Berita mangsa demi mangsa maut selepas dipercayai terjebak dengan penghisapan vape berperisa telah membuka mata banyak pihak mengenai bahaya produk e-rokok.
Yes we hear you. Kami tahu ramai di antara korang yang akan menemplak berita sedemikian kerana tidak percayakan bahaya yang ada pada alternatif ‘terbaik’ untuk rokok konvensional ini.
Namun, statistik jumlah mangsa akibat e-rokok jenis vape berperisa telah menunjukkan peningkatan seperti yang dilaporkan sedang berlaku di Amerika Syarikat.
Niat awal pengenalan e-rokok adalah untuk membantu perokok tegar dewasa menjauhkan diri daripada tobako. Akan tetapi, ia juga telah menggalakkan 3.6 juta remaja di Amerika untuk mula menghisapnya.
Kemudahan untuk mendapatkan perisa vape di kedai atau secara online menjadikan obsesi remaja New York terhadap vape meningkat.
Lantas semalam (waktu Malaysia), Gabenor New York iaitu Andrew Cuomo telah mengumumkan pengharaman semua rokok elektronik berperisa kecuali perisa tembakau dan mentol di negeri itu.
Ads
Ia adalah reaksi pantas New York terhadap masalah paru-paru membawa maut yang dikaitkan dengan tabiat menghisap vape.
Cuomo berkata, e-rokok berperisa buah dan gula-gula boleh membawa kepada ketagihan golongan muda kepada nikotin.
Tatkala ramai remaja di sana merasakan e-rokok berperisa bubblegum, cotton candy dan sebagainya adalah selamat dan terus-menerus menghisapnya, mereka tidak sedar implikasi teruk yang akan berlaku kepada mereka dalam tempoh singkat.
New York menjadi negeri kedua memperkenalkan larangan seumpama itu di Amerika selepas Michigan melakukannya pada awal bulan ini.
Setakat ini, hampir 400 orang di Amerika telah mengalami sakit paru-paru yang berkemungkinan besar ada kaitan dengan hisapan vape. Manakala, 7 dilaporkan telah meninggal dunia.
Penjual e-rokok diberikan 2 minggu untuk menghentikan stok produk sebelum larangan itu dilaksanakan.
Ads
Pada pendapat korang, mampukah Malaysia melakukan larangan yang sama?
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibaratnya seperti satu tradisi untuk empat orang ahli kumpulan Blackpink untuk ‘terbang’ ke kota Paris setiap kali tibanya Minggu Fesyen Paris bagi musim bunga dan musim luruh.
Bagi Blinks tegar di luar sana, pastinya korang sudah dapat mengagak ahli Blacpink mana yang akan muncul di pertunjukan fesyen serta acara jenama yang mana satu. Ini kerana setiap seorang mewakili jenama berbeza bagi mengukuhkan lagi imej Blackpink sebagai antara selebriti antarabangsa paling stail buat masa ini.
Sebagai contoh, Jennie akan ke acara Chanel, Jisoo pula boleh dijangka meraikan jenama Dior. Rose sudah sinonim dengan jenama Yves Saint Laurent manakala Lisa pula merupakan wajah jenama Celine dan Bvlgari.
Malang sekali pada musim lalu, mereka hanya boleh memeriahkan pertunjukan secara maya. Sebab itulah, dengan kelonggaran yang diterima Blackpink sekarang memandangkan situasi pandemik di seluruh dunia mulai berada pada tahap yang lebih terkawal, mereka dapat ke Paris pada minggu ini untuk memeriahkan Minggu Fesyen di sana.
Jisoo dan Rosé menjadi ahli terawal untuk tiba; masing-masing untuk menghadiri pertunjukan fesyen Dior dan Saint Laurent. Ia diikuti oleh Jennie untuk menghadiri acara Chanel pada malam ini.
Akhir sekali siang tadi, trio tersebut telah disertai oleh ahli yang baru melancarkan dua lagu solonya iaitu Lisa. Khabarnya, Lisa akan tampil di pertunjukan fesyen Miu Miu atau Celine.
Jom lihat penampilan mereka di Minggu Fesyen Paris pada tahun ini.
JISOO
Sebagai duta antarabangsa Dior, Jisoo hadir bagi menonton pertunjukan fesyen Spring Summer 2022 dalam persalinan dress sutera pendek daripada koleksi Cruise 2022 oleh Dior bersama tas mikro Lady Dior terbaru. Tamat saja acara tersebut, Jisoo terus bertukar kepada padanan seluar pendek dan hoodie daripada koleksi kapsul Dior Chez Moi.
Seperti biasa, acara fesyen Saint Laurent mengambil tempat berdekatan dengan Menara Eiffle di Paris. Kali ini, Rosé kekal dengan pemilihan warna hitam (sinonim dengan jenama Saint Laurent) tapi kali ini dalam potongan mini dress dengan but tinggi dan rantai – semuanya daripada koleksi jenama tersebut.
Penyanyi Solo ini mempunyai lebih masa sebelum menghadiri acara fesyen Chanel. Lalu, dia sempat mengelilingi bandar Paris bersama Jisoo dalam persalinan Chanel head-to-toe. Khabarnya ramai yang kini berminat dengan kardigan yang disarungkannya itu. Terbaru pada malam ini, Jennie membuat kemunculan pertunjukan utama Chanel dalam persalinan two-piece serba merah oleh Chanel dan dilengkapi tas labuh juga dalam warna merah.
LISA
Okay it sure gets interesting with Lisa.
Malang sekali bagi Lisa yang sudahpun berada di Paris apabila dia dikatakan ‘tidak dibenarkan’ menghadiri acara tertutup yang dianjurkan oleh Bvlgari pada malam ini. Menurut CEO Bvlgari iaitu JC Babin menerusi Instagram, Lisa tidak hadir ke acara ETAM Live Show 2021 setelah agensinya iaitu YG Entertainment tidak membenarkannya atas alasan risiko COVID-19. Biarpun langkah pencegahan itu perlu, namun ramai merasakan Lisa akan sedih memandangkan ahli Blackpink lain telahpun mula menghadiri acara penting masing-masing.
Lisa juga dilaporkan tidak dapat menghadiri satu lagi acara yang disediakan Bvlgari walaupun dia berada di Eropah sekarang. Disebabkan ketidakhadiran itu, Lisa juga terlepas peluang daripada penggambaran menarik bersama selebriti terkenal seperti Zendaya, Lily Aldridge dan Vittoria Ceretti bagi kempen Bvlgari 2021/2022.
Sayangnya!
Implikasinya, Blinks ‘mengamuk’ di platform Twitter dengan tanda pagar #YGLetLisaDoHerWork. Mereka beranggapan tidak adil untuk Lisa diperlakukan sedemikian sedangkan ahli lain dapat ke acara masing-masing.
Apapun, jangan risau kerana kami pasti Lisa akan munculkan diri juga di acara seterusnya seperti untuk jenama Celine. Dan Lisa juga pastinya gembira kerana dapat meluangkan lebih banyak masa dengan ibunya yang juga berada di sana setelah dua tahun tidak bertemu.
Dari sudut fesyen, kami gemarkan pemakaian ‘airport fashion’ Lisa yang memilih turtleneck hitam dan blazer hitam dengan piping putih serta butang emas.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dubai menjadi saksi kepada kemeriahan dan nilai eksklusiviti majlis perkahwinan diraja di antara Putera Mahkota Jordan, Putera Hussein bin Raja Abdullah II dengan Puteri Rajwa Al-Hussein yang berasal daripada keturunan warga Arab Saudi kebiasaan.
Memetik laporan Arab News, majlis yang berlangsung semalam di Istana Al Husseinieh itu cukup meriah dengan kehadiran tetamu kerabat diraja dari seluruh dunia termasuklah dari Malaysia sendiri.
Seri Paduka berdua telah berangkat menghadiri majlis perkahwinan diraja di Istana Zahran disusuli keberangkatan ke majlis jamuan sambutan perkahwinan diraja di Istana Al Husseinieh di Amman pada sebelah malam.
Apa yang pasti, kedua-dua majlis diraja tersebut juga menjadi tempat pertarungan fesyen di antara tetamu kerabat yang menerima jemputan.
Pengantin perempuan, Puteri Rajwa Al-Hussein sendiri mendahului senarai gaun tercantik apabila beliau menyarungkan gaun putih klasik rekaan pereka fesyen adibusana terkenal Lebanon, Elie Saab. Ia sekaligus menamatkan spekulasi media Arab mengenai pereka fesyen pilihan beliau .
Gaun unik dengan lengan panjang ini mungkin kelihatan ringkas dari pandangan hadapan dengan elemen garisan draping. Bagaimanapun, dari pandangan belakang ia menampakkan layah sepanjang beberapa meter bagi memberi impak dramatik sewaktu beliau berjalan.
Sementara itu, ratu fesyenista dari Jordan, Ratu Rania memilih jenama fesyen Perancis, Dior daripada koleksi adibusana Musim Luruh 2022. Ringkas tetapi elegan, ia cukup bertepatan dengan peranan beliau di sana selaku ‘tuan rumah’ bagi majlis perkahwinan diraja itu.
Turut mencuri tumpuan tentunya adalah kelibat Pricess of Wales dari United Kingdom, Kate Middleton yang nyata tidak mengecewakan dalam persalinan gaun serba blush rekaan Elie Saab (she got the memo!) daripada koleksi adibusana Musim Luruh/Sejuk 2017.
Korang perasan kan, ahli kerabat diraja lebih gemar memakai persalinan daripada koleksi yang sudah sedikit berusia agar ia tidak menyamai mana-mana gaun yang telah atau mungkin akan dipakai oleh selebriti antarabangsa.
Anyway, gaun pastel Kate itu kaya dengan perincian fabrik lace, lengan kembang dan tertutup sehingga ke bahagian leher bagi menghormati majlis.
Tidak ketinggalan, Puteri Mahkota Denmark iaitu Puteri Mary tiba dengan menyarungkan gaun serba krim dengan cetakan bunga kebiruan yang direka oleh Erdem. Untuk pengetahuan korang, Erdem Moralioglu merupakan seorang lagi pereka fesyen terkenal yang mempunyai darah bumi Arab (Turki dengan kacukan Kanada).
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahun 2021 menjadi tahun kedua Aidilfitri disambut sederhana dek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan kita merentas daerah dan negeri. Walaupun begitu semangat lebaran tidak dibiarkan sepi, ia tetap dirai dengan penuh kesyukuran dan sederhana.
Apa yang tidak dilupakan semestinya berhias cantik dan tampil segar. Biar tidak boleh disambut meriah namun busana lebaran tetap digayakan. Jom kita lihat gaya personaliti lokal dalam balutan busana pilihan masing-masing.
Dato Seri Siti Nurhaliza
Dato’ Seri Siti Nurhaliza tampil sederhana dalam busana rekaan Jovian Mandagie rona biru lembut. Sumber gambar: Instagram CTDK
Nabila Razali
Merah berani, menyerlah sungguh Nabila dalam busana rekaan Nurita Harith. Sumber gambar: Instagram Nabila Razali
Mimi Lana
Mimi Lana nampak anggun bagaikan Puteri Perak. Busana rona hijau pekat dan selendang rona emas menyerlahkan kemewahan. Sumber gambar: Instagram Mimi Lana
Shaza Bae
Memilih rona ungu lembut. Juara Dewi remaja 2019 ini manis dalam busana jenama Lilit. Sumber gambar: Instagram Shazabae
Sherry Ibrahim
.
Ameera Khan
Pesonaliti media sosial ini tampil anggun dalam busana Naelofar x Alia B. Sumber gambar: Instagram Little Miss Khan
Elizabeth Tan
Elizabeth Tan dalan busana kabaya tradisional disuntik elemen moden dengan tali pinggang. Sumber gambar: Instagram Elizabeth Tan
Puteri Aishah
Bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 ini tampil polos dalam busana kurung tradisi: Sumber gambar: Instagram Puteri Aishah
Nurida Suraya
Isteri kepada pereka terkenal Rizman Nordin ini tampil anggun dalam adibusana mewah lebaran. Semestinya dalam balutan jenama Rizman Ruzaini. Sumber gambar: Instagram Nurida Suraya
Daiyan Trisha
Daiyan tampil ringkas dalam busana rekaan Innai Red. Sumber gambar: Instagram Daiyan Trisha
Jadi #OOTD siapa yang paling anda suka?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenama kasut dan aksesori gaya hidup yang tidak asing lagi, LARRIE menghangatkan suasana di Pickle Space USJ dengan sebuah acara penuh gaya iaitu Pickleball...