“Selama bertahun-tahun, saya mencari sesuatu yang akan memberikan keterujaan yang sama seperti pertandingan Miss Universe. Saya terus mencari dan mencuba perkara baharu tetapi tidak berjaya ‘mendapatkannya’… sehingga sekarang.”
Begitulah kata-kata Miss Universe 2015 dari Filipina, Pia Wurtzbach susulan kejayaannya menamatkan larian maraton New York City 2022, antara acara larian paling popular di dunia yang berlangsung semalam.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Pia berkongsi kisah di sebalik catatan masa sekitar lima jam yang direkodkannya bagi menamatkan jarak 42 kilometer.
“Maraton NYC bukan sekadar satu perlumbaan, ia adalah satu pengalaman yang banyak memberi pengajaran. (Ini mungkin) larian terbaik dalam hidup saya,” katanya yang kini menjadikan sukan berlari sebagai langkah untuknya keluar dari zon selamat.
Ads
“Telah lama saya rahsiakan impian ini kerana saya berasa malu atau tidak yakin dengan kemampuan atletik saya. Bayangkan saya umumkan ingin menyertai maraton sedangkan saya tidak berlari selama 10 minit pun di atas ‘treadmill’.
“Saya bersyukur di atas semua sokongan dan sorakan semasa acara dan dalam talian. Walaupun saya benar-benar gementar dan penat setelah lima jam ‘bertarung’ di jalan kota New York, saya terus bertenaga (disebabkan sorakan penonton),” ulasnya lagi.
Ads
Dia sedar dirinya bukanlah seorang atlet profesional. Suka atau tidak, keinginannya untuk menyertai acara ini memerlukan dedikasi tinggi; walaupun Pia merupakan salah seorang wanita paling sibuk dengan pelbagai kerja, projek serta kemunculan sebagai seorang personaliti terkenal dunia.
“Selama ini, saya sudah terbiasa berkhidmat untuk orang lain dan kebanyakan keputusan hidup saya hanyalah berkisarkan kerjaya ataupun bagi menyenangkan orang lain.
“Kali ini, (keputusan untuk berlari) dalam maraton ini adalah bagi diri saya sendiri. Ini adalah cara saya menjaga diri saya dan kini, ia telah berjaya membuatkan saya merasa ‘recharged’ dan kembali bertenaga untuk berkhidmat untuk orang lain semula,” tambahnya lagi.
Cara menarik Pia untuk terus bersemangat menghabiskan larian 42 kilometernya adalah dengan mencatatkan nama insan tersayang yang memberikannya sokongan, nama negaranya Filipina dan ‘checklist’ setiap kali dia menamatkan jarak 5 kilometer.
Kisah yang amat menginspirasikan! Walaupun sudah bergelar salah seorang wanita tercantik dan paling popular di dunia menerusi platform Miss Universe, Pia masih dahagakan cabaran agar dirinya terus mempunyai ‘purpose’ dan berkeinginan jitu.
Usah pernah mudah berpuas hati dengan kejayaan peribadi, okay gaiss.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan mudah untuk seseorang kembali mendapatkan bentuk tubuh badan dan berat badan asal, apatah lagi untuk ibu yang baru melahirkan anak.
Meskipun bintang siri realiti dan usahawan billionaire muda, Kylie Jenner telahpun melepasi tempoh setahun selepas melahirkan bayi pertama Stormi Webber, proses untuk mendapatkan kembali fizikal asalnya memaksa dia untuk memulakan rutin harian baru.
Dalam tempoh beberapa bulan, dia dilaporkan berjaya mengurangkan sebanyak 12 kilogram dengan tip yang dikongsikan Kylie kepada Times of India.
Setiap hari, Kylie mengikut nasihat kakaknya Kim Kardashian dan mengambil beberapa gelas jus celery yang mengandungi Vitamin C danK yang tinggi.
Celery juga baik untuk mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan penyakit hati. Ia juga bagus bagi korang yang mengalami simptom migrain dan menenangkan saraf korang yang tertekan.
Selepas 30 minit mengambil jus celery, Kylie mengambil secangkir minuman kopi mineral yang mudah kita dapati di pasaran. Selain itu, dia mengamalkan menu sihat kentang tumbuk yang dilakukan sendiri. Kadangkala, Kylie juga menukar menu itu kepada daging kisar dan avocado untuk menukar selera.
Tentulah dia juga mengamalkan senaman selama 20 minit pada setiap hari dan rutin senaman itu berubah-rubah mengikut mood.
Tapi, perkara paling menarik mengenai pelan diet Kylie Jenner adalah dia tidak obses untuk melihat perubahan berat badannya di atas penimbang skala – tidak seperti selebriti Hollywood lain. Jika tidak dia akan merasa stres.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Organisasi Miss Universe Singapura baru sahaja melabuhkan tirai malam finale untuk edisi 2022 sebentar tadi. Tahun ini menyaksikan 10 gadis berentap dalam saingan sengit bagi merebut gelaran berprestij idaman ramai itu.
Memulakan pencarian sejak Julai yang lalu, akhirnya gadis cantik keturunan cina, Carissa Yap dinobatkan sebagai juara. Dia yang berusia 22 tahun dan berketinggian 170cm merupakan seorang pelajar dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Ekonomi di National University of Singapore.
Kemenangan Carissa ini bukanlah satu perkara yang mudah. Sebaliknya dia bakal menggalas tugas yang berat memandangkan tahun lalu wakil Singapura, Nandita Banna berjaya meletakkan negara tersebut ke dalam senarai barisan top 16.
Selain Carissa sebagai juara, tempat kedua dimenangi Yvonne Sashirekha manakala Denissia Delangle pula berada di kedudukan ketiga.
Antara barisan personaliti yang duduk di kerusi penjurian tahun ini ialah Frederick Lee yang merupakan pereka fesyen terkenal Singapura, Miss Universe Singapura 1987 yang juga finalis top 10 Miss Universe 1987, Marion Nicole Teo, Miss Universe Singapura 2013 dan juga pelakon, Shi Lim, Jurugambar komersial dan fesyen, Jeff Chang. Acara tersebut pula telah dihoskan oleh pelakon popular, Erwin Dawson.
Dalam sejarah pertandingan Miss Universe, Singapura pernah dua kali berjaya mara ke peringkat akhir, salah satunya menerusi perwakilan Marion Nicole Teo dan kemudiannya menerusi Nandita Banna yang mengejutkan ramai pihak tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi ‘Love You Like A Love Song’; Selena Gomez melalui sebuah debut di TikTok telah berkongsi stail rambut terbarunya yang lebih fresh dan membuatkan dirinya nampak remaja.
Penyanyi, penulis lagu merangkap pelakon dan produser televisyen ini, bukan saja berbakat tetapi juga memiliki gaya penampilan diri yang ranggi. Gemar bereksperimentasi dengan gaya rambut, dari brunette ke blonde, dari panjang ke pendek.
Selena Gomez pada Februari 2020 (kiri) dengan warna natural brunette dan pada Mei 2021 (kanan) dengan blonde. Getty Images
Terbaru, dia memotong lagi rambut dengan tampil dengan stail rambut potongan bob yang serba baru. Potongan rambut bob sememangnya tidak pernah ketinggalan zaman. Inspirasi gaya rambut bob yang kami kongsikan berikut dijamin akan membuatkan penampilan anda lebih fresh dan up to date.
Pilih Potongan Bob Yang Sleek
Debut di TikTok, Selena menunjukkan rambut potongan bob. Potongan tajam dan lurus ini boleh mencipta lebih banyak definisi untuk pipi penuh dan menjadikan garis rahang lebih meruncing.
Bertambah comel dengan potongan rambut bob yang sleek? potongan bob dengan style sleek ini sesuai untuk mereka yang memiliki bentuk wajah bulat atau kotak supaya wajah tampak lebih panjang dan kurus. Untuk kesan yang berlainan, korang juga boleh memberi sentuhan wavy atau curly pada potongan rambut bob ini.
Rata-rata peminat memuji penampilan terbaru Selena. Tapi tahukah kamu muka yang bulat dan tembam itu sebenarnya lagi beruntung dan banyak kelebihan. Paling ketara kamu tidak akan nampak tua, bahkan muda selamanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persahabatan WOODZ Jennie akhirnya terbongkar selepas 10 tahun, mendedahkan kisah sebenar hubungan mereka sejak zaman sekolah yang menyentuh hati peminat.