribuan cengkerik berterbangan dan mati selepas disembur asap. Malah lebih teruk cengkerik-cengkerik ini dilihat hinggap di badan jemaah sehingga memenuhi tubuh mereka.
Selepas tersebar luas, ada yang mengaitkan kejadian ini dengan bibit-bibit kerosakan yang dibawa masuk ke Semenanjung Arab termasuk negara Timur Tengah dengan adanya tarian melampau, judi dan sebagainya.
Ribuan cengkerik termasuk hinggap dibadan dapat dilihat semasa isu ini tular di media sosial
Sebagai manusia kerdil, ternyata Allah sudah menurunkan ayat al-Quran sejak 1400 tahun dahulu seperti dinyatakan dalam surah Al-A’raf ayat 133 yang membawa maksud:
“Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak,dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.
Malah surah ini turut dikaitkan dengan kesombongan yang dilakukan oleh kaum-kaum terdahulu termasuk Kaum Nabi Musa yang enggan tunduk kepada kekuasaan Allah. Namun selepas diturunkan bala,
Dan apabila azab yang tersebut itu menimpa mereka, mereka (merayu dengan) berkata: “Wahai Musa! Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami dengan (kehormatan) pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu (yang menjadikan permohonanmu sentiasa makbul). Sesungguhnya jika engkau hapuskan azab itu daripada kami, tentulah kami akan beriman kepadamu, dan sudah tentu kami akan membebaskan kaum Bani Israil (pergi) bersamamu”.
Kerja-kerja penyemburan asap dilakukan bagi mematikan serangan cengkerik iniRibuan cengkerik mati selepas disembur asap beracun
Adakah ini bukti bahawa kita kaum yang masih degil biar sudah banyak petanda demi petanda dunia sudah di akhir zaman namun kita masih lagi leka dengan segala kebendaan?
Dalam pada itu, satu kenyataan rasmi dari Majlis Perbandaran Tanah Suci Makkah berkaitan serangan ribuan cengkerik ini.
Berhubung dengan isu semasa yang sedang tular buat masa ini, berkaitan dengan video yang sedang hangat diperbahaskan di media-media sosial. Iaitu video yang merakamkan ribuan serangga memenuhi beberapa kawasan di sekitar kota Makkah Assyarif.
Majlis Perbandaran Kota Suci Makkah telah membuat siasatan dan hasil dari siasatan itu menjelaskan:
Bahawa serangga itu adalah sejenis serangga yang bernama (janadibu sauda) atau (al jaddejad). Atau dikenali juga sebagai lipas malam (cengkerik). Ia terbang sekawan dari tempat lain ke tempat lain.
Walau bagaimana pun pasukan keselamatan yang dikhususkan dari unit kawalan serangga telah dihantar bagi menyelesaikan masaalah ini.
Pekerja pembersihan melakukan kerja-kerja membersih selepas cengkerik ini mati
Sebanyak 22 kumpulan yang terdiri dari 138 orang pekerja yang disertakan bersama mereka sebanyak 111 pest controls atau alat pembasmi serangga.
Dan pembasmian telah dilakukan bermula dari sudut yang mana ia banyak didapati keluar. Iaitu saluran air bawah tanah, Saluran air kumbahan, Laluan terbuka atau tertutup
Semua ini dilakukan disekitar masjidil haram assyarif khususnya di bahagian yang bernama Al Qusyasyiyyah.
Arahan ini telah dikeluarkan daripada pemerintah umum hal ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Maka sesungguhnya, pihak berwajib telah berjaya menangani masaalah ini dengan mengerahkan segala tenaga dan usaha mereka. Bergantung pada kemampuan yang mereka miliki sebagai menjaga kesucian tanah haram ini.
Ia menjadi bukti pantas dan segeranya perlaksanaan ini dilakukan serta-merta bagi membasmi serangga serangga ini agar bisa menjaminkan keamanan dan keselamatan ke atas pengunjung tetamu tetamu Allah di Baitullah.
Sekian, Wallahualam
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Turut terkorban ialah anak kepada bekas pemain bola keranjang NBA itu, Gianna.
*
9 orang dipercayai terkorban dalam insiden sebuah helikopter terhempas di Calabasas California pada pagi ini.
Menurut laporan awal, mangsa turut terdiri daripada bekas pemain NBA berusia 41 tahun, Kobe Bryant serta jurulatih bola lisut kolej RIGHT NOWA, John Altobelli. Turut terkorban ialah juruterbang helikopter.
Berita pemergian Bryant yang sinonim dengan pasukan Los Angelas Lakers itu disahkan oleh pihak NBA sendiri kepada kesemua pasukan dan pekerja liga bola keranjang itu.
Bagaimanapun dari pihak polis serta penguat kuasa Los Angelas, info lanjut mengenai punca insiden dan senarai mangsa yang lain di dalam helikopter tersebut masih tidak akan dikeluarkan demi menghormati keluarga mangsa.
Mereka akan menantikan keputusan siasatan penuh sebelum memberikan apa-apa perkembangan.
Menurut laporan NY Times, pihak berkuasa masih tidak pasti berapa jumlah penumpang helikopter yang dibenarkan untuk menaiki dan sama ada helikopter tersebut terlebih muatan.
Kenangan Kobe Bryant bersama LeBron James.
Kobe Bryant merupakan lagenda bola keranjang pada zaman kegemilangan beliau apabila diberikan gelaran All-Star untuk 18 daripada 20 musim beliau bersama Lakers.
Malah beliau juga membantu pasukan tersebut untuk memenangi liga sebagai 5 kali dan 3 pingat emas bagi Amerika Syarikat dalam kejohanan antarabangsa.
Pada waktu ini, penyokong dan peminat bola keranjang terutamanya Kobe Bryant serta LA Lakers berkumpul di hadapan Staples Centre untuk memberikan penghormatan terakhir kepada beliau. Menariknya pada waktu yang sama, Staples Centre sedang mengacara anugerah Grammy’s pada pagi ini.
Sumber: NY Times
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!